[ Heal ]
Pintu bilik air ditutup setelah dia selesai mandi. Rambut yang masih basah dikeringkan dengan hair dryer terlebih dahulu sebelum disikat kemas. Roselle bangun dan beralih ke katilnya. MacBook dibuka dan dia masa untuk layan Netflix, on!
Sedang dia selesakan duduk, tangannya menindih sesuatu di bawah selimut buatkan dia terasa pelik. Digenggam benda tersebut kemudian dibawa keluar. Oh, diari dia rupanya. Yang Jungkook pulangkan haritu.
Namun saat dia perhatikan buku tersebut, terasa ada aura yang menyuruhnya untuk buka. Disebabkan dia rasa isi dalam cuma isi yang sama jadi mungkin tak penting. Tapi rasa ingin buka tu tetap ada. Akhirnya Roselle membuka juga buku tersebut.
Diselak muka surat tersebut laju menggunakan hujung ibu jarinya dan terhenti saat dia terlihat beberapa tulisan yang berada di berlainan kertas dan berselang selepas beberapa muka surat kosong.
"Ini ke yang Jungkook nak aku tengok?" Dicari semula muka surat yang dia ternampak tulisan pertama.
I would love to heal you if you need me.
Roselle, for me you're the most beautiful flower among all the flowers around the world.🌹
Saya harap kehadiran saya buat awak selesa.
Don't be sad❤️
Awak boleh kongsi masalah awak dengan saya kalau awak nak, saya okay je.
I love to know about you more✨
❤️❤️❤️
Bibirnya tak henti mengukir senyuman.
"Awak buat saya makin suka awak la Jungkook." Selimut dibawa ke bawah dagu dan digenggam erat sambil menggigit bibir. Pipinya yang terasa bahang disentuh. Hari-hari yang dilalui bersama lelaki itu mula menerjah kepala. Jungkook selalu hantar dia balik kalau ada latihan sampai lewat malam, study sama-sama dekat library.
Kongsi AirPod dengar lagu sweet, makan makaman kegemaran diorang sama-sama. Dan yang paling tak boleh dilupakan bila lelaki itu selamatkan dirinya dari tercedera.
"Ehem." Deheman seseorang membuatkan senyuman Roselle hilang. Mencerlung tajam matanya memandang ke arah muka pintu. Terus sahaja dia bangkit dan menolak tubuh lelaki itu menjauh.
"Kenapa abang ada dekat sini hah? Tak malu ke ceroboh rumah orang suka hati?" Marahnya sambil melangkah turun untuk ke ruang tamu. Sumpah marah gila. Dah la ibu dan ayahnya tiada di rumah ketika ini. Boleh pula Junggi suka hati masuk rumah dia? Siapa yang bagitahu paskod rumah ni?
"Abang ada benda nak cakap dengan Roselle."
"Nak cakap apa?" Nadanya semakin dingin.
"Siapa lelaki yang selalu hantar Roselle balik? Roselle tahu tak hari-hari abang tunggu Roselle depan sekolah? Sekali pun tak pernah datang dekat abang." Keluhan terlepas.
"Roselle tak suruh abang ambil kan? Takde siapa suruh abang ambil Roselle balik sekolah kenapa abang pergi?" Matanya menjeling Junggi yang sedang menunduk.
"Eomma yang suruh Junggi ambil kamu." Roselle memandang ke arah dapur. Apa pula eomma dia buat dalam rumah ni?
"Macam ma— eomma ke yang bawa abang Jun masuk tadi?" Tiada jawapan dari eommanya buatkan Roselle yakin. Memandangkan ibu kandungnya tahu paskod rumah mereka jadi memang sah la dia yang bawa Junggi masuk rumah.
Keluhan terlepas dari bibir merahnya.
Kelibat Jaeyong di belakang Jihwa hanya diendahkan. Tak, masalahnya sekarang ni dia seorang je dekat rumah tahu tak?
"Eomma nak apa hah bawa abang Jun datang sini?"
"Roselle rosakkan rancangan eomma." Berkerut dahinya bila ibunya berkata begitu. Apa maksud Jihwa sebenarnya?
"Apa maksud eomma ni?"
"Eomma dah lama rancang dengan Junggi untuk kahwinkan kamu berdua. Eomma suruh dia buat semua ni sebab eomma nak kamu jatuh cinta dengan dia." Roselle tertawa sinis. Rambutnya dikuak ke belakang.
"Eomma tengah buat lawak ke eomma?" Matanya memandang tepat ke arah Jihwa.
"Eomma rasa lepas apa yang eomma dah buat dekat Roselle dengan unnie, eomma layak ke nak tentukan masa depan Roselle?" Soalnya dingin. Entah mengapa, ibu kandungnya sangat suka mencabar kesabarannya.
"It's a good thing, Roselle tak bagitahu daddy eomma masih tak berubah. I saw you having sex with someone else eomma! Eomma tak malu ke?!" Jihwa tergamam. Tersentak dadanya bila Roselle nyatakan ayat tersebut.
"Roselle!" Rose segera berlari ke arah adiknya dan menarik gadis itu ke belakangnya. Dia risau bila nampak tiga manusia yang Roselle anti berada di dalam rumah mereka. Edward menutup pintu dan memandang wajah-wajah di hadapannya.
"What are you guys doing in my house?" Mereka hanya mampu diam. Begitu juga dengan Jihwa. Kini dia berdiri betul-betul di hadapan bekas isterinya.
"I heard that you're still the same." Jihwa memandang Edward. Lelaki itu dengar ke apa yang Roselle cakap tadi?
"Jihwa. Saya tak tahu apa motif awak buat semua ni. Awak tak rasa serbasalah ke? Roselle dengan Rose tu anak kandung awak tau." Edward mengerling dua orang perempuan yang dia sayangi sepenuh hati.
"You're giving them a hard time."
Edward mengeluh.
"Jun, uncle harap lepasni Jun takkan ganggu Roselle lagi. Jangan buat Roselle tak selesa. Korang tu sepupu. Seronok ke benci membenci?"
"Jaeyong, you should find someone else."
"Dan Jihwa, kalau awak rasa taknak berubah tolong jangan libatkan Roselle ataupun Rose lagi." Kakinya melangkah ke arah pintu dan dibuka. Meminta mereka untuk keluar dari rumahnya segera.
Rose menarik Roselle duduk di sofa. Belakang tubuh gadis itu diusap perlahan.
"Roselle okay?" Kepalanya diangguk perlahan. Terasa bahunya diurut perlahan oleh Rose.
"Nanti daddy tukar paskod rumah. Bahaya la diorang main masuk suka hati je." Rambut Roselle diusap perlahan. Nasib juga dia sempat sampai ke rumah tepat pada masanya. Malau tak entah apa lah jadi dalam rumah ni.
Bukan dia tak tahu, Roselle kalau marah memang boleh naik tangan.
"Roselle tengah buat apa waktu diorang datang?" Soalan Roselle mengundang sengihan darinya. Tengah buat apa?
"Berangan." Tawa malu terlepas buatkan Rose bertindak mencubit pipi gebu miliknya. Edward turut tertawa perlahan. Ada-ada je Roselle ni. Berangan pasal Jungkook la tu.
"Minggu depan dah start exam so daddy harap Roselle rehat cukup-cukup. Study smart okay, sweetheart?" Pesanan dari Edward dibalas dengan anggukan. Sejak dia cuba pulihkan hubungannya dengan Rose, Roselle banyak rasa perubahan pada dirinya.
Pelajaran di sekolah lebih mudah masuk kepala, emosinya setiap pagi dah mula tenang dan rasa seronok nak pergi sekolah. Lagi-lagi ada vibe positive seseorang yang sentiasa ada disisinya kini.
"Roselle harap daddy dengan mommy kekal sampai bila-bila sebab Roselle nak kita bahagia satu keluarga." Bibir merahnya naik mengukir senyuman manis. Wajah Rose dan Edward dipandang silih ganti.
"Roselle nak adik ramai."
"In process honey." Balasan dari Edward membuatkan pipi Rose memerah. Roselle memandang wajah kakaknya. Sejak eomma berkahwin dengan Edward, Roselle perasankan sesuatu yang janggal ketika mereka hidup bersama ayah baru.
Rose banyak luang masa bersama Edward tapi apa yang tampak janggal di matanya, Rose pandang Edward bukan sebagai seorang ayah tapi dia pandang Edward sebagai seorang lelaki.
"Sorry sebab Roselle keruhkan hubungan kita dulu."
[ To be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro