Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-8-

For the second time,

Please tell me again,

That you loved me.

️☁️☁️

           "IBU. Ayah pergi mana?" soal Nuri sambil mengikat rambutnya. Dia mengintai ke arah katil di mana Ayah selalu baring. Namun tak ada pula Ayahnya disitu.

        "Ayah pergi warung jumpa kawan-kawan dia," balas Ibu. Tangan Ibu tangkas menghidangkan kuih-muih di atas meja.

         "Eh? Dah tak sakit dah ke?" Nuri mengerutkan dahinya, pelik. Kelmarin punya lah Ayah batuk-batuk macam nak hilang nyawa. Sekarang pergi lepak di warung pula?

        "Macam Nuri tak kenal Ayah Nuri. Pantang sihat sikit dah hilang. Nanti sakit tu datang mula lah terhegeh baru ingat dekat rumah," bebel Ibu.

        Nuri tersenyum lembut. Kalau Ayah rasa sihat, okey lah tu kan? Nuri memeluk Ibu daripada belakang. Dia melentokkan dagu di bahu Ibu.

        "Ibu pun jangan selalu sakit-sakit macam Ayah tau? Nuri tak suka." Nuri berkata dengan suara yang perlahan.

        Ibu menyentuh tangan Nuri yang melingkar di pinggangnya. "Anak ibu pun jangan sakit-sakit. Kalau penat, rehat. Nuri tu muda lagi."

        "Okey Ibu," ujar Nuri seraya itu mencium pipi Ibu dan melepaskan pelukannya tadi.

       "Erm... ibu. Ni ada duit untuk Ibu. Ibu beli lah apa-apa Ibu nak." Sampul yang berisikan duit dihulurkan kepada Ibu.

        Ibu mengerutkan dahinya. "Tak apa lah Nuri. Nuri simpan ye? Beli lah apa yang Nuri idamkan. Jangan risaukan Ibu." Sampul tersebut Ibu ambil dan diletakkan semula ke atas tapak tangan Nuri.

        Nuri rasa serba-salah. Jangan lah macam ni ibu...

       "Nuri dah ada duit lebih untuk Nuri. Alah... kerja part time tu banyak lah gaji dia ibu. Ibu ambik ni...." Nuri letakkan sampul tersebut ke poket baju Ibu.

        "Simpan," tambah Nuri lagi dengan senyuman manis.

        Ibu mengusap rambut Nuri. "Terima kasih, anak Ibu."

         "Sama-sama!" Sekali lagi Nuri memeluk pinggang Ibu dengan erat. Dia membenamkan wajahnya ke belakang Ibu. Walaupun ada bau-bau minyak goreng ikan, tapi Ibu tetap wangi! Inikah bau syurga?

        "Nuri pergi dulu ya," kata Nuri sejurus itu menyalam tangan Ibunya. Hendak pergi ke cafe.

        Nuri sudah memakai tudung shawl warna hitam kegemarannya dengan kemas. Ini lah warna kebanggaan anak gadis Malaysia.

        "Hati-hati." Ibu tersenyum. Dia hanya menghantar pandangan melihat anak gadisnya pergi. Berapa kali sudah Ibu melarang Nuri untuk tidak bekerja. Kerana Nuri hendak SPM dan perlu fokus pada pelajaran. Namun Nuri berkeras. Katanya nak tolong Ibu dan Ayah ketika dia ada waktu terluang ini.

        "Nuri!" jerit Delima dari dalam cafe. Nuri menjenguk ke tingkap. Wafi pun ada disitu.

        "Hai Kak Delima! Wafi pun ada?" Nuri membuka pintu cafe. Bunyi loceng daripada pintu kedengaran jelas di telinga.

        "Engkau ni sensitif betul kan tengok aku?" Wafi mencebik. Dia menyandarkan batang penyapu ke dinding. Kemudian pergi ke suatu sudut.

        "Alah kau ni Wafi. Macam tak biasa," ujar Delima yang sedang menyusun pastry di dalam rak. Dia beralih pula ke arah roti-roti yang mempunyai pelbagai jenis perisa. Delima curi-curi hidu baunya. Wangi sangat bau roti! Mungkin kerana baru sahaja dibakar.

       Wafi kembali dengan penyodok. "Sebab dah biasa la kak. Nasib baik Nuri ni adik-adik kita je."

       Wafi ambil kembali penyapu tadi kemudian disodoknya habuk-habuk ke dalam penyodok tadi.

       Ini lah rutin biasa pada waktu pagi semasa pembukaan kedai ini.

       "Alaaa, Nuri bukannya lama pun dekat sini. Hargai adik comel ni please." Nuri tsrsenyum bangga ingin memaparkan kecomelannya.

         Delima serta-merta mencubit pipi Nuri sehingga Nuri mengaduh kesakitan. Pipinya banyak isi bukan lemak!

       Kcing!

      Dengan serentak, Nuri, Delima dan Wafi memandang pelanggan yang baru sahaja masuk.

      "Aku dah kata dah tu kawan Nuri... dia taknak mengaku," bisik Delima pada Wafi. Wafi pula terangguk-angguk. Sebabnya ketika Nuri tiada disini, sudah beberapa kali mereka berdua melihat jekaka ini. Sehingga boleh dicop sebagai pelanggan tetap!

      "Ammar?" gumam Nuri sendirian. Dia menggaru kepalanya.

      "Hai awak. Saya nak latte. Cold."

      Ktak ktak ktak....

      "RM7."

      Wang sebanyak tujuh ringgit bertukar tangan.  Ammar mengambil tempat duduk yang tidak jauh daripada cashier.

     "Pergi lah borak dengan kawan Nuri tu," bisik Delima pada Nuri. Delima menarik Nuri di suatu sudut. Manakala Wafi yang sedang menyiapkan air cold latte hanya mengiyakan.

     "Ish tak mahu lah." Nuri menggelengkan kepalanya beberapa kali.

     "Nah cold latte. Kau bawa sendiri pergi sana, duduk. Tak apa alang-alang hari ini aku dengan Kak Delima shift sama boleh jaga kaunter ni." Wafi menghulurkan segelas cold latte yang baru dibuatnya tadi.

     Nuri mengemam bibirnya. "Fine."

     "Nah. Cold latte awak." Nuri meletakkan gelas air tersebut. Ammar hanya mengangguk dalam keadaan menundukkan kepala. Aik? Malu?

     Nuri duduk di hadapan Ammar. "Awak kenapa asyik stalk saya? Sepatutnya saya lah yang stalk awak." Dahi Nuri berlapis.

     "Awak?" Ammar menunding jari ke arah Nuri.

    "Stalk saya?" Ammar tunding jari ke arah dirinya sendiri pula. Kemudian Ammar menggeleng kepala. "Taknak, taknak. Seram lah."

     Mulut Nuri ternganga. Ini ke jekaka idaman para gadis SMK Melor?

     "Lupakan yang tadi tu. Now bagi saya 3 sebab. Kenapa saya kena kawan dengan awak." Nuri kemudiannya bersandar ke kerusi. Dia diam. Menanti setiap bait kata daripada Ammar.

     "Satu...," jeda Ammar. Kening Nuri terangkat.

      "Iqbal kata awak ni pandai. Sempena SPM ni saya nak awak jadi tutor saya," sambung Ammar.

     "Bukan banyak ke pusat tusyen dekat sini? Yang hodoh ni jugak awak selera nak jadi tutor awak?" soal Nuri tidak percaya. Ammar menyedut airnya 2 kali sebelum menyambung lagi.

     "Kedua...."

     "Saya rasa saya selesa dengan awak." Ammar berterus-terang. Sekali lagi dia menyedut air. Untuk hilangkan rasa gementar.

     "Kata malu dengan perempuan?" soal Nuri semula.

    "Ketiga..."

    'Saya suka awak.'

     Nuri masih menanti. "Ketiga apa?"

    "Saya tak ada kawan." Ammar memejam mata. Apa nak jadi, jadi lah. Habis alasan dah dia fikir nak bagitahu Nuri. Kering idea dah dia ni. Sia-sia PT3 dia straight A.

      "Iqbal tu siapa pula?" soal Nuri kembali.

     Sejujurnya tiga soalan Nuri tadi, satu pun Ammar tak jawab lagi.

    "Jadi boleh ke?"

    Nuri mengeluh perlahan. "Even though semua alasan awak tu macam tak logik, tapi why not. Asalkan peminat awak jangan kacau saya. Saya serabut. I need a quiet life."

     Tanpa sedar bibir Ammar menguntum senyuman. Dia berpusing ke belakang. "Yes."

      "Dah kenapa tu?"

      Ammar pusing menghadap Nuri semula. "Tak ada apa."

      Sekali lagi, Nuri mengeluh. Sekarang dia stuck dengan Nik Ammar. Orang kedua yang dia tak mahu bertembung selepas Pak Salleh yang kerja tukang sapu sekolah.

☁️☁️☁️

Sure,

I will never be tired,

To say that I love you,

Even for one hundred times,

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro