[ Hot Pack ]
"Ehem, Roselle awak jadi assistances saya harini boleh?" Jungkook memandang wajah Roselle penuh harapan. Berharap gadis itu akan bersetuju untuk menjadi pembantunya harini. Memandangkan hari ini latihan memanah, jadi cikgu yang bertugas menjaga mereka tak dapat untuk perhatikan semuanya.
Harini pula bercampur dengan atlet yang mewakili gred 10 ke bawah untuk peringkat sekolah. Mereka juga perlukan perhatian yang lebih lagi. Jadi Jungkook mengajak Roselle untuk menjaga hoobae mereka bagi memudahkan kerja cikgu.
"Boleh je." Roselle tersengih sebelum mengikut langkah Jungkook berjalan ke arah atlet-atlet gred 10 ke bawah. Roselle memandang satu-satu wajah hoobaenya sambil tersenyum.
"Sunbae akan jaga kami ke harini?" Tanya salah seorang daripada mereka. Jungkook mengangguk penuh yakin bersama senyuman yang melebar. Mungkin sebab ada Roselle disisi, itu yang semangat lain macam tu.
"Memandangkan dekat dewan ni ramai orang, kalau kita guna stadium baru nak tak?" Terus sahaja mereka bersorak. Mana taknya, stadium sukan baru memang besar gila, malah ada tempat yang redup sebab boleh berlindung bawah pokok. Udara pun nyaman.
"Okay, bawa alat memanah masing-masing pergi stadium." Mereka mula bergerak sebaik sahaja Jungkook memberi arahan. Roselle turut membawa alat memanahnya. Tak lupa kotak kecemasan yang sangat diperlukan ketika berlatih sukan.
"Rose, nak pergi mana?" Soalan dari Taehyung mematikan langkah Roselle.
"Aku pergi stadium baru dengan Jungkook. Kitorang jaga atlet bawah gred 10. Sini ramai sangat la." Taehyung mendekat dan memandang Jungkook yang sedang memandangnya serta Roselle.
"Aku ship korang berdua."
"Ugh." Roselle terus sahaja ingin meninggalkan Taehyung. Lelaki itu selalu saja sakat dia sejak kantoi dia sukakan Jungkook haritu. Bukan apa, dia tengah berborak dengan Rose di talian. Tak sangka pula Taehyung tengah dengar dan kebetulan sangat, memang tengah cakap pasal Jungkook waktu tu.
Taehyung apa lagi, memang sakat dia habis-habisan la.
"Oh ya, kau dah tanya belum mak kau pasal sleep over rumah aku nanti?" Taehyung garu belakang kepalanya.
"Sebelum dia bagi tu sempat la aku kena telan leteran dia. Risau sangat aku nak apa-apakan Youjin." Tawa Roselle terletus. Jangan risau, takkan terjadi punya sebab dia akan tidur dengan Youjin sebilik. Berani Taehyung nak apa-apakan Youjin?
"Jungkook dah bagitahu kau ke belum?" Roselle geleng.
"Eh dah la, dia tengah tunggu aku tu. Kau la ni." Taehyung ketawa saat Roselle berlari anak meninggalkannya. Bibirnya terukir senyuman.
"Kau pun suka Rose kan Jungkook?" Gumamnya perlahan. Dia kenal Jungkook lelaki yang macam mana. Sejak kejadian gred 10 yang lalu, lelaki itu berubah menjadi pendiam. Hanya fokus pada belajar dan sukan tanpa endahkan hal sekeliling.
Mungkin sekarang masanya Jungkook mendapatkan semula bahagianya yang hilang dulu dengan melupakan luka yang lalu.
"Fight for your love bro."
—🌹—
"Great!" Roselle menepuk tangan saat Minji berjaya kekalkan aimnya untuk dapatkan markah yang tinggi. Minji tersenyum lebar. Bersemangat rasanya bila Roselle tak henti-henti bantu dia dari tadi. Walaupun dia sangat kekok dan tak pernah dapatkan markah tinggi, tapi harini dia berjaya konsisten.
"Okay, kita tunggu yang lain habis dulu baru pergi ambil anak panah."
Untuk mengelakkan kecederaan, mereka akan menunggu kesemua lima atlet habis memanah sebelum mengambilnya semula. Ianya sebab takut ada yang terlepas sasaran waktu memanah nanti, bahaya.
"Alright, lagi dua round lepastu kita berhenti."
Setelah kelima peserta kumpulan pertama selesai, kini kelima peserta kumpulan kedua pula yang berlatih untuk pusingan terakhir. Roselle dan Jungkook tak lepas memerhati hoobae mereka bermain untuk memastikan keselamatan atlet terjamin.
"Okay, sekarang semua dah habis. Boleh kemas—"
"Roselle!"
Belum sempat Roselle ingin menghabiskan kata-katanya, sepantas kilat tubuhnya terasa ditolak dan akhirnya jatug ke tanah. Matanya terpejam rapat. Jeritan-jeritan risau mula kedengaran. Deruan nafas hangat seseorang menghembus tepat ke wajahnya.
"Awak okay?" Suara tersebut membuatkan matanya terbuka. Wajah Jungkook tepat berada di hadapannya. Nafas mereka bersatu, menyapa kulit wajah sesama sendiri. Roselle berkalih memandang anak panah yang tercucuk di tanah tak jauh dari mereka.
Adakah Jungkook baru sahaja selamatkan nyawa dia tadi?
Perlahan-lahan lelaki itu alihkan tubuhnya dari terus menindih Roselle. Melabuhkan punggungnya di sebelah Roselle sambil menghela nafas lega. Gadis itu turut duduk sambil menahan bahang di pipi.
"Sunbae maaf!" Roselle memandang ke arah seorang hoobae yang melutut di sebelahnya.
"Takpe. Dah korang pergi la balik. Lewat sangat ni." Roselle tersenyum.
"Saya betul-betul minta maaf sunbae!" Dia hanya mampu mengangguk memandangkan Yoona tak henti-henti minta maaf. Setelah beberapa ketika, hanya tinggal mereka berdua sahaja yang masih duduk di atas rumput stadium sekolah.
"Uhm, terima kasih. Saya tak perasan pula Yoona belum habis memanah tadi." Jungkook mengerling Roselle yang sedang menunduk, bermain dengan jarinya sendiri. Tanpa sedar, bibirnya naik mengukir senyuman.
Entah mengapa, gadis itu nampak sangat cantik dan comel di matanya. Lagi-lagi dengan jaket tebal dia tu.
"Kenapa awak senyum?"
"Tak boleh ke?"
"Tak kata pun tak boleh."
"Dah jom, saya hantar awak balik." Tangannya dihulur pada Roselle, ingin menarik gadis itu supaya bangun.
"Lain kali hati-hati. Nasib je saya nampak Yoona tengah ready nak memanah tadi. Itu yang saya tolak awak. Dia pun tak perasankan awak la tu." Roselle mengangguk. Dia sendiri tak terperasankan Yoona sedang bersedia untuk memanah tadi. Silapnya tak peka.
"Nah." Matanya mengerling hot pack yang dihulurkan oleh lelaki itu.
"Panaskan tangan awak." Roselle tersenyum dan menggenggam kuat hot pack tersebut.
—🌹—
Bibirnya tak henti mengukir senyuman sambil mendengar salah satu cover songs yang dinyanyikan oleh Jungkook. Entah mengapa, dia asyik teringat momen tadi sampai sekarang. Masih jelas di kepalanya, kacaknya Jungkook ketika lelaki itu memandang tepat ke matanya.
Hangat deruan nafasnya membuatkan jantung berdegup sangat kencang. Sejuk tak terasa walaupun suhu boleh dikatakan rendah. Haba lelaki itu benar-benar membuatkan dia terasa tenang. Matanya sempat mengecam bibir merah milik Jungkook.
Mahu sahaja dilaga—
"Roselle!"
"Ya daddy?!" Terus kakinya berlari ke tingkat bawah saat namanya dilaung oleh Edward. Roselle mengemam bibir.
"Dinner. Berangan apa la dekat dalam bilik sampai daddy panggil tak dengar?" Leteran Edward buatkan dia tercebik. Baru berangan nak kiss Jungkook tadi. Spoil la daddy.
Kakinya melangkah mengikut Edward masuk ke dapur. Tangannya dikeluarkan dari poket hoodie, memandang pek pemanas pemberian Jungkook yang sedang digenggamnya. Logik ke kalau panas masih terasa?
Pft, kuat betul kau berangan kan Roselle Kim?
"Uhm lupa pula nak tanya dia pasal sleep over tu. Harapnya eomma dia bagi lah."
[ To be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro