prolog?🍂
Asha melihat sahaja apa yang berlaku di depan mata aku. Budak kena buli.
"Aku nak tolong tapi.....aku tak boleh...aku tak mampu nak hentikan ..."
Just pretend like we don't see it.
Ya. Betul sangat!
Dah berapa orang yang lalu tapi tiada seorang pun hendak menghulurkan pertolong.
Macam aku. Lemah.
"Ya Allah, berilah aku keberanian dan kekuatan untuk menolong budak tu."
Tiba-tiba badanku bergerak sendiri. Menghalang si pembuli daripada membuli.
🌸Nabi suruh kita tolong orang yang dizalimi dan orang yang zalim. Pastu sahabat tanya macam mana nak tolong orang zalim ( pelik kan. Nak tahu sila baca). Nabi jawab, kamu melarangnya. ( Melararang drpd buat zalim)🌸
Aku meleraikan cengkaman pembuli itu daripada pelajar itu.
"Apa kau nak ha?!"marahnya. Belum pernah lagi ada orang lain nak masuk campur urusannya. Tapi kali ini tidak. Seseorang datang menganggu.
" Relax lah, aku bukan buat apa pun. Tolong kau je" senyum yang misteri aku hadiahkan untuknya.
Aku membantu budak yang kena buli itu bangun.
Aku melihat nama yang kemas di jahit pada poket baju. Nama yang tertera di situ hanyalah satu perkataan iaitu FIRNAS. Cantik nama. Macam nama tokoh ilmuan Islam, Ibnu Firnas.
Firnas mencengkam tanganku.
" Kau jangan cari pasal la, pompuan!"
Aku senyum seraya melepaskan cengkaman dia dari tanganku. Sedap mulut je panggil aku ni pompuan aku ada nama la.
" Aku ada nama la. Aqilah. Dan aku tak cari pasal dengan kau la, aku tolong kau ni."
Dia hampir nak tumbuk aku cepat aku tangkap.
" Jangan buat aku hilang sabar. Aku akan buat perkara luar jangkaan nanti." amaran keras , disertai jelingan tajam diberikan.
Aku dan budak lelaki yang kena buli tu keluar dari kantin. Kalau lambat, mesti kena jumpa cikgu disiplin.
" Kau okey tak ni?" melihatkan luka di sana sini. Baju ada yang koyak sikit.
" Okay je ni, senior." jawab budak tu. Nampak sangat dia ni new student.
Aku mengetuk kepalanya perlahan dengan buku.
" Okey apa nya! Jom pergi bilik sakit. Satu lagi, jangan panggil aku senior."
"Pastu nak panggil apa?" Tanya budak tu lagi.
Erm... aku berfikir jap.
" Qilah"
" Thanks Aqilah, tolong saya tadi"
" Kau tu lelaki, jangan lembik"
Dah sampai kat bilik sakit. Dia masuk dalam. Aku dah nak naik kelas.
" Kau rawat diri kau sendiri. Aku nak blah. Chow."aku berlalu tanpa berpaling kearah budak tu.
Aku naik tangga. Kedengaran suara cikgu yang tengah mengajar. Nampaknya cikgu dah masuk kelas.
Aku mengetuk pintu and memberi salam. Ni baru sopan.
"Assalamualaikum, saya minta maaf lambat masuk kelas" ujarku .
" Waalaikumussalam, hari ni saya maafkan. Pergi duduk." Cikgu Azwan menyambung pengajarannya.
Cermin mata dikeluarkan. I'm back to normal. Asha.
"Thanks Qilah" ujarku kepada diri sendiri atau lebih tepat lagi diri aku yang satu lagi.
" Kamu buli budak lagi ?"
Cikgu Zul memandang pelajar dihadapannya.
"Kalau tahu tak payah tanya." jawabnya biadap. Firnas tidak memandang guru kaunseling. Mindanya hanya memikirkan Aqilah.
" Kamu nak ayah kamu datang sekolah ? Tengok kamu macam ni" Cikgu Zul menuturkan ayatnya agak pedas.
" Dia takkan datang" Firnas tahu ayahnya takkan datang. Jenguk apatah lagi. Sibuk sangat dengan kerja.
Cikgu Zul berasa bersalah. Melihat Firnas yang berubah riak wajahnya tatkala dia utarakan tentang ayahnya, Dato' Anas Hussein.
" Cikgu minta maaf. Kamu boleh keluar."
Sejurus itu, Firnas pergi ke rooftop. Nak tenangkan diri.
Tiba-tiba, pintu rooftop di buka. Seorang gadis menghala ke hujung rooftop. Angin bertiup dengan kuat. Dia senyum. Dan dia menangis.
Dia tu manusia kan? Bukan hantu kan?
"Kau okay tak? " Firnas bertanya.
Risau jugak. Kalau dia buat benda mengarut. Sini rooftop.
Anything can happened.
Dia terkejut akan kehadiran ku. Dia undur ke belakang. Takut mungkin. Ni rooftop la.
" Bila awak ada kat sini?" tanya si gadis yang memakai cermin mata itu. Matanya jelas menunjukkan reaksi ketakutan.
"Tadi lagi. Kau je tak perasan" balas ku.
Mata dihalakan kearah langit.
" Sorry ganggu awak " dia ingin berlalu.
" Kejap. Awak ni Aqilah kan ?" Baru perasan bahawa dia merupakan gadis tadi. Api kemarahannya menaik.
"Aqilah? Saya Asha la" jawab si gadis. Masih lagi blur.
" Kau jangan nak tipu aku. Aku tahu kau ni Aqilah" aku menarik kasar tangannya.
* Asha, biar Qilah tolong*
*Kali ni, tak payah. Asha buat*
*Tapi.....*
*Trust me, Asha boleh buat*
Dengan kekuatan yang ada Asha cuba lepaskan tangannya dari Firnas.
Tapi Firnas kuat. So Asha terpaksa gigit tangan dia. Tangan Asha dilepaskan. Tapi gadis itu takkan larikan diri.
" Apa gigit tangan orang ni? Sakit tau tak!"
"Padan muka! Siapa suruh tarik saya tadi" ni diri aku yang sebenarnya.
Firnas menggosok tangannya.
Aku tengok. Mujur tiada kesan gigitan sangat.
" Kenapa awak tarik saya tadi" aku just straight to the point.
" Sebab kau la!"
"Saya? kenapa?"
"Pasal kat kantin lah. Takkan dah lupa!"
" Oh.." pasal tu ke. Qilah yang buat tadi bukan aku. Tapi, aku yang bagi dia buat. So salah aku jugak.
" Kenapa diam😠!"
"Nothing.." selamba aku jawab.
"Kau nak marah kat aku kan, so marah la. Atau kau nak pukul aku? Silakan." aku tahu dari reaksi dia. Dia tertekan sangat.
Dan di atas rooftop, aku di belasah oleh Firnas.
*Asha!!!*
*Qilah akan cover Asha. Please bagi Qilah keluar*
*No, Asha tahu apa yang asha buat*
*Trust me, I'm okay*
Akhirnya, Firnas berhenti. Aku dah cedera teruk. Sakit sangat.
" Dah lega ke?" Aku pandang Firnas. Senyuman manis aku berikan kepadanya.
"Ha?" Firnas tak faham akan soalanku.
"Kau tertekan, betul tak?" aku kata lagi.
Firnas memandang gadis itu. Terbeliak dia. Apa aku dah buat ni. Habis luka badan gadis itu akibat di belasah olehnya.
" Kau ok dah ke? " Gadis itu tanya lagi. Masih lagi tiada jawapan daripada Firnas.
"Pelik. Dia yang tak ok pergi tanya aku ok ke tak." Monolog Firnas.
"Hello.. dah sampai mana tu" gurau aku lagi.
" Sorry" sepatah perkataan tu agak payah untuk diucapkan.
"It's okay. Lagipun masalah awak dengan saya dah selesai." Gadis tu ingin meninggalkan rooftop.
Tapi tidak sampai beberapa langkah, dia dah pengsan.
Aku segera mendapatkan budak tu. Tubuhnya lemah tak bermaya. Lesu.
Aku membawanya ke klinik berdekatan. Aku takkan biarkan dia macam tu aje. Aku still ada keperikemanusiaan.
*Asha!!!😭. Kenapa kau buat camni*
*Aku okey. *
*Why😭..*
*Aku nak tolong dia*
*Aku belasah dia balik*
*Qilah,please....🙏*
*Ok, but promise takkan buat kerja macam ni lagi. Qilah tak sanggup tengok Asha menderita 😭*
*Risau betul Qilah😳. Don't worry, I promise.*
*Asha sedarlah, asha kan kuat*
*In sha Allah*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro