Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[ EX ]

"Unnie, Roselle nak tanya boleh?" memandangkan hanya mereka berdua yang berada di rumah, Roselle lebih selesa menggunakan unnie untuk memanggil Rose. Bukan niatnya untuk tak menghormati wanita itu sebagai ibu tirinya tapi disebabkan topik yang ingin dibahas dia lebih selesa jika mereka berdua berborak sebagai kakak dan adik.

"Tanyalah."

"Unnie ada kenal sesiapa yang nama dia Yeonhwa tak? Waktu unnie kecil ke?"

"Yeonhwa? Setakat ni takdelah kenalan unnie nama Yeonhwa. Cumanya tak silap unnie kawan eomma ada kut. Kawan baik. Kenapa Roselle tanya?" Nampaknya Rose memang pernah berkenal la dengan Aunty Yeonhwa memandangkan kakaknya ingat walaupun tak berapa pasti.

"Uhm tadikan Roselle pergi rumah Jungkook." Rose mengangguk.

"Eomma Jungkook cakap yang dia kawan rapat dengan eomma kita waktu sekolah dulu." kakaknya diam. Jadi berkenaan dengan orang yang bernama Yeonhwa Roselle tanya tadi tu sebab nak merujuk pada ibu Jungkook ke?

"Tak sangka pula unnie Aunty Yeonhwa tu eomma Jungkook. Kalau macamtu maksudnya Roselle dengan Jungkook memang berkawan la waktu baby dulu. Tapi tu lah, mungkin susah nak ingat Jungkook sebab dulu tak panggil dia Jungkook, panggil Kook je."

Rose tersenyum sebaik sahaja teringat memori lama. Hanya Tuhan saja tahu betapa gembiranya dia jaga Roselle dan Jungkook sama-sama.

"Unnie ingat Jungkook yang dulu?"

"Macam mana unnie nak lupa? Unnie selalu jaga Roselle dengan Jungkook kalau eomma luang masa dengan aunty Yeonhwa. But I have no idea at all kalau nak bezakan Jungkook sekarang dengan Jungkook waktu baby dulu." Rose menggeleng perlahan. Dia sendiri dah lama tak bersua muka dengan sahabat eommanya merangkap Aunty Yeonhwa.

"Lagipun kita dah lama tak jumpa Aunty Yeonhwa, tak jumpa Jungkook. Tak pelik pun kalau kita tak recognizes each other." tangan adiknya ditepuk perlahan.

"Roselle jadi malu pula dengan Jungkook bila tengok gambar-gambar dalam album yang Aunty Yeonhwa tunjuk waktu dekat rumah diorang tadi. Kitorang mandi bogel!" Roselle menekup muka dan fake cry.

"Habistu? Baby lagi masatu. Biasalah."

"Compared to now, it's massive."

DAMN!! KAU FIKIR APA NI ROSELLE?!

"U-uh Roselle naik dulu la. Bye. Oh, nanti bila-bila kita ajak Aunty Yeonhwa datang sini nak? Unnie nak jumpa dia?" Rose mengangguk setuju. Roselle tersengih sambil bangun dari sofa sebelum berlari anak untuk naik ke atas. Pintu biliknya ditutup dan punggungnya dilabuhkan di birai katil.

"Tak sangka, kita dah berkenal sejak baby. Kalau boleh luah, aku nak luah kuat-kuat biar orang tahu aku suka kau." Wajah mereka berdua yang berada di dalam gambar tadi ditenung dalam. Jungkook didukung oleh Yeonhwa manakala Roselle didukung oleh Jihwa. Sama-sama berada di dalam kolam renang.

Roselle tertawa perlahan melihat tangan Jungkook yang comel sedang memegang tangannya yang berlapis sambil ditenung geram tangan tersebut. Macam nak terkam.

"I bet that you like me a lot that time right Jeon Jungkook?"

Tak menyesal dia minta gambar ni dekat Aunty Yeonhwa masa nak balik tadi. Jungkook comel sangat sebabtu tak tahan. Gambar tersebut diselit ke bawah bantal. Roselle merebahkan tubuh dan mata dilelapkan. Harini, hari yang sangat indah buatnya.

-🌹-

"Chaerim?" Teguran Roselle buatkan gadis itu hampir sahaja melompat akibat terkejut. Senyuman dihadiahkan sebaik sahaja dia berkalih.

"Awak ada nak jumpa sesiapa dalam kelas saya ke? Kenapa tak masuk je? Takde cikgu pun." Soalnya sebab tadi waktu nak jalan ke sini dia ternampak si Chaerim ni terjenguk-jenguk dekat tingkap kelas diorang.

"Takdelah. Taknak jumpa sesiapa pun. Saya cari awak."

"Ouh, saya pergi kafe tadi. Beli ni." Plastik beg yang berisi makanan seperti biasa ditayang pada Chaerim.

"Yah Roselle Kim! Bukan nak tunggu aku!" Roselle ketawa melihat Jungkook yang kelihatan semput akibat berlari tadi. Bukan apa, seronok dia tengah pilih-pilih makanan Roselle dah bayar dulu buatkan dia terpaksa beratur panjang untuk buat bayaran. Boleh pula gadis itu tinggalkan dia dan naik ke kelas dulu haih.

"Seronok sangat pilih lunchbox aku bayar la dulu." Kepalanya berkalih menghadap Chaerim. Buat seketika keningnya terangkat bila gadis itu sedang berbalas pandangan dengan Jungkook namun masing-masing tak bersuara. Selang-seli dia melihat mereka berdua namun masih tiada respon antara dua manusia tersebut.

"Roselle kimbap aku mana?!" Jeritan Jimin dari dalam kelas buatkan mereka berdua beralih pandangan. Tanpa kata Roselle masuk ke dalam kelas dan kimbap yang dipesan Jimin diberikan pada rakannya. Tahu lapar, sabar la. Dah la tak faham apa yang jadi antara Chaerim dengan Jungkook tadi.

"Mana Jungkook?" Kepalanya berkalih untuk melihat ke luar pintu kelas saat Jimin bertanya. Entah mengapa dia rasa cemburu bila terlihat pergelangan tangan Chaerim ditarik Jungkook sebelum mereka berdua menjauh. Jadi, mereka berdua berkenal?

"Jimin, siapa Chaerim?"

"Eung? Chaerim? Batch kita ada nama Chaerim?"

"Kau tak tahu ke ada budak baru masuk semalam? Aku yang tunjuk kelas dia. Katanya dia sekolah sini dulu. Dia sama batch kita. Kau ada kenal sesiapa nama Chaerim ke dulu?" Tiada jawapan dari Jimin setelah beberapa saat buatkan Roselle yakin.

"Ex Jungkook kan? Jimin?"

"Duduk Roselle." Tangan gadis itu ditarik supaya duduk di hadapannya. Dia tahu je Chaerim dah pindah ke sini semula semalam. Taehyung pun tahu memandangkan dia presiden sekolah. Tapi tak sangka gadis itu dah approach Roselle dulu sebab nak minta tunjuk kelas. Haih nampaknya benda jadi makin sukar.

"Dia kan perempuan yang komen ayat-ayat sedih dekat video Jungkook?" Jimin meraup wajahnya kesal. Tak sekarang ni dalam banyak-banyak orang kenapa dia yang kena jawab soalan Roselle? Presiden mana presiden?!

"Rasanya."

"Kenapa dia datang balik? Dia nak get back dengan Jungkook ke? Habist-"

"Apa yang aku mampu janji dengan kau, Jungkook takkan get back. Itu pasti. Dah sekarang kau makan. Bising Roselle bising." Onigiri milik gadis itu dibuka dan disumbat ke dalam mulut Roselle buatkan gadis itu terpaksa mengunyah. Ey tiba-tiba rasa geram pula dengan Chaerim.

Kalau sebelum ni dia cuma mampu mengutuk bila baca komen gadis itu, sekarang rasa macam nak ajak gaduh pula bila dah tahu siapa gadis di sebalik komen itu. Tapi, boleh tahan cantik Chaerim, rambut hitam paras dada, bulu mata panjang, pipi merah. Uhm.

"Jangan bandingkan kau dengan dia Roselle."

"Mana ada."

"Youjin bagitahu aku kau tu suka bandingkan diri kau dengan perempuan lain." Haih Youjin. Roselle tak membalas malah teruskan kunyahannya.

"Uhm aku dah break dengan Yeonmi." Jimin tersentak saat mejanya dihentak Roselle menggunakan telapak tangannya. Marah betul.

"Kau atau dia yang minta?"

"Aku."

"Kenapa?"

"Aku rasa dia tak ikhlas bercinta dengan aku dah. Jadi aku buat keputusan nak putus dengan dia dan nampak macam dia tak kisah je." Roselle turut mengeluh.

"It's okay. Aku tengok Naomi pun macam berminat dengan kau sejak kau training dengan dia haritu." Jimin menggulingkan biji matanya. Mentang-mentang Naomi dah tak kejar Jungkook, nak main pas pas Naomi dekat aku pula Roselle ni.

"Itu kau yang paksa aku ganti Jungkook."

"Tapi dia nampak berminat. Dua hari dah kau rehat dengan dia kan? Lagipun apa salahnya, kau single, dia single jadi lah couple." Sakat Roselle buatkan mulutnya berjaya disumbat kimbap kepunyaan Jimin.

"Habistu? Kau single, Jungkook single kenapa tak jadi couple?" Roselle mencebik.

"Kau tengoklah, lepas Naomi, Chaerim pula masuk line."

"Hm. Kau single je la Rose." Teguran Taehyung dari belakang buatkan bibirnya semakin mencebik.

"Shut up, President."

[ To be continue ]

HAPPY NEW YEAR SAYANG SAYANG SEKALIAN 😭❤️ TERIMA KASIH ATAS SEGALA SUPPORT ANDA, KESABARAN ANDA TUNGGU SAYA UPDATE, TERIMA KASIH KEPADA YANG KOMEN DAN VOTE SETIAP CHAPTER. SAYA SAYANG ANDA❤️💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro