14.0 : 110 terpilih
LATIHAN pertama bagi pemilihan peringkat seterusnya untuk menjadi angkasawan kedua negara berlangsung di Pusat Penyelidikan Dan Latihan Simulator-G (PULLS-G), Institut Perubatan Penerbangan yang berada di Subang. Melalui latihan ini, pemeriksaan perubatan yang lebih teliti, telus dan menyeluruh telah dilakukan bagi memastikan calon-calon yang benar-benar layak sahaja yang bakal terpilih untuk menyertai program berkos tinggi ini. Difahamkan, hanya seramai 110 orang calon sahaja yang layak ke peringkat ini dengan jayanya, iaitu terdiri daripada 80 orang calon lelaki dan 30 orang calon wanita, termasuklah Nora Yuhanis.
Sepanjang seminggu menjalani latihan, mereka telah didedahkan dengan pemeriksaan perubatan aero, pemeriksaan dedahan sinar radiasi, dan pemeriksaan kesihatan berkala. Pemeriksaan ujian perubatan aero melibatkan ujian darah, pemeriksaan penglihatan dengan bantuan teknologi kecerdasan pintar (AI), pemeriksaan audiometrik untuk mendapatkan skala numerik dan empirikal bagi tahap pendengaran calon-calon, ujian X-Ray abdomen khususnya dibahagian perut dan dada dan ujian elektro-kardiogram untuk mengesan kadar reaksi jantung yang tidak normal atau tidak stabil.
Seterusnya, ujian ultrabunyi (ultrasound) jantung dengan menggunakan sebuah peranti khas bagi menguji sejauh manakah kesihatan jantung bagi para calon yang disenarai pendek. Pemeriksaan gigi yang penuh teliti juga telah dilakukan, antaranya termasuklah ujian oropentogram ataupun X-ray di bahagian gigi, termasuklah tulang rahang bawah. Pemeriksaan gigi ini telah dinilai oleh seramai sepuluh orang pakar bedah gigi. Nora Yuhanis bersyukur kerana beliau amat menjaga kebersihan gigi dan gusi, dan kerap mengamalkan kumuran cecair Oradex selepas setiap kali memberus gigi. Difahamkan, kesihatan gigi merupakan aspek terpenting kerana jika calon-calon mempunyai masalah gigi di angkasa kelak, adalah amatlah sukar untuk mereka fokus kepada tugas hakiki mereka iaitu menjalankan eksperimen.
Pada hari keempat dan kelima, calon-calon telah menjalani ujian psikologi dan kebolehan berfikir, menyelesaikan masalah dan kemahiran bertindak aras tinggi. Pada mulanya, calon-calon akan diberikan 3,000 soalan dalam masa sejam setengah dengan kepelbagaian jenis soalan yang berlainan genre seperti adakah calon-calon gemar berkebun ataupun membela kucing, warna apakah yang lebih digemari calon dan posisi apakah yang paling digemari calon ketika tidur. Walaupun agak pelik dengan senarai soalan yang diberikan, Nora Yuhanis berjaya menghabiskan menjawab soalan-soalan yang lebih cenderung kepada psikologi ini dengan jayanya.
Mereka kemudiannya dibawa ke sebuah bilik khas dengan sebuah kerusi perbaringan seakan-akan kerusi untuk memcabut gigi telah tersedia. Peserta akan dimasukkan dengan sejenis cecair yang membuatkan calon-calon berada pada zon separuh sedar. Manakala kepala calon akan dilekatkan dengan 4 jenis wayar yang bersambung dengan satu alat radiogram khas bagi memantau sebarang tindak balas dan aktiviti abnormal pada bahagian otak khususnya di abdomen Medulla Oblongata. Minda mereka akan diuji dengan perasaan ketakutan yang paling dahsyat, iaitu perasaan ketakutan yang tersimpan jauh didasar lubuk hati paling dalam bagi setiap calon. Dalam keadaan separuh sedar dan berkhayal, hanya bahagian otak sahaja yang berfungsi. Para peserta akan diperlihatkan dengan setiap cabaran ketakutan masing-masing dan mereka perlu mencari jalan untuk mengatasi ketakutan tersebut dan apakah caranya mereka menyelesaikan masalah mengikut teknik kebolehan yang tersendiri. Untuk rekod yang lepas, kebanyakan calon gagal melepasi halangan emosi separuh sedar ini dan ada peserta yang terpaksa dibawa ke hospital setelah tidak sedarkan diri.
Ada yang mempunyai ketakutan dengan ketinggian, ada yang mempunyai ketakutan lemas di lautan, dan Nora Yuhanis juga mempunyai ketakutannya yang tersendiri. Beliau mempunyai ketakutan dengan ayahnya. Semenjak kecik lagi, beliau telah puas dibelasah dengan ayahnya, tidak kirahlah dengan menggunakan tali pinggang, tempat penyangkut baju mahupun getah paip, tidak pernah tidak segala kemarahan ayahnya dilampiaskan kearah Nora Yuhanis ketika dia berusia 3 tahun tahun lagi. Beliau adalah mangsa keganasan oleh bapanya walaupun bapanya kelihatan alim diluar. Tidak hairanlah sekurang-kurangnya, sekali sebulan dia akan termimpikan segala keganasan yang dilakukan oleh bapanya ketika dia masih kecil.
Ini menjadi satu episod trauma hitam yang paling terkesan dalam hidupnya. Tidak hairanlah dia amat membenci ayahnya dan sehingga kini, masih tidak berani untuk berhadapan dengan ayahnya walaupun sudah lebih 25 tahun kejadian tersebut berlalu. Namun, berkat kekuatan yang telah digarap dan bantuan amalan lucid dream ataupun kaedah mengawal mimpi ketika sedang tidur oleh Nora Yuhanis sejak sekian lama, dia berjaya mengharungi ujian halangan separuh sedar terbabit dan berjaya menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan membuktikan kejayaan hidupnya terhadap ayahnya.
Pada hari-hari terakhir, setiap calon akan menjalani sesi dengan tiga orang pakar sakit jiwa secara persorangan selama dua jam. Mereka akan di soal selidik bermula dengan latar belakang, keluarga, pengalaman zaman kanak-kanak, cara-cara mereka dibesarkan dan diberi pendidikan, sehinggalah kepada soalan-soalan berkaitan latar belakang pendidikan tertinggi dan pengalaman pekerjaan yang terkini. Calon-calon tidak boleh menyembunyikkan waima secebis maklumat pun kerana ianya akan direkodkan dalam satu dokumen untuk proses dokumentasi bagi proses pemilihan yang seterusnya. Namun, segala maklumat peribadi akan dirahsiakan oleh pihak kerajaan dan ini hanyalah sebagai rekod dokumentasi. Nora Yuhanis tidak teragak-agak untuk meyatakan dirinya merupakan bekas golongan gelandangan yang untung sabut timbul, untung batu tenggelam suatu masa dahulu.
Rezekinya pada waktu itu bolehlah diibaratkan sebagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun, ini semualah yang telah membina jati dirinya menjadi seorang yang berperikemanusiaan, berjiwa murni dan amat tersentuh dengan golongan yang susah kerana dia juga pernah berada pada tahap begitu suatu masa dahulu. Namun, itu semua tidak pernah melunturkan semangat dirinya untuk menjadi seorang insan yang boleh berbakti kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro