-2-
"KAU pergi mana tadi Ammar?"
Nik Ammar yang baru sahaja melangkahkan kaki kedalam kelasnya menoleh ke arah empunya suara tersebut.
"Aku tolong Cikgu Wati angkat barang. Hantar kat kelas 5 Delima. Pehal?" Kening Nik Ammar dinaikkan tinggi. Satu pakej dengan dagu yang sengaja ditinggikan juga.
"Bruh. Tak ada lah. Aku bosan. Baru je aku pusing kepala nak borak dengan kau. Kau dah lesap. Nak cari, malas la pula."
Nik Ammar kembali duduk ke tempatnya. "Lah pehal kau tak cari aku? Kau taknak kawan aku lagi ke, Iqbal?"
Iqbal memberi riaksi jengkel. Macam budak-budak je main taknak kawan ni.
"Taknak lah. Cari kau? Easy babe. Aku duduk depan koridor depan kelas ni je dah dengar nama kau orang jerit..." Iqbal terjeda.
"Ehem... Nik Ammar! Ammar! Ha macam tu la. Kau fikir telinga aku ni tak sakit? Kau lah pembantu aku saat nak korek telinga. Senang nak cuci sebab dah cair," ujar Iqbal dengan selamba. Sempat lagi dia meniru suara-suara gadis menjerit nama Nik Ammar.
"Kepala hotak kau lah," balas Nik Ammar secara mendatar. Malas mahu melayannya.
Beberapa minit kemudian, Nik Ammar kembali memecahkan kesunyian diantara mereka. "Bal, kau kenal tak someone ni dari krlas 5 delima?"
"Sebagai social butterfly, insyaallah aku kenal. Lelaki ke?" soal Iqbal. Dalam kepala dia sudah berfikir, tentu lah lelaki. Takkan perempuan pula kan? Nik Ammar bukannya suka berkawan dengan perempuan ni.
"Tak. Perempuan."
Atau mungkin tidak.
PAP!
Bunyi ketukan di meja kedengaran. Iqbal meluaskan matanya. Aku salah dengar ke ni? Itu yang digumam oleh Iqbal sekarang.
"Lah engkau kenapa pula setan?" Nik Ammar memandang Iqbal yang masih ternganga.
"Pe-perempuan? Are you sure? Kau tak salah orang kan?" soal Iqbal dengan bertubi-tubi. Nik Ammar mengeluh. Mendengarkan keluhan Nik Ammar, Iqbal kemudiannya mula tersenyum seorang.
"Pergh dah maju ek Am? Sejak bila macam ni?" Iqbal menyeringai.
Nik Ammar memberikan side eye kepada Iqbal.
"Kau taknak tolong, cakap jela. Aku boleh tanya orang lain," kata Nik Ammar. Lah? Merajuk?
"Okey, okey! Chill man. Siapa yang kau nak kenal tu?" Iqbal mula menenangkan dirinya.
"I don't know her name. Dia macam orang yang pendiam." Nik Ammar mula memberikan kriteria gadis tersebut.
"Pendiam? I see... Fasha?"
Nik Ammar menggeleng.
"Dia pakai tudung."
"Oh okey so Fasha is out. She's freehair. Maybe Dahlia?" Iqbal meneka lagi.
"Oh I remember it now. Dia duduk sebelah Dahlia." Nik Ammar kenal pula dengan Dahlia. Mungkin sebab mereka pernah tadika sekali.
"Sebelah Dahlia? You mean... Nuri?"
Bingo!
Nik Ammar mengangguk.
"Kenapa dengan si Nuri ni?" soal Iqbal.
"I took some interest in her."
"In what way?"
"I will try to found it later."
NURI Thaqifah menggendong beg galasnya dengan meletakkan hanya di sebelah bahu.
"Nuri! Aku gerak dulu eh? Pape ro ro!" laung Dahlia yang semakin menjauh.
Nuri hanya melambaikan tangannya. Matanya memandang Dahlia yang masuk ke dalam kereta Alphard hitam yang dipandu oleh pemandu keluarganya.
Nuri mengeluh.
"Ah dah lewat," kata Nuri setelah melihat jam di tangannya.
Kcing!
Bunyi loceng pintu yang berbunyi apabila pintu dibuka kedengaran. Nuri masuk ke dalam sebuah café dengan perlahan-lahan.
Sebuah pintu yang tidak berkunci di belakang kaunter dituju. Beg yang digendongnya tadi diletakkan di atas meja sejurus itu menyeluk kunci loker untuk dibuka.
"Hai Nuri!" tegur seseorang dari belakang.
Nuri yang sudah siap memakai baju kerjanya berpaling. Wajah rakan sekerjanya dilihat dengan senyuman.
"Kak Delima." Nuri menyebut perlahan.
Wanita yang Nuri panggil panggil Kak Delima mula mendekati dirinya.
"Baru sampai ke Nuri?" soal Delima. Nuri membalas dengan anggukan.
"Akak? Bukan ke shift kerja akak malam ni?" soal Nuri semula.
"Haih, itu lah. Tiba-tiba manager call akak suruh ganti si Wafi tu. Demam katanya," balas Delima.
"Oh... Bolehlah akak teman Nuri dekat kaunter hari ni." Nuri tersenyum. Tak ada lah dia kesenduan kerana tiada kawan untuk berborak hari ini.
Delima tersenyum. Dia memandang Nuri dengan pandangan lembut. Walaupun Nuri muda 5 tahun dari dirinya namun Nuri Thaqifah kelihatan lebih matang daripada diri Delima itu sendiri.
Café pada ketika ini masih sunyi tanpa pelanggan. Tapi apabila waktu petang, tidak cukup tangan nak melayan pelanggan yang berpusu-pusu!
"How's your day today?" tanya Delima.
"Decent. It's just i got too much homework today." Nuri menjawab sambil jari-jemarinya lincah menekan keyboard di kaunter.
"Jangan lupa rehat, Nuri." Delima berpesan sebelum dirinya beralih ke tempat barrista.
Sebelum menunggu pelanggan tiba, Nuri duduk sekejap di tepi kaunter sambil kepalanya direbahkan ke atas meja.
Mindanya mula melayang ke tempat lain. Tiba-tiba wajah Nik Ammar muncul di fikirannya.
Pap!
Nuri menampar pipirnya sendiri.
"Dah kenapa tu Nuri?" tegur Delima sambil menjengahkan kepalanya ke kaunter.
"Tak ada apa lah, kak. Nyamuk." Nuri ketawa janggal.
Delima menggelengkan kepalanya.
"Dah kenapa kau pergi ingat muka dia Nuri? Selama 5 tahun kau dekat situ tak pernah pun kau rajin nak kenal dia," gumam Nuri sendirian. Setelah dirinya mula bertenang, Nuri menghela nafasnya.
Kcing!
Seperti biasa, bunyi loceng pintu kedengaran menandakan ada pelanggan yang masuk ke kedai. Dengan pantas Nuri bangun daripada duduknya dan berdiri di hadapan kaunter.
"Excuses me, can I get a hot latte?"
Nuri menekan satu persatu keyboard tersebut mengambil pesanan untuk dimasukkan ke dalam resit.
"Also, one chocolate cake please. To go."
Ting!
"RM 18." Nuri memberitahu harga yang perlu dibayarnya.
"And your name?" soal Nuri.
"Nik Ammar."
Jari-jemari Nuri terhenti.
Kepalanya juga turut diangkat untuk memastikan apa yang didengarinya itu betul.
Nik Ammar yang berada dihadapannya menaikkan kening. "Yes?"
Nuri kembali fokus ke arah skrin. Mungkin Nik Ammar ni tak perasan dengan kewujudan dirinya?
Setelah itu jejaka tersebut beredar ke arah salah satu meja untuk menunggu pesanan ya siap.
"Uish siapa tu? Helok naw!" Delima dengan tiba-tiba berada di sebelah Nuri membuatkan Nuri terkejut.
"I don't know," balas Nuri tanpa perasaan.
Nuri teringat kembali apa yang dikata oleh Dahlia. Katanya Nik Ammar bukan seorang yang suka pandang wanita.
Kcing!
"Youu!" Seorang gadis masuk ke dalam cafe lalu pergi ke arah Nik Ammar dengan laju dan memeluk lengan Nik Ammar daripada sisi.
Atau mungkin tidak. Nuri menggelengkan kepalanya. Betul la apa yang orang selalu kata, dengar boleh percaya jangan.
"Nik Ammar." Nuri memanggil namanya. Di tangannya terdapat pesanan yang dipesan oleh Nik Ammar tadi.
"Thank you," jawab Nik Ammar. Tapi kali ini jejaka itu membalasnya dengan kepala yang diangkat. Membuatkan dia memandang wajah Nuri Thaqifah.
"Eh, awak?" Nik Ammar cuba memastikan itu adalah orang dikenalinya?
Nuri memandang kiri dan kanannya. "Saya ke?"
"Youu! Cepat lah! Hish!" Gadis tadi menarik baju Nik Ammar dengan kuat apabila daripada tadi jejaka itu langsung tidak berganjak.
"Eh, eh sabarlah," ujar Nik Ammar. Tidak dapat melawan, kakinya turut ikut langkah gadis tersebut.
Nuri memandang jejaka yang kian menjauh itu dengan keluhan.
"Dia perasan ke ni aku? Eh tapi buat apa aku nak kisah dia kenal aku ke tak? Pelik-pelik je la kau Nuri," gumam Nuri.
Laci keyboard tadi ditutup.
☁️☁️☁️
To Be Continue...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro