[ Damn ]
Sedang sibuk tangannya menulis nota-nota penting, kerjanya terhenti saat telefonnya menerima notifikasi dari YouTube. Ianya channel Jungkook dengan Taehyung. Tanpa ragu terus sahaja dia menakan notifikasi tersebut dan pen diletak ke bawah. Telefonnya disandarkan pada botol air dihadapannya.
Earphones disumbat ke dalam telinga dan hujung jari telunjuknya menekan butang play. Kalini, Jungkook seorang sahaja yang cover lagu buatkan bibirnya tak terlepas dari terus tersenyum. Bibirnya digigit perlahan sambil tangannya menopang dagu.
"Charming gila la Jungkook ni." Bibirnya menjuih sambil memuji lelaki itu. Tanpa sedar, pintu biliknya dibuka dari luar. Disebabkan Roselle langsung tak perasan jadi Rose membuat keputusan untuk masuk ke bilik anak tirinya dan duduk di birai katil.
"Roselle," nama gadis itu dilaung sekali. Roselle berkalih dan earphones dicabut sebelum jarinya menekan butang stop. Bibirnya terukis senyuman nipis saat fokusnya beralih pada Rose.
"Ya?"
"Jom keluar?"
"Nak pergi mana?" Soalnya. Roselle kerling jam. Dah hampir jam 9 malam. Ke mana pula Rose nak ajak dia keluar ni?
"Unnie rindu waktu kita luang masa berdua." Saat panggilan itu terbit di bibir Roselle, entah mengapa dia terasa sebak. Emosinya tak dapat dikawal malah dia dan Rose hanya mampu tertawa. Terus pen serta bukunya ditutup. Roselle bangun dan duduk di sebelah Rose.
"Really?"
"Jom lah, makan ramyeon. 노래방(karaoke), sauna." Roselle tertawa. Peha Rose ditepuk perlahan.
"Kenapa tiba-tiba je unnie nak ajak buat semua ni?"
"Roselle tahu tak betapa susahnya unnie nak tawan hati Roselle lepas unnie kahwin dengan daddy?" Kepalanya menunduk. Dia masih ingat lagi macam mana kecewanya Roselle bila dapat tahu dia buat keputusan untuk berkahwin dengan Edward.
Dia faham sukarnya situasi tu. Daripada kakak kandung, bertukar jadi mak tiri. Siapa je boleh terima?
"Roselle minta maaf. Sepatutnya Roselle terima unnie seadanya tak kira la sebagai siapa pun. Mungkin sebab kecewa sangat, Roselle jadi macamtu." Dia turut rasa serbasalah denga Rose. Bila fikir balik cara dia layan Rose dulu sangatlah biadap.
"Unnie faham perasaan Roselle sebabtu unnie taknak daddy paksa Roselle untuk terima perkahwinan kitorang." Kepalanya digaru perlahan. Entah bagaimana, lepas sahaja dapat tahu ibu mereka curang dengan teman lelaki Roselle, dia banyak mengadu dengan Edward.
Dari situ rasa suka mula berputik. Edward pula masih muda dan dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadap anak tiri sulungnya. Walaupun umur mereka hampir 15 tahun bezanya, ia tak menghalang mereka untuk jalinkan hubungan.
"Roselle kecewa dengan eomma." Bibirnya tersenyum kelat. Serta merta rambut adiknya diusap perlahan.
"Jom, taknak sedih-sedih, kita keluar lepak macam selalu. Harini bukan sebagai mommy dengan anak, tapi kakak dengan adik." Terus senyuman mereka berdua melebar. Roselle mencapai telefon serta dompetnya sebelum melangkah keluar dari bilik dengan teruja.
"Sayang, jangan balik lambat sangat." Sempat Edward mengingatkan Rose agar tak pulang terlalu lewat. Dia faham yang mereka berdua rindu nak luang masa bersama tapi banyak perkara buruk boleh terjadi. Nak nak pula dua-dua wanita kesayanga dia ni precious sangat.
"Okay."
—🌹—
"Roselle, duduk sini jap. Unnie nak buang sampah dekat sana tu." Roselle mengangguk. Hah seronok rasanya dapat makan ramyeon dengan kakak tersayang. Dekat tepi sungai, nikmati suasana malam. Sedang dia menunggu Rose yang hilang ke dalam kedai serbaneka untuk kembali semula, seseorang menegurnya.
"Roselle."
"Eh? Jungkook." Bibirnya terukir senyuman nipis. Lelaki itu terus labuhkan punggungnya di sebelah Roselle tanpa segan silu.
"Saya tengok YouTube channel awak tadi. The best cover I've ever heard." Ibu jarinya diangkat, memuji Jungkook sambil tersenyum lebar. Sejak dia mula rapat dengan Jungkook lepas kejadian lelaki itu hantar dia pulang, memang mereka berdua banyak luang masa bersama.
Malah sampai sekarang juga Jungkook akan hantar Roselle pulang ke rumah kalau mereka ada latihan sampai lewat malam. Cuma sekarang, latihan dikurangkan sikit sebab cikgu pelatih agak sibuk jadi dia tak dapat nak luang masa dengan atlet. Nasib baik semua boleh berlatih sendiri walaupun tak disuruh.
"Awak datang sini dengan siapa?" Soal Jungkook dibalas dengan juihan bibir. Lelaki itu berkalih, memandang ke belakangnya yang ditunjuk Roselle. Ada seorang wanita yang sedang berjalan mendekati mereka bersama beg plastik di tangan.
"Roselle, jom. Eh? Siapa ni?" Soal Rose saat terperasankan seseorang bersama Roselle. Jungkook bangun dan menunduk hormat. Roselle turut bangun dan berdiri di sebelah lelaki itu.
"Kenalkan, ni mommy saya."
Jungkook berkalih sekejap. Jadi inilah ibu Roselle yang diberitahu oleh gadis itu tempoh hari? Sebab dia selalu tertanya siapa yang hantarkan makanan buat Roselle setiap kali sebelum mereka berlatih. Bila ditanya Youjin, dia cakap itu unnie Roselle.
Tapi sekarang dia dah tahu siapa wanita dihadapannya lepas Roselle terangkan cerita sebenar.
"Saya Jungkook, noona? Atau aunty?" Rose tertawa sambil menggeleng perlahan.
"Kalau dekat luar boleh panggil noona. Dekat rumah boleh panggil mommy. Oh nama noona Roseanna Kim. Selamat berkenalan." Rose tersengih memandang Jungkook. Nampak fishy diorang berdua ni. Bercinta ke?
Saat Rose memandang Roselle, Jungkook turut berkalih memandang gadis di sebelahnya kerana tiba-tiba sahaja dia diam. Selepas beberapa saat, mereka turut memandang ke arah yang ditenung oleh Roselle. Rose pula terpaksa berkalih.
"Roselle tunggu!" Sebaik sahaja dia terlihat apa yang sedang dilihat oleh adiknya,dia cuba menghalang tapi Roselle dah buka langkah seribu. Seorang Roselle matanya tajam, lariannya pantas dan sekelip mata dia dah berada di hujung sana.
"Kenapa dengan dia noona?"
"Kita kena hentikan dia, Jungkook." Walaupun tak faham, tapi dia mengikut langkah Rose dari belakang, berlari anak mendekati Roselle.
"Kau gila ke tampar kepa—" matanya membulat saat terlihat gadis yang menampar belakang kepalanya tadi merupakan Roselle. Terus terasa gugup dia dibuatnya.
"Ini kerja kau Han Jaeyong?" Roselle mengerling wanita di sebelah lelaki itu.
"Kau sedar tak kau tu ayah tiri aku?" Soalnya membuatkan wanita di sebelah Jaeyong terkebil-kebil. Dia memandang teman lelakinya, minta penjelasan. Namun belum sempat ingin berkata, Rose dan Jungkook turun berada di hadapannya.
"Unnie tengoklah dia buat apa belakang eomma!" Roselle mula panas. Sakitnya hati dia ketika ini rasa macam nak menangis sekuat-kuat yang boleh.
Disebabkan Rose hanya diam, tangan Roselle mula bergerak memukul tubuh Jaeyong sekuat hati. Ditumbuk-tumbuk belakang tubuh lelaki itu dengan penuh perasaan. Belum sempat teman wanita lelaki itu ingin menarik rambut Roselle, Rose sempat menghalang manakala Jungkook cuba untuk tenangkan Roselle yang dah mengamuk.
"Roselle! Stop!" Disebabkan menarik Roselle tiada guna, Jungkook cuba menyelit di antara mereka berdua. Akhirnya dia turut terkena tunbukkan oadu milik Roselle. Sedaya upaya cuba menghalang namun genggaman gadis itu pada jaket Jaeyong sangat kuat. Tak nak lepas.
PANG!
Suasana jeda. Mereka semua terdiam. Begitu juga dengan Roselle. Dia memandang Jaeyong tak percaya.
"Damn, Roselle! Kau fikir aku nak sangat ke mak kau hah?!" Saat tangan Roselle ingin mencapai jaketnya buat kali kedua, Jungkook menyelit masuk dan berdiri di hadapan Roselle. Bahu gadis itu ditahan. Kali ini leather jacketnya pula digenggam Roselle , menahan amarahnya.
"Hell yeah! Aku curang belakang mak kau. Tapi kau nak tahu tak? Dia sendiri tengah curang belakang aku. So fair and square." Rose menahan geram saat lelaki itu cuba untuk mainkan perasaan Roselle. Segera dia mendekat dan pipi lelaki itu ditampar. Tak kira lah ayah tiri atau tak.
"Kau berambus sebelum aku pula yang naik angin, Jaeyong."
Jungkook memandang Roselle yang masih menggenggam jaketnya. Tubuh gadis itu sedikit menggeletar. Faham, geram rasanya bila marah dia tak mampu dilepaskan. Roselle melepaskan jaketnya, menekup wajahnya dan menangis.
Itu saja yang mampu dia buat untuk lepaskan marah yang terpendam.
Rose memandang pemergian Jaeyong bersama pandangan maut.
"Roselle!" Rose berkalih. Adiknya sempat ditahan oleh Jungkook dari terus menyembah lantai.
[ To be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro