Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3 | Secret In Our Lies

Asif baring, menarik isterinya itu ke dalam pelukan.

"Sorry, sayang," bisiknya.

Zaya mengawal nafas agar Asif tidak perasan dia sedang menangis. Dalam rajuk, dia merasa selamat dalam pelukan hangat lelaki itu selepas menghadapi situasi menakutkan tersadai di tepi jalan gelap tadi.

🍁


"Testing mic, one two three." Asif berdehem sambil menyangkut hujung hanger di telinga konon sebagai wireless microphone.

Zaya diam. Separuh merajuk, separuh sibuk membalas mesej di Whatsapp group pekerja.

"Saya nak tuju lagu, Bukan Diriku nyanyian Samsons." Asif mencapai ukelele.

"Setelah ku fahami, ku bukan yang terbaik, yang ada di hatimu..."

Zaya memberi pandangan bosan pada Asif.

"Okey tukar lagu. Deejay!" Asif memberi isyarat sambil membetulkan kedudukan hanger di telinga.

"Ketika mimpimu, tak begitu indah, yang pernah terwujud, ya sudahlah..."

Mengekek juga Zaya ketawa. Tak tahan tengok muka selebet Asif dengan sebelah seluar dilipat tinggi, tshirt putih dan rambut hitam lebat yang messy.

Asif tersenyum. Berjaya juga cairkan hati batu Zaya.

"Kenapa suka sangat lagu indie? Tangkap leleh, annoying," soal Zaya dalam sisa tawanya.

"Awak patut dengar sampai habis lagu ni."

"Penyanyi?"

"Bondan Prakaso."

"Pondan Perkeso?"

Meletup ketawa Asif, terbahak-bahak macam hilang akal. "Sampai hati awak pondankan penyanyi kesukaan saya."

"Salah sebut ke?" Zaya bertanya polos sebelum terkaku apabila Asif ke hadapan, mengusap kepala dan menolak rambutnya ke belakang.

"Awak cantik bila lepas rambut macam ni," perlahan Asif mengucapkannya.

Zaya terkebil-kebil dengan hati yang berdegup tanpa arah. Sudah 3 tahun mereka berkahwin, takkanlah masih berdebar.

"Happy anniversary, Nurmazaya."

Mereka berpandangan dengan senyuman yang paling indah. Mungkin satu tempoh yang pendek bagi orang lain tapi tidak bagi mereka.

3 tahun penuh suka duka.

Tidak mudah.

🍁


Terkial-kial dia menarik kotak di atas almari yang tinggi. Tiba-tiba satu benda berat jatuh hampir menimpa kepalanya. Tabung buluh?

Diamati tulisan berukir di bahagian tepi.

- Ukelele -

"Hey, apa ni korek tabung orang." Muncul Asif mengambil tabung itu dari tangannya.

"Awak menabung untuk beli ukelele baru?" soal Zaya, tak percaya.

Asif tersengih. "Salah ke?"

"Bagus, bagus. Menabungkan amalan yang mulia." Zaya tepuk tangan tidak ikhlas.

"Kenapa tak menabung untuk pergi Indonesia terus? Boleh jumpa Pondan Perkeso dengan Samsung awak tu," perli Zaya, geram. Dia minta Asif tambah sikit duit untuk baiki kereta tak dibaginya pula.

"Wah, bernasnya cadangan awak! Kenapalah saya tak terfikir? By the way, bukan Samsung tapi Samsons." Asif ketawa. Suka hati betul ya.

Makin hangin Zaya mendengar jawapan Asif.

"Pergi Indonesia jangan lupa bawa balik amah. Saya mogok taknak kemas rumah!"

"Baik bawa calon madu untuk awak. Seumur hidup tak payah kemas rumah."

"Muhammad Asif!"

Asif melarikan diri sambil ketawa dikejar Zaya. Asif menarik pipi Zaya yang mencuka.

"Saya pergi kerja dulu."

Zaya menyalami suaminya. Tersenyum juga dia. Takkan nak biar suami pergi dengan muka dia yang berkerut seribu.

Asif menunggang motor keluar dari rumah sebelum berhenti agak jauh dari simpang rumahnya. Kemejanya dibuka meninggalkan tshirt hitam di badan dan disumbat ke dalam beg plastik.

"Kat mana hari ni? Okey, aku datang."

🍁



"Stop it, Zaya. I am your husband!" Lelaki itu serius.

"Husband? That means I am a wife. Mana awak waktu so called wife ni perlukan awak?"

"Tandas." Selamba Asif menjawab.

Zaya terlopong. Dalam bergaduh pun masih boleh loyar buruk?

"Betullah!" Asif mempertahankan diri apabila reaksi Zaya bagaikan tidak percaya dengan jawapannya.

"Waktu awak balik hari tu, saya dalam tandas tak sempat nak bukakan pagar. Waktu kereta awak rosak, saya dalam tandas juga, tinggal phone kat meja sebab tu tak dapat jawab panggilan awak. Saya tak makan dengan mereka pun. Saya cari awak. Awak marah saya lambat sampai restoran. Mana ada lambat. Saya pergi tandas dulu."

Satu persatu dijelaskan bersungguh oleh Asif hingga merah kulit sawo matangnya. Sesekali rambut ditolak ke belakang. Cuba bersabar.

Zaya tarik bingkai gambar di tepi meja dan dicampak ke dinding melepas geram. Panas hatinya bila lihat posting kawan Daniel tentang malam Asif lewat datang ke restoran, Asif boleh belanja mereka semua makan di mamak?

Sedangkan dia tersadai di tepi jalan, menangis ketakutan menghubungi Asif bagai orang gila.

"Malam ni tidur kat tandas!" Zaya angkat kaki dengan hati yang menggelegak.

"What? Ala, sunyilah saya. Tidur sama nak? Saya dalam tab mandi, awak dalam sinki. Eh, muat ke?" seloroh Asif bagai tidak terjejas langsung dengan amukan emosi Zaya.

Zaya menghempas pintu bilik. Serentak itu juga, senyuman Asif memudar. Matanya redup merenung pintu bilik. Tangan kirinya menekan sisi perut. Dahinya berkerut menahan sakit sedari tadi.

"Macamana dengan saya, Zaya? Di mana awak ketika so called husband ni perlukan awak?"

Asif memejamkan mata. Entahlah. Dia sendiri pun tak tahu kenapa bila dia bersuara, mudah saja nak cakap benda merapu. Seronok agaknya tengok Zaya yang cepat melatah. Sebab itulah juga dia lebih suka menyanyi.

Dia mencapai ukelele dan menuju ke bilik. Dia taknak biar Zaya merajuk memendam rasa. Hubungan mereka akan semakin jauh. Terdengar Zaya marah-marah di telefon.

"Saya bertahan dengan Cik Adelia sebab itu cita-cita saya. Terima kasihlah sebab hancurkan impian saya. Silakan! Ambik semua perhatian dan pujian bos tu, telan sampai muntah!" Zaya campak telefon bimbit ke lantai, menghamburkan kemarahan. Mujur saja dilapisi karpet. Jika tidak, mungkin sudah selamat berkecai.

Petikan tali ukelele memaksa dia menoleh ke arah pintu.

"Ketika mimpimu, tak begitu indah, yang pernah terwujud, ya sudahlah. Saat kau berlari mengejar anganmu, dan tak pernah sampai, ya sudahlah..."

Ya sudahlah?

Lirik lagu dan senyuman Asif terasa mengejek. Dengan geram, dia merentap ukelele dari tangan Asif dan dihempas kuat menghentam dinding.

Pecah.

Berkeping-keping.

"Zaya..." Asif tergamam tak terkata.

Zaya turut terdiam seolah-olah dia tidak sedar apa yang sudah dia lakukan.

Asif memandang Zaya. Matanya merah, kedua tangannya dikepal erat. Lama mereka berpandangan sebelum bunyi telefon bimbit berdering. Zaya berpaling dan Asif sudah tiada.

🍁
Now the day bleeds
Into nightfall
And you're not here
To get me through it all
🍁

942 words.
26.10.2020
Lirik : Somebody To Loved

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro