5 | Dimmed In Our Star
"Gugur?"
Asif terduduk di tepi pintu wad.
Saat dia melangkah masuk ke dalam wad, Zaya langsung tidak memandangnya.
"Zaya..."
"Saya dah faham, apa perasaan bila seseorang hancurkan sesuatu yang berharga dalam hidup saya," ucap Zaya tanpa menoleh.
"Saya faham kenapa lepas ukelele tu pecah, awak terus pergi. Dan saya faham kenapa awak taknak bercakap dengan saya lagi. Sebab... saya pun rasa macam tu sekarang."
"Saya minta maaf, Zaya. Sayang..."
"Saya taknak tengok muka awak lagi." Esakan pecah memenuhi ruangan bilik.
Asif tunduk. Air mata lelakinya mengalir jua.
🍁
"Kenapa kau halau dia? Bukan salah dia!"
"Daniel!" marah Zaya.
"Kau tahu tak dia sakit?"
Zaya mengangkat wajah. Jelas dia terperanjat. Asif yang sentiasa ceria dan suka bergurau tu sedang sakit?
"Dia ada ulser dalam perut dan gastrik yang teruk. Dia buat rawatan pemeriksaan endoskopi, kau tahu ke? Dia minta rahsiakan dari kau sebab tengok kau sibuk dan stress dengan kerja."
Zaya memejamkan mata. Sebab itu ke Asif tidak dapat menjamah masakan pada hari dia pengsan itu? Itu jugakah punca Asif nampak sukar untuk bercakap dan suaranya serak?
Separuh hatinya ingin mencari lelaki itu namun separuh lagi hatinya sudah lenyap bersama si kecil dalam rahimnya.
🍁
Lemah dia menolak bagasi ke ruangan check-in.
"Temankan aku, sekejap je. Lagipun kau perlu masa untuk rehat, kan?"
Dua bulan dia tidak pulang ke rumah. Menghabiskan pantang di rumah mama. Sudah dua bulan jugalah dia tidak bertemu dengan Asif.
Dia rindu.
Tapi ada sesuatu yang lebih besar mengatasi rindu ini.
Segaris luka.
"Rehatlah dulu. Nanti malam kita jalan-jalan," ucap Daniel sambil membetulkan knitted mafla di leher adiknya. Udara agak sejuk memandangkan musim sejuk bakal tiba di negara daun maple ini.
Selepas Daniel berlalu, Zaya memutuskan untuk berjalan di kawasan sekitar hotel. Di bawah naungan pohon dan langit cerah, dia duduk di salah satu kerusi kayu. Warna jingga, kuning, oren dan coklat memenuhi pandangan. Angin yang berhembus menerbangkan dedaunan yang gugur menimpa tanah.
Jadi... inilah perasaan berjalan di musim luruh.
Dingin. Indah dalam kepiluan.
Seseorang duduk tidak jauh dari sisinya, mengganggu ketenangan.
"Asif?" Zaya berdiri tegak.
Benarlah Asif di hadapannya. Berjaket hitam dengan senyuman yang masih sama. Cuma wajahnya sedikit berbeza dengan kumis nipis rapi di garisan rahangnya. Wajah mudanya nampak matang.
Lama mereka mendiamkan diri sebelum Zaya kembali duduk. Dia tahu, tiada guna dia melarikan diri. Asif pasti akan mengejarnya.
"Awak masih maksudkannya?"
Zaya diam. Dia tahu Asif bertanya tentang suratnya seminggu selepas dia keguguran. Dia meminta perpisahan.
"Mungkin kita masih boleh perbaiki keadaan."
What if we rewrite the stars?
Say you were made to be mine,
Maybe the world could be ours.
"Tak, Asif. 3 tahun mungkin singkat tapi ianya terlalu payah untuk kita. Kita tak bersedia untuk semua ni. Kita terburu-buru berkahwin. Kita patut fikirkannya semula."
"Kita boleh tempuh semua ni asalkan kita bersama-sama." Asif masih tidak putus asa.
"Kita tak boleh terus mencuba sampai tua, Asif!"
"Tapi..."
"Saya tahu awak berhenti belajar bukan sebab awak dah tak minat tapi sebab saya. Sebab perkahwinan kita. Sebab awak tak nak saya terpaksa kerja seorang diri. Awak lupakan impian awak sebab nak bawa saya keluar dari rumah abah. Nak kita ada rumah sendiri. Cukuplah kita korbankan terlalu banyak perkara dalam hidup kita."
"Tapi kita bukan terpaksa. Kita buat tu dengan rela hati."
"Semua nampak akan baik bila ianya tentang kita berdua sahaja. Tapi, hakikatnya ia bukan hanya tentang kita. Ianya tentang masa depan, tentang kehidupan kita dan mereka di sekeliling kita."
I know you're wondering why
because we're able to be,
Just you and me within these walls.
But when we go outside,
you're gonna wake up and see,
That it was hopeless after all
Asif merenung ke tasik biru kehijauan di hadapan mereka. Sayu.
"Awak sendiri nampak semuanya jadi tak kena. Sentiasa ada saja benda yang menjauhkan kita. Mungkin kita perlukan masa dan ruang. Tolonglah, Asif..." Zaya mula sebak.
"Maafkan aku, Zaya. Untuk semua perasaan dan pengalaman yang tak patut kau rasa kerana aku. Maaf tak dapat bahagiakan kau."
"Kau pun tak bahagia, Asif. Perjalanan kita masih jauh."
Jawapan Zaya meremukkan hatinya. Zaya tidak menafikan bahawa dia tidak bahagia. Untuk seorang suami, dia merasa gagal.
Asif berdiri. Kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek. Dingin terasa membunuh hingga ke dalam hati.
"Selepas balik ke Malaysia..." Asif pejamkan mata. "...aku akan lepaskan kau, Zaya."
Zaya terkelu, membiarkan derap langkah Asif pergi semakin jauh dan lenyap.
Asif melindungi wajah dengan sebelah tangan. Di penghujung taman, dia teresak lemah. Dia kalah.
Selepas hari yang cerah, ribut taufan, pelangi dan hujan dalam hidup mereka, kini musim luruh melabuhkan tirai di akhir ikatan mereka.
🍁
I needed you to stay,
But I let you drift away.
🍁
754 words
26.10.2020
Lirik : Rewrite The Stars, Surrender
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro