Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 75

"pengawal.... cepat bangun!... tembak si bangsat tu!...", kaisar zios cuba membangunkan salah seorang tentera yang terbaring kesakitan di atas lantai tidak jauh dari situ namun perintahnya tidak di endahkan. malah tentera tersebut tiba tiba saja menepis tangannya. "kami tak akan ikut perintah kau....", bentak ahli tentera tersebut setelah dia pulih dari sakit kepalanya yang teruk. "kenapa pula?... aku ini kaisar... korang harus ikut perintah kaisar....", bentak kaisar zios. "tidak... kau bukan kaisar kami... kau telah musnahkan planet ferros dan kau telah musnahkan puak kami iaitu puak massa... so sekarang tiba masanya untuk kami musnahkan kau...", kata ahli tentera puak massa yang berasal dari planet ferros. kapten sharp terus berdiri di sebelah ahli tentera tersebut. "ya... betul tu... sekarang kami akan bangkit menentang kau...", sokong kapten sharp. mereka berdiri sambil memegang gunstem di tangan mereka. kaisar zios mula merasa tidak selamat. dia rasakan yang dirinya kini berada di ambang bahaya. dia berundur ke belakang sebaik saja dia melihat semua ahli tentera puak massa di situ mula mendekatinya. mereka seperti hendak menangkap dia pula. "nanti dulu... biar aku yang bertarung dengan si bangsat ni... korang jangan masuk campur...", azroy bersuara secara tiba tiba. mereka yang lain pun terpaksa berundur ke belakang. sekali lagi kaisar zios berhadapan dengan lelaki itu

"sudah lama aku tidak bertarung dengan kau, zios... sekarang tiba masanya untuk kita bertarung lagi...", azroy bersuara sambil memegang hulu swordfore di tangannya. kelihatan laser biru terpasang di atas swordfore miliknya. kaisar zios pantas menghidupkan laser merah di atas swordforenya. mereka saling berbalas pandangan dengan penuh kebencian dan kemarahan yang meluap luap. mereka pantas bertarung dengan menggunakan swordfore di tangan masing masing. "preengg!!!!....", kedengaran bunyi swordfore mereka berlaga dengan hebatnya. ketika mereka sedang bertarung itu kelihatan sekumpulan ahli tentera puak agfa muncul di situ. mereka segera bertarung dengan ashriel dan kawan kawannya. maka terjadilah pertarungan yang sengit di situ.

sementara itu keadaan di luar kapal induk semakin teruk. ramai ahli tentera puak agfa terkorban dalam peperangan itu. semua ahli tentera puak massa dan ahli tentera dari planet yang lain berhenti dari menyerang manusia. setelah microchip di otak mereka rosak mereka tidak lagi berperang. malah mereka berusaha menolong manusia dengan melindungi mereka dari di serang oleh pihak tentera puak agfa. "sir... some of the alien tried to saved all the soldiers who was trapped in that building... that is so weird...", kedengaran salah seorang ahli tentera US bersuara pada presiden ronald tramp yang sedang berdiri di dalam bilik officenya. "really?... let me see it...", ronald tramp pantas berlari menuju ke tepi jendela bilik officenya. dia cuba memerhatikan keadaan di luar whitehouse. nun jauh di sana kelihatan sekumpulan makhluk asing sedang cuba mengeluarkan beberapa orang ahli tentera AS yang tercedera akibat tersepit dan terperangkap di dalam reruntuhan bangunan tidak jauh dari situ.

berkerut dahi presiden ronald tramp sebaik saja dia melihat semua ahli tentera makhluk asing bertubuh hitam sedang sibuk menolong ahli tenteranya yang tercedera. malah mereka melindungi ahli tentera AS dari di serang oleh pihak musuh dengan menembak ke arah kapal pejuang yang menyerang mereka. tiba tiba saja dia teringat pada perkataan yang di ucapkan oleh salah satu makhluk hitam yang di tangkap oleh majestic 12 beberapa hari yang lalu. "...tidak semua makhluk asing tu jahat... ada juga yang baik hati...", kata kata itu terngiang ngiang di cuping telinganya. apabila dia teringatkan perkara tersebut dia pun terus mengeluarkan perintah pada semua ahli tenteranya supaya mereka jangan menyerang atau membunuh makhluk bertubuh hitam. mereka hanya boleh menyerang atau membunuh makhluk asing yang lain. dia minta supaya mereka bekerjasama dengan pihak tentera makhluk asing yang bertubuh hitam dalam menumpaskan pihak musuh. jadi dari saat itulah semua ahli tentera AS dan ahli tentera makhluk bertubuh hitam aka tentera puak massa mula bergabung tenaga bagi menentang dan menangkis serangan pihak musuh yang masih lagi menyerang kotaraya tersebut.

ashriel segera menghayunkan swordfore miliknya ke arah ahli tentera puak agfa yang menentangnya. dengan sekali hayun saja dia berjaya menumpaskan ahli tentera itu. muncul lagi seorang ahli tentera puak agfa yang ingin menentangnya. mahu tidak mahu dia pun terpaksa bertarung dengan ahli tentera tersebut. dalam keadaan yang sengit itu sempat lagi ashriel mencuri pandang ke arah ayah kandungnya, azroy yang sedang bertarung dengan kaisar zios saat itu. mereka kelihatan sama sama tangkas. sama sama cekap. masing masing tidak mahu mengalah. lama juga mereka bertarung di situ. ashriel kembali menghayunkan swordforenya ke arah pihak lawan. sekali hayun saja dia berjaya menewaskan si ahli tentera puak agfa. kemudian muncul lagi seorang ahli tentera puak agfa di depan matanya. mahu tidak mahu ashriel kembali bertarung dengan ahli tentera puak agfa tersebut. begitu juga dengan papa angkatnya faiz dan juga kapten sharp. mereka pun masih bertarung dengan tentera puak agfa di situ. begitu banyak pihak tentera puak agfa yang tewas di tangan mereka.

azroy menghayunkan swordforenya ke arah kaisar zios. "zappp....", kelihatan rambut atas makhluk asing itu terputus akibat terkena swordfore miliknya. kaisar zios merasa sungguh terkejut sebaik saja dia melihat ada beberapa helai rambutnya terjatuh di atas lantai. "sial betul kau ni... kau cantas rambut aku pula?", marah kaisar zios. "rambut aje tu belum lagi aku cantas leher kau dengan swordfore aku ni...", balas azroy sambil tersenyum sinis. "sialan kau...", kaisar zios segera menerkam ke azroy dengan menikamnya tapi tikamannya tidak mengenai sasaran. "serangan kau tidak mengenai sasaranlah... agaknya kau sudah tua untuk ini semua...", azroy bersuara sambil menghayunkan swordforenya ke arah kaisar zios. "preenggg!!!....", kedengaran swordfore mereka berlaga sebaik saja mereka sama sama menghayunkan swordfore di tangan masing masing. "aku belum tua lagilah...", balas kaisar zios sambil merenung tajam ke arah azroy. renungan matanya cukup tajam sekali najun azroy sedikit pun tidak merasa gentar. malah dia tersenyum sinis. dia sengaja membuat kaisar zios merasa marah. "kenapa kau tersenyum pula?", soal kaisar zios cukup marah. "aku suka tengok kau marah... semakin kau marah semakin berkedut pula wajah kau tu.... hahahaha....", azroy ketawa sinis. kaisar zios menggetapkan giginya. geram betul dia pada lelaki itu. "celaka kau....", serentak dengan itu kaisar zios meluru ke arah azroy. dia melibaskan swordforenya ke arah lelaki tersebut namun hayunan swordforenya tidak mengenai sasaran. azroy pantas mengelak. dia menghayunkannya swordforenya ke arah kaisar zios. "zaappp!!!!....", mata laser biru swordfore milik azroy mengenai sasaran. lengan kiri kaisar zios berdarah akibat terkena swordfore milik azroy. kaisar zios menggetapkan gigi menahan kesakitan yang di alaminya. dia merenung wajah azroy. dia lihat azroy tersenyum sinis padanya. kali ini dia betul betul merasa marah...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro