ASH 56
di dalam perjalanan menuju ke pangkalan hayfall, lelaki tersebut menyanyi sambil memandu trucknya. ashriel yang duduk di sebelahnya mula bertindak dengan menghentak belakang tengkuk lelaki tersebut dengan tangannya. sekali hentak saja si lelaki jatuh pengsan. ashriel pantas memegang stereng truck dan menekan brek truck tersebut. ianya terus berhenti di situ juga. dengan sepantas kilat dia membuka pintu truck itu lalu di tolaknya tubuh lelaki yang pengsan itu sehingga ianya jatuh ke atas tanah. cepat cepat ashriel duduk di atas tempat si pemandu truck. dia mula memandu truck tersebut menuju ke arah ke suatu tempat yang terpencil. setelah mereka berhenti di situ dia memanggil papanya faiz melalui gadget kecil milik pyros. "papa... ash ni... boleh tak papa bawa kapal piring terbang papa tu ke sini?", soal ashriel. "korang kat mana sekarang? aku akan pergi ke sana...", balas faiz. ashriel pun memberitahu papanya di mana mereka berada saat itu.
setelah faiz dapat tahu di mana mereka berada dia pun segera mematikan talian gadgetnya. ashriel memandang wajah kapten sharp dan pyros. "uncle pyan duduk kat sini sehingga papa aku datang ke sini. uncle sham ikut aku pergi ambik kapal piring terbang kita yang satu tu...", kata ashriel. "baiklah... tapi macamana korang pergi ke pangkalan ford levis tu?... tempat tu kan jauh dari sini...", pyros bersuara ingin tahu. "kami boleh tumpang kereta yang lalu lalang kat sini...", kata ashriel seraya melangkah turun dari atas truck tersebut. tanpa banyak soal kapten sharp mengekori pemuda itu dari belakang. mereka menapak menuju ke jalan besar. mereka cuba menahan beberapa buah kereta yang lalu lalang di situ. setelah beberapa kali menahan kereta yang lalu lalang di situ akhirnya sebuah kereta berhenti depan mata mereka. mereka meminta pada si pemandu kereta yang baik hati itu supaya menghantarkan mereka ke pangkalan tentera di ford levis. kebetulan lelaki tersebut lalu di kawasan tersebut. dia pun menyuruh mereka masuk ke dalam keretanya. kereta itu terus meluncur pergi dati situ. sampai di dekat kawasan pangkalan tentera ford levis, ashriel dan kapten sharp terus melangkah menuju ke kapal piring terbang yang mereka letakkan agak jauh sedikit dari pangkalan tentera tersebut. Mereka melangkah masuk ke dalam kapal piring terbang itu sebaik saja mereka menjumpai kapal piring terbang tersebut. kapten sharp pun mula memasang enjin kapal piring terbang itu. tidak lama kemudian kapal piring terbang tersebut meluncur laju meninggalkan tempat itu.
Beberapa minit kemudian mereka pun sampai di kawasan terpencil di mana mereka menempatkan truck yang baru saja mereka rampas sebentar tadi. mereka mula membuka pintu belakang truck tersebut. sekali buka saja kelihatan begitu banyak peluru berpandu dan senjata lain kat belakang truck itu. kapten sharp yang tahu serba serbi tentang senjata mula memunggah peluru berpandu dengan di bantu oleh pyros dan faiz. jefri hanya berdiri memerhatikan mereka. "kenapa kau tercegat kat situ pula?... kau tolonglah kami... angkat semua senjata tu...", faiz bersuara pada anaknya. mahu tidak mahu jefri pun terpaksa menolong mereka. sebenarnya dia merasa malas ketika itu. maklumlah matanya terasa mengantuk. namun dia terpaksa juga buat semua kerja tersebut. kapten sharp mula sibuk dengan kerjanya. dia memasang peluru berpandu itu di tempatnya dengan di bantu oleh pyros. faiz menghampiri ashriel. "ash... ada satu perkara yang ingin papa katakan pada kau...", kata faiz. "apa dia papa?", soal ashriel ingin tahu. "sebenarnya nama uncle pyan tu ialah pyros krusyaiki.... dia ialah tukang peramal di planet ferros. uncle sham tu pula namanya kapten sharp hexon... dia ialah jedi tertua di planet ferros....", kata faiz pada pemuda itu. "jadi papa berbohong tentang nama mereka?", soal ashriel agak terkejut. "ya... maaflah sebab papa terpaksa berbohong demi menutup identiti mereka yang sebenarnya... harap kau dapat memaafkan papa....", kata faiz. belum pun sempat ashriel bersuara, kapten sharp terus memanggil namanya. mahu tidak mahu ashriel terpaksa melangkah pergi dari situ.
"kami sudah pasang semua peluru berpandu ke dalam kedua dua kapal piring terbang tu.... semuanya sudah lengkap dah.... cuma kita menunggu masa untuk bertindak saja....", kata kapten sharp. "baguslah kalau macam tu.... anyway, menurut kata kaisar zios, dia akan melancarkan serangan ke atas bumi selepas 24 jam. itu maknanya mereka akan mula menyerang bumi ni tepat pada pukul 6 pagi. so, lebih baik kita bersiap sedia dari sekarang... kita akan ikut plan A dulu. kalau tidak berjaya kita gunakan plan B....", kata ashriel. "Kalau plan B tak berjaya juga macamana?", soal jefri. mereka terdiam sebaik saja mereka mendengar soalan jefri itu. "kalau tidak berjaya juga kita kena cari jalan lain....", kata ashriel dengan pantas. "jalan lain macamana tu?", soal jefri ingin tahu. "adalah... anyway, korang ikut saja plan aku ni dulu... manalah tau plan aku ni menjadik... anyway, lebih baik kita pergi ke sana dengan invisible mode supaya pihak musuh dan pihak tentera AS tidak nampak kehadiran kita... jadi mudah untuk kita melancarkan serangan ke atas pihak musuh....", kata ashriel. "okay kami akan ikut plan kau tu...", kata kapten sharp. "baiklah.... kalau macam tu, mari kita masuk ke dalam kapal piring terbang kita tu....", kata ashriel. "hm... baiklah...", balas mereka semua. mereka pun mula bersurai dari situ. namun dalam pada itu sempat lagi ashriel menjenguk ke dalam truck yang mereka tinggalkan di situ. kelihatan dua bilah pedang tergeletak di belakang kerusi penumpang. ada batu pengasah lagi kat situ. dia pun pantas mengambil dua bilah pedang tersebut beserta batu pengasah itu. kemudian dia melangkah masuk ke dalam kapal piring terbang milik pyros dan kapten sharp.
*** *** ***
subuh hampir menjelang tiba. troy X1 memandang ke bawah melalui cermin kaca kapal piring terbang yang di naikinya. kelihatan kotaraya NYC yang kini kelihatan lengang seperti tidak berpenghuni. tentu semua manusia sudah pergi tinggalkan kotaraya itu. tapi ada juga segelintir manusia yang degil masih kelihatan berjalan jalan di sekitar kota raya tersebut. troy X1 diam memerhatikan manusia di sekitar kotaraya itu. Mereka hampir saja serupa dengannya. punya 2 mata, 2 telinga, rambut dan tubuh badan yang hampir sama dengannya cuma bezanya mereka tidak ada besi menyaluti tangan dan kaki mereka. "eh... kenapa aku membandingkan diri aku dengan semua manusia tu?.... aku bukannya manusia pun.... buat apa aku fikir sangat tentang semua manusia tu?", soal hati kecilnya. lamunannya terhenti bila bahunya di tepuk orang dari belakang. "kaisar zios panggil kau tu... dia tunggu kau di atas singgahsananya...", kelihatan kolonel reid berdiri di belakangnya. perlahan lahan troy X1 melangkah meninggalkan ruang koridor tersebut. tidak lama kemudian dia pun sampai di hadapan kaisar zios. makhluk itu sedang duduk sambil minum darah merah binatang dalam cawan di tangannya. "tuanku kaisar memanggil patik?", soal troy X1 seraya tunduk di hadapan wajah makhluk bertubuh warna purple itu. "ya.... lancarkan serangan ke seluruh planet bumi sekarang juga....", perintah kaisar zios. "menjunjung titah tuanku kaisar...", troy X1 bersuara lalu beredar dari situ. "sekejap lagi seluruh planet bumi akan menjadi milik aku.... hahahahahaha!!!...", kaisar zios ketawa dengan sadisnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro