Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 10 🐝

Jam menunjukkan pukul 12: 30 malam.
Tapi penghuni bilik itu masih lagi belum tidur.

Zurina dan Liyana masing - masing menyepi. Semuanya sebab kejadian malam tadi. Tapi diorang tidak tahu sebenarnya perkara ini dirancang oleh group diorang sendiri.

Zurina duduk di birai katil. "Yana, kau dah tidur ke?" Tanya Zurina kepada Liyana yang berada dalam posisi tidur tapi berpaling kearah lain.
"Belum." Jawapan Liyana cukup untuk menyatakan dia tak bercakap sendiri.

"Yana, aku rasa aku patut minta maaf dengan Asha." Zurina meluahkan apa yang ada dalam hatinya.

Liyana bangun dari pembaringan lalu menyandar di katil.

"Kenapa pulak kita kena buat macam tu?!" Liyana tidak puas hati. Dah la kejadian tadi pun disebabkan Asha.

"Kita? Aku cakap aku sorang je" sengih Zurina kepada Liyana.

Liyana hanya berlagak cool padahal muka dah merah menahan malu. Mujur tak nampak mukanya ini merah sebab gelap. Diorang tak buka lampu pun.

"Aku dah banyak buat salah pada dia. Aku buli dia, ejek dia banyak la" sambung Zurina tapi matanya memandang kearah tingkap yang masih lagi tertutup.

"Zurina, dia yang buat kita jadi macam ni. Dia penyebab semua ni. Hanya sebab dia, Cikgu dah tolak kita ke tepi." Liyana tak suka pada Asha.

"Tapi ni semua sebab kita dengki dengan dia. Dia tak pernah buat masalah pada kita. Kita dengki dengan apa dia dapat. Dengki . Hanya sebab dengki kita sanggup buli dia, layan dia dengan teruk, campak rantai dia. Aku rasa aku teruk sangat!" Ada butir air mata yang mengalir di pipi Zurina. Sungguh dia menyesal dengan apa yang dia buat. Kejadian tadi, membuatkan dirinya sedar akan kesalahannya selama ini terhadap Asha Aqilah.

Kata kata yang diucapkan oleh Zurina menusuk hati Liyana. Tapi egonya sangat tinggi. Sukar untuk dirobohkan. Tapi dari sudut hati kecilnya, dia akur dengan kata-kata Zurina.

"Kau buat la apa yang kau nak buat. Malas aku nak tahu" Liyana masuk semula ke dalam selimut.

"Aku tahu kau akan berubah, Yana. Sebab kau kawan. Aku kenal kau dari kecil lagi." Ujar Zurina tapi tak dibalas oleh Liyana.

Dia terdengar bunyi dengkuran halus. Yana dah tidur rupanya. Aku pun kena tidur jugak. Selimut ditarik atas dan aku pun tidur.


Aqilah kini sedang diperhati oleh Cikgu Naura.

"So, macam mana Cikgu? Saya dah sihat ni. Jadi tak perlu lah nak pergi klinik." Ujar Aqilah bersemangat.
"Ye la. Tak payah pergi. " Cikgu Naura menggeleng kepalanya melihat sikap anak muridnya yang tidak mahu pergi klinik.
Macam budak budak je.

*Thanks*
*Asha...kau...makin lemah*
*Aku tahu tu*
*Aku tak sanggup nak tengok kau macam ni😭*
*It's okay*
*Aku janji yang aku akan protect kau!*
* Thanks*

Aqilah memikirkan cara untuk  lindungi dan selamatkan Asha. Yes, there's one way. Tapi untuk tu aku kena buat satu pengorbanan pada Asha.

Aqilah berjalan di sekitar hotel tu. Nak ambik oksigen yang segar pagi - pagi ini.

"Asha!"
"Aqilah"

Dua orang lelaki berjalan ke arahku.
Firnas, Rafi.

"Apa..." tak sempat aku nak tanya kenapa diorang dah tanya.

"Kau OK tak ni?" Jelas di wajah mereka kerisauan.

"Aku okay je" tapi sesaat kemudian, aku terbatuk kuat.

"Sorry la. Aku pergi dulu." Aku kena lari dari diorang. Aku kena lari. Aku takut diorang tahu penyakit Asha.

Firnas dan Rafi ditinggalkan di situ terpinga-pinga.

"Kita ada buat salah ke sampai dia lari dari kita" Rafi tanya pada Firnas.

"Mana la aku tahu!" Marah Firnas kerana dipersalahkan .

"Takkan la dia tahu pasal kerja kita semalam?" Dua dua kecut.

"Tak...kan. atau mungkin?" Firnas cuba berlagak cool.

"Harap- harap  tak" Rafi tak boleh bayang apa yang akan jadi kalau Aqilah tahu ni.

Aqilah bertembung dengan Liyana.

Satu jelingan tajam di berikan.
"Kau la buat Asha menangis hari tu!" Tapi kata kata itu hanya bergema dalam diri.

Aqilah ingin pergi kearah lain. Hatinya geram sangat pada Zurina dan Liana.

Zurina ternampak kelibat Asha. Dia terus mengejarnya. Kawan- kawan dia yang lain pelik dengan kelakuannya sejak semalam.

"Asha, tunggu!" Zurina pegang tangan aku.
Aku segera melepaskan pegangan itu.

"Apa lagi kau nak!? Tak cukup lagi ke apa yang buat pada Asha hari tu!" Aku hamburkan amarah aku kepadanya.

Actually, Zurina terkejut. Asha selalunya takkan tengking sesiapa macam apa dia buat sekarang.

*Qilah, let me handle this*
*Tapi kau kan tak okay lagi...*
*Let me...*
*Uh, okay*

"Sorry, saya tengking awak tadi"
Asha memohon maaf atas sikap baran Aqilah tadi.

Zurina konfius. Tadi lain yang ni lain. Berbeza sangat!

"Eh, tak. Aku yang sepatutnya mintak maaf... sorry sangat sebab buat macam tu pada kau"
Zurina menundukkan mukanya.

Asha Aqilah terkejut. How can she ....say sorry.... hmmm ...

Asha tersenyum. Dia lega Zurina berubah. Tak sangka langsung.

"Zurina, please angkat muka awak" Asha memegang tangan Zurina.

Zurina akur dengan permintaan Asha.

"Saya maafkan awak" lancar sahaja Asha menuturkan.

"Tapi kenapa kau maafkan aku?"
Zurina rasa dia tak layak untuk dimaafi.

"Kalau Allah pun boleh maafkan hambanya yang berbuat dosa kepadanya, Rasulullah pun maafkan semua penduduk mekah yang pernah buat jahat padanya...., kenapa tak saya. Awak salah sikit je dengan saya. Dan saya pun mintak maaf sebab saya pun mesti ada buat salah dengan awak. Sebab kita ni manusia. Tak sempurna. Tak lari dari buat salah" panjang lebar Asha berkata.

Zurina membalas senyuman Asha. "Thanks, Asha"

Alhamdulilah, sesungguhnya Allah yang buka hati Zurina.

*Qilah, aku dah tak menyesal apa-apa dah kecuali satu benda je.*
*Apa dia?*
*Liyana, nanti aku nak mintak maaf pada dia.*
*Hmmm?*
*Mungkin aku ada buat salah dengan dia?*
*Ikut kau la Asha*
*Kalau....*
*Kau nak cakap apa, Asha?*
*Takde apa la.*
*Okay?*
*Thanks for being by my side, Aqilah.*
*Your welcome, Asha. Well aku kan your other side, kan?*
*Yes , you are.*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro