BAB 12 TERSILAP MASUK
Aufa Qayyum POV
"Great. Aku sesat. "
Itu sahaja ayat yang mampu aku describekan keadaan aku sekarang. This is why i hate villa! Banyak sangat jalan dan biliknya! Macam mana lah pekerja dalam ni boleh tak tersesat? Diorang guna penanda arah ke apa? Tapi tak ada pun aku nampak.
Ke jin yang tunjuk arah segala ni?
Sebab semalam aje aku dah jumpa seko.
Yang golek punya. Seram buduh.
Eyy.. sakitnya hati. Kalau aku ada kuasa , rasanya pecah jugaklah dinding semua ni!
Mana jalan!!!!
"Buduh Arjuna. Buduh. Bongok! "
Macam-macam jugaklah aku sumpah si Arjuna tu. Dah lah tak balik semalam! Tak fasal-fasal aku tertidur dalam bilik air. Bapak sadis. Sejuk bhai dalam tu.
"Hissh! Mana aku nak pergi ni? Kiri kanan dinding! Depan ni pulak simpang. Kanan ke kiri pun aku tak tahu hala ke mana. "
Terus aku kusutkan rambut sehingga serabai. Ini yang kita katakan proses kegilaan. Sebab aku dah rasa nak jadi gila dah ni.
Ubat sakit jiwa ada tak? Sebab aku macam nampak Arjuna depan mata dah ni.
Bukan apa, sebab aku rasa macam nak siat-siat kulit dia sampai berdarah-darah tak terhingga! Daging dia pulak aku buat jadi makan Aisy! Grr..
BZZZ...
Siapa pulak WhatsApp aku time aku dalam krisis ni? Nak mati ikut Arjuna ke apa?
Aisy
Woi.
Me
Kau nak apa babun.
Aisy
Kau dekat mana sekarang anak kutip? Merempat cari kasih eh? Itu tak call aku akhir-akhir ni en?
Ini yang aku kata memang nak cari mati ni. Kau kata aku anak kutip ya? Kau tunggu kembar tak guna.
Me
Cari kain kapan untuk tanam kembar kutip aku.
Tak sangka pulak dia hidup lagi.
Aisy
Ouuuhh.. Aku ingat kau dah lupakan kembar kacak kau ni.
Almaklumlah kau tu suka melupakan jasa aku.
Dah lah anak kutip, tak kenang budi pulak tu.
Ish2
Asal panas aje mata aku baca ayat dia ni? Memang nak tempah batu nisan ke apa?
Me
Anak kutip-anak kutip.
Weh , kau tu pulak anak tabung uji! Yang itu otak pun macam vavi! Sebab campur jenetik natang tu dalam proses pembuatan kau!
Kesian betul.
Aisy
Bapak kasar kau main!
Me
Eh bapak aku memang lah kasar.
Kau ingat dia macam kau ke?
Sotong!
Aisy
Puck.
Me
Double puck for you.
Buduh.
Aisy
Wow. Kau emo sangat ni.
Kau kalau datang bulan cakap lah.
Meh sini aku hantar tuala lelaki untuk kau.
Me
Kau keluar dari negara ni.
Sumpah aku rasa nak bunuh kau dalam tidur.
Aisy
Uhu. Aufa betul-betul keluar merah duh.
Emo dia sampai suruh aku keluar negera.
Weh dah berapa lama kau merah ni? Risau jugak kalau dah lebih 14 hari.
Ke virgin dah tak ada?
My god. Aku betul-betul nak cincang sesuatu sekarang! Arh! Apa salah aku sampai dapat kembar yang ada otak sejijik dia?! Please somebody help meh!!
Me
Go to hell.
Aisy
Hella cute lah kau ni! Hahahaha
Terus aku tutup phone aku. Lagi aku layan Aisy, lagi gila aku jadinya. Huhu.. Aku nak nangis sekarang. Siapa cakap lelaki tak nangis? Aku nangis lah ni! Aku tisu, kau apa tahu?
Bukan ada orang tengok pun. Aku sorang aje ni.
"What done is done. Nak tak nak aku kena redah Villa puaka ni jugak. Jangan risau Aufa, kalaulah kau ditakdirkan sesat untuk selama-lamanya didalam villa ini, kau tetap akan mati jugak. Jadi aku pasti mayat kau masih dijumpai. Ya pasti! "
Marilah kita meredah dunia penuh kejutan ini. Halamak kau, bunyi macam Villa ni besar sangat.
Aufa Qayyum memang gila sikit. Itu ayat dia pun tah betul tah tidak sekarang. Ala biasalah, kalau otak dah mula terima kegilaan dia, macam ni lah jadinya. Korang terima ajelah Aufa Qayyum yang dah jadi fallen angel ni.
Jadi sudahnya aku hanya berjalan tanpa arah. Simpang kanan menjadi pilihan aku. Dalam kaki aku berjalan dengan sedirinya, pundi najis aku pulak buat hal.
Mana nak cari tempat membuang tika ni? Haish! Masalah betul.
Dari jalan aku ubah berlari. Semua bilik aku redah! Dah tak tahan sangat ni! Dah dekat hujung-hujung lah kut. Tak lama kemudian aku ternampak tandas yang terbahagi dua.
Dalam Villa pun ada tandas macam Mall? Dahsyat betul.
Arh! Lantak situ!
Aku nak buang cecair!!!
BAM!
Tak tengok kiri kanan, terus aje aku terjah masuk. Zip dibuka-Aip baca tempat lain!
Jangan jadi pervert okay?
***
Fuhh... Lega hawau. Setelah aku berjaya membuang segala hajat, terus aku menutup zip semula. Pam ditarik lalu sisa najis hilang begitu sahaja. Seluar dibetulkan lalu pintu tandas dibuka.
Nak tercabut jugaklah jantung aku apabila seorang gadis yang.. Urm.. Macam mana nak cakap eh? Baru.. Nak bukak baju.
Tapi tak lah nampak badan dia ke apa. Cuma nampak sikitlah perut dia yang putih gebu-gebu tu.
Mampus aku. Salah masuk tandas. Patut pink mengancam semacam tandas ni.
Habis mata aku.
"Per-pervert!! "
"Ke-kejap! A-aku betul-betul tak sengaja! A-aku silap masuk! "
"Ti-tipu! Sa-saya jerit! "
"JANGAN! "
"Belle? "
Kami berdua berbalas pandangan! Mampus aku kalau benda ni tersebar! Tak berfikir dua kali, terus aku tarik gadis yang mungkin Belle kedalam tandas. Dia terjerit sikit tetapi aku menutup mulutnya bersama pintu yang ditutup rapat.
"Please jangan jerit atau apa. Serius aku tak sengaja masuk sini. Be-betul aku tak nampak apa-apa! Please aku merayu ni. Janganlah buat aku nangis weh.. "
Belle terkebil-kebil bila mana aku pulak yang macam nak kena rogol. Eh tapi aku tak rogol dia eh. Aku baik.
"Belle? Kau dekat dalam ke?" Suara itu kembali menyoal. Aku membuat muka merayu sehabis baik. Apabila mendapat anggukan Belle, aku melepaskan mulutnya.
"Sa-saya okey. Awak keluarlah dulu Marie. "
"Okey. Nanti kau tolong aku siapkan makan pagi. Tuan Arjuna dengan yang lain nak balik dah ni. "
"Ba-baik. "
Aku menarik nafas lega. Belle berpeluk tubuh lalu memandang aku dengan muka yang merah.
"Nak explain apa-apa? "
"Err.. Luar jom? "
***
"Sesat? " soal Belle apabila aku menceritakan hal sebenar. Kepala diangguk tanda mengiyakan pertanyanya.
"Yelah. Aku actually ada bad sense tentang direction. Yang itu aku pergi mana-mana selalu sesat. "
"Tak akanlah sampai masuk tandas perempuan? "
"Err.. Itu sebab benda aku tak kasi kerja sama. Dia tak tahan sangat sampai aku kasi redah aje masuk. Tak sangka pulak yang kanan tu tandas perempuan."
Belle mengeluh dikala aku habis menerangkan keadaan sebenar. Dalam masa yang sama, aku bermain dengan jari telunjuk ku. Kut lah bila tengok kecomelan aku dia tak akan report aku dekat polis.
Tak fasal-fasal viral.. 'Seorang bidadara ceroboh masuk tandas perempuan kerana hajat yang hampir tidak kesampaian,'
Fuh. Pasti daku menjadi bahan si syaitan (Aisy) yitu.
"Kau maafkan aku? " soal ku dengan bibir yang dikemang mintak diampun. Mata dah berair bhai.
Belle atau nama penuhnya Fatin Nabiella hanya ketawa dengan gelagat aku. Katanya dia baru sahaja habis SPM. Jadi sementara tunggu keputusan keluar, dia kerja dengan Arjuna. Tak tahu pulak aku yang Arjuna ada adik sedara.
Rambut hitamnya diselitkan dibelakang telinga. Belle tersenyum manis kepada aku. Comel.
"Yalah. Saya maafkan awak. Tapi jangan buat macam tu lagi tau? Saya takut saya akan buat something dekat awak.. "
"Kau nak rogol dan ambil kesucian aku ke? " terus pucat tak berdarah muka aku. Laju tangan Belle menjentik dahi licin aku. Syakitt..
"Fikiran jangan kotor ya? Saya tak akan buat macam tulah. " marah Belle sambil bercekak pinggang.
"Abistu? "
"Hurmm... Sepak tempat pembiakan awaklah. Mana ada tempat nak sempak dah kan? "
Bapak mandul aku. Boleh tahan psycho jugak Belle ni. Better kau ingat amaran Belle ni Aufa. Nanti tak fasal-fasal anak, cucu dan cicit kau tak terlahir. Tak pun kau mati pucuk time tu.. uhuukk.. Seram!
"Eh dah lah. Jom saya bawak awak jumpa Abang Arjuna. Nanti singa tu marah susah pulak."
Aku ketawa dikala Belle mengutuk Arjuna singa.
"Belle, aku rasa hantu lagi sesuai dengan mamat tu. Dua-dua seram dan hanat nak mampus. "
"Agree. "
Sepanjang perjalanan ke ruang makan, banyak benda aku bualkan dengan Belle. Tapi dalam masa yang sama, aku rasa ada seseorang tengah perhatikan aku.
Stalker?
New friends! 😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro