Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 21 AUFA HIDUP

Aisy POV

Kehulu kehilir aku berjalan dihadapan wad Arjuna. iPhone milik aku tergenggam kemas. Harith dan tiga rakanya masih belum sampai. Lambat macam siput betul!

"Dah-dah lah tu jalan macam orang gila. Serabut siot aku tengok. "

"Tak. Aku bukan apa Ad, tapi firasat aku selama ni memang betul! Aufa hidup lagi kut!"

Tergeleng kepala Adrian melihat aku yang mula melompat-lompat macam orang tak betul.

"Kembar aku hidup woi! Hahahaha! Yes! Kekasih gelap aku dah balik! " pekik ku lantang sehinggalah Adrian mengetuk kepalaku kuat. Sakit bhai.

"Malu buduh. Cuba kawal sikit perasaan tu. Budak pun pelik tengok kau! Hish. " Marah Adrian apabila seorang budak lelaki melintasi kami. Sempat lagi budak tu buat isyarat tak betul dekat kepala dia! Cis! Memang nak makan peluru 'baby' aku ni!

"Ad tengok tu! Budak tu kutuk aku! Tembak dia! " Rengek ku gedik.

"Bukan budak tu aje yang aku tembak, dengan kau-kau sekali makan biji peluru aku. Eh dah lah. Duduk diam-diam! "

Tercebik-cebik bibir aku apabila di marahi sebegitu. Entahlah, sejak akhir-akhir ni asyik nak menggedik aje. Ikut Aufa lah ni!

Sudahnya aku duduk dekat atas kerusi hospital itu. Kaki naik ke atas dan kepala disembamkan pada lutut. Badan digoyang kiri kanan sekali sekala. Ehek, comel pulak gaya kita ni.

"Haiih. Siapalah yang ratah kau sampai kau mengandung ni? Aku pun tak sentuh kau lagi."

Ternaik terus kepala aku dengan kutukan mintak pelempang itu. Walaweh ini budak. Aku ni straight okey?

"Wah kau. Ni menganjing namanya! "

"Apa pulak? Dah kau meroyan macam ibu mengandung, memang aku anggap kau ngandung ah. Selamat tak mengidam. Kau tu dah lah suka mengidam bebukan. Buatnya mengidam nak makan aku, tak ke naya? "

"Kepala hotak kau! Eyy.. Kau sini syeton! "

Terus aku tarik kepala dia dan melilitkan kan tangan disekitar leher. Terkial-kial lelaki itu bersama ketawa yang aku rasa ketawa mengejek. Fuh, kipas ada kipas? Sakit pulak hati aku dengan syeton ni!

"Hahaha.. Okay-okey! Aku mintak maaf! Hahaha. "

"Grr.. Kau usik aku lagi, siap kau! "

Terus aku lepaskan kepala dia. Adrian masih ketawa tetapi tak lama kemudian dia sengih sumbing. Ternaik kening aku apabila dia berbisik ditelinga.

"Kau lelaki ke perenpuan weh? Asal boleh ngandung? "

Menyinga terus aku lepastu. Adrian pula selamba kepala botak dia aje menganjing pastu lari macam tak ada apa-apa. Fuh, menguji meter kesabaran aku betul. Selamat member, kalau tak makan peluru dah kepala tu.

"Siap kau. Balik nanti memang aku lanyak kau cukup-cukup! Grr.. "

"Siapa kau nak lanyakkan tu Isy? "

Dan-dan aku toleh kebelakang. Badan mengeras apabila Ian memberi pandangan membunuh. Dia nampak Adrian ke tadi?

"Err.. Peter? "

"Hah? Dengan kucing aku pun kau nak buat gaduh?" Aku sengih sumbing apabila Ian menjegil mata. Disebalik tubuh Ian, dapat aku lihat Adrian yang menganjing di belakang dinding. Dengan muka khizirnya.

Senapang mana senapang? Aku dah lama tak tembak mahluk tak berdosa ni.

"Ehehe.. Yelah. Err.. Dia makan Gold Fish aku kut! Kesian Money aku. "

"Kau namakan ikan Money? "

"Dah emas. Mestilah duit en? " balasku penuh kepolosan mendapat keluhan berat si abang. Apa? Betul kan aku cakap?

"Dah lah. Cakap dengan kau tak ke mana pun. Tapi kau jangan nak gedik sentuh Peter. Aku hempuk kepala tu karang. "Ugut Ian sebelum kaki melangkah masuk ke wad Arjuna. Aku mencebik lalu membuat muka.

"Patutlah kucing dia menjengkelkan. Dia pun jengkel, buduh pulak tu. Ada ke patut kasi si betina tu nama peter? Rabun jantina betul. Selamat dia tahu jantina sendiri, kalau tak berabang ipar aku kang. Seram! " Kutuk ku lalu kaki diangkat masuk ke wad.

Sebaik sahaja aku masuk, aku di sapa oleh seorang lelaki yang kini elok tersenyum kelat. Wajahnya juga agak pucat tetapi kekacakan masih lagi ada. Ini kita katakan sleeping handsome. Puteri paling kacak abad ini.

"Yo Juna! "

KEBUK!

Tergosok kepala aku dengan tindakan tak bermaruah Ian. Ada ke patut dia sepak kaki aku! Sakit lah!

"Kau apahal setan?! "

"Kau jangan nak setankan aku setan. Adab kau mana? "

"Dalam tong sampah jiran sebelah. "

Terus telinga aku kena piat dengan tangan kasar itu! Cis, jatuh martabat aku sebagai seorang lelaki kacak!

"Sakitlah gila! Lepaskan telingan aku! Nanti aku pekak dah tak boleh nak lawan cakap kau!"

"Kau fikir nak melawan aje! Bila nak ikut dan beradab dengan aku ni hah? Aku along kau kut! "

"Bila kau dah ada cucu! Sebab kau dah jadi datuk! "

"Eh budak ni lah! "

"Dah-dah lah Ian. Lepaskan aje si Aisy tu. " Teguran seseorang membatalkan niat Ian yang ingin menyepak mahluk tak berdosa ini. Terus aku berlari kearah Harith lalu menyorok dibelakang lengannya. Sempat aku menjelir lidah pada Ian yang jelas bengang.

"Tak guna punya adik. " Dengus Ian kasar lalu melemparkan pandangan kearah lain sambil berpeluk tubuh.

Harith mengeleng kepala lalu menarik tangan aku untuk ke katil yang diduduki oleh Arjuna. Satu senyuman dihadiahkan.

"Kau macam mana Arjuna? Ada sakit dekat mana-mana tak? "

Arjuna hanya senyum kelat lalu menggelengkan kepalanya. Aku tak tahu sama ada dia ni pendiam atau memang tak nak bercakap. Sebab sejak dia bangun sehari lepas, mulut dia asyik kunci aje.

Kawan-kawan dia yang lain semua riuh rendah lagi-lagi si Izyan tu. Menjerit kalah perempuan!

Kecuali sejam yang lepas. Apa yang dia cakap memang bagi harapan yang besar pada keluarga aku.

"Kau lambat Harraz. " Kini semua mata tertumpu pada Harraz yang beriak selamba. Arisya pula masam aje.

"Ada orang buat hanat dekat aku. Jadi aku kasi hadiah sikit. " Balas Harraz selamba lalu berdiri di sebelah Ian. Aku menjongket sebelah kening kearah Lutfi yang tersengih.

Kejap, mana Syazwan?

"Sorry Aisy. Bodyguard kau sorang masuk Wad ICU," Ujar Harraz tak bersalah. Okay, aku blur.

"Nanti saya terangkan." Bisik Lutfi mendapat anggukan aku.

"Jadi semua dah berkumpul. Apa yang kau nak cakap sebenarnya Aisy? " Soal Zaydan. Aku berdehem seketika lalu berjalan ke sisi Arjuna. Bahu si lelaki aku tepuk berlahan. Meminta dia sendiri yang jelaskan tujuan aku mengumpulkan semua orang.

Arjuna melepaskan satu keluhan berat. Jari jemarinya disulam bersama.

"Aufa. Dia hidup lagi. Sebelum aku kemalangan, ada orang yang dah tarik dia keluar kereta. Aku tak nampak muka dia, tapi lelaki tu ada mata biru laut dan berambut putih. Aku agak dia albino. "

Terdiam semua yang mendengar. Mereka jelas hilang kata-kata. Aku mengerling pintu yang tidak bertutup rapat. Kelibat Adrian dapat aku lihat. Dia mengangguk lalu beredar daripada situ.

"Aufa hidup? "

***

"Hello? "

"Aku dah dapat apa yang kau mintak. "

Adrian sengih sinis lalu mencari tempat tersembunyi untuk berbual dengan anak buahnya ditalian.

"Jadi? "

"Kau mesti tak akan percaya. "

"Maksud kau? "

"Lelaki yang Arjuna nampak tu kemungkinan lelaki yang tolong Ryu selama ni. " Adrian membulat mata tak percaya.

"Erith D'Lord. "

"Eh, kau kenal ke bro? " Soal lelaki itu. Adrian tidak pantas menjawab. Sebelah tanganya menutup mulut.

'Nama yang ada dalam Diari Luis D'Lord.'

"Woi Ad! Kau ada lagi ke tu? " Adrian tersentak.

"Cari location lelaki tu Romeo. Aku nak secepat yang boleh. Ada banyak perhitungan yang aku nak buat dengan lelaki tu. "

Romeo mengeluh tetapi dituruti juga arahan sang ketua. Talian dimatikan dan Adrian mengeluh panjang. Badan disandarkan pada dinding lalu kepala naik memandang langit.

"Apa permainan kau yang sebenarnya Aufa Qayyum? Lebih tepat lagi, siapa kau dua tahun yang lalu? "

***

Erith D'Lord POV

Aku tergamam apabila Lyrea muncul dan menutup mata Aufa disaat aku memancung lelaki yang mengkhianati aku dan Ryu. Gadis yang cacat penglihatan itu menggeleng kepala.

Pasti kecewa. Tidak lama kemudian, lelaki bersut hitam datang menghampirinya. Besi yang mengikat tangan dan kaki Aufa dileraikan olehnya lalu tubuh kecil itu diangkat. Lyrae menjatuhkan arahan lalu Aufa dibawa pergi. Lyrae juga mengikut jejak si lelaki menggunakan tongkat sebagai alat.

"Lyrae.. "

Lyrae menghentikan langkah seketika sebelun kembali berjalan. Aku menghela nafas berat. Rambut diraut kebelakang. Ryu juga tergamam dengan kemunculan Lyrae.

"Kau kemas semua ni. Aku akan cakap dengan dia. "

Jom main teka teki siapa Lyrae dan Aufa? 😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro