Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17.0 : Ujian Aero

UNTUK cabaran seterusnya, mereka yang berjaya memperolehi surat tawaran rasmi daripada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) diminta untuk hadir ke Kuantan, Pahang selama 10 hari. Mereka diminta hadir untuk menjalani proses pemilihan yang seterusnya iaitu modul rejim dan lebih ekstrem. Pada kali ini, walaupun mempunyai modul pemilihan yang hampir sama dengan Program Angkasawan pada tahun 2007 yang lalu, beberapa penambahbaikkan turut dilaksankan dibawah Pelan Tindakan Agensi Angkasa Lepas Nasional 2030 ini.

Antara penambahbaikkan yang telah dirangka termasuklah ketersediaan calon angkasawan untuk menetap selama tiga hingga enam bulan di stesen angkasa antarabangsa, kemahiran berjalan di angkasa atau bahagian badan komponen ISS atau lebih dikenali sebagai 'spacewalk' atau "Extravehicular activity (EVA)' samada untuk membaiki, menukarganti alatan di stesen angkasa ataupun hanya mahu melakukan eksperimen pada graviti sifar pada bahagian luar ISS terbabit. Selain itu, beberapa sampel virus seperti sampel Coronavirus (Covid-19), sample virus H1N1, virus Nipah, Virus E-Bola dan beberapa sampel virus yang lain akan dibawa secara selamat dalam bekas kedap udara yang telah dimeterai ke Makmal Columbus, ISS untuk mengkaji tindak balas virus-virus berkenaan terhadap suasana persekitaran tanpa oksigen, tanpa graviti dan kadar sinaran radiasi semulajadi luar angkasa yang tinggi.

Para calon akan menetap disebuah tapak perkhemahan ternama yang akan ditanggung kos sepenuhnya oleh pihak penaja. Taklimat kepada calon tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan selama 10 hari ini turut dihadiri Datuk Peter Quay Yoong, Pengarah Agensi Angkasa Negara (MYSA) dan juga keterlibatan angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Dr. Nora Yuhanis merasa teruja apabila dapat bertemu kembali dengan Thivaran Nagaradjah, Lim Wei Jan, Daeng Mustakim, Samoi Rasal, Joseph Mading dan Josephine Imulok Yondina setelah beberapa bulan tidak bertemu. Namun, kelibat Surya Adrianna tidak kelihatan sehinggalah ke akhir taklimat itu berlangsung. Mereka difahamkan, seramai 40 orang lelaki dan selebihnya 10 orang wanita berjaya merebut tempat ke peringkat pemilihan yang seterusnya, menjadikan jumlah kumulatif calon yang layak adalah seramai 50 peserta kesemuanya.

Seusai sahaja selesai sesi taklimat, calon akan menjalani sesi pemeriksaan Aero kali kedua akan dilakukan dengan lebih terperinci di RMAF Kuantan. Semasa pemeriksaan Aero kali kedua ini, organ yang berada di bahagian perut dan pinggul telah diperiksa menggunakan alat ultra bunyi bagi mengesan sebarang masalah yang muncul pada bahagian abdomen terbabit. Fungsi paru-paru setiap peserta juga akan diuji sekali lagi bagi mengetahui keupayaan kapasiti paru-paru calon selain dapat mengesan tanda-tanda awal masalah asma mahupun radang paru-paru. Nilai kepadatan (density) tulang para calon juga akan diukur dengan menggunakan kaedah radionumerik kerana tulang yang kuat akan memberikan kelebihan yang maksima ketika berada di angkasa. Ketiadaan atau kekuramgan sumber oksigen akan memberi kesan yang sangat hebat terutamanya kepada tulang kerana elemen oksigen didalam zarah tulang itu sendiri dan masalah tulang yang rapuh pasti akan berlaku kepada para angkasawan.

Selain itu, ujian-ujian lain seperti ujian imbangan dan ujian fizikal juga turut dilakukan terhadap setiap calon. Calon perlu berdiri di atas sebuah mesin pengimbang khas dengan mata yang tertutup dan perlu mengangkat sebelah kaki mengikut giliran masing-masing. Ujian imbangan dan tekanan ini memerlukan setiap calon sampai ke tahap 95 peratus daripada kadar denyutan jantung mengikut umur calon pada waktu berkenaan. Ujian fizikal pula memerlukan calon untuk berlari di atas treadmill selama 15 minit dan juga berbasikal selama 20 minit.

Pada waktu yang sama, calon yang terlibat akan mengikuti ujian ruang altitud. Mereka akan diletakkan di dalam satu perut pesawat pengangkut bekalan TUDM dan diberi 100 peratus kadar oksigen dalam masa setengah jam yang pertama. Lalu, pesawat akan berlepas ke ketinggian 25,000 kaki ketinggian dan akan diarahkan untuk menanggalkan topeng oksigen masing-masing. Mereka akan diuji untuk membuat pengiraan subjek matematik tambahan tingkatan lima dan juga mentafsir gambar-gambar yang diberikan kepada setiap seorang di dalam satu kertas mahjong. Ujian ini termasuk di dalam modul terbaharu pencarian angkasawan bagi mengesan kadar hipoksia (kekurangan oksigen) calon pada altitut tinggi dengan kadar oksigen yang amat rendah. Tanda-tanda hipoksia adalah seperti meracau, perasaan tidak selesa, sesak nafas mahupun pengsan dan tidak sedarkan diri.

Kesemua ujian-ujian ini akan di pantau oleh sekumpulan doktor-doktor pakar terkemuka. Mereka yang akan mencatatkan setiap satu perincian mengenai calon dan keadaan kesihatan mereka sepanjang berlangsungnya proses pemilihan ini.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro