ASH 8
perlahan lahan azroy membuka matanya. dia lihat yang dirinya kini berada di dalam sebuah bilik yang serba putih. dia memegang kepalanya yang terasa berat semacam. dia kembali memerhatikan keadaan bilik tersebut. tidak ada benda lain yang ada di situ. cuma yang ada hanyalah dirinya dan juga katil yang serba putih. dia lihat baju yang di pakainya pun turut berwarna putih. setahunya baju yang di pakainya sebentar tadi ialah warna hitam. begitu juga dengan seluar jeans yang di pakainya tapi kenapa sekarang dia memakai pakaian berwarna putih pula?... azroy merasa hairan seketika. "di mana aku berada sekarang ni?... apakah aku sudah mati?... ah... takkanlah aku mati pula...", persoalan itu mula bermain di lubuk hatinya. dia memeriksa tangan dan anggota badannya yang lain. semuanya okay. tak ada kesan luka atau calar sekali pun. dia merasa pelik. bukankah tadi dia baru saja mengalami kemalangan di jalanraya tapi kenapa sekarang dia langsung tak ada kesan luka atau berdarah di tubuhnya akibat di timpa kemalangan tu?... kenapa sekarang dia tak apa apa?... persoalan itu kembali bermain di benaknya. ketika dia tertanya tanya seorang diri di situ, tiba tiba pintu bilik tersebut di buka dari luar. kelihatan 2 lembaga berpakaian serba putih seperti orang yang memakai baju angkasawan siap dengan penutup wajahnya sekali berjalan menghampirinya. azroy merasa pelik apabila dia melihat lembaga berpakaian serba putih bagaikan angkasawan itu. "siapa korang ni, hah?", soal azroy ingin tahu. namun tiada jawapan dari 2 lembaga yang berpakaian bagaikan angkasawan tersebut. mereka segera menghampiri azroy sambil membawa picagari di tangan. mereka seperti hendak menyuntiknya pula.
"hey... apa yang korang buat ni?... kenapa korang nak suntik aku pula?", soal azroy cukup bengang. dia bangun tapi mereka segera menangkapnya. "kenapa dengan korang ni? aku tak sakitlah... kenapa korang suntik aku ni?", soal azroy kehairanan. 2 lembaga itu tidak menjawap soalannya. malah mereka menarik tangan kirinya lalu menyuntik lengannya. serentak dengan itu azroy merasa lemah seluruh badan. dia tidak dapat bergerak gerak lagi. azroy tidak tahu kenapa tubuhnya menjadi lumpuh secara tiba tiba. yang bergerak cuma matanya saja. dia ingin menjerit marah tapi mulutnya langsung tidak bergerak. mulutnya bisu secara mendadak. azroy merasa tidak keruan. perlahan lahan mereka membaringkannya di atas katil. dalam keadaannya yang lumpuh seluruh badan dia lihat beberapa lembaga berpakaian seperti angkasawan berdiri di dekat katilnya. mereka seperti mengambil sampel darahnya dan mencabut beberapa helai rambutnya, bulu ketiak dan juga bulu dadanya. mereka juga menggunting hujung kukunya. azroy memerhatikan mereka tanpa dapat berbuat apa apa. setelah mengambil apa yang mereka perlukan mereka pun melangkah pergi dari situ. pintu bilik tersebut di kunci rapat. tinggallah azroy seorang diri di situ dalam keadaan lumpuh seluruh badan. lama juga azroy berkeadaan begitu. beberapa minit kemudian barulah jari tangannya dapat di gerakkan. itu pun secara perlahan lahan. kemudian tangan dan kakinya mula dapat di gerakkan. begitu juga dengan anggota badannya yang lain. azroy segera bangun sebaik saja tubuhnya kembali pulih dari keadaannya yang lumpuh tadi.
azroy mula berjalan di seluruh penjuru bilik untuk mencari jalan keluar dari situ. fikirnya dia perlu keluar dari situ. dia tidak mahu terus terperangkap dalam bilik kecil tersebut. dia perlu melarikan diri dari situ namun dia gagal berbuat demikian. tiada jalan untuk dia keluar dari situ. azroy duduk sambil bersandar di dinding. dia merasa sedih apabila dia teringatkan isterinya. di mana isterinya berada sekarang? apakah dia turut di tahan dalam bilik kecil seperti itu?.... dia sendiri pun tidak tahu di mana isterinya berada sekarang. dia teringatkan faiz. dia tidak tahu di manakah rakannya faiz berada sekarang... apakah faiz turut di tahan dalam bilik kecil seperti apa yang di alaminya saat ini? entahlah... dia cuba mengingati apa yang telah terjadi. seingatnya dia, isterinya maya dan juga faiz dalam perjalanan menuju ke kampung setiu. di dalam perjalanan menuju ke kampung setiu mereka di timpa kemalangan gara gara matanya silau akibat cahaya yang sangat terang bersinar di depan keretanya. kalau tak salah cahaya itu datang dari langit. ianya begitu terang sekali sehingga menyebabkan matanya terasa silau akibat terkena panahan cahaya tersebut. azroy mula berfikir panjang. cahaya yang di lihatnya datang dari langit. "jadi cahaya apakah itu?", persoalan itu mula bermain di mindanya. dia sendiri pun tidak tahu bagaimana dia hendak menjawap soalan yang berlegar dalam mindanya saat itu. dahinya berkerut apabila dia memikirkan semuanya itu. Sebenarnya fikirannya semakin buntu apatah lagi dia memikirkan tentang apa yang terjadi pada dirinya, faiz dan juga isterinya. dia tidak tahu cahaya apa yang menyebabkan mereka di timpa kemalangan sebentar tadi. sesekali dia memicit micit kepalanya yang terasa pening. mungkin di sebabkan terlalu banyak berfikir maka dia mudah merasa pening?... entahlah... perlahan lahan dia bangun lalu melangkah menuju ke atas katil. dia merebahkan tubuhnya di atas katil tersebut. fikirnya dia berehat dulu untuk menghilangkan rasa pening kepalanya. ketika dia sedang berbaring di situ dia terlena di buai mimpi...
kelihatan azroy sedang berjalan seorang diri di suatu tempat yang amat asing pada pandangan matanya. dia kini berada di sebuah bandar yang tidak pernah di jejakinya sebelum ini. dia lihat begitu banyak bangunan yang terbiar di situ. bandar itu kelihatan kosong tidak berpenghuni. hanya azroy seorang saja yang berjalan sendirian di lorong yang sepi itu. setelah dia penat berjalan, dia duduk di dekat sebuah bangunan terbiar yang ada di situ. begitu banyak bangunan yang musnah di situ. mungkin bandar tersebut baru saja di landa peperangan yang dashyat. azroy meneka dalam diam. setelah penat berjalan jauh dia pun duduk sambil bersandar di dinding bangunan yang ada di situ. matanya di pejamkan seketika. "abang... abang... saya sayangkan abang...", bisik suatu suara di telinganya. "maya... maya ke tu?", soal azroy. dia segera membuka matanya. namun tiada siapa pun yang berada di sisinya saat itu. "oh... di manakah isteriku berada sekarang? aku rindukan dia...", keluh azroy seorang diri. dia duduk di situ sambil memikirkan nasib dirinya dan juga isterinya. dalam keadaannya yang bersedih itu tiba tiba dia nampak seperti bayang kelibat maya di sebalik reruntuhan bangunan yang terletak tidak jauh dari situ. dia pun segera berlari menuju ke arah isterinya. "maya!... maya!....", jeritnya. maya terus berhenti lalu berpaling ke arahnya. langkah kaki azroy terhenti sebaik saja dia melihat perut maya membusung seperti orang yang hamil 9 bulan pula. setahunya isterinya belum mengandung masa mereka menikah tapi kenapa perut isterinya membusung secara tiba tiba pula?... bukankah mereka baru saja menikah dan bersenggama 2 minggu yang lalu... takkanlah selepas 2 minggu hidup bersama isterinya itu terus hamil macam orang yang hamil 9 bulan pula. itu tak logik betul.
"abang... abang ke tu?... oh... maya rindukan abang...", cepat cepat maya berlari lalu memeluk lelaki itu. azroy terpinga pinga macam orang bodoh pula. "no... this is not right...", azroy menggeleng gelengkan kepalanya. dengan kasar dia meleraikan pelukan gadis tersebut. "apa maksud abang ni?... saya mayalah... isteri abang...", ucap maya. "tidak... aku tidak percaya kau ni isteri aku... setahu aku isteri aku belum mengandung semasa aku bersamanya...", kata azroy seraya berundur ke belakang. "tapi saya maya isteri abang... saya hamil anak kita bang....", ucap maya seraya memegang perutnya yang buncit itu. "no... I dont believe you... no... no... no....", azroy menggeleng gelengkan kepalanya. di saat dia berundur ke belakang tiba tiba saja dia terjatuh ke bawah. "bukkk!....", sedar sedar saja dia terjatuh dari atas katilnya. azroy memegang punggungnya yang terasa sakit akibat terjatuh di atas lantai. rupa rupanya itu cuma mimpinya saja. perlahan lahan dia bangun dari atas lantai. ketika dia hendak duduk di atas katilnya. muncul pula 1 lembaga yang berpakaian angkasawan berwarna putih masuk ke dalam bilik tersebut. dia membawa sepiring makanan dan minuman untuknya. azroy merasa hairan seketika. ini hospital ke atau apa? jikalau hospital kenapa semua jururawatnya memakai pakaian seperti angkasawan?... kenapa dia di tahan dalam bilik yang serba putih tu?..... sebenarnya dia berada di mana sekarang?.... persoalan demi persoalan mula mengasak fikirannya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro