Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[ Roselle ]

"Maaf saya tak setuju untuk kahwinkan Roselle dengan Junggi." Edward membantah sekali lagi walaupun ibu bapa Junggi sedaya upaya memujuknya serta Rose supaya kahwinkan Junggi dengan anak mereka. Junggi bakal habis belajar hujung bulan Julai, jadi hasrat mereka adalah untuk buat majlis pertunangan Roselle serta anak lelaki mereka selepas itu.

"Aunty, Rose minta maaf tapi Rose pun tak setuju kalau aunty nak kahwinkan Roselle dengan Junggi." Sekarang Rose cuba memujuk atas dasar sebagai seorang kakak kepada Roselle memandangkan Junggi adalah sepupunya sebelah ibu. Edward pula tak berkenal sangat dengan mereka ni.

"Tapi kenapa Rose? Junggi tu mati-mati dia sukakan Roselle tahu? Serabut kepala aunty ni bila dia merungut pasal Roselle je setiap hari. Lagipun diorang sepupu kan, boleh kahwin. Kamu sendiri kahwin dengan ayah tiri kamu."

"Sedapnya mulut aunty bercakap." Mereka semua berkalih memandang ke arah Roselle yang berada di muka pintu. Balik-balik sekolah dah nampak kereta orang yang dia tak suka. Baru nak buka pintu dengar pula kata-kata sindiran yang menyakitkan hati. Spoil mood betul.

"Jangan sedap mulut je mengata unnie kalau adik kesayangan aunty sendiri kahwin lepastu bercerai ikut suka hati dia je. Dah la kahwin dengan boyfriend orang tsk." Sengaja ayat akhirnya dibisikkan namun dapat didengari semua orang. Biar, biar kakak ibu kandungnya sakit hati.

"Kenapalah keluarga eomma semua macamni ya? Ingat kahwin ni benda main ke? Tahu suruh je kau kahwin dengan siapa, kau bercerai bila." Roselle melabuhkan punggungnya di sebelah Rose kemudian kakinya disilang panggung.

"Mana abang Junggi?" Tiada jawapan dari makcik saudaranya buatkan Roselle tersenyum sinis.

"Untuk pengetahuan aunty dengan uncle, Roselle takkan kahwin dengan orang yang dah pernah buka seluar dia, tunjuk evil side dia depan Roselle dan cuba untuk rogol Roselle dalam rumah ni waktu mommy dengan daddy tak ada." Suasana jeda namun kata-katanya mampu buatkan semua warga yang berada di dalam rumahnya terdiam.

Edward dan Rose memandang sesama sendiri.

"Kamu tak ada bukti ya nak tuduh Junggi macamtu Roselle."

"Uhm, ada dua saksi dah cukup kan? Should I call them?" Roselle bangun dari sofa dan berjalan ke pintu rumahnya. Taehyung, Jimin dan Youjin yang sedang berehat di kerusi batu luar rumahnya segera dipanggil masuk walaupun Jimin tak tahu apa-apa.

"Niat sebenar balik rumah nak makan lepastu study group dengan diorang tapi tak sangka aunty dengan uncle datang so here. Tae dengan Youjin tahu pasal Junggi."

Taehyung menunduk hormat telebih dahulu begitu juga dengan Youjin dan Jimin. Rose memanggil mereka untuk duduk di sofa manakala Jimin lebih selesa menemani Roselle berdiri di belakang sofa yang didukuki oleh Taehyung dan Youjin.

"Uhm hari yang uncle Ed dengan aunty Rose tak sengaja balik lambat malamtu, saya ada dekat rumah Youjin. Dalam pukul 11 malam macamtu Roselle ada call Youjin bagitahu dia seorang dekat rumah. Jadi Youjin niat nak datang teman lepastu dia ajak saya sekali. Kitorang keluar rumah tu dalam pukul 11.30 macamtu."

Taehyung mengerling Youjin sekilas.

"Waktu datang, Roselle buka pintu dan keadaan dia okay. Tapi saya dengan Youjin ternampak yang Junggi hyung tengah melutut dengan sini." Jari telunjuknya menunding ke arah karpet di mana dia lihat Junggi berada saban hari.

"Roselle tendang dia sebab nak lindung diri sendiri, dan saya dengan Youjin memang nampak yang seluar Junggi hyung dah terbuka. Kalau fikir logik takkan la Roselle yang buka seluar Junggi hyung kan?"

Roselle menunduk. Walaupun dia lega sebab dapat cerita perkara ni harini tapi pasti, kalau bukan malamni, esok pagi mesti Edward akan marah.

"Bukan tu je." Kali ini semua berkalih memandang Rose.

"Junggi hampir rogol Rose waktu Rose seorang dekat rumah. Dia ugut Rose untuk pujuk Roselle terima dia." Roselle tergamam.

"Sayang kenapa tak bagitahu saya?! Awak tahu tak benda ni benda serius? Bahaya?" Edward mula melenting. Sumpah dia rasa tak berguna sekarang ni. Anak saudara dia cuba untuk rogol anak tirinya begitu juga dengan isterinya.

"I'm sorry but noona, hyung, Roselle not gonna marry Junggi for sure. Please leave." Dengan rasa malu yang teramat, mereka berdua bangkit dan keluar dari rumah saat dihalau Edward. Youjin berkalih memandang belakang saat bahunya dicuit Jimin. Bibir dikemam. Terus sahaja dia bangun dan mendekati Roselle yang sedang menutup telinganya.

"Roselle, Roselle pandang aku. Roselle!" Pipi Roselle dicengkam namun sahabatnya itu enggan mengangkat muka. Dia mula berjalan tak tentu arah dan akhirnya berlari ke bilik. Youjin mengurut dahi. Nampaknya kalini kebih teruk.

Jimin memandang Edward dan Rose yang sedang berbincang di dapur. Kakinya berlari anak naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik Roselle. Mujur tak berkunci. Kelibat Roselle dicari dan segera dia berlari mendapatkan Roselle yang sedang melutut di sisi katil.

"Roselle." Tangannya ditepis. Roselle berdiri buatkan dia ikut berdiri. Gadis itu berjalan tak tentu arah buatkan Jimin agak pening dan risau. Ini pertama kali dia nampak Roselle macamni. Dan dia pasti Youjin dan Taehyung dah tengok lebih dari ni.

"Roselle." Panggilannya diabaikan. Disebabkan dia tak tahu nak buat apa, Jimin berniat untuk tinggalkan Roselle dan turun ke bawah. Tergamam Jimin bila melihat Youjin sedang menangis dan sedang dipujuk Taehyung.

"Youjin kau okay?"

"Jimin, kita kena balik." Kata-kata Taehyung buatkan Jimin berkerut.

"Habistu Roselle?"

"Kita balik rumah Youjin dulu."

—🌹—

"Sorry kalau kau terasa hati sebab kami tak cerita langsung dengan kau benda ni." Jimin menggeleng.

"Youjin boleh tahu depression Roselle bahaya atau tak. Macam yang haritu, Roselle depress dia cuba menangis dan boleh mengadu dengan kita kalau kita tanya." Jimin mengangguk, tekun mendengar Taehyung bercerita.

"Tapi tadi waktu kau naik atas, dia bagitahu aku yang Roselle gigit bibir dia lepastu tutup telinga." Jimin terkedu. Ya benda yang sama juga dia nampak sewaktu dia di dalam bilik Roselle. Oh ya lepastu jalan ke hulu ke hilir.

"Youjin stop pujuk sebab Roselle boleh attack kita kalau kita cuba pujuk dia. Even uncle Ed sendiri bawa aunty Rose pergi dapur tadi. Tapi kau jangan risau, Roselle akan reda sendiri kalau dia gigit bantal."

"Gigit bantal?" Taehyung angguk.

"I don't know why, tapi aku bersyukur sangat sebab berdasarkan apa yang aku pernah nampak dah sebelum ni, Roselle takkan cederakan diri dia sendiri. Sebabtu kalau jadi macamni, semu orang kena jauh sebab nanti kau pula yang jadi bantal dia gigit tu." Jimin ketawa saat Taehyung mencengkam pipinya, seolah-olah digigit gitchew.

"Tapi, Jungkook pun patut tahu pasal Roselle. Kesian dia. Tak tahu menahu." Taehyung mengangguk setuju.

"Tinggal dua hari je lagi kita exam, lepastu boleh relax. Nasib baik esok sabtu, takdelah Roselle stres sangat." Jimin mengangguk setuju. Nasib, tinggal lagi 3 paper je.

"Aku jenguk Youjin kejap, lepastu kita balik eh?"

"Okayy, aku tunggu dekat luar."

[ To be continue ]

Attention! Is there anyone who interested to join preorder group if I publish this story into a book after we finished all the chapters?

If yes, I'm planning to open preorder next year😆

If no then, it's a no la😂

Tolong respon ya🥰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro