Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[ Transfer ]

Roselle menghela nafas lega sebaik sahaja dia berjaya selesaikan urusannya. Kakinya melangkah keluar dari tandas dan kelibat Jungkook dicari. Hilang ke mana pula lelaki tu? Dia pergi kantin ke atau dah balik dewan sukan? Tanpa kata kakinya mengatur langkah untuk kafe.

"Hah kamu! Puas ahjumma tunggu dari tadi. Dah sejuk dah makanan kamu ni." Roselle tersenyum nipis. Nampaknya Jungkook tak datang sini untuk ambil makanan diorang. Roselle mendekat.

Sambil matanya memandang ahjumma di depannya panaskan makanan diorang dalam microwave, Roselle mengetuk kaunter dengan jarinya.

"Tadi lelaki yang datang dengan saya dia tak singgah?" Soalnya sebelum mencapai huluran beg kertas yang berisi makanan mereka berdua. Gelengan dari ahjumma itu buatkan Roselle mengangguk kecil tanda faham.

"Tapi tadi ahjumma nampak dia lalu pergi jalan sebelah sana. Dengan seorang budak perempuan. Rasanya budak perempuan tu budak baru."

"Iya? Okay thanks ahjumma." Roselle melambai kecil sebelum melangkah keluar dari kafe. Kalau ikut laluan yang ahjumma tadi tunjuk, ianya akan membawa ke bangunan pejabat sekolah serta bilik guru dan beberapa bilik mesyuarat.

"Rose." Kepalanya berkalih memandang ke sisi. Matanya mengecam Taehyung yang sedang berjalan mendekatinya.

"Kau buat apa dekat sini? Mana Jungkook?"

"Ouh, aku beli makanan tadi. Jungkook aku tak tahu dia pergi mana." Taehyung mengangguk faham. Mereka berdua membuka langkah untuk balik ke dewan sukan semula. Lagipun diorang tengah training tadi sebab kelas takde cikgu tapi dah Jungkook ajak pergi kafe dia pun on je la tak sangka pula tak jadi nak makan.

"Ouh ya aku dengar dari Cikgu Yoona yang semalam ada budak baru daftar masuk. Satu batch kita. Rasanya harini dia masuk kut." Roselle terus terfikirkan kata-kata ahjumma tadi. Dia ada cakap juga perempuan yang jalan dengan Jungkook tu budak baru.

Mungkin betul la Jungkook temankan perempuan tu untuk cari pejabat sekolah, nak lapor diri.

"Rose."

"Ya?"

"Kenapa hubungan kau dengan Jungkook dah tak macam dulu? Aku tak berapa minat la dengar korang dah tukar gaya bercakap lepas-lepas hari sukan haritu." Sisi bibirnya naik sedikit. Itulah, dia sendiri tak suka sebenarnya. Tapi apakan daya.

"Aku pun tak suka. Walaupun mana-mana aku pergi Jungkook akan ada sekali, aku rasa macam jauh dengan dia. Tak rasa istimewa pun." Taehyung mengusap bahu Roselle perlahan. Bukan dia tak tahu perasaan Roselle terhadap Jungkook macam mana.

"Aku faham korang buat semua ni untuk kebaikkan diri sendiri juga tapi, aku nampak benda ni lebih menyakitkan ada la."

—🌹—

"Tak sangka pula kita satu batch. Saya ingatkan awak sunbae tadi." Jungkook tertawa kecil sambil menggeleng perlahan. Tangannya diseluk masuk ke dalam poket untuk menghilangkan rasa kekok.

"Apa nama awak tadi?"

"Naomi Stone. Uhm saya mix Japan dengan American." Jungkook mengangguk.

"Saya Jeon Jungkook. Selamat berkenalan." Kepalanya dikalih memandang hadapan semula. Tak pasal-pasal pula dia kena jadi tourist guide untuk si Naomi ni sebab temankan dia pergi pejabat sekolah. Sudahlah dia tinggalkan Roselle lepas bagi pad dekat gadis itu untuk tunjuk pejabat dekat mana.

"Pengetua layan awak baik tadi. Mesti awak ada jawatan dekat sekolah ni kan?"

"Takdelah, Pengetua sekolah kami baik dengan semua student. Tak kira lah murid biasa sekalipun." Naomi tersenyum nipis. Matanya mengeling name badge di dada Jungkook. Ada tertulis CHAIRMAN di atas namanya.

"Tapi tu, atas nama awak tu." ujarnya mengusik.

"Yelah saya pengerusi atlet sukan sekolah ni." Naomi tersenyum. Rezeki betul terserempak dengan orang penting sekolah. Yelah, kalau dah dia dilantik jadi pengerusi mesti hebat budaknya. Rambutnya diselit ke belakang telinga.

"Hm memandangkan saya kenal awak je, tak kisah kan kalau saya ikut mana je awak pergi?" Jungkook mengangguk sekali.

"Awak bawa saya ronda sekolah ni, kelas takde ke sekarang?" Soal Naomi ingin tahu. Nampak free pula Jungkook ni bawa dia ronda satu sekolah macam takde kelas. Lalu depan kelas lain pun diorang buat tak tahu je.

"Ada kelas, tapi cikgu takde. Sebabtu boleh bawa awak ronda. Lagipun tinggal 45 minit nak balik. Lambat awak lapor diri?" Naomi tersengih.

"Sepatutnya saya sampai Seoul semalam. Tapi sebab flight delayed, tengahari tadi baru sampai. Saya dah telefon sekolah bagitahu yang harini saya tak boleh masuk kelas, cuma lapor diri je." Jungkook mengangguk faham. Patutlah.

"Okay last place, dewan sukan." Jungkook mengangkat tangannya untuk menolak pintu dewan namun tak kesampaian saat pintu dah pun terbuka terlebih dahulu dari dalam. Matanya bekerdip beberapa kali saat matanya bertentangan dengan mata Roselle ketika gadis itu berjalan melepasinya sambil bercakap dengan seseorang di telefon.

"Masuklah. Ni dewan sukan serbaguna. Kitorang selalu berlatih dekat sini untuk aktiviti indoor." Naomi mengamati suasana sekeliling. Kakinya melangkah mengikuti Jungkook mendekati beberapa orang yang sedang duduk bersila di atas lantai.

"Korang, kenalkan ni Naomi. Transfer student dari Jepun." Jungkook melabuhkan punggungnya di sebelah Jimin. Naomi menurut dan duduk bersimpuh di sebelah lelaki itu. Sedang dia berborak mesra dengan mereka yang lain, Jungkook berkalih memandang pintu dewan yang terbuka.

Matanya mengecam Roselle datang mendekat dan beg sekolahnya diambil. Tanpa menegur, Roselle kembali ke pintu dewan dan keluar buatkan Jungkook terpinga-pinga.

"Guys kejap, aku nak tengok Roselle."

Tanpa menunggu respon dari yang lain, terus sahaja Jungkook bangun dan berlari keluar dari dewan. Sepantas yang mungkin dia cuba berlari mendapatkan Roselle yang dah pun sampai di ruangan foyer dewan untuk ke pagar utama sekolah.

"Roselle!"

Tangan gadis itu ditahan dan langkahnya diberhentikan di hadapan Roselle. Nafas dalam diambil bagi menghilangkan lelah.

"Nak balik dah ke?"

"Hm, aku nak balik sebab mommy cakap abang Junggi nak datang ambil. So aku nak balik awal."

"Balik je la dengan aku."

"Tsk. Tapi nanti Junggi tu bising la."

"Tak, aku ada."

— 🌹 —

"Abang ni tak tahu nak balik ke macam mana? Tak faham ke orang tak suka abang ada dekat sini?" Roselle mengurut dahinya yang kian berdenyut. Rasa menyampah sangat bila Junggi berdegil tak mahu tinggalkan dia sendiri.

"Abang dah bagitahu kan, bila abang tunggu dekat sekolah maksudnya balik dengan abang, bukan balik dengan lelaki tak guna tu!" Roselle berdiri.

"Habis abang fikir abang tu berguna sangat ke? Dah la Roselle lagi percayakan dia dari abang, so boleh keluar dari rumah ni. Roselle tak takut pun kalau mommy dengan daddy sampai rumah lambat." Junggi mengetap gigi.

"Fine."

Roselle tergamam saat melihat abang sepupunya tiba-tiba sahaja mendekat sambil membuka tali pinggang seluarnya.

"You made me do this, Roselle."

[ To be continue ]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro