Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 53

"penglihatan?.... cuba kau bagi tahu kami tentang penglihatan kau tu....", kata ashriel. pyros pun mula memberitahu mereka tentang penglihatannya. "jadi troy X1 dan bala tentera puak massa tu di kawal melalui mikrochip kecil dalam otak mereka?", soal jefri sebaik saja pyros selesai berbicara. "ya.... bukan itu saja, semua ahli tentera yang lain pun turut di kawal melalui mikrochip yang tertanam dalam otak mereka....", balas pyros perlahan lahan. "sungguh tidak di sangka.... teknologi makhluk asing begitu canggih sekali... sehinggakan otak pun boleh di kawal dengan mikrochip kecil. kalau kat bumi mana ada teknologi macam tu....", kata jefri cukup kagum. "urm.... boleh tanya? siapa troy X1 tu?", soal ashriel secara tiba tiba. belum pun sempat pyros bersuara tiba tiba, "hey guys.... cuba korang tengok kat luar sana tu....", kelihatan faiz bersuara sambil melangkah menuju ke arah mereka. mereka pun bingkas bangun lalu melangkah menuju ke cockpit kapal terbang tersebut. dalam masa yang sama ashriel segera menukarkan dirinya menjadi presiden ronald tramp semula. kapten sharp pun turut mengubah dirinya sama seperti PA ronald tramp untuk mengelakkan sebarang perasaan curiga di hati pilot kapalterbang tersebut. mereka melangkah lalu berdiri di belakang pilot kapal terbang itu. "cuba korang tengok sana tu....", faiz bersuara sambil menunjukkan ke dada langit yang kini di penuhi dengan kapal piring terbang yang datang dari angkasa lepas. mereka meluncur perlahan di dada langit. semua kapal piring terbang meluncur tanpa mempedulikan kemunculan kapal terbang yang mereka naiki saat itu. mungkin belum tiba masanya untuk mereka melancarkan serangan sebab itulah mereka hanya berterbangan di dada langit.

"fuyooo.... banyak betul mereka ini...", komen jefri sebaik saja dia melihat semua kapal piring terbang yang meluncur di atas kapal terbang mereka. setelah mereka berada di dalam perjalanan selama 3 jam lamanya akhirnya mereka pun sampai di sempadan negara msia. ashriel segera menyuruh pilot kapalterbang tersebut membawa mereka di landasan kapalterbang LIA yang sudah lama tidak di gunakan. pada mulanya pilot kapalterbang tersebut merasa hairan sebab presiden AS itu menyuruh dia mendaratkan kapalterbang tersebut di lapangan terbang yang sudah lama tidak di gunakan. dia bertanya pada presiden itu kenapa dia di suruh berbuat demikian tapi bila dia di bentak dan di marahi oleh presiden itu dia pun terpaksa berbuat demikian. akhirnya mereka pun mendarat dengan selamatnya di atas landasan lapangan terbang LIA yang terbiar itu. keadaan di kawasan lapangan terbang lama itu agak kusam dan menyeramkan. maklumlah mereka tiba di situ pada waktu senja. sebaik saja mereka berjaya mendarat di situ dengan selamat mereka pun pantas beredar dari situ. baru saja mereka melangkah dua tiga langkah dari situ, kedengaran pilot kapalterbang tersebut memanggil seseorang dari menara kawalan yang terdekat. oleh kerana faiz tidak mahu lelaki itu melaporkan mereka pada pihak berkuasa dia pun pantas menyepak kepala lelaki tersebut dari belakang dengan menggunakan kaki besinya. terus tersembam wajah si pilot yang malang itu di atas control panel kapalterbang tersebut. dia pun jatuh pengsan di situ juga.

"mari kita pergi dari sini....", kata faiz. mereka pantas beredar meninggalkan kawasan lapangan terbang yang terbiar itu. mereka melangkah menuju ke pusat bandaraya lipis dengan harapan semoga mereka dapat menaiki sebuah teksi untuk pergi ke kawasan hutan simpan merbuk. sebaik saja mereka sampai di bandaraya lipis, mereka pun segera mencari teksi. namun dalam pada itu sempat lagi faiz membeli makanan dan minuman untuk mereka. setelah mereka berjaya menahan sebuah teksi yang lalu di atas jalanan mereka pun mula melanjutkan perjalanan mereka menuju ke hutan simpan merbuk. dalam perjalanan mereka ke sana sempat lagi mereka bertiga memakan burger yang di beli oleh faiz sebentar tadi. cuma pyros dan kapten sharp saja yang tidak makan sebab mereka kata perut mereka sudah kenyang. selepas makan ashriel berbisik pada kapten sharp dan pyros di tempat duduk belakang penumpang. bukannya apa dia tidak mahu pemandu teksi tersebut mendengar butir perbualan mereka. "so macamana dengan kapal piring terbang korang yang ada kat lombong lama tu? korang tak nak pergi ambik kapal piring terbang korang tu ke?", soal ashriel. "sebenarnya kami memang nak ambik balik kapal piring terbang kami tu tapi kami takut pula kot kot kalau ada tentera yang berkawal dekat dengan kapal piring terbang tu. tak pasal pasal pula kami akan di tangkap...", bisik kapten sharp. "eh.... korang boleh menyamar jadi perdana menteri negara msia lah dan yang seorang lagi boleh menyamar jadi isterinya.... korang berpura puralah cakap yang korang nak tengok sendiri kapal piring terbang tu dengan mata korang sendiri... tentu mereka akan membenarkan korang mendekati kapal piring terbang tu.... hah... masa itulah korang bertindak dengan segera untuk membuka pintu kapal piring terbang tu dan melarikan diri dari situ...", bisik ashriel.

"oh... good idea ash.... tapi masalahnya sekarang kami tidak pernah melihat wajah perdana menteri negara msia ni, jadi macamana kami boleh menyamar sama seperti mereka?", bisik pyros pula. ashriel pantas menarik keluar handphonenya. dia mencari imej wajah presiden terbaru negara msia dalam internet. bila dia dapat gambar mereka, dia pun menunjukkan gambar wajah perdana menteri dato nazib dan isterinya datin rosimah pada pyros dan kapten sharp. "inilah wajah perdana menteri negara msia dengan isterinya. nama yang lelaki ni dato nazib dan yang perempuan ni pula namanya datin rosimah....", bisik ashriel. "oh.... begini rupanya wajah perdana menteri msia.... okaylah, kami dah tahu wajah mereka... kami pasti akan menyamar seperti mereka....", bisik pyros. "baguslah kalau macam tu... sekarang korang berdua pergi ambik kapal piring terbang korang tu kat lombong terbiar tu. manakala kami bertiga pula pergi ke hutan simpan merbuk untuk mengambil kapal piring terbang yang di tinggalkan di dalam hutan tu....", bisik ashriel. "okay.... no problem...", balas pyros dan kapten sharp secara serentak. mereka mula menyuruh pemandu teksi tersebut membawa mereka menuju ke lombong terbiar tersebut. tanpa banyak soal si pemandu teksi segera membawa mereka ke tempat itu. bila mereka tiba di sana pyros dan kapten sharp keluar dari dalam kereta teksi tersebut. mereka kini berpisah haluan. ashriel, faiz dan jefri pula meneruskan perjalanan mereka menuju ke hutan simpan merbuk. mereka berharap semoga mereka akan dapat kembali kapal piring terbang mereka yang di tinggalkan di dalam hutan itu.

tidak lama kemudian mereka pun sampai di hutan simpan merbuk. setelah nembayar semua tambang mereka faiz dan 2 orang anaknya mula meneruskan perjalanan menuju ke dalam hutan itu. dengan berpandukan cahaya lampu suluh di tangan mereka mencari lorong kecil dalam hutan tersebut. "papa... macamana papa nak cari kapal piring terbang tu di tengah hutan dalam keadaan yang gelap gulita macam ni? papa tak takut sesat ke dalam hutan ni?", soal jefri meluahkan perasaan bimbangnya. "kau jangan bimbang... papa kenal sangat lorong kecil menuju ke gua di mana papa letakkan kapal piring terbang tu sebelum ini sebab papa pernah datang ke sini dulu...", kata faiz dengan sungguh sungguh. jefri pun diam. begitu juga dengan ashriel. cuma sekali sekala jefri menampar nyamuk yang berkeliaran di sekeliling tubuhnya. "papa jauh lagi ke tempatnya?.... banyak nyamuklah kat sini....", kata jefri sambil menampar nyamuk yang berbunyi dekat telinganya. "sabarlah sikit... sekejap lagi kita akan sampai kat gua tu... yang penting kita ikut saja lorong kecil ni sampai kat hujung sana tu....", kata faiz. jefri kembali mendiamkan dirinya. dia berjalan di belakang ashriel sambil menampar nyamuk yang berterbangan. ashriel hanya mendiamkan dirinya. dia berjalan di belakang faiz sambil berfikir panjang. dia langsung tidak menghiraukan nyamuk nyamuk yang berlegar di dekat tubuhnya. dia hanya memikirkan tentang perkataan yang di ucapkan oleh pyros pada mereka ketika mereka berada di dalam kapalterbang milik presiden ronald tramp. "semua ahli tentera puak massa yang di tawan dan juga ahli tentera lain turut di kawal melalui mikrochip di otak mereka... terutamanya troy X1.... dia pun turut di kawal melalui mikrochip di otak...", begitulah cerita pyros tentang penglihatannya pada mereka sebentar tadi. ashriel mula tertanya tanya. "troy X1 tu siapa?... kenapa pyros menyebut nama itu dengan bersungguh sungguh?...", soal hati kecilnya penuh dengan tanda tanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro