Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2 | Torn In Our Leaves

"Untuk opening, kita akan gunakan grafik 3D..."

"Buruk."

Zaya terdiam. Paparan skrin terus berputar namun suasana terasa sepi. Setiap mata memandangnya.

"Kalau ini apa yang kamu boleh bagi, rasanya apa yang saya bayar tu macam bayar zakat je."

Tak sampai seminit dia buat pembentangan, terus kena tolak. Tak boleh ke Cik Adelia tengok dulu sampai habis? Malu dia diperli sebegitu depan rakan sepejabatnya yang lain.

Majlis pembentangan diteruskan namun jiwanya terbang entah ke mana. Kecewa.

"Ya, mama?" Tak bermaya dia menjawab panggilan mama.

"Kerja memanjang. Berhenti kerja sajalah. Ma bukan nak duit Ya. Bila nak balik ni, Ya?"

Zaya mengurut pelipis. Mungkin hari ni 'just-another-bad-day'.

Sampai di rumah, pagar tertutup rapat. Zaya menggigit hujung bibir. Dengan malas dia keluar dari kereta dan membuka pagar dengan kasar hingga berdentang bunyinya.

"Yo, sabar yo!" Terpacul wajah Asif di muka pintu. Mengah dia berlari keluar dari bilik air bila dengar bunyi kereta Zaya. Habislah dia...

"Orang dah cakap pagar tak payah tutup." Zaya menjeling tajam.

"Menjeling, menjeling ku bertentang..." Asif menyanyi sambil melenggokkan tangan.

Bergegar pagar ditendang Zaya. Terdiam Asif dibuatnya. Garang!

Marah-marah Zaya, sudi juga masak spageti walaupun panaskan kuah daripada dalam tin.

"Terima kasih, intan payung free gift. Sedap awak masak kolaborasi dengan Prego."

"Makan." Zaya malas melayan. Sebelah kepalanya berdenyut. Bila stress, memang macam inilah.

"Berhenti." Tangan Asif tegak ke hadapan. Spontan Zaya berhenti menyuap dengan separuh sudu di dalam mulut.

"Okey, makan."

Zaya kembali mengunyah. Terkebil-kebil tidak faham. Meletus ketawa Asif. Seronok kenakan isterinya itu.

Melihat Asif ketawa sampai tersembur kuah di dagu, tahulah Zaya dia diperbodohkan.

"Lama tak makan guna straw, kan?" Zaya menekan nada suara.

"Opss... behave, behave." Asif merapatkan kaki dan kembali menikmati spageti yang masih berasap.

🍁





"Tak payah baliklah, Ya. Mujur Cip singgah semalam."

"Hah?" Dari bersandar, Zaya duduk tegak. Asif balik rumah mama semalam? Tanpa dia?

Bunyi motor Asif berderum memasuki laman rumah.

"Hai! Awak..." Asif tak jadi teruskan ayat bila pandangan Zaya menikam matanya.

"Kenapa tak ajak saya balik rumah mama?"

Asif sengih. Dah agak dah.

"Kebetulan saya lalu, tak rancang pun."

"Lalu? Awak pergi sana buat apa?" soal Zaya, hairan. Dua jam jarak ke rumah mama. Asif tak kerja ke?

Erk. Asif membatu seketika. Kantoi sudah.

"Saya half day. Rasa penat sikit."

"Penat tapi naik motor sampai dua jam." Zaya mengecilkan mata. Something fishy here...

"Okeylah saya singgah rumah mama awak dari saya singgah rumah mama orang lain, haa..." Asif kembali tersengih hingga menampakkan lekuk lesung pipit di pipinya.

Zaya menjeling tidak puas hati.

Selesai membersihkan diri, Asif menapak ke ruang tamu. Niatnya ingin menegur Zaya terbantut apabila melihat wanita itu serius bercakap di telefon.

"Kalau ikutkan aku nak berhenti. Cik Adelia tu, aduh! Stress tahu tak! Tapi, kalau tak kerja... hmm..." Zaya mencampak pensel di tangan.

Asif merenung belakang tubuh isterinya. Muram.

Suami mana mahu biar isteri penat bekerja. Melihat Zaya mengipas wajah dengan fail kertas, bertambah sedih hatinya. Entah bila dia boleh pasangkan penghawa dingin untuk isterinya itu. Walaupun Zaya tak pernah meminta, tapi besar hatinya ingin Zaya merasa selesa dalam rumah kecil mereka.

"Awak, 5 haribulan ni..."

"Apa? Nak singgah rumah mama orang lain?"

"Boleh ke?" Mata Asif membulat. Ternyata Zaya masih tak boleh move on dari isu tadi. Perempuan memang sensitif bab ni eh?

Pantas Zaya membaling fail di tangan. Asif mengelak sambil ketawa besar dan melangkah keluar ke laman.

Zaya memicit dahi. Bayang Asif di sebalik langsir putih yang duduk di kerusi luar dipandang sayu. Bukan niatnya untuk marah-marah tapi tekanan seolah-olah mengubah setiap perkataan yang keluar dari bibir.

"Ketika mimpimu, tak begitu indah, tak pernah terwujud, ya sudahlah..." Suara lunak Asif terdengar bersama petikan ukelele.

Lagu tu lagi! Eee... bencilah!

Zaya angkat kaki ke bilik.

🍁


1.30 pagi.

Zaya pura-pura tidur apabila deruman motor Asif masuk ke garaj. Bunyi pintu dibuka diikuti suara Asif menghembus nafas kepenatan.

Lama Zaya membatu di sofa, akhirnya dia bangkit juga. Tiada kelibat Asif kelihatan. Kek di atas meja sudah terpadam lilinnya. Tepat jam 12.00 malam tadi adalah ulangtahun perkahwinan mereka yang ketiga. Dia dah pesan pada Asif agar tidak pulang terlalu lewat selepas bermain futsal.

Langkah diatur ke bilik. Asif sudah berdengkur halus di atas katil.

Sampai hati biarkan dia tidur di sofa.

Tahukah Asif dia cemburu melihat lelaki itu ada masa bersama kawan-kawan sedangkan dia terpaksa lupakan itu semua kerana masanya sudah diberi kepada kerjaya dan rumahtangga ini.

Zaya menarik selimut. Biarlah dia yang tidur luar.

Huh!

🍁


Zaya menyandarkan tubuh. Rasa nak berhenti kerja.
Setiap hari ada saja benda yang tak kena di mata Cik Adelia. Walaupun rakan sekerjanya memujuk mengatakan Cik Adelia cuma cemburu kerana dia selalu dipuji oleh bos tapi sedikit sebanyak dia tetap rasa tertekan.

Jam dikerling. 40 minit sudah berlalu. Asif kata mungkin lewat 5-10 minit tapi ni dah lebih! Lelaki tu ingat dia ada mood ke nak ber-candlelight dinner? Dia akur pun sebab Asif janji nak tebus lewat balik malam tadi.

Dia terus bergegas keluar. Tawar hati.

Ralat. Asif nampak kereta Zaya berlalu pergi. Memang dia yang salah kali ini. Zaya langsung tidak menjawab panggilannya. Baru dia ingin menghubungi kali ketiga, terpapar nama Daniel di skrin telefon bimbit.

Selepas panggilan dimatikan, dia menghidupkan motor menuju ke restoran Mamak Maju.

"Kenapa, Daniel?"

"Belanja." Daniel senyum lebar tanpa rasa bersalah.

Asif tepuk dahi. Bunyi macam kecemasan sangat. Suruh dia datang dari hujung dunia untuk belanja makan padahal ada 3 orang kawan Daniel yang lain turut sama melepak di situ. Patutnya dia dah terbang balik ke rumah cari Zaya.

Selesai membayar harga makanan, Asif bergegas ke tandas. Perutnya meragam pula.

"Tak makan sekali ke?" tegur Daniel apabila Asif ingin pulang.

"Pergi pujuk adik kau la."

Daniel tersengih. Faham perangai 'panas hati' adiknya itu.

"Terima kasih, Cip!"

Rumah gelap gelita ketika Asif sampai di sana. Entah ke mana isterinya membawa diri. Beg silang diraba.

"Ya Allah!" Asif pegang kepala dengan kedua tangan sebelum bertinggung hampa di sisi motor. Dia tertinggal beg silangnya di atas meja kedai mamak tadi sebab nak masuk ke tandas.

Dia meraup wajah. Tubir mata dan hidung terasa panas. Semuanya serba tak kena dan dia penat. Setengah jam dia duduk membatu di depan pagar rumah, barulah dia berpatah balik ke kedai mamak.

Daniel berlari anak menghampirinya dan menghulurkan beg Asif. Dia perasan wajah adik iparnya itu sembab namun tidak ditanya.

Asif memeriksa telefon bimbitnya. 5 panggilan tidak berjawab dari Zaya.

'Awak kat mana? Kereta saya rosak.'
'Awak kat mana...'
'Awak... jalan gelap ni...'

Luruh jantung Asif membaca mesej Zaya. Baru dia ingin menghubungi Zaya, mesej terakhir masuk di ruangan chat.

'Saya dah naik Grab. Thanks.'

Dan Zaya tidak online lagi.

Asif menekup wajah dengan sebelah tangan. Tidak bergunakah dia sebagai seorang suami?

Dalam perjalanan pulang, Asif singgah stesen minyak. Ketika dia membuka dompetnya, terlihat 3 keping not RM100, 3 kali ganda dari nilai dia bayarkan makanan Daniel tadi. Sehelai resit yang bertulis tangan di belakangnya dibaca.

'Sorry, bro. Ingat nak lepak makan dengan kau tapi salah masa. Terima kasih jagakan adik aku.'

Entah dia ingin merasa terharu dengan pemberian Daniel atau dia merasa tidak layak menerima wang itu kerana di saat ini dia pasti Zaya kecewa dengannya.

Dia yang tak berguna.

🍁
Believe me
I've been counting my stars
Cause I will spend my whole life
Loving you
🍁

1202 words
26.10.2020, 0133
Lirik : I Will Spend My Whole Life With You

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro