Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 71

ashriel mengorak langkahnya sebaik saja semua ahli tentera kaisar zios yang menentangnya mati di tangannya. dia merenung lelaki separa robotic yang sedang menentang ahli tentera raja mordi. dia lihat lelaki tersebut begitu mahir dalam menggunakan swordforenya. dengan beberapa libasan saja dia berjaya membunuh 2 ahli tentera pihak musuhnya. dia menekan punat kecil di hulu swordfore yang ada di tangannya. serentak dengan itu cahaya laser biru swordfore miliknya terus hilang dari pandangan matanya. perlahan lahan dia menyematkan swordfore itu di pinggangnya. tiba tiba, "hey... kenapa kau simpan swordfore kau tu pula?... kau belum lagi buat perhitungan dengan aku!...", bentak suatu suara. terkejut betul troy X1 sebaik saja dia terdengar suara itu. perlahan lahan dia menoleh ke belakang. kelihatan seorang pemuda sedang berdiri tidak jauh dari situ. dia memegang kedua bilah pedang di tangannya dengan erat sekali. wajahnya tampak tegang. kalau tidak salah itulah pemuda yang di lihatnya dari dalam videocall 3D sebentar tadi. "hmmm... berani betul kau berkata begitu padaku... kau fikir kau tu terer sangat ke nak menentang aku ni?", soal troy X1 dengan kening kiri terangkat ke atas. "jangan kau pandang rendah terhadap musuh kau sendiri... kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya...", kata ashriel seraya membuka langkahnya. dia kini berhadapan dengan lelaki yang di bencinya itu.

"katakan padaku wahai anak muda, kenapa kau beria ia sangat hendak menentangku?", soal troy X1 ingin tahu. "sebab kau dah bunuh papaku dalam kapal pejuang miliknya jadi aku harus menuntut bela di atas kematiannya. so bersiap sedialah kau untuk mati!...", ashriel bersuara dengan penuh emosi. dia berlari pantas menuju ke arah lelaki tersebut dengan kedua pedang terhunus di tangan. troy X1 langsung tidak bergerak. dia hanya berdiri di situ dengan tangan yang tergenggam erat. tanpa di duga oleh p lelaki bertangan besi itu menumbuk wajahnya. sekali tumbuk saja ashriel terjatuh di atas lantai. ashriel cuba menahan kesakitan di wajahnya akibat terkena tumbukan padu dari lelaki separa robotic tersebut. dia tidak menyangka bahawa tumbukan lelaki itu begitu kuat sekali. dia rasa hidungnya macam nak patah pula. dia memegang hidungnya. terasa seperti ada cairan merah mengalir dari hidungnya. baru dia sedar yang hidungnya berdarah. "macamana anak muda? kau masih lagi hendak menentangku?", soal troy X1 sambil berdiri di hadapan pemuda tersebut. "ya... aku akan menentang kau habis habisan...", ashriel bersuara dalam nada suara yang penuh dengan kegeraman. dia terus bangun lalu dia melibasnya pedangnya ke arah lelaki yang berdiri depan matanya saat itu. "prengggg!!!!....", kedengaran pedangnya terkena tangan besi lelaki tersebut. troy X1 pantas menangkis pedang pemuda itu dengan lengan besinya. "hm... nampak gayanya kau memang tak boleh menentangku wahai anak muda.... kau hanya bercakap besar saja tapi pada hakikatnya kau tak mampu menentangku...", sindir troy X1 sambil tersenyum sinis. "kau jangan menyindir aku pula... aku cincang mulut kau yang celupar tu nanti...", balas ashriel dengan wajah yang serius sekali. "yelah tu...", troy X1 bersuara dengan sinis. ashriel merasa semakin geram pada lelaki tersebut. dia pantas menyerang lelaki itu dengan melibaskan kedua bilah pedangnya ke arah lelaki tersebut. troy X1 hanya menangkis serangan dari pemuda itu dengan menggunakan kedua belah tangan besinya. "kau hanya membuang masa dan tenaga kau menentang aku wahai anak muda... kau tak akan mampu menewaskan aku sebab aku lebih kuat dari kau...", kata troy X1 dengan wajah yang serius.

"kau jangan bercakap angkuh padaku... aku pasti akan menewaskan kau... kau tengoklah nanti...", balas ashriel dengan penuh kegeraman. tangannya ligat menghayunkan pedangnya ke arah lelaki separa robotic tersebut. troy X1 membiarkan saja pemuda itu menyerangnya secara bertubi tubi. dia hanya menangkis serangan pemuda tersebut dengan tangan besinya. sebenarnya dia ingin melihat sejauh manakah kekuatan pemuda tersebut menyerangnya. setelah troy X1 melihat pemuda itu mulai letih dia terus menumbuk perut pemuda tersebut dengan tangan besinya. ashriel terjatuh di atas lantai dalam keadaan yang kesakitan. "see, what I've told to you before... you are only wasting your time... kau tak akan mampu menentangku...", kata troy X1 dengan sinisnya. dalam diam ashriel merasa semakin marah pada lelaki tersebut. dia merasakan yang dirinya seperti di persendakan pula. "jangan kau fikir aku langsung tak boleh menentang kau... aku belum buka lagi langkahku yang seterusnya...", balas ashriel. "whatever... tapi kelakar juga rasanya apabila ada anak muda seperti kau hendak menentangku... hahaha....", balas troy X1 sambil ketawa menyindir. ashriel menggetapkan giginya. dia bangun lalu di tumbuknya wajah lelaki separa robotic itu dengan sekuat hatinya. troy X1 memegang bahagian wajahnya yang terkena tumbukan itu. "oh... sekarang kau gunakan tangan kau untuk menyerang aku, eh... tak apa... tak apa, its okay... aku tak rasa sakit pun...", troy X1 bersuara dengan wajah yang selamba. "bohong... aku tahu kau sedang menahan kesakitan akibat terkena tumbukanku tadi...", sanggah ashriel. "alah... setakat tumbukan dari budak mentah macam kau tu aku tak...", belum pun sempat troy X1 menghabiskan perkataannya ashriel pantas menumbuk bahagian dada lelaki tersebut. terus terjatuh lelaki itu di buatnya. troy X1 memegang bahagian dadanya yang terasa sakit akibat di tumbuk oleh pemuda tersebut. "macamana wahai lelaki yang angkuh?... apakah kau masih memandang rendah padaku dan menganggap aku ni seperti budak mentah yang tidak kuat menentang musuh?... you know what?... you are wrong!... aku akan buktikan yang aku lebih kuat daripada kau...", bentak ashriel. serentak dengan itu ashriel melompat ke atas tubuh lelaki yang terbaring di atas lantai tersebut lalu di tumbuknya wajah lelaki itu dengan sekuat hatinya secara bertalu talu. dia langsung tidak memberi peluang pada lelaki tersebut untuk membalas serangannya. tangannya laju menumbuk wajah lelaki itu sehingga berdarah hidungnya.

tiba tiba, "hentikan semuanya ini...", kedengaran kapten sharp bersuara di belakangnya. makhluk itu pantas menarik tubuh ashriel ke belakang. "hey... jangan ganggu akulah... biar aku tumbuk si bedebah tu sampai mati...", kata ashriel dengan marah. "ash... sudahlah tu... jangan tumbuk dia lagi...", kapten sharp bersuara sambil mencengkam erat tubuh ashriel dari belakang. "lepaskan aku, kapten sharp... aku nak bunuh si bedebah tu...", bentak ashriel cukup emosi. dia meronta ronta dalam cengkaman tangan kapten sharp. "jangan ash.... jangan bunuh dia...", larang kapten sharp dengan pantas. "kenapa kau melarangku membunuh dia pula?...kau tahu tak dia dah bunuh papa aku... dia patut mati!...", bentak ashriel dengan marah. belum pun sempat kapten sharp bersuara ashriel pantas menyiku perutnya dengan sekuat hatinya. serentak dengan itu cengkaman tangan kapten sharp di tubuh pemuda tersebut di leraikan. ashriel pantas menerkam ke arah lelaki yang baru saja bangkit dari atas lantai itu. maka terjadilah pertarungan sengit di situ...

sementara itu kelihatan raja mordi masih berjalan di ruang koridor kapal induk yang besar itu. ketika mereka melangkah di ruang koridor tersebut dia terdengar suara seseorang sedang menangis dari dalam sebuah bilik yang terletak tidak jauh dari situ. "eh... itu suara puteri soralah...", kata salah seorang pengawal yang berdiri di sebelah raja mordi. "yelah.... itu suara puteri sora... pengawal, cepat tembak dan buka pintu bilik tu...", perintah raja mordi. "menjunjung titah, tuanku...", dengan sepantas kilat salah seorang dari pengawalnya menembak pintu bilik tersebut. sekali tembak saja pintu bilik itu terbuka luas. cepat cepat raja mordi menerpa masuk ke dalam bilik tersebut. kelihatan puteri sora sedang menangis seorang diri di dalam bilik itu. "ayahanda datang anakanda...", raja mordi bersuara sebaik saja dia berdiri di hadapan wajah puteri tunggalnya. "oh... syukurlah ayahanda dah datang untuk selamatkan anakanda...", puteri sora terus memeluk ayahandanya itu. kelihatan airmata gembira mengalir di pipinya. "sudahlah tu... jangan menangis... mari kita keluar dari sini...", kata raja mordi pada puterinya itu. dengan sepantas kilat mereka melangkah keluar dari situ. "my oh my... seorang ayah datang menyelamatkan puteri tunggalnya... that is so dramatic...", kedengaran suatu suara bergema di belakang mereka. langkah kaki mereka terhenti di situ juga. perlahan lahan raja mordi menoleh ke belakang. begitu juga dengan puteri tunggalnya dan 2 orang pengawalnya. kelihatan kaisar zios berdiri dengan di temani oleh beberapa ahli tenteranya. mereka semuanya bersenjatakan gunstem di tangan. "rio... tolong bawa puteri sora jauh dari sini... biar aku uruskan si kaisar keparat tu...", perintah raja mordi. "baiklah tuanku...", balas rio. "mari kita pergi dari sini, tuan puteri...", rio pantas bersuara lalu menarik tangan puteri sora tapi tangannya di tepis oleh puteri sora. "tak nak!...", puteri sora bersuara dengan wajah yang kelat. "anakanda pergilah selamatkan diri anakanda tu... biar ayahanda yang uruskan si kaisar keparat tu....", kata raja mordi. "tapi ayahanda...", belum pun sempat puteri sora menghabiskan perkataannya raja mordi pantas mendorong tubuh puteri tunggalnya ke arah rio. "anakanda harus pergi dari sini... cepat!!!!....", perintah raja mordi dengan wajah yang serius. mahu tidak mahu puteri sora pun terpaksa pergi bersama dengan rio pengawal ayahandanya itu. serentak dengan itu kedengaran bunyi tembakan bergema di situ. sempat lagi puteri sora menoleh ke belakangnya. kelihatan ayahandanya sedang berbalas tembakan dengan kaisar zios. ketika dia sedang berlari di ruang koridor tersebut dia lihat ayahandanya terjatuh di atas lantai akibat terkena tembakan dari kaisar zios. "oh.... tidak!!!... ayahanda!!!!!....", jerit puteri sora sambil menangis dengan sedihnya. dia ingin patah balik tapi rio enggan melepaskan tangannya. "jangan patah balik ke sana lagi tuan puteri... nanti tuan puteri kena tembak pula...", larang rio di sebelahnya. mahu tidak mahu puteri sora pun terpaksa berlari sambil menangis teresak esak. dia merasa sedih sekali sebab ayahandanya telah di tembak di depan matanya. "ayahanda... ohhhh.... tskkkk... tssskkk....", tangis puteri sora dalam kesedihan.

AUTHOR NOTE: rasanya tak lambat jika mizz ucapkan selamat hari bapa pada semua bapa bapa yang ada di luar sana tu. manalah tahu kot kot ada bapa bapa kat wattpad ni yang terbaca cerita ni, kan.... so happy father day to you all... jasa seorang ayah akan di kenang oleh anaknya sampai bila bila....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro