[ D-Day ]
Badan diregangkan sambil memandang pemandangan di hadapannya. Tempat duduk penonton dah dipenuhi tetamu. Banyak sekolah-sekolah dijemput untuk hadir bagi meriahkan lagi suasana hari sukan mereka. Ada juga pelajar dari Seoul High School turut hadir.
Roselle berkalih memandang Jimin yang sedang melihat ke arah ruangan penonton. Nampak macam lelaki itu tengah cari seseorang. Bahu lelaki itu dicuitnya.
"Kau cari siapa?"
"Girlfriend aku. Dia cakap dia nak datang tapi takde pun nampak." Roselle turut mencari walaupun dia tak tahu rupa teman wanita Jimin macam mana. Apa yang dia tahu ialah teman wanita Jimin merupakan pelajar SHS.
"Dia tak datang kut. Jom la pergi belakang." Roselle mengikut langkah Jimin duduk di bawah pokok di mana para athletes SAHS berkumpul. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Jungkook.
"Peserta lelaki acara lompat tinggi, dari ketiga-tiga wakil sekolah sila berkumpul. Permainan akan dimulakan sekarang." Jimin segera bangkit bersama 4 lagi orang ahli lelaki lain wakil sekolah mereka untuk berkumpul di kawasan lompat tinggi.
Jadi antara kumpulan mereka Jimin sahaja yang sertai acara lompat tinggi. Roselle dan Youjin tak lepas bersorak saat Jimin masih berjaya teruskan lompatan walaupun palang semakin tinggi. Bukan biasa-biasa anak Park ni.
Selesai acara lompat tinggi kategori lelaki, kali ini perempuan pula akan bertanding. Roselle dan Youjin bersama dua ahli perempuan sekolah mereka bangkit untuk ke tempat bertanding. Wajah atlet dari sekolah lain dikerling satu-satu.
"Kawal muka tu, tampar kang." Youjin mengangkat tangan seolah-olah ingin menampar Roselle membuatkan gadis itu tertawa. Saja dia buat muka nak cari gaduh. Mood untuk menang mula membuak-buak.
Rambutnya diikat sanggul malas, namun saat tangannya sedang mengikat getah pada rambut matanya terpandang Jungkook yang sedang mengamatinya dari sana. Kejap, tak perasan sendiri kan?
Saat lelaki itu tersenyum, serta merta wajahnya terasa bahang. Halah-halah crush tengok kita ikat rambut laaaaa!
Momen ketika mereka berdua berlatih lompat tinggi di dewan sukan saban hari menerjah kepala. Bibirnya sedaya upaya ditahan agar tak tersenyum. Pipinya ditampar perlahan dan mula fokus. Boleh kalah kalau tak fokus sebab fikirkan Jungkook ni.
Matanya memandang tepat ke arah Roselle, bukan Youjin atau pelajar dari sekolah lain. Gadis itu sahaja yang mampu menarik perhatiannya buat masa ini. Tekun dia bersorak di dalam hati, menyokong Roselle setiap kali dia berjaya selepas palang dinaikkan berkali-kali.
Nampaknya Roselle takkan bagi peluang pada atlet lain untuk kalahkan dia. Tak sia-sia dia ajar Roselle tips dia haritu. Berguna nampaknya. Dari sini lagi dah nampak yang Roselle boleh jadi pemenang.
Selepas beberapa minit, mc mula membacakan nama pemenang buat kategori lelaki terlebih dahulu.
"Tempat ketiga, dimenangi oleh Heo Jinyong wakil dari Goyang High School!" Roselle turut menepuk tangan. Namun setelah tempat kedua dan tempat pertama diumumkan, semua pelajar Seoul Athletics High School mula bersorak sekuatnya.
Lee Hajun, memenangi tempat kedua dan Park Jimin memenangi tempat pertama. Mereka berdua merupakan wakil SAHS membuatkan pelajar masih belum henti bersorak. Sakan betul bila dapat tengok kemenangan depan mata kalini.
"Baiklah, pemenang bagi acara lompat tinggi kategori perempuan. Tempat ketiga, Jeon Youjin, wakil SAHS!" Roselle menepuk tangannya gemuruh. Jeritan turut kedengaran, bersorak untuk Youjin, teman wanita Presiden SAHS.
Roselle mengusap tangannya. Tempat kedua dimenangi oleh wakil Incheon Sport School. Matanya ditutup rapat saat pemenang tempat pertama bakal diumumkan.
"Roselle Kim, wakil SAHS!" Matanya dibuka semula, memandang suasana padang sekolahnya yang sangat meriah. Bersorak untuknya. Kepalanya ditunduk sedikit saat guru dihadapannya ingin sarungkan medal buatnya.
"Baiklah, permulaan yang sangat baik untuk SAHS."
—🌹—
Rosele mengemam bibir. Tak pasal-pasal je diorang berdua jadi perhatian bila Jungkook tunduk untuk ketatkan tali kasutnya. Sweet betul pengerusi dengan naib pengerusi sekolah mereka ni.
"Thanks."
"Nah, pakai nombor ni dekat atas bahu lepastu ikat talinya." Roselle menerima huluran dari Puan Kim. Ianya nombor untuk peserta larian. Roselle memandang Jungkook saat lelaki itu mencuit lengannya.
"Ikatkan dekat belakang kejap." Roselle menurut dan mengikat kemas tali tersebut di pinggang Jungkook. Malah tali diatas bahu turut dikemaskan. Sebagai balasan. Jungkook membantu Roselle mengikat talinya pula.
"Sayang, ikat rambut saya kejap." Roselle tertawa melihat Taehyung bersila di atas tanah. Meminta Youjin mengikat rambut hadapannya. Ketawa terlepas lagi saat rambut Taehyung terpacak. Comel betul. Asyik bouncing je rambut dia.
"Grr presiden sekolah ni, tak sangka cute rupanya." Taehyung urut dahi saat Roselle berkata begitu. Itulah susah jadi kacak dan comel dalam satu masa yang sama ni.
"Dah la kau." Jimin mencebik. Dia dari tadi tak nampak-nampak lagi teman wanita dia. Disebabkan dah malas nak cari lagi jadi Jimin anggap gadis itu tak datang. Tapi kalau datang entah dimana la dia duduk. Telefon pun tak berangkat.
"Okay guys, get ready!"
Peserta larian bagi kategori perempuan berkumpul di bawah khemah terlebih dahulu memandangkan atlet lelaki yang akan bertanding. Roselle tersenyum manis, membalas senyuman Jungkook. Janganlah asyik senyum kat aku je, cair tau tak?
"Lane 1, Jeon Jungkook. Lane 2, Kim Jaehwan. Lane 3, Min Soobin." Memandangkan hanya tiga sekolah sahaja yang bertanding jadi mereka akan menggunakan tiga lane sahaja. Atlet yang disebut namanya mula mengambil tempat.
Roselle tekun melihat Jungkook. Larian pertama merupakan larian 100 meter. Saat tembakan berbunyi, matanya laju mengikut Jungkook yang sedang bersaing. Disebabkan dua lagi sekolah turut mempunyai atlet yang hebat, mereka akan lakukan pengiraan secara grafik untuk tentukan pemenang.
"Rasanya Jungkook la. Kaki dia lepas line dulu." Roselle turut mengiyakan kata-kata Youjin. Kali ini diikuti dengan tiga lagi acara larian 100m kategori lelaki iaitu Jimin merupakan salah satu peserta dari kumpulan mereka dan dua lagi lelaki kelas kedua.
Roselle berkalih saat terasa sesuatu menjalar di pinggangnya sepintas lalu. Matanya mengecam Jungkook baru sahaja melepasinya di belakang untuk ke kotak ais yang berisi minuman. Lelaki itu ke yang pegang pinggang dia tadi?
"OH JIMIN JIMIN!!" jeritan Youjin buatkan Roselle berkalih memandang ke trek larian semula. Nampaknya Jimin menang dengan sangat jelas dengan pandangan mata. Roselle turut bersorak.
Selesai keempat-empat acara larian 100m kategori lelaki, kini beralih ke acara larian 100m kategori perempuan pula. Memandang dia dan Youjin tak turut serta jadi perserta perempuan dari kelas lain yang akan wakilkan sekolah mereka.
"Roselle." Kepalanya berkalih. Liur ditelan payah saat terlihat Jungkook sedang mengikat ketat tali seluarnya. Tak pasal-pasak nampak abs lelaki itu tapi nasib baik dia sempat pandang lain.
"Ya?"
"Awak dah ready ke nak lari 2 kali 400m tu? Saya takut awak cedera je nanti." Roselle tersenyum nipis.
"Haritu kan kita dah berlatih. Saya okay je."
"Okay, kalau macamtu jangan jatuh sakit. Youjin, awak pun." Youjin mengangguk yakin. Walaupun waktu berlarih haritu memang penat gila-gila dan hampir nak mengalah tapi diorang tetap mencuba. Lagipun ini rekod baru yang sekolah mereka bakal pegang. Tak kisah lah dapat tempat ke berapa pun.
Asalkan habiskan larian.
[ To be continue ]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro