Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 26 RINTIHAN DAN RAYUAN

️Bab seksaan, so korang faham2 lah macam mana😂

______________________________

Mata yang terpejam, di buka perlahan-lahan. Pedih! Cahaya yang menyilau memedihkan matanya! Tetapi apakan daya, kedua tangan dan kakinya sudah di ikat. Dirantai dengan besi!

"Khai.. " Nama Khai diseru dan jejaka itu muncul dihadapanya. Aufa tersenyum kecil walaupun keadaanya agak daif.

"Walaupun kau hanya ilusi, tapi.. Boleh. Boleh tak kalau kau teman aku? " Soalnya lemah. Sungguh, dia tidak lagi berdaya. Dia mahukan sahabatnya.

"Kau yang cipta aku. Kenapa pula aku nak tolak? Aku ada kuasa ke? "

Khai duduk di atas lantai disisi Aufa yang terikat diudara itu. Tidaklah terlalu tinggi, tetapi sudah cukup untuk kaki remaja tidak menyentuh lantai.

"Terima kasih. "

"Anything for you bud. "

Krek..

Bunyi tolakkan pintu itu menyentakkan mereka berdua. Badan Aufa mula menggeletar dengan sendirinya. Gigilan giginya juga kedengaran. Khai sedaya upaya cuba menenangkan remaja itu.

"Jangan-jangan.. "

"Aufa tenang.."

"Aku takut Khai! "

"Tak! Tak! Diorang tak akan apa-apakan kau! "

"Khai! Diorang nak pukul aku! "

"No. Please Aufa. Please calm down. Aku tahu kau mampu mengharungi onak dan duri ini! "

Tiba-tiba, rahang Aufa dicengkam kuat! Ilusi Khai hilang serta merta! Dan suara-suara tu..

Kembali lagi.

Lelaki bertubuh sasa yang masuk tadi, tersenyum penuh makna. Suka dia melihat riak takut remaja dihadapanya! Dirinya seakan malaikat maut bagi sang remaja itu!

"Lepaskan aku! Kau sialan jahanam! " Maki Aufa dengan mata yang memerah. Nafasnya kian sesak. Dia mula berubah ganas! Lelaki itu hanya ketawa suka.

"Budak gila! Cakap seorang diri kemudian mahu aku lepaskan? Hey! Dalam mimpi kau lah! "

DUSHHHH!

DUUSHHH!

Aufa memuntah liur apabila tumbukan dihadiahkan di perutnya! Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi berkali-kali! Lelaki itu terus menghentam perutnya seakan dia bukanlah manusia! Dan hentaman terakhir berjaya membuatkan Aufa memuntahkan darah!

Senak! Sakit!

Itulah apa yang dirasai oleh Aufa. Tidak cukup dengan itu, tali pinggang pula yang digunakan oleh sang lelaki. Melibas dan melibas tubuh sang remaja sehingga bajunya terkoyak! Aufa merintih dan merayu tetapi seksaan tetap diteruskan!

"To-tolong.. To-longlah berhenti. Hik... Sa-sakit. " Rayunya lemah sekali. Tubuhnya yang sudah penuh dengan parut, kini berbirat dek libasan tali pinggang itu.

"Aww.. Aufa. Ini baru sikit. Jom kita ke peringkat yang seterusnya. Hurmm. Yang ni best sikit lah. "

Best kejadah kau! Entah kenapa , Aufa mula berang dan menjadi agresif! Emosi dia betul-betul dah tak terkawal!  Tangan dan kaki yang terikat tidak mengahalang dia untuk meronta dan membentak-bentak.

"Weh Lou, budak tu dalam mode agresif dia sia. Kau still nak main ke? " Soal salah seorang anak buah yang mengikutnya. Lou hanya senyum sinis. Pisau yang tersisip dikakinya di ambil lalu dipusingkan.

"Kau lupa ke Boss Livian nak kita seksa dia? Asal tak mati aje. So yeah, jom ajelah. " Ajak Lou seakan apa yang dilakukan tidaklah berat.

"Come baby boy. Aku betul-betul nak dengar kau meraung! "

"Arhhhhhhh!! "

Aufa menjerit nyaring apabila Lou menghiris kasar pipinya! Darah mengalir deras. Membasahi lantai dan badan! Tidak cukup dengan itu, leher Aufa pula menjadi mangsa. Tidaklah terlalu dalam, tetapi sudah cukup untuk remaja itu meraung.

PRANG!

Kini belakang badanya pula dihempas dengan cermin tingkap! Belakang Aufa mula berdarah dengan dahsyat. Cebisan-cebisan kaca mencalarkan belakang tubuhnya yang sudah terdedah. Nafas Aufa mula tersekat-sekat. Perit!

"Wow pandai kau guna kaca tu. " Puji Lou pada anak buahnya yang sudah tersenyum gedik.

"Hurmm.. " Kali ni, pisau Lou berjalan di atas lengan Aufa. Darah mengalir sepanjang hirisan itu.

"Aufaa.. " Khai yang menangis semakin kabur. Aufa sudah tidak berdaya. Badanya lemah sekali! Melihat Aufa yang mula tidak sedarkan diri, Lou tersenyum penuh makna.

"Boss tak cakap pun kita tak boleh ratah dia en? " Terbuka luas terus mata Aufa apabila mendengar luahan tak bermoral itu! Kepala digeleng selaju yang mungkin. Tidak! Tidak! Dia tidak mahu melakukan hubungan terlarang itu! Dia tidak mahu!

Dia rela mati daripada melakukan perkara sebegitu rupa!

"Ya Allah. Tolonglah hamba mu ini. " Doanya bersama linangan air mata. Tangan dan kakinya digerakkan walaupun dia tahu tiada gunanya.

Lou tersenyum lalu menyuruh anak buahnya membuka baju masing-masing sehingga tiada seurat benang pun. Aufa menutup matanya erat. Hatinya tidak henti berdoa. Ya Allah!

"Mari aku tengok macam mana anak buah aku ratah kau! "

"Kau memang jahanam! Dasar manusia iblis! " Sungguh! Dia berasa jijik dengan manusia sebegini. Menyukai sesama jenis? Mati hidup semula pun dia tidak akan menyukainya! Nafsunya hanya untuk kaum hawa! Isterinya!

"Shhh.. Just enjoy babe. " Aufa mula menangis dan menangis! Lelaki yang bernafsu songsang itu mula menghampiri. Hanya beberapa detik sahaja dan lehernya bakal menjadi ratahan sang durjana!

BAMM!

BAMM!

Aufa membulat mata. Dua lelaki itu tumbang apabila kepala mereka berjaya menjamah dua butir peluru. Lou juga tergamam lalu memalingkan wajah kebelakang. Nafasnya terhenti serta merta. Badanya mengeletar hebat!

"Tu-Tuan R-Ryu.. "

"Sialan! Kau nak buat apa dengan budak tu hah?! " Jerkah Ryu dengan pandangan membunuh. Beretta 92 tergenggam kemas di tanganya. Urat jantan juga kelihatan.

"A-aku hanya ikut arahan! "

"Jahanam! "

BAMM!

BAMM!

Lou menjadi kesakitan apabila kaki dan bahunya di tembak tanpa belas! Ryu sedang berang. Sangat-sangat berang! Sungguh! Kalau lah dia lambat sedikit, pasti Aufa-

Mata tertutup rapat. Tidak mahu menghabiskan kenyataan itu. Jijik!

"Ryu D'Lord. Kenapa ni? Kenapa cucu atuk ni marah hah? " Soal Livian yang muncul dibelakangnya denga tenang. Ryu mendengus lalu memalingkan badan kebelakang.

"Ryu tak kesah kalau atuk nak seksa dia. Tapi bukan dengan cara khalwat! Atuk tahu itu pantang larang Ryu! " Jekah Ryu lantang. Dadanya berobak kencang.

Livian tersenyum tenang. Matanya jatuh pada Lou yang sudah memucat sebelum kembali pada Ryu yang beriak bengis.

"Baiklah. Kau buatlah apa yang kau nak dengan Aufa. Tapi Lou.. "

BAM!

Tanpa sempat Lou merayu, dahinya sudah ditembak oleh Ryu. Kini Ryu memandang tajam datuknya. Tanda dia hanya mahukan Aufa. Tiada bantahan!

"Baik-baik. Ambil lah budak tu. Tapi ingat, kalau kau bawak dia lari.. " Kini mata Livian pula yang tajam menikam.

"Aku akan bunuh kau jugak. Anak buah aku ramai. Harap kau tak buat kerja bodoh Ryu D'Lord. "

Itulah kata-katanya sebelum melangkah pergi. Ryu hanya senyap lalu berlari mendapatkan Aufa yang seakan nyawa-nyawa ikan. Setitik air matanya tumpah. Keadaan Aufa betul-betul memilukan hatinya.

"Aufaa.. " Panggilnya bersama tangan yang membelai pipi. Aufa hanya sengih lemah.

"Lambat. "

Dan dunianya hitam. Gelap seakan malam yang tiada sebutir bintang. Ryu tersenyum payah lalu memeluk remaja yang sudah berlumuran darah itu. Erat. Sangat-sangat erat.

"Maaf. Maafkan aku. "










Aufa😢

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro