BAB 27 MASA LALU (PART 1)
Khairul Ikhwan POV
"Apa yang ayah nak buat dengan Khai? Tak cukup lagi ke apa yang ayah dah buat pada bapa dia?! "
"Kau diam Luna! Kalau bukan sebab tindakan bodoh kau, aku dah dapat tumbangkan si jahanam tu! Kau patut berkahwin dengan anak dia, bukan dengan petani! Dan lagi teruk kau sanggup kena tangkap basah dengan dia?! "
"But i love him! "
PANG!
"MAMA! "
Aku berlari keluar daripada belakang pintu. Tubuh mama yang terkulai jatuh, aku dakap bersama tangisan. Orang tua yang tergamam itu, aku tidak peduli.
"Ma-mama. "
"Shh.. Kenapa sayang nangis ni? " Soal mama walaupun aku tahu dia menahan sakit. Aku mengetap gigi apabila tanganya membelai pipi ku. Dengan mata yang garang, aku berpaling menghadap si jahanam durjana.
"Why you slap her?! Mama anak datuk kan?! Apa salah mama! Kenapa atuk layan mama macam ni?! "
"Kau masuk bilik kau sekarang Luis. Ini hal-"
"My name is Khairul! Khairul Ikhwan bin Khairin! " Tengkingku kuat. Dapat aku lihat urat jantan Datuk yang mula timbul pada lehernya. Kesah apa aku! Dah terlalu lama dia seksa mama! Aku tak boleh bersabar lagi! Not anymore!
"Kau jangan nak kurang ajar Luis D'Lord! Kau ingat kau siapa?! "
"Aku bukan Luis! Dan kenapa pulak aku nak hormat kau hah?!"
PANG!
Wajah ku terteleng ke kanan apabila tamparan padu hinggap di pipi. Senyuman sinis aku ukir lalu tangan mengesat darah yang keluar daripada bibir. Wajah yang mula menyinga aku pandang dengan riak jijik.
"Aik? Aku provoke sikit dah marah? Oh yeah, mungkin sebab baran kau ni lah, kau sanggup bunuh papa kan? Hey, apa jenis bapak kau ni?"
"You son of bitch! "
"Ayah cukup! Ja-jangan pukul Khai lagi. Please. I'm begging you. " Rayu mama bersama tangan yang memeluk aku. Aku mengigit bawah bibir melihat air mata wanita yang bergelar ibu tumpah. Sumpah! Aku tak ingin melihat dia menangis! Air mata seorang ibu sangat berhaga! Dia hanya boleh tumpah apabila mereka sangat gembira aje!
Tapi sekarang, air mata ibu tumpah kerana aku. Ah! Aku anak derhaka!
"Ma-mama. "
"Huh! Ini kali terakhir aku biarkan anak kau. Lain kali, no. Tak akan ada lain kali! "
BAM!
Mama menghambur tangis bersama tangan yang memelukku erat. Air mata yang semakin banyak mengalir itu membuatkan hati aku terhiris.
"Maafkan mama sayang. Maafkan mama. "
"Tak! Tak! Mama tak boleh mintak maaf! I-ini semua salah Khai! Please ma, don't cry. It's hurting me. "
Mama hanya tersenyum. Senyum dalam tangisan. Kedua belah tangan naik menekup pipi aku. Aku tergamam apabila mama melabuhkan bibirnya pada dahi aku. Cukup lama, cukup syahdu.
"I love you Khairul Ikhwan bin Khairin. Sebab lahir dalam rahim mama, sebab hadir dalam hidup mama, sebab jadi kekuatan mama, sebab berdiri dan lindungi mama. Semuanya! Terima kasih! Ma-mama sangat-sangat gembira! Khai betul-betul anak yang baik sayang. " Tulus mama bertutur. Kini air mata jantan aku yang keluar. Hati aku sesak! Sebak!
"Ma-mama jangan tinggalkan Khai. Khai ada mama aje. " Rayu ku. Kata-kata mama tadi seakan dia akan tinggalkan aku. Ya Allah, aku tidak kuat!
"Mama tak akan tinggalkan Khai. "
Itu lah kata-kata mama. Dan itu juga...
Kata-kata terakhir dia.
"Mama? "Panggil ku pada hari berikutnya. Tapi sayang. Suara ku bergetar. Susuk tubuh yang bermandikan darah dipandang dengan linangan air mata.
"Oh Khai? Dah lama ke balik? " Soal susuk tubuh yang erat memegang pisau. Pisau berdarah.
"MAMA! "
Aku menyerbu kehadapan! Tubuh berdarah itu aku dakap seerat mungkin. Seakan berharap tubuh itu membalas dakapan ini. Tapi sayang, ini bukan fantasi. Tubuh itu tetap juga kaku. Darah yang menyeliputinya tetap mengalir dan tiada tanda untuk berhenti.
"Mama bangunlah.. Khai tak nak hilang mama. Mama. Mama. " Aku merayu-rayu. Suara aku bergetar hebat. Sungguh, kenapa aku yang lalui detik ini?
"Bawak budak ni. Kurung dia dengan Erith! " Arah si durjana tegas. Aku meronta-ronta ingin dilepaskan.
"No! Lepaskan aku! Jangan pisahkan aku dengan mama!!! "
"Hish! Diamlah budak! "
"Lepaskan aku! Kau manusia iblis! Anak kau sendiri pun kau bunuh?! Kau memang syaitan Livian! Syaitan!! "
Aku meraung seakan orang gila. Tangisan aku masih lagi kuat. Dan tiada tanda mahu berhenti. Sedar-sedar sahaja, belakang kepala ku dipukul lalu semuanya berubah gelap.
***
"Urgh.. "Aku mengosok kepala yang terasa sangat sakit tika itu.
"Bangun pun. "
"Huh? Erith? "
Erith tersenyum nipis bersama bibir yang berdarah. Tangannya membelai pipiku. Keluhan keluar daripada bibirnya.
"Dia dah melapau Khai. Dia bunuh semua keluarga aku. Mama kau.. "
"Aku tahu.. "
Erith diam begitu juga aku. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Aku tahu keluarga Erith mati bukan sebab kemalangan, tetapi rancangan durjana Livian D'Lord itu sendiri. Huh, tak sangka ada manusia sebusuk dia. Lebih kejam daripada syaitan!
"Hik.. Hik.. " Aku dan Erith saling berpandangan. Siapa pulak dalam bilik gelap ni? Yang ada cuma aku dengan Erith aje. Jangan-jangan..
"Jangan cakap Livian letak perogol dalam ni weh. "
Terus belakang kepala aku di tampar Erith. Bapak padu. Bukan beshe-beshe duh.
"Jangan nak buat lawak tak semengah kau sekarang. Aku tumbuk kau kang. " Ugut Erith membuatkan aku mencebik. Aku bangkit daripada duduk lalu menghampiri tangisan itu. Erith pula hanya diam memerhati.
"Hik.. Hik.. "
"Hey. Siapa pun kau, please lah keluar. Dalam gelap ni aku takut ada yang kena tangkap khalwat. "
DUSHH!
"Kau baling batu dekat kepala aku?! " Erith buat muka seposen dia. Seakan tidak bersalah dengan apa yang dilakukan. Sakit tahu tak sakit?
"Cakaplah benda mengarut lagi. "
"Ka-"
"Arrrrrrgggghhhhhhh!!! "
Ekk! Teguk liur. Suara siapa tu? Seram sia. Aku dah lah lepas kesedihan ni. Sekarang nak kena hadap pulak ketakutan? Oh tidak! Aku bakal arwah kerana terkena serangan jantung! Eceh, over kau Khai.
"Pergi! Pergi! Jangan dekat! "
"Aiikkk.. Ni langsuir jantan ke betina? " Bisik ku apabila terdengar suara itu memekik. Sebelum sempat aku melakukan apa-apa, badan aku ditarik sehingga terjatuh kebelakang. Sakit tu hanya tuhan yang tahu. Tak cukup dengan itu, badan aku seakan dihempap sesuatu.
"Kau.. Siapa... Kau? "
Aku terganga apabila seorang budak sebaya Erith menindih badan aku dengan pisau ditanganya. Eritn juga jelas terkejut melihat budak yang tak serupa budak tu.
Badan dia penuh luka. Berbirat. Ya Allah, apa yang Livian dah buat pada budak ni?
"A-aku Khai. Kau boleh letak pisau tu jauh-jauh tak? Bahaya lah. "
Bukan dijauhkan, semakin didekatkan pulak pisau tu dekat leher aku. Matanya tajam menikam mata aku.
"Kau budak orang tua tu ke? Kau nak buat apa dekat aku?! "
"Aku mangsa okay?! Aku tak akan buat apa-apa dekat kau! "
"Tipu! "
Aku membulat mata apabila pisau itu mula menjunam kebawah. Erith menjerit nama aku dengan kerisauan. Aku pula memejam mata. Menanti saat untuk ditikam.
"Hentikan.. Jangan bunuh.. Dia... Ryu. Dia.. Tak akan.. Apa-apakan.. Kita.. "
Nafas aku seakan terhenti. Suara lembut dan lemah itu menyapa halwa telinga. Bilah pisau itu berhenti betul-betul di hadapan mata aku. Nafas aku kencang.
"Aufa. " Budak lelaki sebaya aku keluar daripada kegelapan. Aku tergamam begitu juga Erith. Kami kehilangan kata-kata apabila melihat wajah tak bermaya itu. Matanya pula ditutupi dengan kain putih yang melilit kepala.
Seakan orang buta.
Budak lelaki bernama Ryu mendengus lalu mengangkat tubuhnya. Tangan Aufa dicapai lalu ditariknya budak tu dalam kegelapan.
"Jangan dekat dengan Aufa." Sempat Ryu memberi amaran sebelum hilang. Aufa pula hanya tersenyum kelat. Dapat aku lihat belakangnya yang penuh luka dan berdarah teruk.
"Ryu D'Lord. " Kini mata aku jatuh pada Erith. Ternaik kening aku apabila dia menyebut nama budak lelaki persis jepun tu.
"Dia tu sepupu kita. Anak Uncle Mizuki. Tapi.."
"Keluarga uncle dah mati dua bulan lepas. "
Kejutan demi kejutan aku terima hari ni. Badan aku mengeletar.
"L-Livian ke.. "
"Tak ada siapa lagi yang sanggup bunuh keluarga sendiri selain dia Khai. " Roh aku seakan terbang ke angkasa. Jadi khabar angin yang Uncle hilang tu tipu?
Livian, apa yang kau nak sebenarnya?
"Budak tu? "
"Don't know. But better jangan dekat. Lagi-lagi kalau Ryu selalu dengan dia. "
Walaupun diberi amaran oleh Ryu dan nasihat daripada Erith. Aku tetap jugak nak tahu siapa budak tu.
Bagi aku, dia..
Manarik.
"Erith. "
"Hurmm? "
"Aku nak kenal budak tu."
"Hah?! "
Kita tengok masa silam Aufa dgn Khairul dulu k? Sebelum Aufa hilang ingatan😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro