-4-
KELAS 5 Delima berakhir dengan subjek matematik. Nuri Thaqifah memasukkan kembali kalkulator ke dalam beg. Kepalanya sudah panas kerana menjawab 30 soalan matematik tadi. Dia tak suka matematik.
"Jap, jap. Kau nak balik rumah dulu ke terus pergi cafe?" soal Dahlia. Tangannya juga sudah mencapai beg galas. Perbuatan Nuri tadi terhenti dan pandangannya tertumpu kearah Dahlia.
Nuri mengerling kearah jam dinding kelas mereka. Jarum jam sudah menunjukkan waktu 2:45 petang.
"Aku singgah surau sekolah dulu la. Solat zuhur. Lepastu terus pergi cafe. Kenapa?" soal Nuri pula. Tak mahu lah pulang ke rumah lagi. Bukannya ada sesiapa pun.
"Aku rancang tadi nak buat homework dekat cafe tempat kau kerja tu. Haritu aku pergi sana, pergh wifi laju mat." Dahlia tersengih. Macam lah di rumahnya tiada wifi.
"Suka hati kau lah. Aku pergi dulu. Lewat aku nanti," ujar Nuri seraya itu keluar daripada kelas 5 Delima.
Seusai sahaja solat zuhur, Nuri melipat telekung yang dibawanya daripada rumah lalu disimpan kedalam beg sekolahnya.
Suara imam tadi macam pernah dia dengar. Persis suara Nik Ammar? Cepat-cepat Nuri menggelengkan kepalanya. Dah kenapa suara lelaki tu pun perlu diingat.
Kebelakangan ini hidup Nuri asyik bertembung dengan Nik Ammar. Dimana-mana sahaja nama lelaki itu lah yang dia dengar. Sebelum ini dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 4 tiada pula dia bersua dengan Nik Ammar. Adakah ini hadiah untuknya sempena tahun akhir di sekolah? Sekali lagi Nuri menggelengkan kepalanya.
Ammar dari jauh sudah mengenal pasti Nuri Thaqifah yang baru sahaja keluar daripada surau. Dia menyimpan kopiahnya ke dalam poket dan cepat-cepat memakai kasut.
"Eh? Bro cepat kau nak balik harini. Sabar ah," ujar Iqbal. "Kau tengok apa tu Am?"
Iqbal turut memanjangkan leher untuk melihat apa yang Ammar lihat.
"Damn! Kau betul-betul dah tangkap cintun dengan si Nuri tu ke apa, Am?" soal Iqbal. Bukan apa, kan Ammar ni seorang yang menyendiri. Kalau boleh, nak mati pun istiqamah seorang diri.
Baguslah kalau Nik Ammar ni sudah ada seseorang yang mahu dijadikan peneman hidup. Kalau dulu, Iqbal hampir mengecop Ammar sebagai warga pelangi. Naik bulu romanya bila teringat kembali yang dia pernah merasakan Ammar ni ada hati dekat dia. Itu hanya delulu seorang Iqbal pada waktu itu.
"Shh. Bising lah kau ni. Kepoh betul," ujar Ammar.
Ammar berlari secepat yang mungkin ke arah tempat parking motosikal. Motor tersebut dihidupkan kemudian Ammar melambaikan tangannya kearah Iqbal dengan wajah tidak bersalah. Iqbal pula menongkat dagu di koridor surau hanya menghantar pandangan kepada Ammar yang sudah meninggalkan perkarangan sekolah.
"Asalkan kau bahagia, Am." Iqbal menggelengkan kepalanya. Biarlah, member sendiri nak bahagia kan? Kita tumpang gembira aje lah.
"WAFI! Mana Kak Delima?" soal Nuri. Wafi yang sedang menyusun beg kopi memalingkan tubuhnya kearah Nuri.
"Kak Delima ambik mc hari ni. Dia tak bagitau kau?" soal Wafi kembali. Nuri menggeleng. Dia tenung Wafi yang kembali fokus menyusun beg kopi ke dalam rak.
"Okey takpe lah. Nanti aku mesej Kak Delima," kata Nuri sejurus itu berjalan masuk ke salam bilik persalinan untuk menukar baju kerja.
Kcing!
Nuri dan Wafi yang sibuk menguruskan kaunter, serentak memandang pelanggan yang baru masuk.
"Saya nak hot latte."
Nuri menekan papan kekunci dengan laju. Tiba-tiba dirinya terasa gugup.
"Makan sini atau bungkus?"
"Sini."
Nuri memberikan resit. Nik Ammar dihadapannya mengambil resit tersebut.
Setelah lelaki itu duduk, laju Wafi menerpa Nuri. "Kawan kau ke?"
Nuri menjeling. "Mana ada."
"Dahtu? Dia pakai baju sekolah. Lencana sekolah yang sama dengan kau," ujar Wafi sambil menekankan perkataan 'sama'.
"Kalau satu sekolah pun... Memang aku kena berkawan dengan semua orang dalam sekolah tu ke?" balas Nuri dengan nada sakarstik.
"Eleh... Tanya pun tak boleh." Wafi mencebik.
Kalau lah Kak Delima ada disini... Hilang satu stress Nuri. Sama shift dengan Wafi adalah satu perkara yang amat Nuri mahu elakkan.
Nuri menghantar hot latte tadi ke meja yang diduduki Ammar. Baru sahaja Nuri letakkan cawan panas tersebut, Nuri ditegur.
"Awak... Nuri?" soal Ammar. Macam tak tahu pula.
Nuri angguk.
"Saya Am. Stan for Ammar."
'Aku tahu.' Nuri diam.
"Boleh kita berkenalan?" soal Ammar.
Sekali lagi, Nuri rasa gugup. Dah kenapa pula mamat ni nak kenal-kenal? Kalau dia tak terima, nanti tak jaga hati dia pula. Kalau terima, nanti tambah satu beban nak hadap pandangan para gadis yang di-reject oleh Ammar pula.
"Kenapa saya kena kawan dengan awak?" balas Nuri. Dia tengok Ammar. Dahla masih berbaju sekolah. Tak malu nya eee.
"Umm maybe as a companion in the same school, batch, and study?" Ammar angkat bahu.
"Suka hati awak lah. Tapi jangan kacau saya. Saya tak suka." Cepat-cepat Nuri meninggalkan meja itu. Bukannya Nuri sombong. Tapi Nuri tak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan manusia lain.
Kak Delima, Wafi dan Dahlia sahaja yang Nuri selalu bercakap. Orang lain? Pandang Nuri pun tak mahu. Siapa je Nuri ni? Persekitaran Nuri yang membuatkan gadis itu bertindak seperti ini.
Ammar memandang Nuri yang berlalu pergi. Tangan kanannya digenggam kuat.
"Yes," bisik Ammar perlahan. Berjaya juga dia memulakan langkah pertamanya. Habis sahaja hot latte dia meninggalkan cafe tersebut.
Nuri berpaling tubuh. Nik Ammar sudah tiada disitu. Nuri tak faham. Apa motif Ammar mendekatinya? Nuri bukan lah siapa-siapa. Beharta pun tidak. Cantik? Itu adalah sikit tapi tak seperti Song Jihyo.
Habis shift kerja Nuri, gadis itu mengemas barangnya kembali.
"Nuri! Bas dah sampai!" jerit Wafi.
"Ye!" Nuri bergegas keluar. Tak mahu tertinggal bas seperti hari sebelumnya. Perit mat!
Wafi mengeluh melihat Nuri yang berlari keluar. Kesian tapi nak buat macam mana?
Ting!
Nuri turun daripada bas. Tak jauh daripada perhentian bas ini, adalah rumahnya.
"Assalamualaikum." Nuri beri salam. Kasut disusun di atas rak. Rumahnya biasa sahaja. Perumahan yang agak terpencil daripada bandar.
"Waalaikumsalam. Nuri dah makan?"
Nuri menyalam tangan Ibunya. "Dah Ibu. Dekat tempat kerja Nuri tadi."
Nuri melihat Ayahnya yang tidur. "Ayah sakit lagi?"
Ibu menggelengkan kepala. "Ayah okey je. Nuri jangan risau sangat. Risaukan diri Nuri tu."
Ibu menyentuh pipi Nuri. Nuri angguk. "Iye Ibu."
Kehidupan mereka sekeluarga tidaklah mewah. Tapi masih cukup untuk membahagiakan diri. Sejak Ayah sakit, Nuri tak mahu susahkan Ibu untuk mencari wang. Lagi-lagi kos hutang untuk hospital Ayah masih tertunggak.
Tapi apapun, mereka sekeluarga masih bersama. Itu yang Nuri mahukan.
Nuri menyeka air mata yang jatuh ke pipi. Jarinya terhenti di pipi yang yang masih panas dengan sentuhan tangan Ibu tadi. Buku di dalam beg sekolahnya dicapai.
'Ibu tunggu Nuri ubah nasib kita ye? Nuri belajar sungguh-sungguh.'
🦋🦋🦋
To Be Continue
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro