Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 31.5 DUGAAN IAN

Beberapa tahun yang lepas..

"Hurmm... "

"Ian. Bangun Ian." Kejut Puan Ilyana lembut. Ian Hylmi yang berusia 13 tahun menguap besar. Badan dibangunkan. Tangan menenyeh mata sebelum dicelikan.

"Kenapa Ian kena bangun mama? Ian malas pergi sekolah lah hari ni. Kerja sir tak siap lagi." Rengek Ian manja. Puan Ilyana mengeleng kepala lalu kepala anak lelakinya diusap sayang. Hailah.. Manja pula hero sorang ni.

"Sahur lah sayang. Hari ni kan first day puasa?"

"Wwhhhattttt....? " tu dia. Panjang terus 'what' Ian dengan muka blur. Mata bulatnya terkebil-kebil seakan tidak percaya.

"Tak payah 'What' sangat lah Ian. Dah jom. "

Ian hanya mengikut lalu berjalan seiring dengan mamanya. Kakinya melangkah ke ruang makan. Hanya mereka bertiga sahaja. Aisy dan Aufa yang baru berusia 4 tahun, tidur didalam bilik. Begitu juga Harraz yang baru berusia 3 tahun manakala Arisya 2 tahun.

Ian mengeluh dek jarak umur mereka yang agak jauh. Tapi nak buat macam mana? Reda ajelah. Sekurang-kurangnya dia masih ada adik beradik.

***

"Abang Ian!!!! "

"Arghhh! "

Kembar Aisy dan Aufa melompat diatas badan Ian tanpa rasa bersalah. Harraz yang melihat daripada jauh, hanya memimpin Arisya yang baru saja mahu berjalan. Ian yang ditindih dua beradik itu mengepal penumbuk.

"Puasa Ian. Puasa. Kawal baran kau. Kawal. Jangan buat adik-adik kau yang tak berakal sangat ni. Ian baik kan? " Pujuk Ian pada diri sendiri.  Fuh, goyang jugak iman. Sikit aje lagi dia nak mencarut.

"Abang buat apa tu? "Soal Aufa polos. Tangan pula elok menepuk kepala abangnya.

"Ha'ahlah. Nak tengok! " Sambung Aisy pula.

Ian mengeluh berat. Tangan dipanjangkan untuk menurunkan Aufa dan Aisy. Patah belakang aku woi! Dah lah puasa. Tak fasal, ada yang arwah.

"Kerja sekolah. " Jawab Ian ringkas lalu bangun daripada pembaringan. Arisya yang berjaya sampai padanya, diangkat lalu diletakan diatas riba. Harraz pula elok dipeluk oleh sang kembar daripada sisi kanan dan kiri. Lagak dah macam Teddy bear. Dengan pipi tembamnya. Rasa nak gigit aje!

"Keja olah? " Soal Harraz pelat. Sang kembar terkebil-kebil lalu memandang satu sama lain.

"Comelnya... "

"... Adik kita. "

"Kyaaaa! " Terus mereka menenyeh-nenyeh bibir masing-masing pada pipi Harraz yang buat bodoh aje. Muka beku nak mati. Ian yang melihat hanya ketawa. Eyy, adik sapa ni?

"Ya Raz. Kerja sekolah. Abang kena buat fasal puasa. " Terang Ian. Tangan pula gatal mendandan rambut Arisya yang elok menghisap jarinya.

"Hapuurrr.. "

"Aip! Jangan main liur tu sayang. " Arisya terkebil-kebil tetapi tangan tetap juga dimasukan kedalam mulut walaupun ditarik keluar oleh Ian.

"Hapuuur.. bluuuu... "

Tergeleng kepala Ian apabila Arisya tetap juga memasukan tanganya kedalam mulut. Sudahnya, dia membiarkan sahaja. Lantak kau lah dik.

"Posye? Yang abam tak makan an minum eh?" Soal Harraz lagi. Aisy dan Aufa pula semakin gatal. Elok diciumnya pipi, terus cium perut budak tu. Terus tangan Ian mengurut pelipis.

"Ya Raz dan Aisy, Aufa. Jangan cium perut adik. Cium aje pipi tu. " Tegur Ian bersama muka yang pasrah habis. Dugaan puasa betul.

"Bau Harraz sedap. " Balas Aufa polos.

"Rasa macam nak makan. "Sambung Aisy.

Ian pulak dah jegil mata. Eh budak ni. Aku curi susu coklat tu karang, nangis kau tak berlagu.

"No means no! "

Kali ni Aufa dan Aisy berpandangan bersama muka pelik.

"Abang carut apa tu Aisy? "

"Aufa bongok kut. "

Terus Aufa buat muka tak percaya. Tangan pula elok melekat di pipi tembamnya. Mulut tercebik-cebik bersama mata yang mula panas. Ian pula yang dah tercegang.

Hantu punya Aisy.

"A-abang... Huwarrrhhhhhh. "

"Ayok.. Abang buat Aufa menangis. Ayok tak tayok. "

"Ah Shit. " Terlepas jugak salah satu perkataan  tak sepatutnya. Arisya yang berada di ribaanya terkejut apabila mendengar nada suara Ian.

"Ewekkkkkk! "

"Ayok tak tayok. Arisya nangis. "

"Kau diam lah! "

Aisya terdiam begitu juga Harraz. Ian yang baru tersedar akan ketelanjuranya, menyengih apabila Aisya mula mencebik-cebik. Harraz? Kejung kawan tu.

"A-Aisy.. jangan-"

"Huwarrrrhhhhhhh!! "

".. Nangis. " Kini tangan Ian mencengkam rambut. Tertekan ada. Rasa nak nangis pun ada. Kemudian matanya jatuh pada Harraz yang kejung.

"Kau buat apa kejung aje? Tak nak-"

"Uwekkkkk...! "

"... Nangis. "

Sumpah Ian rasa nak nangis sekali. Tapi mengenangkan ketiadaan ibubapanya, sedaya upaya Ian tahan. Pembantu rumahnya pula cuti sakit. Babysitter mereka pula tak dapat datang. Tinggal dia sahaja yang paling tua.

"Okay relax Ian. Relax. Kau boleh buat ni! Yeah! You can do this! Fighting Ian! " Semangat Ian menutur kata.

"Hik.. hik.. Ian carut apa pulak kali ni Aisy? "

"Dia kata kita semua bodoh! Huwarhh!! "

"Huwarrhhh!! "

Setitik-demi setitik air mata Ian keluar. Semangat yang berkobar tadi, entah kemana. Lebuh terus.

***

"Eh Ian, kenapa call mama ni? "

"Huuwaaarrrrhhhhhhhhhhhh! "

Tercegang terus Puan Ilyana apabila teriakan semua anaknya kedengaran. Muka mula memucat apabila semakin lama semakin kuat. Tak berlengah, terus Puan Ilyana tutup smart phonenya. Kaki dipanjangkan keluar daripada office.

BAM!

"Abang! Kita balik sekarang! "

Tercegang Tuan Aizat yang baru sahaja mahu memulakan mesyuarat. Tak sempat pun dia nak bukak mulut, Puan Ilyana sudah mengeluarkan aura singa betinanya.

"Balik sekarang atau saya bakar kompeni ni hari ni jugak! "

Seriau terus pekerja Tuan Aizat apabila melihat isteri CEO mereka naik hantu. Tak fasal-fasal kena tangguh dulu mesyuarat mereka. Selamatlah tak penting mana, jadi boleh di teruskan tanpa dia.

***

Hampir jatuh rahang Tuan Aizat dan Puan Ilyana apabila melihat kelima-lima anak mereka menangis. Terus mereka bergegas memdapatkan permata-permata berharga itu.

"Ya Allah, Ian. Kenapa ni sayang? "

"I-Ian cakap inggeris aje ma. Pastu Aisy dengan Aufa salah faham. Hik.. Diorang mula lah nangis. Dah diorang nangis, Ian nangis lah. Hik. Hik.. "

"Hahahahaha! Bapak tak ketal metal kau ni! "

Piattttt!

"Auw! Auw! Sakitlah sayang! Habis leper sel-sel kulit telinga abang! "

"Ada ke cakap macam tu dekat anak?! "

Tuan Aizat tersengih-sengih. Kedua belah tangan pula digunakan untuk memujuk kembar dan Harraz. Puan Ilyana pula elok memujuk Ian dan Arisya.

"Alaa, adik Ian kan memang macam tu? Diorang mana faham sangat. Itu Ian sebagai abang kena sabar layan diorang. Abang yang baik, selalunya faham adiknya. "

"Lagi pun, puasa ni bukan sahaja tahan lapar dan dahaga. Kita juga kena banyak buat amal soleh. Tahan sabar dan nafsu jugak. Ian faham kan maksud mama? "

"Hik. Faham. Sama macam papa kan? Dia kena tahan nafsu kuda dia kan? "

Nak aje Tuan Aizat luku kepala Ian. Aku jugak kau nak menganjing. Anak derhaka betul. Huh!

Terangguk kepala Puan Ilyana dengan ketawa kecil. Ibu jari  mengesat air mata hero pertamanya. Ian diam seketika sebelum mengangguk faham.

Kakinya terkedek-kedek menghampiri Aisy dan Aufa. Tanpa rasa segan silu, pipi adik-adiknya di cium ikhlas.

"Maaf sebab abang marah. Janji lepas ni abang tak marah. Bulan puasa ni abang patut sabar. Maaf tau? "

Semakin lebat Aisy dan Aufa menangis. Cepat-cepat tangan kecil itu memeluk abang yang tercinta. Tuan Aizat dan Puan Ilyana tersenyum melihat telatah mereka.

Harraz dan Arisya yang sudah berhenti menangis memandang satu sama lain. Melihat perlakuan abang-abang mereka, dua beradik itu juga meniru.

"Muuuuahhh. "

Bersinar mata Tuan Aizat, Puan Ilyana, Aisy, Aufa dan Ian apabila Harraz mencium dahi Arisya manakala Arisya mencium hidung Harraz.

"Kyyyyaaaaaa! Syomelnya!!!!! "

***

"Wahh! Ramainya orang! " Kata Aufa dengan riang. Aisy di sebelah juga teruja melihat pelbagai juadah serta kuih muih yang dijual. Ian yang memimpin dua beradik itu ketawa kecil.

"Jom. Aufa naik badan abang. "

Ujar Ian lalu melutut di jalan tar itu. Badan pula membelakangi Aufa. Aufa yang terkebil-kebil mulanya, tersenyum lebar lalu melompat naik keatas tubuh abangnya.

"Wah! Aisy! Aisy! Aufa nampak ayam golek! "

"Betul ke! Abang jom pergi sana! " Aisy menarik lengan Ian dengan teruja.

"Aisy pimpin tangan abang. "

Sepanjang di Bazaar Ramadhan , banyak yang Ian beli untuk adiknya yang tidak berpuasa daripada dirinya. Ian lebih suka adiknya mendapat lebih berbanding dia.

"Yeay! Kita makan ayam! Ayam! Ayam! " Sorak Aufa yang masih berada diatas abangnya. Aisy juga melompat teruja disisi Ian.

"Dah beli banyak kan? Jom balik. "

"Baik sir! "

Sebelum sempat mereka pergi, mata Aufa jatuh pada satu susuk tubuh. Matanya tidak lepas memandang susuk tubuh itu. Begitu juga Aisy. Mereka berpandangan lalu Aisy menarik hujung baju Ian.

"Abang. Kalau kita kasi budak tu boleh tak? " Soal Aisy dengan mata membulat comel.

"Budak? "

"Ha'ah. Yang tu. " Kali ni Aufa pula menunjuk pada satu arah. Mata Ian jatuh pada seorang kanak-kanak lelaki yang kurus. Duduk di tepi tandas awam seakan menunggu kematian.

"Jom. "

Budak lelaki yang hampir sahaja lena, terjaga apabila Ian menegur. Mata birunya naik memandang Ian. Pada mulanya Ian terkejut dek mata itu, tetapi dihalau rasa itu. Tangan menghulur sebungkus ayam panggang bersama sebungkus nasi ayam.

"Nah. Ni aku dengan adik-adik aku kasi. Makan tau? "

Budak lelaki itu memandang bungkusan itu dan Ian silih berganti.

"Janganlah risau. Aku ikhlas tau? Oh ya, nama aku Ian. Yang atas ni Aufa, yang ni pulak Aisy."

"Hai! " Serentak mereka melambai dengan ceria.

"Kau? "

"A-Adrian. "

Ian sengih melebar lalu meletakkan dua bungkusan itu dihadapan Adrian. Adrian membulat mata bersama liur yang diteguk. Susah. Tapi dia betul-betul lapar.

"Lahh. Dekat sini korang ya? Penat aku cari."

"Papa!"

Tuan Aizat yang sebenarnya melihat daripada jauh,tersenyum bangga dengan anak-anaknya. Lima keping not seratus dikeluarkan lalu diberi pada Adrian. Budak itu jelas tergamam.

"Ambilah. Nanti boleh buat belanja. "

"Te-terima kasih. "

Tuan Aizat hanya sengih lalu meminta diri bersama anaknya. Sebelum pergi, sempat Aisy menghampiri Adrian. Adrian terkebil-kebil apabila si kecil itu meletakan satu lagi bungkusan dihadapanya.

"Aisy suka gula-gula ni. Tapi Adrian mesti lapar kan? Jadi Aisy bagi. Janji makan tau? Bye! "

Aisy berlari terkedek-kedek kearah Ian. Adrian yang menerima pemberian keluarga itu tersenyum kegembiraan. Tangan laju membuka setiap bungkusan, lalu menjamah penuh kesyukuran.

"Aisy... " Satu nama itu akan terpahat kemas dalam otaknya. Gula-gula yang diberi, dimakan dengan cermat.

"Thanks. "

****

Sekarang...

"Hah! Kau mengelamun apa tu Ian? " Ian terkejut apabila disapa tiba-tiba, tergeleng kepalanya melihat sengihan Aisya dan Aufa.

"Ah tak. Aku just teringat masa kita puasa dulu. " Ah! Nostalgic betul! Dia betul-betul rindu akan saat itu.

"Hurmm.. Tak payah kenang sangat lah. Dah jom. Nak bukak dah ni. " Ajak Aisy lalu menarik lengan Ian. Aufa juga berbuat sedemikian. Harraz pula sudah elok menunggu di meja makan bersama ibubapa mereka dan Arisya.

Senyuman Ian semakin melebar apabila mereka membuka puasa bersama-sama. Ya, kalau dulu, hanya bertiga, kini mereka bertujuh. Sangat meriah. Sangat gembira.

"Yeay! Makan! "

***

"Yo! "

"Lah kau ke Aisy? Buat apa dekat sini? Bukan kau bukak puasa ke? " Soal Adrian bertalu-talu. Aisy pula sekadar sengih lalu menghanpiri Adrian yang elok duduk dihujung bangunan Tuan Aizat.

"Dah tadi. Aku saje mintak papa nak keluar kejap. "

"Rindu aku lah tu."

"Whatever. "

Adrian mengekek ketawa apabila melihat wajah jengkel sang sahabat. Bahu lelaki itu dirangkul mesra lalu mereka membuang pandangan pada bandar yang pesat membangun.

"Nah. "

"Huh? "

"Lolipop. Ni aje gula-gula yang aku ada. "

Senyuman Adrian melebar besar apabila Aisy menyerahkan lolipop itu. Melihat sengihan yang lebar daripada biasa, mengundang kerutan didahi Aisy.

"Kau kenapa happy semacam? "

"Hehehe. Kau ingatkan aku pada someone. Girl kut. Entahlah. "

"Huh? Kau merepek apa sia? "

"Tak. Dulu ada budak kasi aku gula-gula. Tapi aku tak sure sangat lah dia lelaki ke perempuan. Muka jambu. "

"Jadi? "

"Macam kau sekaranglah. First puasa aku dapat. Bila ingat balik, aku tak berapa cam sangat muka dia dengan dua orang lagi tu. "

Aisy hanya mengangguk lalu mata tertala kehadapan kembali. Entah kenapa dia macam boleh ingat balik. Macam pernah pulak jadi.

"Kalau perempuan, dia first love aku."

Entah kenapa meremang pulak bulu Aisy apabila Adrian berkata begitu.

"Kalau lelaki? "

"First friend aku lah. Dia baik. "

Kali ni Aisy lega. Lega sebab apa pun dia tak tahu.

"Eh dah lah. Jom ah lepak kedai mamak mana-mana. Nanti masuk waktu sembahyang kau, aku hantar okay? "

Aisy sengih melebar. Ah, Adrian walaupun bukan Islam, sentiasa mengingatkan dia mengenai kewajiban yang satu itu walaupun dia mampu ingat sendiri.

Macam ni kau nak lepaskan? Memang tak ah. Sahabat terbaik kut!

"Sayang kau! "

"Ya. Ya. Aku sayang kau jugak sahabat. Dah jom. "

"Aye sir! "








Lebih kurang macam ni lah Aufa dgn Ian masa dkt Bazaar Ramadhan 😍😍😍eyyy.. Comel sangat!!!! Dkt Media pulk, kalau Aisy dgn Aufa tidur sekali😂Yg x nampak muka tu Aufa. Cute aje dua beradik tu! 😍

Saje nk buat special bab. Hope korang terhibur! Next bab akan di up 2/esok. 😂x janji tau! Semua ni time sebelum Aufa kena culik. And sebelum Aufa jumpa Bro dia. Maaf Arjuna tak ado😂

Enjoy❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro