ASH 55
BAB 12
ketika mereka sampai di kotaraya NYC semua orang sibuk meninggalkan kotaraya besar itu ke kawasan yang lebih selamat. mereka di perintahkan oleh presiden ronald tramp untuk pergi ke satu tempat perlindungan jauh dari kotaraya NYC. ini untuk menjaga keselamatan orang awam. namun dalam pada itu masih ada juga yang degil tidak mahu meninggalkan kediaman mereka. Malah mereka hanya berkurung di dalam rumah masing masing. maklumlah mereka takut terkena tembakan dari makhluk asing. mereka lebih suka bersembunyi di bawah basement rumah mereka daripada berjalan ke tempat perlindungan sepertimana yang di perintahkan oleh presiden ronald tramp. ashriel memandang ke bawah melalui cermin tingkap kapal piring terbang milik pyros dan kapten sharp. dia merasa susah hati memikirkan kemungkinan bumi akan di serang habis habisan oleh makhluk asing. jikalau itu terjadi alangkah malangnya nasib semua manusia di muka bumi ini. tiba tiba, "kita dah sampai di kotaraya NYC, ash... lepas ni kita nak pergi ke mana?", soal pyros ingin tahu. ashriel segera membuka laman googly dalam handphonenya. sebenarnya dia tidak tahu pangkalan tentera mana yang harus mereka pergi. setelah googly dalam internet dia berjaya menemukannya. "kita pergi ke pangkalan tentera di ford levis di barat laut pasifik tidak jauh dari wilayah washiton BC... di sana ada pangkalan tentera yang terdekat. er... tolong pasangkan invisible mode kapal piring terbang kita supaya tidak ada pihak lain dapat menyedari kehadiran kita...", kata ashriel dengan pantas.
"baiklah... tapi kat mana tempat tu?", soal kapten sharp. sebenarnya dia tak tahu tempat tu. maklumlah dia bukannya penghuni bumi pun. "awak 'set'kan saja hala tuju kapal piring terbang ni ke tempat tu. ianya pasti akan bawa kita ke sana...", kata ashriel. sebenarnya dia dah tahu keistimewaan kapal piring terbang tu sebab dia dah tahu semuanya itu setelah dia melihat cara papanya faiz mengendalikan kapal piring terbang tu ketika mereka di dalam perjalanan keluar dari dalam gua sebentar tadi. "oh... baiklah...", balas kapten sharp. dalam diam dia tersenyum seorang diri. "kenapa kau senyum senyum pula?", soal pyros di sebelahnya. "ash hampir sama dengan ayahnya. dia tahu apa yang harus di lakukan dalam masa darurat...", bisik kapten sharp pada di telinga rakannya itu. pyros hanya tersenyum saja. "like father like son...", balas pyros separuh berbisik. "apa yang korang bisik bisikkan tu?", soal ashriel ingin tahu. "oh... tak ada apa apa...", balas kapten sharp dengan pantas. dia 'set' kan hala tuju mereka di atas control panel kapal piring terbang tersebut. dengan pantas kapal piring terbang itu terbang menuju ke destinasinya tapi kali ini dalam invisible mode. manakala faiz hanya memandu kapal piring terbangnya dari belakang. bila dia lihat kapal piring terbang pyros, kapten sharp dan ashriel dalam keadaan invisible mode dia pun pantas menggunakan invisible mode. dalam pada itu sempat lagi dia menghubungi pyros, kapten sharp dan ashriel melalui gadget kecil yang ada dalam tangannya. "kapten sharp, kenapa korang buat kapal piring terbang korang dalam invisible mode?", soal faiz. "oh... ash yang suruh kami berbuat demikian. katanya ini untuk mengelakkan pihak lain menyedari kehadiran kita di ruang udara... anyway, kita akan pergi ke pangkalan tentera AS di ford levis. nanti kita akan berusaha merampas apa saja senjata yang boleh di guna pakai semasa peperangan....", balas kapten sharp. "okay... baguslah tu... aku ikut korang dari belakang...", faiz mengakhiri perbualan mereka. dia kembali memandu kapal piring terbangnya sambil di perhatikan oleh jefri anaknya sendiri.
faiz perasan yang jefri asyik memerhatikannya dari tadi. "kenapa kau asyik memperhatikan papa macam tu sekali ar?", soal faiz ingin tahu. "aku merasa peliklah... sejak bila papa pandai memandu kapal piring terbang makhluk asing ni?", soal jefri meluahkan rasa musykilnya. mahu tidak mahu faiz pun terpaksalah menceritakan pada anak lelakinya itu bahawa dia pernah di culik oleh makhluk asing puak agfa beberapa tahun yang lalu. masa tu kakinya masih tempang lagi. dia ceritalah dari A sampailah ke Z. terlopong mulut jefri sebaik saja dia mendengar cerita papanya itu. dia macam susah sekali hendak percaya dengan apa yang dia dengar saat itu tapi bila papanya membuka kaki palsu plastik yang menutupi kaki besinya itu barulah dia percaya pada perkataan papanya. "kenapa papa merahsiakan semuanya ini dari pengetahuan aku dan mama?... mati mati kami fikirkan yang papa sengaja tinggalkan kami bertahun lamanya....", ucap jefri sedikit bengang pada papanya itu. "maafkan papa, jef... papa tak menyangka perkara ini akan berlaku dalam hidup papa... papa fikir semuanya akan berakhir setelah papa berjaya melarikan diri ke planet bumi tapi nampak gayanya semuanya ini belum berakhir. malah ini merupakan satu permulaan penderitaan dan kemusnahan bagi semua manusia di muka bumi ini...", kata faiz perlahan lahan. jefri terdiam seketika. "apa apa pun aku merasa hairanlah kenapa papa memelihara ashriel bagaikan anak papa sendiri sedangkan papa tahu dia bukan darah daging papa sendiri...", kata jefri setelah dia lama berdiam diri. "jef... sebenarnya aku di amanahkan oleh ayahnya untuk menjaga ashriel sebelum ayahnya di tikam oleh kaisar zios semasa peperangan sedang terjadi di planet ferros... bila dia di tikam oleh kaisar zios, papa pun pantas membawa ashriel dan melarikan diri ke planet bumi. papa fikir ayah kandung ashriel sudah mati tapi rupa rupanya dia masih hidup...", balas faiz. "yelah tu... anyway, aku tetap merasa terkilan sebab papa asyik mengutamakan ashriel daripada aku... papa macam pulaukan aku pula...", kata jefri dalam nada suara yang cukup terkilan. "jef... sebenarnya papa tak bermaksud hendak memulaukan kau... walau apa pun terjadi kau tetap anak papa... papa cuma kasihan pada ashriel sebab kecil kecil lagi dia sudah kehilangan kedua orang tuanya sebab itulah papa cuba memberikan kasih sayang yang secukupnya pada ashriel... by the way, papa minta maaf pada kau jikalau tindakan papa ini membuatkan kau merasa di pulaukan... maafkan papa, ya...", ucap faiz pada anaknya itu. jefri hanya diam membisu. sedikit pun dia tidak bersuara. "apa apa pun papa berharap sangat semoga kau jangan berdendam ataupun merasa iri hati dengan ashriel... dia tetap adik kau walau apa pun terjadi...", kata faiz. jefri tidak lagi bersuara selepas itu.
*** *** ***
"kita sudah sampai ash...", kata pyros sebaik saja mereka tiba di kawasan pangkalan tentera AS di ford levis. ashriel segera menyuruh mereka mendarat tidak jauh dari kawasan pangkalan tentera tersebut. kapten sharp menuruti saja perkataannya. mereka melangkah keluar dari dalam kapal piring terbang itu. Sebelum mereka melangkah masuk ke pangkalan itu mereka mengubah diri mereka menjadi sama seperti ahli tentera yang ada di situ. mereka berjalan masuk ke dalam pangkalan tentera itu dengan penuh berhati hati. ashriel lihat begitu ramai ahli tentera bergegas masuk ke dalam kenderaan yang membawa mereka ke seluruh kawasan wilayah washiton BC dan kotaraya NYC. mereka di suruh oleh jeneral mckenzie ketua ketenteraan di pantagon untuk bersiap sedia bagi menghadapi serangan musuh. ada juga pihak tentera yang bersiap sedia dengan kereta kebal dan sebagainya. manakala pihak tentera udara yang lain pula kelihatan sibuk dengan jet pejuang masing masing. siren kecemasan bergema menandakan tibanya masa darurat. semua orang mulai sibuk membawa senjata perang masing masing. seorang ahli tentera di arahkan oleh leftenan yang bertugas untuk membawa beberapa buah peluru berpandu, missile tornado dan senjata perang ke pangkalan tentera udara di hayfall. mereka di katakan kurang bekalan senjata. dengan sepantas kilat lelaki tentera tersebut melangkah masuk ke dalam truck besar yang sudah di muatkan dengan peluru berpandu, missile tornado dan beberapa alat senjata yang lain. ashriel yang menyamar menjadi seperti ahli tentera AS itu pantas mengekori lelaki tersebut dari belakang. begitu juga dengan pyros dan kapten sharp. "why the three of you followed me here?", soal lelaki itu agak curiga. "we are in the same duty, man... the leftenan wanted us to go with you...", jawap ashriel dengan wajah yang selamba. "okay... just get into the truck....", tanpa rasa curiga lagi lelaki tentera itu pantas mempelawa mereka masuk ke dalam kereta truck tersebut. tanpa membuang masa ashriel, kapten sharp dan pyros melangkah masuk ke dalam truck itu. begitu juga dengan lelaki tersebut. tidak lama kemudian mereka pun mula meninggalkan tempat itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro