Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BONUS 4 DIBENCI

IDLAN HARZAN [17 TAHUN]

"What the hell are you thinking?! Tak malu ke asyik naik turun bilik disiplin ni?! " Tengking seorang lelaki berusia 20-an. Wajahnya merah menahan marah. Urat jantannya timbul.

"Kenapa tak jawab? Dah bisu? Tak tahu nak bercakap?! " Tengkingnya lagi. Dua remaja dihadapanya menekur kepala kebawah manakala seorang lagi selamba aje berbalas pandangan dengak riak dingin.

"Jawab soalan saya Idlan Harzan! "

"Kalau saya jawab maknanya saya dah kurang ajar dengan cikgu. Cikgu nak saya jadi pelajar kurang ajar ke? " Balas Idlan dengan nada tenang. Kemudian, selamba Idlan menghampiri guru disiplin dihadapanya. Tangan guru itu diambil lalu dikucup.

"Maaf kalau tadi saya kurang ajar. " Hampir melompong mulut guru itu dengan tingkah Idlan Harzan.

"Kalau cikgu tak kesah, saya nak masuk kelas. Nanti Sir Ezekiel merungut sebab lambat masuk kelas Kimia dia. " Tanpa perasaan Idlan menutur kata. Guru bername tag Rayyan itu, mengirut pelipisnya.

"Aku tak faham dengan kau ni Id. Kau budak baik sejak form one lagi. Tapi sekarang-"

"Manusia boleh berubah cikgu." Dingin Idlan memotong. Matanya mencerlu tajam pada dua susuk tubuh ditepinya itu. Pandangan helangnya bagaikan menusuk sehingga ke tulang hitam.

Kedua-dua mereka meneguk liur payah. Takut dengan pandangan seorang Idlan Harzan. Membunuh dan mengancam!

"Dan saya tak bawak dadah tu. Kalau cikgu tak percaya, ambil ni. " Satu pendrive berwarna hitam diletakkan diatas meja guru itu

"Ini bukti saya difitnah. Kalau masih tak memuaskan. Saya berhenti sekolah. Saya penat nak hadap syaitan dalam sekolah ni. Mintak diri dulu. "

Kaki diangkat melangkah. Sempat juga dia berhenti ketika melintasi dua susuk tubuh itu.

"Berhenti buat kerja sial kau berdua ni. Kalau bukan didunia pembalasan yang kau terima, merangkak lah kau berdua di mahsyar nanti!"

Merinding bulu mereka apabila Idlan membuka kata. Setelah itu, Idlan Harzan melangkah keluar tanpa berpaling. Sepanjang dia berjalan, tiada sesiapa yang berani menegur. Ada yang tertunduk-tunduk ketika melintasi Idlan dan ada juga yang lari.

"Idlan. " Kaki Idlan terhenti. Dia tidak langsung berpaling ke belakang.

"Apa kau nak? "

"Jangan nak dingin dengan aku boleh? Kau salah jalan tu. Yang kau pergi tu ke makmal Bio. Kimia sini. "

Terus Idlan paling kebelakang. Walaupun beriak dingin, tapi jelas telinganya merah. Izzat Harriz yang kini ditingkatan 4 sudah mengeleng kepala dengan abangya yang berada ditingkatan 5.

"Aku tengok jalan aje. "

"Whatever. Dasar ego. Bukan nak- "

"Terima kasih. "

Terus Idlan melintasi Izzat untuk ke makmal Kimia. Sempat dia mencium pipi adiknya membuatkan Izzat melompong.

"Dude! What the hell?! " Jerit Izzat lalu berlari ke tandas. Warhh! Pipi wa dah tercemar syial!! Idlan senget senyum. Suka melihat wajah geram adik lelakinya.

"Ego aku jangan nak buat bahan ejek. Mendapat kau. "

***

"Asal lambat? " Bisik rakan semeja Idlan. Berambut perang asli dan bermata biru cerah. Memakai kaca mata tetapi masih terselah kekacakannya.

"Pergi bersihkan nama. " Tiga patah perkataan itu sudah cukup untuk rakanya faham. Fitnah.

"So kau memang dah tahu lah yang sepupu kau yang perangkap kau? " Idlan mengeluh lalu mengangguk.

Ariff Hakimi, sepupu sebelah ibunya itu memang tidak pernah berpuas hati denganya. Sejak kecil sehinggalah sekarang. Bukan sahaja dia, malahan abang dan kakaknya juga! Semua tidak suka dengan Idlan!

Ariff lah adik kepada pembulinya dahulu. Yang menjual kucing kesayanganya. Sampai sekarang Idlan tidak tahu keberadapan kucing tersebut. Selamatlah malam tu, dia sempat menghalang Izzat dan Zafran daripada mencari si pembuli.

Kalau tak, pasti Umi akan bergaduh dengan kakaknya dan Idlan tidak mahu itu berlaku. Dia tak nak uminya sakit.

Biarlah dia aje yang sakit.

"Bila kelas aku jangan termenung. "

BUK!

"Auch! " Aduh Idlan dan rakanya serentak. Bapak ah. Boleh amnesia sebab kena ketuk ni.

"Lucio Alexandra, baca bahagian dan terangkan elektrokimia kepada semua. Salah, pergi jalan itik dekat luar! " Tegas Sir Ezekiel menghukum. Lucio melompong. Ah sudah. Ini form 4 punya!

"Dan kau Idlan Harzan, terangkan bahagian elektrolisis. Aku. Nak. Jelas! "

Lucio dah memucat. Hanya Idlan yang tenang. Lek-lek. Kimia form 4 aje kut. Izzat selalu tanya dia, jadi otak dia dah hafal semua. Idlan bangun daripada duduknya. Nafas ditarik dan dihembus.

"Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Arus elektrik boleh dialirkan melalui elektrolit dengan menggunakan dua elektrod iaitu elektrod yang disambungkan kepada terminal positif yang dinamakan anod, dan elektrod yang disambungkan kepada terminal negatif pula dinamakan katod." Sir Ezekiel tersenyum.

"Semasa elektrolisis berlaku, ion negatif akan bergerak dari katod ke anod sebagai kation negatif. Ion positif pula akan bergerak dari anod ke katod yang mana ion ini dikenali sebagai kation positif. Penerangan yang saya sampaikan boleh dicari dalam buku form 4 dan paling mudah google aje. Sekian. "

"Good Idlan. Now kau-"

Tak sempat pun Sir Ezekiel mahu menegur Lucio, remaja itu sudah selamat hilang daripada pandangan dan meninggalkan debu-debunya diudara. Sir Ezekiel melompong manakala Idlan sudah mengeluh.

"Nahaslah kau Luci."

"Anak tak guna! Kau keluar masa kelas bapak kau?! "

****

"Hik. Hik. Idlannnn.. "

"Kau nak apa Luci? Tepilah. Aku nak turun makan ni."

Lucio tetap tidak berganjak dan masih memeluk lengan kekar Idlan dengan gedik. Nak aje Idlan kasi penyepak, tapi ditahan niatnya. Kang, menangis lagi teruk, dia jugak yang kena pujuk.

"Eh babun. Kau nak apa ni?! " Tengking Idlan apabila mula rimas. Urat jantan juga mula timbul. Lucio mencebik.

"You ni! I nak gedikss dengan you pun kedekut. Pipi you ni kan, I rasa nak gigit aje! Eyy kenapa baby sangat muka ni?! "

Membulat mata Idlan apabila wajahnya dicubit Lucio. Terus tanganya menepis kasar.

"Hala-hala, you tampar tangan I pun, I tak kesah. I nak you jugak! Come to papa. Come. "

"Kau pahal bodoh! Geli lah hanat! Jauhkan diri kau daripada aku! " Terjerit Idlan didalam bilik asrama mereka apabila Lucio mula mendekat dengan gaya nak merogol.

"Jangan lah malu baby. I nak you sejam aje. Nanti I bayar eh? "

"Bab(e) kau! Pergi cari lain! "

Berbakul-bakul Idlan mencarut, Lucio tetap juga mengusik dan mengejarnya disekeliling bilik yang menempatkan mereka berdua sahaja.

"Tak ada orang ni. I dah pernah tengok dalam YouTube tau? Meh sini. Meh. Senang aje. "

"$9$?$-$; @+!"

Kini kaki Lucio berhenti mengejar. Tangan naik menekup mulut seakan tidak percaya. Peluh yang merenek tidak diedahkan.

"Siapa ajar you mencarut benda tak elok ni?! Bagi tahu I! Biar I kasi sikit kaki I yang berperisa peluh ni! Dijamin segar daripada tubuh I."

"Jijik lah! "

BUK!

Terus Idlan lari keluar daripada bilik itu. Lucio pula mengekek ketawa. Bantal yang dibaling Idlan, dicampak kembali ke atas katil.

"Hahaha. Idlan-Idlan. Muka ketat tapi comel pun ada. Hahaha. "

***

"Mana Luci? Bukan kau selalu makan dengan mamat gila tu ke? " Soal Izzat yang mengambil tempat dihadapan abangnya. Mendengar sahaja nama Lucio, bulu Idlan menegak seakan patut liberty. Seram!

"Dah mampus. "

"Elok-elok lah. "

"Elok lah tu. "

Izzat dah tergeleng kepala. Buntu dengan sikap dingin abangnya.

Sejak Idlan mula bersekolah di Dandelion High School, yang mana menempatkan sekolah untuk pelajar lelaki sahaja, perwatakannya berubah 360 darjah.

Daripada periang, jadi pendiam. Tidak lagi cengeng, malahan ganas! Sehingga satu tahap, Idlan hampir membunuh salah seorang senior tingkatan 6 mereka semasa di tingkatan 4. Kalau bukan sebab ayah mereka, pasti Idlan sudah dihantar ke Juvana.

Tapi Izzat tahu, Idlan jadi seperti itu sebab sepupu mereka juga. Sedikit sebanyak, Izzat turut membenci sepupu mereka, walaupun mereka berkelakuan baik denganya.

Dasar manusia bertopengkan syaitan! Mereka sentiasa mencari salah Idlan supaya abangya dibenci. Bukan dia tidak tahu mengenai fitnah yang ditaburkan pada Idlan. Tetapi dia tidak akan percaya walaupun secebis. Dia kenal abangnya lebih daripada orang lain.

Biarlah satu dunia bencikan Idlan, dia tetap teguh disisi abangnya.

"Kau termenung apa?"tegur Idlan menyentakkan Izzat. Remaja itu tersengih lalu menyuapkan nasi goreng kedalam mulut. Idlan mengangkat bahu lalu meneruskan suapan.

"Oh ya. Esok Zafran yang akan ambil kita. Abah dengan Umi pergi honeymoon dekat Jepun. So kita duduk dengan Uncle Harraz."

"Kenapa tak duduk dengan Pak Long terus?"

"Pak long dah bawak Arfa dengan kak Iman ke England. Aunty Arisya pula dah gerak ke Russia dengan Uncle Lutfi."

"Pak lang Aisy? "

"Ada kerja dekat Thailand. Alang-alang bawak Aisar dengan Aiman jumpa adik angkat diorang. So, yang ada dekat Malaysia just Uncle Harraz dengan Zafran aje. Tok dengan Nek pun dah terbang ke Itali. Kau rasa? "

Tergeleng kepala Idlan yang mendengar. Keluarga mereka memang suka pergi bercuti ke luar negera. Hanya uncle Harraz yang sentiasa di Malaysia.

"Uncle Juna? "

"Sekaki dengan Abah. Nak anak baru en. "

"Hah! Mengutuk papa aku! "

Terkejut Idlan apabila seorang remaja lelaki mengetuk meja dia dan Izzat. Hampir sahaja buku limanya melayang. Eyy.

"Kau ni Amsyar! Datang bukan nak kasi salam!"

"Assalammualaikum. " ada jugak gigi patah jap lagi. Walaupun geram, Idlan tetap juga menjawab. Amsyar tersengih.

"Jangan lah marah duhh. Anyway, papa aku tak ada sebab pergi Jerman. Katanya ada masalah sikit dengan syarikat. So aku, Amran dengan Ain aje lah duk kat umah. " Terang Amsyar mendapat anggukan mereka berdua.

"Anyway, mana member gila kau Id? "

"Asal fasal Luci aje tanya aku? Tanyalah Gabriel sekali! " Marah Idlan. Ingat dia dengan Lucio ni apa?

"Yelah. Kau berdua aje yang suka berkepit. Gabriel jarang ah. Dia kan suka duk kat library."

"Salah ke kalau aku timba ilmu? "

"Tak lah salah tapi-" Terdiam terus Amsyar apabila Gabriel Rafael elok berdiri dibelakangnya dengan pandangan helang.

"Sorry ma'am. Tak sempat nak kutuk. "

"Tak gune. " Terus kepala Amsyar diluku geram. Remaja itu pula hanya ketawa riang. Izzat dan yang lain turut ketawa dengan telatah mereka. Hanya Idlan yang tersenyum tipis sambil memerhati.

Tetiba, kerusi disebelahnya ditarik. Idlan hanya tenang dan menjamah makanan. Mengabaikan rakanya yang lain.

"Hidup mestilah kena ada rasa happy Id. Kalau tak, kau hanya mayat hidup yang bergerak. Tengoklah, kau masih ada orang yang sentiasa sokong kau walaupun kau ditolak dan dibenci oleh orang lain. "

"Aku tahu. " Lucio tersengih suka. Tangan naik mengusap kepala Idlan.

"Happy selalu okey?" Idlan tersenyum lalu mengangguk. Tak lama kemudian mereka berkongsi tawa. Tawa yang indah dan damai.




End.

Tamatlah sudah bab bonus. Bab sebelum ni banyk fasal Zafran, sekarang fasal Idlan. Saya akan tunggu lagi dua minggu tentang pemilihan siapa watak utama tu. Antara Idlan dengan Zafran aje sekarang. ☺️nanti sinopsis saya kasi sekali.

Bye✌️jumpa di lain masa😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro