Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 68

kayla kembali ke bilik kawalan utama. "raina... bagaimana dengan keadaan kapal induk ni? ada tak yang rosak akibat terkena tembakan dari pihak musuh?", soal kayla. "cuma rosak kecil saja kayla... everything is under control now...", balas raina seraya menumpukan perhatiannya pada komputer yang ada di depan matanya. "baguslah kalau macam tu... apa apa pun aku nak kau suruh para mekanik kita memantau bahagian bawah kapal ni sebab banyak pihak musuh yang menyerang kapal induk ni dari bawah tadi...", kata kayla. "oh... baiklah... sekejap lagi aku akan mengarahkan para mekanik kita pergi ke bahagian bawah kapal ni...", balas raina. kayla kembali duduk menghadap komputer induk itu. "teresa....", seru kayla sepatah. "ada apa cik kayla?", kelihatan seorang gadis muncul di dalam skrin komputer induk tersebut. "aku akan pasangkan firewall dalam diri kau... aku harap selepas ni tak ada insan yang dapat menceroboh masuk ke dalam diri kau... jikalau kau rasa ada sesuatu yang tidak kena kau harus bagi tahu aku dengan segera, ya....", kata kayla sambil menaip sesuatu di atas papan kekunci komputer induk tersebut. "baiklah cik kayla...", balas gadis bernama teresa itu. kayla pun melakukan apa yang di katakannya sebentar tadi. dia memasangkan firewall dalam sistem komputer bernama teresa itu...

sementara itu.... "ash, kau nampak tak apa yang aku nampak tadi?", soal kapten sharp setelah dia menyaksikan kapal induk tersebut seperti kehilangan sistem kebalnya. peluru air shooter yang di lepaskan dari kapal pejuang lain telah terkena bahagian bawah kapal induk tersebut sehingga menyebabkan bahagian bawah kapal induk tersebut berlubang akibat terkena tembakan. "ya... aku nampak...", balas ashriel dengan pantas. "kapal induk tu seperti sudah hilang sistem kekebalannya... apa kata kalau kita menembak kapal induk itu dengan peluru berpandu?...", cadang kapten sharp dengan pantas. "kau buatlah apa yang patut... sementara aku mencari kapal pejuang si bedebah tu dalam monitor radar ni...", kata ashriel. kapten sharp pun terus menekan peluru berpandunya menuju ke arah kapal induk tersebut. sekali tekan saja peluru berpandu miliknya meluncur laju menuju ke sasarannya. kapten sharp memerhatikan peluru berpandunya meluncur laju naik ke udara tapi ianya meletup di luar bahagian kapal induk itu. ianya langsung tidak mengenai permukaan kapal induk tersebut. barulah kapten sharp sedar bahawa kapal induk itu sudah di lindungi oleh sistem kebalnya semula. "oh... kapal induk tu kini di lindungi oleh sistem kebalnya lorh...", kapten sharp mengeluh hampa....

kaisar zios sedang bercumbuan dengan gundik gundiknya di dalam bilik beradunya ketika ada incoming call alert datang dari video call 3D devicenya. terus tergendala segala aksi panasnya bersama gundik gundiknya itu. "celaka betul... orang tengah syok buat projek ada pula orang yang sibuk sibuk mengacau...", gerutunya dengan marah sekali. dengan sepantas kilat dia mencapai alat device tersebut. dia segera memasangkannya. kelihatan wajah raja mordi dari planet axis muncul di depan matanya. "oh... kau rupanya raja mordi... ingatkan siapa tadi... apa sebabnya kau buat videocall ni pula?", soal kaisar zios sedikit bengang. "kau dah bawa lari puteri tunggalku sebab itulah aku buat videocall ni. sebenarnya aku nak kau lepaskan puteri aku tu...", kata raja mordi dengan wajah yang tegang sekali. kaisar zios hanya tersenyum sinis. "maaf... buat masa ni aku tak terfikir pun hendak melepaskan puteri sora kau yang cantik rupawan tu... sebenarnya aku nak jadikan dia sebagai permaisuriku... itu pun jikalau raja mordi sanggup menerima aku sebagai menantu raja....", kata kaisar zios. "apa? kau nak jadi menantu aku?", soal raja mordi dengan nada suara yang cukup terkejut. "ya... itu pun jikalau raja mordi sudilah, kan...", kata kaisar zios sambil tersenyum meleret. "oh... jangan mimpilah kau akan menjadi menantu aku... aku tak sudi bermenantukan makhluk kejam seperti kau ni... apa apa pun aku nak kau lepaskan puteri aku tu... jikalau tidak, kau akan menerima padahnya....", bentak raja mordi dengan marah. "aik... kau marah ke?... hehehe... jangan marah... tak handsome muka kau tu bila kau marah marah macam tu... anyway, memandangkan kau tidak sudi menjadi bapa mertuaku maka aku akan menjadikan puteri kau tu sebagai gundikku yang baru... amacam? kau setuju tak dengan rancangan aku ni?.... hahahaha....", kaisar zios bersuara sambil ketawa dengan sadisnya. "celaka betul kau ni kaisar zios... aku minta kau lepaskan puteri tunggalku bukannya aku suruh kau jadikan dia sebagai gundik kau.... keparat!.... sial nak mampus!....", bentak raja mordi dengan marahnya. "whatever.... hahahahaha....", kaisar zios kembali ketawa dengan sadisnya. serentak dengan itu dia terus memutuskan talian komunikasi mereka secara mendadak.

"ash... aku rasa kita patut proceed ke plan B kau tu sekarang juga...", kata kapten sharp setelah mereka puas mencari kapal pejuang berbentuk hexagon yang menghilang entah ke mana. "tak... aku mesti mencari kapal berbentuk hexagon tu... aku mesti bunuh lelaki keparat tu... berani beraninya dia menembak kapal pejuang papaku sehingga menyebabkan papaku kehilangan nyawanya... dia belum tahu lagi siapa aku yang sebenarnya...", kata ashriel sambil matanya leka memerhatikan monitor radar yang ada di situ. "jadi bila lagi kita nak membunuh kaisar zios tu kalau kau asyik mencari lelaki separa robotic tu?.... tadi kau cakap kau nak bunuh kaisar zios tu tapi kenapa sekarang kau dah ubah plan kau dengan mencari lelaki separa robotic tu pula?", soal kapten sharp separuh bengang. "memanglah aku cakap yang aku nak bunuh kaisar zios tu tapi memandangkan lelaki keparat tu dah bunuh papa aku maka aku terpaksa menangguhkan plan B aku tu sebab aku sekarang nak bunuh lelaki keparat yang telah membunuh papaku...", kata ashriel dengan pantas. kapten sharp mengeluh sebaik saja dia mendengar perkataan dari mulut pemuda tersebut. "banyak perkara yang kau tidak tahu, ash.... buat pengetahuan kau, lelaki separa robotic tu ialah ayah kandung kau sendiri.... takkanlah kau sanggup membunuh ayah kandung kau tu pula...", ingin saja kapten sharp berkata begitu pada ashriel tapi dia tidak sempat berbuat demikian kerana kapal pejuang mereka tiba tiba saja di serang oleh pihak musuh dari arah yang bertentangan. dia pun terpaksa menerbangkan kapal pejuangnya dengan laju dari situ.

faiz dan isterinya baru saja sampai di pulau. dia meninggalkan isterinya bersama dengan isteri presiden AS beserta anak perempuannya di dalam kapal spaceship miliknya. cruz pula di suruhnya mengawal dan menjaga keselamatan mereka. manakala dia pula kembali ke medan pertempuran dengan kelajuan yang maksimum.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro