Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[ Training ]

"Bawa bekal ke harini?" Roselle berkalih memandang ibunya yang berdiri di hadapan kaunter. Roselle mengangguk. Minggu ni dah mula training. Jadi dia pun dah mula diet sebabtu bawa bekal makanan harian waktu diet.

"Diet?"

"Dah start training weeks. Lepasni Roselle stay back dekat sekolah je terus. Dah habis baru balik." Rose memerhati tingkah laku Roselle. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

"Ubi tu kalau rebus siap-siap mana sedap nak makan tengahari nanti. Mommy boleh hantarkan lepas habis waktu sekolah. Kalau Roselle nak." Roselle berhenti sekejap.

"Okay." Rose mengukir senyuman. Semenjak kejadian haritu, Rose ada teman Roselle tidur sebab Roselle menangis. Lepastu juga la Roselle baru nak dengar cakap dia sikit-sikit. Cuma dengan Edward, Roselle banyak diam.

"Pergi dulu." Rose mengangguk dan menemani Roselle hingga ke pintu rumah. Tangannya tetap dilambaikan walaupun Roselle tak membalas.

Roselle berjalan dengan tenang menuju ke rumah Youjin. Dari jauh lagi dia dah nampak Youjin tengah lambai tangan membuatkan bibir Roselle naik mengukir senyuman.

Lambaian dibalas dan Roselle membuka langkah, berlari anak ke arah Youjin.

"Uuuu bawa bekal?" Soal Youjin bila ternampak bekas makanan yang Roselle bawa dalam beg kertas. Roselle mengangguk dan bahu Youjin dipeluk. Mereka mula berjalan untuk ke sekolah bersama.

"Kau tak bawa bekal ke?"

"Tak, aku nak kongsi dengan kau." Youjin tersengih.

"Yee sebabtu aku bawa lebih. Tahu dah kau mesti nak makan dengan aku sekali punya." Balas Roselle sambil memandang Youjin dengan pandangan menyampah.

"Roselle."

Roselle memandang Youjin.

"Kau rasa masa depan kita macam mana? Kita cuma belajar banyak dalam bidang sukan. Kau yakin atau kau nampak ke masa depan kita nak jadi atlet untuk negara?" Soalan Youjin membuatkan Roselle tersenyum nipis.

"Kalau untuk aku, aku yakin yang aku takkan jadi atlet sebab aku nak sambung belajar bahagian lain bila dah habis sekolah nanti. Aku taknak masuk universiti sukan." Youjin mengangguk.

"Aku teringin nak jadi personal assistant." Youjin tersengih.

"Kau nak jadi assistant siapa hah?"

"Mana tahu kalau nanti aku kahwin dengan lelaki kaya ke, aku jadi PA dia la." Roselle tersenyum lagi. Sejak-sejak tengok drama What's wrong with Secretary Kim haritu, rasa nak jadi personal assistant tu membuak-buak.

"Tapi siapa je nak kahwin dengan aku HAHA!" Roselle mengemam bibir bila Youjin pandang dia macam nak telan hidup-hidup.

"Kau ni suka fikir yang takde siapa nakkan kau. Roselle, setakat takde siapa yang minta couple dengan kau dekat sekolah ni tak luak pun la." Roselle mengeluh.

"Aku cemburu la. Kau, dengan perempuan sekolah kita ramai yang bercinta. Hoobae pun ramai je bercinta dengan sunbae, aku yang sunbae ni takde orang nak pun." Roselle menendang batu dihadapannya.

"Ala yang hoobae tu semua alah bercinta macam monyet je. Bercinta, lepastu putus lepastu bercinta balik." Jawapan dari Youjin dibalas dengan cebikkan di bibir.

"Ehem, Rose." Roselle mengangkat kepala.

"Takkan pagi-pagi datang sekolah mulut dah muncung macamtu. Kecewa presiden sekolah ni nampak tau." Roselle menjeling Taehyung. Sibuk betul la.

"Sayang, kawan awak ni kenapa?"

"Mind your own business la presiden. Shuh." Youjin menarik Roselle menjauh dari Taehyung yang sedang berdiri di pagar sekolah. Taehyung menggigit bibir. Garang betul girlfriend dia ni.

Roselle menggeleng-geleng sambil ketawa. Kesian Taehyung.

"Kau kenapa marah-marah dia ni?"

"Semalam dia buka telefon aku, dia bebel aku banyak gossip dengan kau. Lepastu aku buka la telefon dia, cis! Semua hoobae dia chat kau tahu?"

"Kau bagi dia buka phone kau ke?"

"Hm phone aku takde la rahsia besar pun. Lagipun aku tak save nombor lelaki kecuali dia, Jimin dengan Jungkook. Lepastu ayah aku." Roselle mengangguk faham.

"Phone dia tu je macam-macam. Dengan gamenya, nombor phone hoobae berlungguk. Sampai nama yang sama pun ada dua tiga. Tapi dia bagi je aku buka phone dia."

"Okaylah tu, sekurang-kurangnya dia tak sorok apa-apa dari kau." Youjin mengangguk. Harapnya la.

—🌹—

"Mana yang tak tukar baju lagi pergi tukar. Saya bagi 15 minit. Atau yang nak pergi toilet ke pergi cepat." Ramai yang bangun tapi Roselle memilih untuk stay. Youjin pun bangun pergi tandas. Disebabkan dia dengan Youjin dah tukar baju awal tadi, dia duduk di dewan sukan.

"Roselle."

"Ya saya."

"Pergi bilik rawatan dengan Jungkook. Ambilkan first aid kit yang baru punya. Lepastu dengan baton dekat bilik saya. Saya nak jumpa pengetua sekejap." Roselle terus mengangguk dan bangun.

Langkah Jungkook diikut dan mereka berjalan bersama menuju ke bilik rawatan.

"Awak ada kunci ke? Bilik rawatan takde orang."

"Ada, cikgu bagi saya tadi." Kunci ditunjukkan pada Roselle dan mereka teruskan perjalanan. Sebaik sahaja tiba di bilik rawatan, Roselle menunggu Jungkook membuka pintu dan mereka berdua masuk ke dalam.

Dua kotak besar first aid kit dibawa seorang satu dan mereka keluar semula. Jungkook meletakkan kotak tersebut dibawah sementara mengunci pintu bilik rawatan menggunakan mangga. Selesai, mereka bergerak ke bilik guru yang tak jauh dari sini.

"Awak pegang ni. Biar saya je yang masuk." Jungkook menghulurkan kotak first aid kit yang dipegangnya kepada Roselle dan masuk ke dalam bilik guru untuk mengambil baton dekat bilik Puan Kim. Selepas beberapa ketika, Roselle memandang Jungkook yang keluar dari bilik guru bersama beg kain di tangan.

"Jom." Roselle mengikut langkah Jungkook untuk balik ke dewan sukan semula. Barang-barang yang diambil diletakkan berdekatan dengan Puan Kim sebelum mereka berdua mengambil tempat bersama yang lain.

"Okay, boleh mula warm up, harini Jungkook lead." Terus sahaja langkahnya dibawa ke depan untuk mengetuai sesi panaskan badan. Satu persatu regangan dibuat bermula dari kepala hingga ke kaki. Latihan pertama dimulakan dengan larian penuh track sebanyak dua pusingan.

Roselle mengelap peluh di leher menggunakan belakang tangan. Kini, satu persatu nama dipanggil mengikut masa kelajaun larian dicatat bermula dari bawah. Sementara yang lain duduk memerhati, Roselle mengerling Jungkook yang tak jauh darinya.

"Sayang, nak order sekali tak? Saya beli makanan ni." Roselle berkalih ke kirinya pula saat terdengar suara Taehyung sedang bercakap dengan Youjin.

"Awak pesan apa? Saya tengah diet la." Taehyung tersenyum melihat cebikkan dari bibir teman wanitanya. Rasa macam nak cubit-cubit je bibir tu sebab comel sangat. Skrin telefonnya ditayangkan pada Youjin.

"Roselle kau tengok, dia nak order ayam pula waktu aku tengah diet ni." Youjin mula ingin merungut. Sengaja la Taehyung pancing dia guna makanan kegemaran waktu tengah ikat perut ni. Dah la baru hari pertama latihan dah bertemu dugaan kecil.

"Makan je la. Balik nanti kau tak payah la makan dah." Balasan dari Roselle membuatkan Youjin merampas telefon Taehyung dan terus dia membuat pesanan. Itu fungsi mengadu dengan Roselle sebab kalau hal makan memang dia suka Roselle yang uruskan.

"Kurang sepuluh minit sampai." Youjin mengangguk. Roselle mengalihkan kepalanya saat tersedar seseorang melabuhkan punggung disebelahnya. Serta-merta jantungnya berdegup kencang melihat Jungkook duduk agak rapat dengannya.

Lutut mereka yang bersentuhan membuatkan Roselle terasa kekok. Tempat yang Jungkook duduk tadi dipandang dan rupanya ada pelatih lain yang duduk dekat situ lepas berlari tadi. Mungkin sebabtu Jungkook pindah tempat.

"Siapa je lagi belum lari?" Roselle mengajukan soalan tersebut untuk menghilangkan rasa kekok.

"Awak, saya, Youjin, Taehyung dengan Jimin. Lepastu diorang bertiga dekat situ, nanti lepas diorang baru Jimin lari." Terangguk-angguk kepalanya mendengar jawapan Jungkook. Sedar tak sedar je dah hampir 12 orang lari. Itulah rekod pantas sangat.

"Jungkook kau temankan Roselle kejap ambil ayam aku pesan. Tak sempat pula aku nak ambil." Taehyung menghulurkan duitnya pada Jungkook dan mula bersedia memandangkan Jimin dah mula lari.

"Jom tunggu dekat pagar."

[ to be continue ]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro