BAB 3 OTAK ISTIMEWA (SANGAT)
Aufa Qayyum POV
Kini kami semua berkumpul dalam bulatan setelah aku hampir sahaja mencapai sebilah pisau dan ingin menoreh tangan. Selamat Zafrey halang dan bagi ceramah yang boleh tahan Deep. So, aku pun trauma nak pegang pisau.
"Alright, memandangkan semua dah ada dekat sini. Jom kita kenalkan diri pada parasite pembawa kuman ni ya?"
"Xskius meh? " soalku geram. Harith buat muka tak tahu aje. Kuaja.
"Kejap Rith. Kau dengan aku tak payah kenalkan diri dah, sebab si Aufa dah tahu. Yang tiga ekor ni aje. " Harith berdiam diri seketika sebelum mengangguk.
"Then, Dan.. Kau mula dulu. " arah Harith kepada lelaki bersut hitam dan berkemeja putih. Zafrey kata dia baru balik daripada office.
"Aku Zaydan Aryan. Kembar Zafrey. 25 tahun."
Aku mengangguk kepala. Kalau nak dibandingkan dengan Zafrey, Zaydan lagi nampak mature. Rambut hitam disikat kemas ke belakang. Muka kacak dan ada mata biru yang memukau. Zafrey pula lebih kepada gaya rambut santai dan mata mereka pun beza. Mata Zafrey hijau-hijau sikit.
Tambah lagi dengki aku dekat dia. Mata aku hitam gelap aje. Tak apa lah, bersyukur.
"Aku pulak! Aku Tengku Izyan Haikal! Harap kita boleh beramah mesra dan bersuka antara satu sama lain ya? "
Hah? Bersuka antara satu sama lain? Cepat aje mata dia pandang aku atas bawah. Normal ke tidak dia ni? Terus tangan aku naik ke dada. Aku tak nak hilang teruna weh!
"Aku bukan gaylah! "
"Hah? Bila masa aku kata kau gay? "
PANG!
PANG!
Maka telangsailah hutang Zafrey yang belum menampar aku. Sah hari ni diorang kena sambut aku dengan tamparan! Huhu.. Omma.. Anakanda omma dapat blusher free hari ni.. Huhu.. Sakit!
Hashtag, done gedik.
"Kau jangan fikir benda bukan-bukan boleh tak? Kat sini semua normal aje! "
"Kau pun satu Izy! Cakaplah bebetul sikit!"
Aku dan Izyan saling berpandangan sebelum tersengih tak bersalah. Aku rasa, aku dah mula suka dia. Suka sebagai kawan baik aku! Masuk air hehehe.. Lagi pun dia nampak lagi muda daripada Zaydan. Muka kacak, jangan cakap arh! Kalah babi hutan weh.
"Okay, kau pulak Una. " Ujar Izyan mendapat cerluan mata tuan empunya badan.
"Arjuna lah babun. "
"Buang Arj jadi lah Una bongok. "
"Pelik bodoh! "
"Kau bila aje tak pelik setan. "
"Eh kau ni! "
Ouhh.. So nama samseng tu Arjuna lah? Baru tahu. Eh memanglah baru tahu, baru kenal kan?
"Kau apa budak? " soal Arjuna buat aku teguk liur. Eyy dia ni memang samseng ke apa? Tengok muka dah nampak baik, tapi perangai hampeh! Serupa jebon sebelah tong sampah mak aku!
"Aku manusia. Err..Nampak macam binatang ke? " Soalku penuh polos dan tertib. Marah memang lah marah, tapi kena sabar hadap manusia macam ni.
Tetiba muka dia merah dan nampak bengang. Aku pucat. Weh, aku jawab salah atau soalan aku yang salah? Seram lah tengok samseng ni! Terus aku nyorok bawah lengan Harith.
"Kau! Aku cakap elok-elok kau jawab macam tu kan? " marahnya. Huiii... Apa salah aku duhai dunia? Aku jawab baik-baik lah tu! Siap dengan muka polos lagi tau?
Tak ke cute tu?
"Harith.. Aku jawab betul lah tadi. Dia tanya 'aku apa?' Aku jawablah aku manusia. Apa yang salah..? "
melerek-lerek suara aku macam nak nangis. Serius aku nak nangis! Mama aku mana pernah tengking aku macam ni! Papa aku ajelah yang selalu memetir. Itupun sekali. Sebab lepas dia tengking, aku koma tiga hari.
Selamat mama aku tak lafas talak dekat papa.
"Sorry Juna. Aufa tafsir benda lain dekat soalan kau tu. Kau ni.. Dah tahu dia ada otak istimewa yang mana sangat lah tak betul, buatlah ayat baik-baik sikit. " Tegur Harith seraya mengusap kepala aku. Ehe, nampak tak Harith ni macam bidadara pada aku? Baik aje! Tak serupa samseng tu! Huh!
Wait, dia kata otak aku tak betul? Babun.
"Fine. Nama. Kau. Apa? " sepatah-sepatah dia berkata. Aku buat muka seposen. Cuba tanya daripada awal benda alah ni? Tak lah aku silap tafsir.
"Aufa Qayyum bin Aizat Qoyyum. 16 tahun." Balas aku dengan muka ceria. Err.. Cerialah sangat. Padahal semalam kemain muka kau masam macam beruk. Merajuk punya fasal.
"Well then, Welcome to our house Aufa! " ujar Zafrey dengan cerianya. Yang lain hanya tersenyum manis. Manis ke? Eh tak, lebih kepada senyuman serigala.
Sambutan kedatangan aku tak lah teruk mana kan? Walaupun aku tak tahu kenapa aku ditampar tiga kali hari ni. Yang pasti, aku berdoa agar Izyan dan Zaydan tak tuntun nak tampar pipi aku.
Habis pipi aku jadi pau kaya nanti.
***
"Ni bilik kau. "
Boleh tak sesiapa tampar aku sekarang? Menyesal aku doa Izyan dan Zaydan tak tuntun nak tampar aku. Sebab sekarang, yang berada didepan mata bagaikan fantasi sahaja.
Kalau korang fikir aku dapat bilik yang serba mewah seperti di ruang tamu, sila ambil pisau dan potong kuku. Kalau terpotong jari tu pun lagi bagus.
Siapa suruh main pisau?
"Ini bilik tidur atau bilik store? " soal ku terus terang. Harith buat muka selamba hota hei dia. Tangan aku dia gapai lalu ditarik seakan Cinderella yang didera saudara sendiri. Okay tipu.
Please jangan kasi tahu mamat ni aku mengata dia. Tak fasal-fasal dia halau aku tidur dalam rumah anjing.
Tapi kalau rumah anjing lagi mewah daripada ni, okey jugak kut?
"Both. Inilah bilik tidur kau, dan inilah bilik store kitorang. Malas nak kemas. "
"Kau ingat aku ni lelaki simpanan ke tinggal dalam bilik store? " soal ku berbaur geram. Malas korang aku yang kena? Fuhh.. Baik punya layanan. Kalau aku kasi bom ini rumah, agak-agak terbakor tak setan-setan dalam ni?
"Bukan lelaki simpanan. "
"Abistu? "
"Gigolo simpanan. Malam nanti aku promote kau dekat dark web eh? Untung beb! "
"Hotak mu! "
Terus Harith ketawa jahanam dia dan melarikan diri apabila aku dah angkat kerusi plastic. Sadis betul hidup bidadara bernama Aufa Qayyum. Apa tah yang ada dekat aku sampai semua nak dengki. Siap buang aku dalam store lagi. Huhu..
"Ni kalau tahu dek Aisy , mesti dibahan aku sampai mati. Bahaya-bahaya. "
Dalam aku duk membebel tah apa-apa, datanglah bakal sebilik aku, sang tikus. Eh, comel pulak tikus ni. Putih aje. Aku bercangkung depan tikus itu. Dia macam tengah kata hai.
"Hai! Aku Aufa Qayyum. Kau panggil Aufa aje. Nama kau apa? "
"Chip-chip! "
Aku aje atau tikus ni bunyi anak ayam? kiut gila! Yelah, tikus ni kiut pastu aku rasa dia gila. Sebab dia tikus, bunyi anak ayam. So Kiut Gila lah. Okay, hambar. Sila abaikan joke tak guna tu. Malu anak cicit aku. Tok Aufa tak pandai buat lawak. Keh!
"Aufa kau-"
Terangkat kening aku apabila Izyan menyoal tak habis. Muka dia terus pucat macam lepas tengok hantu. Aku dengan baik hatinya, pergi dekat dia sambil bawak member forever tikus aku.
"Hah, nak ap-"
"TIKUSSS!! OH MY GELI TAK TAHAN!! MAK!! MAK LARI DULU!! "
Maka terkebil-kebil lah bidadara Aufa Qayyum apabila manusia itu hilang dan meninggalkan debu. Aku dan sang tikus berpandangan sebelum melakar senyum bahagia.
"Tikus-tikus, kau boleh tak selinam masuk bilik Izyan malam ni? Tidur dengan dia eh? "
Dan seperti memahami, si tikus terus meninggalkan aku. Terkedek-kedek kaki kecik tu naik ke bilik atas. Ahh.. Biasalah, member datang dan pergi. Tapi malam nanti aku tak ngaku tikus tu member aku.
Bukan salah aku kalau Izyan tetiba histeria.
Ingat eh, story ni agak merapu dan urmm.. tak berapa betul😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro