-9-
Don't worry about me,
I'm okay.
I'm always okay.
...
Tw: eating disorder
☁️☁️☁️
NURI memandang Ammar pergi. Bahunya ditepuk oleh Delima daripada belakang.
"Kawan Nuri?" soal Delima. Bibirnya tersenyum.
Nuri memejam mata. Nuri tarik nafas dalam-dalam kemudian dihembuskan kesenuanya. Nuri buka kelopak matanya semula. Dia memandang Delima yang masih menantikan jawapannya. "Ye. Kawan Nuri."
Akhirnya Ammar official menjadi kawan Nuri. Ammar dah boleh meraikan kejayaan kecil ini. Sepertinya mendapat gelaran sebagai kawan Nuri ini adalah sebuah kejayaan bagi seorang Nik Ammar.
"Nuri cuti sekolah hari ini kan?" Delima menyoal. Soalan tersebut dibalas dengan anggukan daripada Nuri. Memang lah cuti. Hari ini kan hari sabtu. Melainkan Nuri ada kelas tambahan. Kalau tidak, dah tak nampak Nuri di kafe ini.
"Kenapa kau tak cuti kerja?" soal Wafi pula. Kali ini, Nuri membalas dengan gelengan kepala.
"Manager suruh masuk kerja. Katanya suruh tolong Kak Delima dengan Wafi susun stok kopi baru sampai nanti," balas Nuri sambil mengelap meja. Dia berhenti seketika untuk menarik kerusi masuk ke dalam meja. Kemudian Nuri lap pula kerusi tersebut sehingga berkilat dan ternampak pantulan wajah cantiknya disitu.
"Oh, patutlah. Nak isi stok. Pukul berapa lori sampai?" Delima angkat tangannya untuk melihat jam di tangan.
"Katanya pukul 11 pagi." Suara Nuri hanya mendatar sahaja. Nuri pergi ke arah stor kafe. Ingin meletakkan kain lap meja tadi.
"Yo, sekarang dah 10:30 pagi. Kita ada 30 minit lagi kalau jalan tak jem," kata Delima seraya itu menjatuhkan tangannya ke sisi. Kalau macam Nuri katakan tadi, memang pukul 11 lah lori itu sampai. Itu pun kalau jalan raya tidak sesak.
Wafi pula hanya terangguk-angguk kepalanya. Memang patut lah Manager suruh Nuri datang. Kalau nak harapkan dia dan Delima memang lambat lah nak susun stok baru itu nanti. Delima seorang pun angkat satu kotak dalam masa 30 minit. Yang sampai nanti bukan lima kotak. Tapi berpuluh-puluh.
Peng! Peng!
Kebetulan pula bunyi hon daripada lori kedengaran di telinga. Awal pula kau sampai hari ini ya? Excited ke?
Beberapa puluh minit kemudian, Nuri, Delima dan Wafi sudah siap mengemas kesemua barang. Wafi mengelap peluhnya dengan kain. Nuri dan Delima pula duduk seketika ingin mengambil nafas. Hari cuti sekolah begini waktu tengah hari baru ramai pelanggan.
"Nuri!"
Nuri memandang pintu kedai. Ada Dahlia yang menjerit namanya dari luar kedai. Dahlia menekup wajahnya ke cermin kedai untuk mengintai Nuri yang berada di dalam kedai.
"Tu. Kawan till Jannah kau." Wafi menjuih bibirnya ke arah Dahlia.
Kcing!
Dahlia membuka pintu. Kakinya laju melangkah ke arah Nuri.
"Macam mana kau tahu aku masuk kerja hari ni?" Nuri bercekak pinggang. Setahu dia, Nuri tak ada sebut kepada Dahlia bahawa dia ada di kafe hari ini.
"Instincts babe. Kita dah sehati sejiwa." Dahlia mengenyitkan matanya.
"Oh hai abang Wafi!" Tapak tangannya dilambai pula ke arah Wafi apabila dia mengesan kewujudan Wafi disitu.
"Hai." Wafi mengangkat tapak tangan separuh daripada ketinggiannya. Membalas sapaan Dahlia. Dahlia dah datang beberapa kali sejak Nuri dapat kerja part time disini. Macam yang Dahlia pernah kata, Wifi disini sangat laju.
"Tadi kawan Nuri datang juga," kata Delima sambil membancuh air Americano yang dipesan oleh Dahlia sebentar tadi.
Dahlia mengangkat kening. Dahinya juga turut berlapis. "Kawan Nuri? Siapa? Setahu Lia, Nuri dah tak ada kawan lain dah selain Lia. She's a loner, kak Delima."
"Jangan jujur sangat dengan kak Delima," pesan Nuri. Dia mencuit Dahlia menyuruhnya untuk tidak berkata apa-apa yang dapat merendahkan dirinya.
"Kawan Nuri yang lelaki."
Dahlia senyap seketika. "Kawan Nuri yang lelaki?" Ayat Delima tadi diulang sekali lagi dengan suara yang perlahan.
"Ammar datang sini ke Nuri?"
Bingo! Dahlia hebat meneka kalau tentang perkara seperti ini. Dan Nuri sukakan perangai Dahlia yang satu ni. Tak perlu terangkan panjang lebar, Dahlia sudah berjaya menangkapnya.
Nuri angguk sebagai jawapan. Nak tipu siapa lagi? Nuri memang kenal Ammar dan Iqbal aje pun secara lebih dekat. Yang lain, Nuri hanya tahu nama. Tapi tidak ada perasaan mahu menegur dan membuat kawan.
"Macam mana dia tahu kau kerja sini? Setahu aku... dalam kalangan rakan sekolah kita, aku aje yang tahu kewujudan kau dekat sini," ujar Dahlia sambil menyengetkan kepala. Nuri membetulkan semula kepala Dahlia agar menegak.
"Tak tahu. Dia ikut dari belakang. Macam lah aku perasan yang dia ikut. Nasib aku buat tak tahu aje," seloroh Nuri. Dia mengerling ke arah segelas Air Americano yang dibawa oleh Delima.
"Kacak, hensem, ada rupa budak tadi tu," selit Delima dengan senyuman lebar.
Pap!
Dahlia tepuk tangan. "Kan!"
"Lia pun tak faham. Nuri aje yang kata Ammar tu biasa-biasa aje. Padahal, kacak bergaya macam model New York!" sambung Dahlia lagi. Nuri sudah mengurut pelipisnya. Apa-apa, Nuri. Apa-apa, Nuri. Tak ada nama lain dah.
Delima ketawa kecil melihat wajah tertekan Nuri. Delima hulur roti. "Nah, makan. Akak tahu Nuri tak makan lagi."
Nuri tersenyum kelat memandang roti tersebut. Dia mencubit sedikit lalu disuapkan ke dalam mulut.
"Dahlia... nah kau makan lah." Pinggan roti tersebut ditolak kepada Dahlia.
"Makan aje lah Nuri. Aku dah kenyang lah," kata Dahlia. Dia menolak semula pinggan roti tadi kepada Nuri semula.
Dahlia sendiri pun pelik sebenarnya kerana Nuri sangat kurus. Seperti tidak makan setahun.
"Kau tahu? Aku dah lama perhatikan kau tahu tak? Kau tak pernah habiskan makanan, kau tak pernah sibuk tentang makanan macam perempuan lain." Dahlia mula risau. Mesti ada tentang Nuri yang tak pernah diberitahu kepadanya.
"Ah? Ke- kenapa? Aku makan elok lah."
"Nuri. Kau gagap. Biasanya kalau kau stuttering macam ni, kau tipu aku." Dahlia menyepetkan matanya.
"Tak... Aku makan!" Nuri ambil roti tadi. Dia menyuapkan dengan jumlah yang banyak. Nuri kunyah beberapa kali.
Tapi tiba-tiba Nuri berlari ke arah tandas.
Uwerk!
"Nuri! Nuri!" Wafi yang terkejut kerana Nuri menerjah pintu tandas, mengetuk pintu beberapa kali.
"Nuri?" Dahlia turut berlari.
"Kenapa dengan Nuri?" Delima pula datang.
"Tak tahu. Tadi Nuri makan roti tu lepastu dia muntah." Dahlia cuba menerangkan apa yang berlaku kepada Delima.
Pintu tandas dibuka dari dalam. Nuri keluar dengan muka yang basah dengan air.
"Nuri. Kau sakit ke?" Soalan Dahlia membuatkan Nuri pening kepala.
"Tak. Aku okey." Nuri mencari kerusi. Dia rehat seketika disitu.
"No. You're not okay, Nuri." Dahlia mendekati Nuri. "Aku tahu ada something wrong dengan kau."
Nuri diam.
Nuri tak tahu nak jelaskan macam mana. Ini bukan sesuatu yang Nuri selesa untuk ceritakan kepada orang.
"Dahlia, sebenarnya..."
☁️☁️☁️
"Nuri!"
Nuri berpaling ke belakang. Oh, Ammar rupanya.
"Apa?" Nuri masih teruskan perjalanannya. Ammar berlari kecil sehingga langkah mereka selari.
Meow!
Dengan serentak, Nuri dan Ammar berpaling ke arah longkang.
Nuri mengintai ke dalam longkang. Ada seekor kucing gemuk yang tak boleh lompat keluar kerana terlalu gemuk.
"Kejap." Ammar menyerahkan bukunya kepada Nuri. Tanpa berlengah, Nuri ambil. Buku Ammar dirapatkan ke dada.
"Kucing siapa?"
Ammar angkat bahu, tak tahu. "Tak ada collar. Orang buang?"
Siapa pula yang buang kucing segemuk ini ke sekolah?
"Poor you." Nuri mengusap kepala kucing tersebut.
Nuri tengok Ammar. Ammar cepat-cepat tunduk kepala. Malu lagi ke?
"Jangan tengok aku."
Haih, Nik Ammar.
"Kaki dia sakit. Ke sebab jatuh longkang? Hoi, kau debab sangat ni." Nuri mencuit perut kucing itu.
Meow!
☁️☁️☁️
Lie.
You're not okay.
P/s: the ig is real. Please follow Nik Ammar and give him a lot of love 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro