Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 69

troy X1 merenung tajam ke arah sebuah kapal sederhana besar yang berbentuk oval itu. kalau tidak salah itu ialah kapal induk makhluk hijau dari planet axis. dia pantas menerbangkan kapal pejuangnya menuju ke arah kapal pejuang tersebut sambil menembak ke arah kapal pejuang itu.

* dalam kapal pejuang milik pyros dan jefri*
sekali lagi jefri membuka laptop kesayangannya. dia cuba masuk ke dalam sistem komputer milik kapal induk kaisar zios. kali ini dia melakukan kerjanya dengan berhati hati. dia tidak mahu lagi kedapatan ketika menceroboh masuk ke dalam sistem komputer induk itu. jefri mengeluh apabila dia mengetahui bahawa sistem komputer tersebut kini di lindungi oleh firewall security system. jefri terpaksa mencari jalan lain untuk memecah masuk ke dalam sistem komputer induk itu. setelah dia berhempas pulas mencari jalan lain bagaimana hendak masuk ke dalam sistem komputer itu akhirnya dia pun berjaya masuk ke dalamnya. itu pun setelah dia berkali kali gagal memasuki sistem komputer tersebut. berpeluh sakan dia di tempat duduknya saat itu. setelah dia berjaya masuk ke dalam sistem komputer tersebut dia pun mula mencari direktori sekuriti sistem. dia hendak melumpuhkan sistem pertahanan kapal induk itu dan sekaligus membuka pintu kapal induk tersebut. dia berbuat begitu supaya senang pihak tentera yang lain menyerang kapal induk itu.

* di dalam kapal pejuang milik raja mordi*
raja mordi dan krew kapal induknya berhempas pulas hendak menyelamatkan kapal mereka dari terus di serang oleh pihak musuh. dalam keadaan yang huru hara itu raja mordi ternampak pintu bawah kapal induk milik kaisar zios seperti terbuka secara perlahan lahan. raja mordi pun segera mengarahkan krew kapal pejuangnya agar membawa mereka masuk ke dalam kapal induk tersebut melalui pintu kapal induk yang terbuka luas. sebaik saja arahannya di terima, mereka pun terus mengubah haluan kapal pejuang mereka menuju ke arah kapal induk tersebut. mereka ingin menceroboh masuk ke dalam kapal induk itu demi menyelamatkan puteri sora. kebetulan pada waktu yang sama troy X1 ternampak kapal pejuang pihak musuh sedang menluncur laju menuju ke arah pintu utama kapal induk milik kaisar zios. dia tahu pasti kapal pejuang berbentuk oval itu ingin menceroboh masuk ke dalam kapal induk milik kaisar zios. mahu tidak mahu dia pun terpaksa mengejar kapal pejuang itu dari belakang. dia terus menembak ke arah kapal pejuang itu dengan menggunakan air shooternya secara bertalu talu. namun tembakannya tidak mengenai sasaran. kapal pejuang tersebut pantas bergerak menuju ke pintu masuk kapal induk milik kaisar zios yang terbuka luas itu.

*di dalam kapal pejuang milik ashriel*
"kapten sharp... aku nampak kapal berbentuk hexagon itulah... aku lihat ianya sedang berbalas tembakan dengan salah satu daripada kapal pejuang berbentuk oval tu... mari kita ekori mereka dari belakang...", ajak ashriel. "tapi ash....", kata kata kapten sharp terus di potong pantas oleh ashriel. "jangan bertapi tapi lagi kapten sharp... just do it....", kata ashriel tanpa berfikir panjang. mahu tidak mahu kapten sharp pun terpaksa melakukan apa yang di suruh oleh pemuda tersebut. kapal pejuang mereka segera meluncur laju mengejar kapal pejuang berbentuk hexagon itu dari belakang. pada ketika itu pintu kapal induk milik kaisar zios mulai tertutup perlahan lahan tapi kapal pejuang berbentuk oval itu terus saja meluncur laju ke dalamnya. begitu juga dengan kapal pejuang yang berbentuk hexagon itu. "cepat kapten sharp!... kita harus masuk ke dalam kapal induk tu....", gesa ashriel dengan pantas sekali. "baiklah...", kapten sharp segera meningkatkan kelajuan kapal pejuangnya dan akhirnya mereka berjaya masuk ke dalam perut kapal induk tersebut. ashriel lihat mereka kini berada di dalam pelantar bahagian bawah kapal induk itu. kapal pejuang berbentuk hexagon tersebut terus saja menembak ke arah kapal pejuang yang berbentuk oval tanpa henti. setelah beberapa kali terkena tembakan akhirnya kapal itu terkandas di situ juga. "geduummmm...", kedengaran bunyi dentuman kapal pejuang terhempas di atas pelantar. troy X1 segera melangkah keluar dari dalam kapal pejuang miliknya bila dia lihat beberapa ahli tentera pihak musuh melangkah keluar dari dalam kapal pejuang yang terkandas itu. di tangannya terhunus kemas sebilah swordfore. "kapten sharp, mari kita keluar dari dalam kapal ni... aku hendak bertarung dengan mereka...", kata ashriel seraya meletakkan kedua bilah pedangnya di belakang tubuhnya. manakala gunstem dan swordfore miliknya di pegang dengan erat sekali. dia seperti sudah bersiap sedia hendak menghadapi pihak musuh. "tapi ash...", kata kata kapten sharp tidak di endahkan. ashriel pantas melangkah keluar dari dalam kapal pejuang milik mereka berdua. kapten sharp hanya mampu mengeluh berat sebab dia tahu ashriel pasti akan menuntut bela di atas kematian papanya faiz. ayah dan anak pasti akan bertarung tanpa mengetahui siapa si ayah dan siapa si anak. ketika ashriel melangkah keluar dari dalam kapal pejuang mereka kelihatan begitu banyak ahli tentera kaisar zios melangkah menghampiri mereka di situ. masing masing sudah bersiap sedia dengan senjata di tangan.

* di dalam bilik beradu kaisar zios*
kaisar zios merasa sungguh terkejut sebaik saja dia terdengar bunyi dentuman yang kuat itu. begitu juga dengan gundik gundiknya. cepat cepat kaisar zios bangkit dari atas katilnya. dia segera memakai pakaiannya. dia bergegas keluar dari situ. ketika dia pantas melangkah menuju ke bilik kawalan yang terletak tidak jauh dari situ dia lihat kayla dan raina sedang berlari menuju ke arahnya. "apa yang telah terjadi ni?... kenapa ada bunyi dentuman kuat kat bawah kapal induk ni?", soal kaisar zios ingin tahu. "tuanku kaisar, ada 2 buah kapal pihak musuh telah menceroboh masuk ke dalam kapal induk kita ni....", kata kayla dengan nada suara yang sedikit cemas. "apa?!... kenapa boleh jadi macam tu pula? macamana mereka boleh masuk ke dalam kapal induk ni?", soal kaisar zios ingin tahu. "sebenarnya ada hacker yang telah menggodam sistem komputer kita... akibatnya sistem pertahanan kapal kita telah lumpuh dan pintu utama terbuka dengan sendirinya....", terang kayla dengan pantas. "macamana kau boleh biarkan hacker tu mengacau sistem komputer kita tu pula?", bentak kaisar zios cukup marah. "maafkan aku tuanku... aku sudah pasangkan firewall security system kat dalam sistem komputer kita tu tadi tapi aku tidak tahu pula bagaimana caranya si hacker keparat tu boleh masuk semula ke dalam sistem komputer kita tu...", kata kayla. kaisar zios menggetapkan giginya. geram betul dia saat itu. "aku tak boleh terima alasan kau tu lagi... memang kau tak boleh di harap langsung...", kata kaisar zios dalam kegeraman. serentak dengan itu dia menarik keluar swordfore miliknya lalu di libasnya swordfore di tangannya ke arah wanita tersebut. dengan sekali libas saja kepala kayla terputus dari lehernya. kelihatan darah hitam mengalir keluar membasahi lantai koridor yang ada di situ. raina yang menyaksikan semuanya itu hanya mampu menutup mulutnya sambil menjerit kerana terkejut. kelihatan kepala kayla berguling guling lalu jatuh dekat dengan kakinya. raina pantas berundur ke belakang. "apa lagi kau tercegat kat situ, hah?!.... kau pergi ke bilik kawalan tu sekarang juga... aku nak kau uruskan si hacker keparat tu... cepat!...", perintah kaisar zios dengan marahnya. "ba... ba... ba... baiklah, tuanku...", dengan sepantas kilat raina beredar dari situ dengan air mata yang mengalir di pipinya. dia tidak menyangka bahawa kawannya kayla akan mati dengan cara yang kejam seperti itu...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro