Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[ I Miss Him ]

Sedari tadi, chat yang dihantarnya pada Jungkook masih belum dibaca walaupun lelaki itu sedang online. Sudah hampir tiga minit dia menunggu akhirnya dia mengalah. Roselle turun dari katil dan keluar dari bilik tanpa membawa telefonnya sekali. Tak ada mood pula dia nak tengok phone.

"Hm baru tahu nak turun?" Roselle mengeluh perlahan bila terlihat ibu kandungnya berada di ruang tamu bersama si suami mudanya. Roselle segera melabuhkan punggungnya di sebelah Rose dan bersandar.

"Roselle buat homeworks okay? Eomma buat apa datang sini?"

Jihwa memandang kedua-dua anak perempuannya. Selepas beberapa saat dia cuba mengumpul tenaga, matanya dipejam sekejap.

"Eomma dengan Jaeyong dah buat keputusan nak berpisah." Roselle mengenggam penumbuk. Matanya dipejam rapat sambil menahan nafasnya daripada kedengaran kasar. Rose menyentuh belakangnya. Dia risau dengan Roselle.

"Siapa yang buat keputusan?" Soalanya dingin.

"Eomma."

Roselle bangkit dari duduknya. Wajah si ibu dipandang dengan penuh kemarahan.

"Dua kali dah tau Roselle dengar benda yang sama. Kenapa eomma? Kenapa kena kahwin lepastu berpisah eh? Cuba bagitahu Roselle kenapa eomma buat semua ni?" Rose bangun dan belakang tubuh adiknya diusap perlahan. Dia tergamam melihat Roselle yang dah pun menitiskan air mata.

"Eomma.."

"Eomma apa? Ada lelaki lain pula?!" Jihwa terdiam. Jaeyong hanya mampu melihat. Walaupun dia mengaku yang dia turut ada perempuan lain, tapi berkahwin dengan Jihwa bukan satu penyesalan. Cuma dia kasihankan Roselle. Dia faham perasaan gadis itu.

"Dah la, lepasni eomma nak kahwin ke nak bercerai ke taknak kahwin tapi nak buat maksiat pun ikut suka eomma la!"

"Roselle! Apa cakap macamtu?!" Rose terpaksa memarahi Roselle. Dia faham kalau adiknya benar-benar marah tapi kata-katanya mampu mengguriskan hati ibu kandung mereka. Kecewa wanita itu dengar ayat tersebut keluar dari mulut anak yang dilahirkannya sendiri.

Tangannya direntap kasar supaya terlepas dari pegangan Rose. Kakinya pantas mendaki anak tangga sebelum berlari masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci dan serta-merta Roselle terduduk di lantai. Bibirnya ditekup sambil menangis. Dadanya terasa sangat sakit akibat sebak.

Bunyi deringan telefonnya dari atas katil sikit pun tak mencuitnya untuk mengangkat panggilan tersebut mahupun untuk bangkit dari depan pintu. Ketika ini dia hanya mampu menangis bersama minda yang mula terkenangkan segala kenangan pahitnya.

—🌹—

Jungkook memerhati tempat duduk Roselle yang tak berpenghuni. Tak sangka pula harini gadis itu tak datang ke sekolah. Adakah sebab terasa hati dengan dia semalam? Bukannya dia sengaja tak balas mesej dari Roselle tapi tak sangka pula ketika dia mandi, terlupa pula untuk padamkan telefon.

Mungkin sebab itu Roselle anggap dia online tapi sengaja taknak balas. Lepas mandi terus dia cek telefon dan membalas mesej dari gadis itu tapi tak berbalas. Jadi dia buat keputusan untuk telefon sahaja. Namun satu pun panggilannya tak berangkat.

"Jauh termenung?" Jimin menegur sambil melabuhkan punggung di sebelah Jungkook. Kakinya disilang sebelum matanya turut memandang ke arah kerusi Roselle yang kosong.

"Tadi Taehyung bagitahu aku, Youjin pun tak hadir harini sebab ada dengan Roselle sebab depression Roselle datang balik." Segera kepalanya berkalih meandang Jimin. Betulkah apa yang dia dengar ni?

"Roselle.. ada depression?" Dadanya berdegup kencang.

"Hm, memang confirm sebab doktor dah pernah sahkan Roselle ada depression." Jadi ketika awal-awal dia kenal Roselle, ayat-ayat yang tertulis dalam buku itu adalah tempatnya untuk meluah ke? Dahinya semakin berkerut. Dia mula risau. Tak sangka disebabkan mesej semalam Roselle depress teruk.

"Youjin ada bagitahu Taehyung Roselle depression sebab apa?"

"Apa yang Taehyung bagitahu aku, semalam ibu kandung dia datang rumah. Bagitahu nak bercerai dengan suami muda dia. Kau tahu dah kan yang ayah tiri Roselle tu ex boyfriend dia?" Jungkook mengangguk perlahan. Dia dapat tahu pun pasal satu malam yang dia terserempak dengan Roselle tak sengaja tu je la.

"Taehyung ada pesan, petang ni kalau boleh kau tak payah pergi training. Jenguk Roselle."

"Tapi aku dah janji nak training dengan Naomi."

Jimin mengeluh. Ya dia sendiri ada semalam waktu Jungkook berjanji untuk training dengan Naomi. Memang takde masalah nak batalkan tapi, Jungkook tak sampai hati. Naomi nampak beria sangat nak minta dia jadi coach. Tapi jauh di sudut hati dia nak sangat tengok Roselle.

"Tapi Jimin, boleh ke kau gantikan aku? Jenguk Roselle?" Tanpa bantahan Jimin mengangguk. Dia memang merancang nak jenguk Roselle pun lepas habis kelas. Tak rasa nak training pun harini sebab Youjin dengan Roselle takda, sekaligus si presiden sekolah pun taknak training.

—🌹—

Roselle terkaku di depan bilik air. Matanya tak bekerdip memandang seseorang yang sedang duduk di kerui meja belajarnya. Sekejap, sekejap ini bukan mimpi kan? Segera matanya mengeling jam di tepi katil. Dah hampir jam 12 malam tapi apa lelaki itu buat di dalam biliknya?

"Jungkook..?" Saat lelaki itu berkalih memandangnya bersama senyuman, dadanya berdegup kencang tanpa dipinta. Matanya memerhati Jungkook yang berjalan mendekatinya. Belum sempat ingin bersuara, Roselle tersentak buat kali kedua bila tubuhnya berada di dalam pelukan lelaki itu.

"Roselle, kami balik dulu." Nafas dalam ditarik. Serta-merta dia tersedar dari lamunan. Bibirnya cuba diukir senyuman melihat Taehyung dan Jimin yang dahpun berdiri di depan pintu bilik.

"Terima kasih datang melawat aku, buat lawak hambar."

"Tak jadi hal! Kau jangan sedih-sedih dah okay? Jangan risau, aku dengan Jimin takkan jadi ayah tiri kau." Entah mengapa dia tertawa mendengar kata-kata Taehyung. Ya dia sendiri akan pastikan perkara tersebut takkan terjadi. Takkan.

"Hati-hati balik sayang." Sempat Taehyung berpesan pada Youjin yang duduk di sebelah Roselle. Gadis itu mengangguk dan mereka berdua membalas lambaian Jimin serta Taehyung.

Sebaik sahaja mereka berdua hilang dari pandangan mata, Youjin berkalih memandang Roselle yang tampak lebih baik dari tadi. Pipi sahabatnya diusap perlahan.

"Thanks Youjin, sanggup ponteng sekolah sebab nak teman aku." Tanpa ragu kepalanya mengangguk. Takkan mudah untuk dia pergi sekolah bila dengar Rose bagitahu dia yang Roselle tak okay ketika dia datang pagi tadi dengan niat nak ke sekolah seperti biasa.

"Okaylah, aku kena balik ni. Nanti eomma aku kunci pagar mati aku." Roselle mengangguk. Pelukan erat Youjin dibalas dan bibirnya naik mengukir senyuman saat pipinya dicubit sahabatnya.

"Jangan tidur lambat." Kepalanya mengangguk dan tangannya naik melambai Youjin saat gadis itu ingin keluar dari biliknya. Sebaik sahaja pintu biliknya tertutup, nafas dalam ditarik. Boleh pula dia terbayangkan Jungkook sekejap tadi. Dah la bayang dipeluk Jungkook. Jangan la delulu teruk sangat.

Telefonnya dicapai dan ibu jarinya menekan icon Instagram. Selesai dia menunggu feed baru untuk keluar, tanpa sedar keluhan terlepas.

4 Hours training, worth it❤️

Roselle merenung gambar Naomi bersama Jungkook. Walaupun tampak biasa, dia tetap cemburu. Belum sempat dia ingin tutup telefon, notifikasi mesej dari Jungkook buatkan jarinya berhenti bertindak. Direnung noti yang masuk dan ibu jarinya menyentuh notifikasi tersebut.

Roselle bangkit dari katil dan bergerak ke sliding door. Kelihatan Jungkook sedang bertenggek di atas motornya sambil menggantung plastik yang berisi makanan di lengannya. Tanpa sedar, bibirnya naik mengukir senyuman. Tak sangka, baru sehari tak jumpa dah rasa rindu.

I miss you.

[To be continue]

KEEP STREAMING EVEN KITA TAK CAPAI TARGET SAYANG SAYANG SEKALIAN❤️❤️❤️😭😭😭🌹🌹🌹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro