Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 48

"apa salah kami tuan inspektor?", soal faiz sebaik saja tangannya di gari. dia merenung wajah polis yang menangkapnya. di dadanya kelihatan name tag yang tertera namanya, inspektor ramli. "you better remain silent... bila kau sampai di balai polis bandaraya lipis nanti barulah kau di benarkan bersuara....", kata inspektor yang bernama inspektor ramli itu. dia menarik lengan kiri faiz lalu dia di masukkan ke dalam kereta polis yang ada di situ. jefri pun turut di gari tangannya lalu di masukkan ke dalam kereta polis tersebut. ashriel, kapten sharp dan pyros turut di masukkan ke dalam keretaolis yang satu lagi. ketika di dalam perjalanan menuju ke balai polis bandaraya lipis, minda jefri penuh dengan tanda tanya. "papa... katakan padaku...", bisik jefri pada faiz yang sedang duduk di sebelahnya saat itu. "katakan apa?", soal faiz separuh berbisik.

"apakah betul si ashriel tu juga makhluk asing sama seperti uncle pyan dan uncle sham tu?", bisik jefri pada papanya. faiz tidak segera menjawap. dia diam membisu. "papa.... cakaplah... apakah betul ashriel tu anak makhluk asing?", soal jefri lagi separuh berbisik. "kenapa kau fikir macam tu pula?", soal faiz separuh berbisik. "sebab dia boleh mengubah tubuhnya menjadi hitam sama seperti uncle pyan dan uncle sham tu...", bisik jefri. "oh... jadi kau fikir dia tu makhluk asing juga ke?", soal faiz berbisik. "ya... begitulah...", balas jefri berbisik. belum pun sempat faiz bersuara tiba tiba, "apa yang korang bisik bisikkan tu?", soal suatu suara. kelihatan inspektor ramli pandang semacam ke arah mereka berdua. "oh... nothing...", balas faiz dengan pantas sekali. "sekejap lagi kita akan sampai di balai polis bandaraya lipis... korang jangan cuba cuba merancang hendak melarikan diri pula... nanti nahas jadinya...", kata inspektor ramli. faiz dan jefri terdiam selepas itu.

sebaik saja mereka sampai di balai polis bandaraya lipis mereka di masukkan ke dalam bilik siasatan yang berasingan. mereka mula menyoal siasat 5 orang manusia itu dengan soalan yang begitu banyak. semuanya berkaitan dengan makhluk asing bertubuh hitam. setelah di soal secara terperinci tak seorang pun dari mereka mengaku bahawa diri mereka ialah makhluk asing. masing masing menafikannya. oleh kerana mereka sudah tidak ada soalan lain hendak di tanyakan mereka pun segera memasukkan mereka di dalam satu bilik tahanan. "ash.... sejak bila kau menyedari bahawa kau boleh mengubah tubuh kau menjadi hitam seperti mana yang kau tunjukkan pada kami sebentar tadi?", soal kapten sharp ketika mereka sedang duduk di dalam bilik tahanan itu. "setahun yang lalu. ketika tu aku sedang berada di kawasan sekolah... aku sedang duduk makan makananku tiba tiba aku nampak seekor kucing tu... yang peliknya aku teringin sangat hendak menghisap darah kucing tu... pada mulanya aku tak dapat menahan diriku dari berbuat demikian tapi tanpa ku sedari aku sudah pun menggigit dan menghisap darah kucing tu sehingga ianya mati di tanganku. pada masa itulah tubuhku bertukar menjadi hitam.... aku terus menyembunyikan diriku dalam tandas sekolah. bila kulit tubuhku kembali normal aku kembali ke bilik kelasku... sejak dari hari itulah aku tahu yang aku boleh mengubah diriku menjadi makhluk hitam sama seperti korang... pada perkiraan korang apakah aku ni juga makhluk asing sama seperti korang?", soal ashriel ingin tahu.

dia memandang wajah 2 orang lelaki itu tapi mereka tidak segera menjawap soalannya. masing masing diam membisu. "kenapa korang diam pula?... jawaplah pertanyaan aku ni...", gesa ashriel. "ya... korang mesti jawap pertanyaan ashriel tu...", gesa jefri. dia pun ingin tahu juga tentang perkara tersebut. "ya.... memang benar kau anak makhluk asing.... emak kau ialah makhluk asing... manakala ayah kau pula ialah manusia biasa... nama ayah kau ialah azroy shariman dan nama emak kau ialah maya. mereka berkahwin atas dasar cinta.... mereka mempunyai seorang anak lelaki dan anak lelaki itu ialah kau ashriel...", tiba tiba faiz bersuara perlahan lahan. "jadi papa ni bukan ayah kandung aku ke?", soal ashriel cukup terkejut. "ya.... kau bukan anak kandung papa... kau cuma anak angkat papa...", faiz berterus terang. ashriel terduduk di atas lantai dalam keadaan yang terkejut. dia tidak menyangka yang dirinya hanyalah anak angkat. mati mati dia fikirkan yang faiz itu ialah ayah kandungnya sendiri. tiba tiba dia teringat pada mimpinya tempohari. dalam mimpi itu dia bertemu dengan seorang wanita bertubuh hitam yang mengaku bahawa dirinya ialah emaknya. mungkin benar itu ialah emaknya. ashriel tertekan bila dia memikirkan semuanya itu.

"tapi kenapa papa merahsiakan semuanya ini dari pengetahuan aku?", soal ashriel separuh geram. "sebenarnya papa tidak berniat hendak merahsiakan semuanya ini dari pengetahuan kau buat selama lamanya... papa cuma ingin menunggu masa yang sesuai untuk jelaskannya pada kau tapi memandangkan kau sudah tahu segalanya jadi papa terpaksa juga memberitahukannya pada kau.... apa apa pun papa minta maaf pada kau kerana papa terpaksa merahsiakan semuanya ini dari pengetahuan kau selama ini...", balas faiz. perlahan lahan dia datang menghampiri ashriel yang kelihatan bersedih saat itu. "sampai hati papa merahsiakan semuanya ni dari pengetahuanku....", kata ashriel sedikit terkilan. "maafkan papa, ash... maafkan papa... papa sayangkan kau sama seperti papa sayangkan anak papa sebab itulah papa tidak sampai hati hendak menyatakannya pada kau.... apa apa pun papa berharap sangat kau akan dapat maafkan papa...", kata faiz sambil duduk di sebelah anak lelakinya itu. dia memeluk ashriel dengan wajah yang sedih. ashriel hanya diam sebaik saja dia di peluk oleh papa angkatnya. "ash.... ini ialah rantai pemberian ayah kau, azroy.... dia berikan rantai silver berloket ni sebelum aku membawa kau pulang ke planet bumi beberapa tahun yang lalu...", kata faiz setelah dia meleraikan pelukannya. dia menyerahkan seutas rantai silver berloket bujur pada ashriel. perlahan lahan ashriel mengambil rantai tersebut dari tangan papa angkatnya. "jadi di mana ayah dan emak kandungku berada sekarang? apakah mereka masih hidup?", soal ashriel ingin tahu.

"emak kandung kau sudah lama meninggal dunia ashriel... cuma ayah kandung kau saja yang masih hidup....", celah pyros. "so, di mana ayahku berada sekarang?", soal ashriel ingin tahu. belum pun sempat mereka menjawap soalan ashriel itu tiba tiba saja pintu bilik tahanan itu di buka oleh seseorang. "korang semua terpaksa di bawa ke negara AS kerana ada pihak di sana ingin menyiasat tentang kes makhluk asing yang di percayai telah mendarat di bumi setahun yang lalu... korang merupakan suspect utama dalam kes ini. jadi mereka menyuruh pihak kami menghantar korang pergi ke sana....", kata inspektor ramli sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam bilik tahanan tersebut. "aku dan papa aku bukannya makhluk asing.... mereka bertiga ni yang makhluk asing sebenarnya....", tiba tiba saja jefri bersuara sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah ashriel, pyros dan juga kapten sharp. "kau diam jefri...", marah faiz. jefri pun terpaksa mendiamkan dirinya. tangan mereka berlima segera di gari lalu mereka di bawa keluar dari situ. malam itu juga mereka naik kapal terbang menuju ke negara AS untuk di soal siasat...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro