[ Sorry ]
Walaupun kejadian semalam masih bermain dalam kepala, dengan berat hati Roselle turun juga ke bawah dan duduk di meja makan bersama keluarganya. Cereal dimakan tanpa berborak dengan ayah atau ibunya.
"How was school?"
"Okay. Roselle dengan Youjin terpilih jadi 20 pelajar wakil sekolah untuk sukan 2020. Roselle jadi naib pengurusi." Jawab Roselle sambil menunduk. Jauh disudut hati memang dia nak cerita benda ni dengan ayah dia tapi semalam pun dah huru-hara.
Edward tersenyum dan kepala Roselle diusap.
"Mana Roselle dapat telefon tu?" Soalan dari ibunya membuatkan Roselle mengerling iPhonenya yang terletak elok di sebelah mangkuk cereal. Edward turut memandang ke arah telefonnya.
"She's asking you a question, answer it."
"Youjin bagi. Hadiah hari jadi." Roselle bangun bersama dengan mangkuk di tangan yang ingin dibasuh. Namun langkahnya terhenti bila Edward menyatakan sesuatu.
"Daddy nak pergi London dengan mommy. Awal bulan April." Roselle berkalih memandang ayahnya.
"Daddy yang pilih tarikh?"
"Both of us."
Roselle berlalu ke dapur dan mangkuknya dibasuh. Dia berjalan semula ke meja dan beg sekolah digalas. Telefon digenggam dan Roselle memandang ayah dan ibunya.
"So you're planning not to attend our early year sports day? Daddy dengan dia memang pandai pilih tarikh." Edward terdiam. Kenapa banyak sangat perkara tentang Roselle yang dia lupa? Wajahnya diraup.
Baru saja anak dia kongsi sikit cerita tadi, ingatkan nak berbaik tapi nampaknya macam tak ada peluang pula.
"Kita boleh cancel tarikh. Kesian Roselle, dia mesti sedih kalau awak tak pergi." Edward menggeleng dan tangan isterinya digenggam erat. Edward memandang ke arah pintu rumah yang dah tertutup.
"Saya dah reserved beberapa tempat yang kita pergi dan dah bayar half. It can't be cancelled."
Edward menghela nafas berat.
I even forgot her birthday.
Roselle berjalan meninggalkan sekolah dan berhenti setelah sampai di hadapan rumah Youjin. Setiap pagi memang Roselle yang tunggu Youjin sebab Youjin lambat sikit, susah bangun pagi.
Sambil menunggu di luar pagar, Roselle menyepak batu-batu kecil di hadapannya. Tangannya dimasukkan ke dalam poket jaket sekolah. Kepalanya berkalih saat bunyi pagar Youjin mula terbuka.
"Roselle! Morning!"
"Morning Youjin. Uhm thanks sebab bagi aku hadiah. Mahal pula tu. Aku janji aku jaga elok-elok." Youjin tersengih dan mengangguk. Mereka mula berjalan ke sekolah bersama-sama.
"Kau dah berbaik dengan ayah kau?"
"Aku nak berbaik, tapi tadi dia bagitahu aku yang dia nak pergi London awal bulan empat." Youjin menepuk bahu Roselle, cubalah bersabar.
"몰라(don't know), I'll just let him be." Roselle dan Youjin masuk ke dalam sekolah dan terus menuju ke kelas. Disebabkan awal lagi, kelas masih sunyi jadi Roselle dan Youjin berborak tak ingat dunia.
"Rose! Morning!"
"Morning Taehyung." Roselle membalas dengan wajah yang tak bermaya dan nada yang tak ikhlas. Rose, Rose, Rose. That's what daddy call her and I really hate it that I also have Rose among my name.
"Nah." Huluran dari Jimin membuatkan Roselle berkerut dahi.
"Happy belated birthday. Terlupa nak bagi sebab ada dalam peti sejuk." Roselle ketawa dan rupanya ianya coklat. Roselle mengucapkan terima kasih dan Jimin berjalan ke arah tempat duduknya. Roselle mengerling Youjin yang berkalih belakang.
Borak dengan Taehyung. Untung betul Youjin dapat date dengan presiden sekolah. Roselle memandang sekeliling kelas dan matanya terhenti pada pintu kelas saat ianya dibuka.
Roselle berbalas senyuman dengan Jungkook dan memandang ke bawah meja. Coklat yang Jimin bagi tadi dibuka dan Roselle mula gigit sikit. Peha Youjin ditepuk dan disua. Tanpa menolak Youjin turut menggigit sikit.
"Nasib baik belum training lagi. Kalau Jimin bagi waktu tu confirm aku menangis. We have to diet and I hate it." Roselle mengangguk, turut bersetuju dengan kata-kata Youjin.
Sudahlah kena diet, coach yang ajar diorang pula memang teliti pasal turun naik berat badan atlet yang akan wakilkan sekolah. Kalau tengok senior tahun lepas semua banyak merungut sebab kena teruk sangat.
"Family awak datang tak Taehyung?"
"Datang, hyungs pun datang. Sayang?"
"Datang juga, lagipun waktu tu Yeonjun boleh balik jadi dia ikut juga."
Roselle tersenyum nipis bila Taehyung memandang ke arahnya. Nak tahu juga Roselle siapa je yang datang waktu hari sukan awal tahun nanti. Lagipun ahli keluarga sangatlah dialu-alukan. Sempena nak menyambut pembukaan stadium sukan baru juga.
"Tak datang kut. Diorang nak pergi London."
"Takpe, kau takyah sedih la. But make sure final sports day diorang datang." Kata-kata Taehyung dibalas dengan anggukan dan thumbs up. Roselle dan Youjin berkalih ke hadapan semula bila guru subjek mula masuk ke dalam kelas.
—🌹—
Jungkook menongkat dagu sambil memandang ke arah Roselle yang tengah tidur berlapikkan tangan. Jungkook memandang lagi. Dia tidur menghadap tingkap tu tak panas ke?
Akhirnya dia bangun dan berjelan ke arah meja Roselle yang bersebelahan dengan tingkap. Jungkook berdiri di hadapan tingkap tersebut menghalang cahaya matahari daripada terus memancar ke wajah Roselle.
Meja kelas diorang tak rapat ke dinding sebabtu ada ruang untuk lalu. Jungkook bersandar dan kakinya disilangkan. Wajah Roselle yang sedang tidur dipandang. Rambut yang menghalang wajah Roselle dialih dengan hujung jari.
Buku yang terletak di sebelah Roselle diambil dan dibuka. Tanpa sengaja, Jungkook terbuka pada satu muka surat yang tertulis satu ayat.
Please heal me.
Jungkook mengerling Roselle. Dia ada masalah yang dipendam ke? Diorang tak pernah sekelas sebabtu jarang bersua muka. Jungkook pula nampak Roselle ni macam takde masalah pun. Ya mungkin la ada dua tiga masalah yang kita tak tahu.
Tapi ayat tu, macam dia simpan benda yang berat sangat.
Jungkook mengambil pen di tangan Roselle dan random page dibuka. Jungkook mula menulis sesuatu di atasnya.
I would love to heal you if you need me.
Dan Jungkook beralih ke tempat duduknya semula bila loceng berbunyi. Rehat dah habis jadi ada lagi dua kelas sebelum balik. Jungkook tersenyum nipis. Roselle cantik. Itu yang dia perasan bila dah sekelas dengan Roselle.
Jungkook berkalih memandang Jimin dengan Taehyung yang baru sahaja masuk kelas bersama Youjin. Plastik putih yang berisi makanan buat Roselle, Youjin hulurkan. Roselle tak keluar rehat tadi sebab tak larat jadi dia minta tolong belikan makanan.
"Kau okay tak?" Roselle mengangguk dan mengambil onigiri ketam dan terus digigit. Kisah apa makan dalam kelas. Cikgu belum masuk.
"Serius?" Roselle angguk lagi. Matanya berkalih memandang tingkap. Panas. Tapi kenapa tadi rasa redup bila tidur? Takkan awan datang lindung. Roselle menggeleng perlahan. Dan matanya terarah pada buku nota kecilnya yang tertutup.
Memang tertutup ke tadi? Rasanya macam dia pegang pen waktu tidur tadi. Ah entahlah yang penting dia dah tidur lena walaupun sekejap. Okaylah tu, selama 45 minit dia tidur.
Roselle menyimpan dua lagi onigiri di bawah meja. Sambil berjalan nak balik sekejap lagi boleh makan. Dia mula menumpukan perhatian bila cikgu mula masuk ke dalam kelas.
[ to be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro