Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 46

troy X1 sedang merenung di kejauhan. di sana sini kelihatan bangunan yang hancur akibat terkena letupan boomstoll yang meledak sebentar tadi. ramai manusia mati. darah berlumuran di sana sini. daging manusia kelihatan di sana sini bagaikan serpihan kaca yang pecah berderai. kedengaran tangisan bayi kecil bergema di cuping telinganya. tangisan itu sungguh memilukan hatinya. dia bagaikan tersedar akan sesuatu. dia terus mencari dari mana datangnya tangisan bayi tersebut namun langkah kakinya terhenti tatkala dia melihat seorang wanita bertubuh hitam sedang memeluk bayi kecil yang menangis tak henti henti itu. "sampai hati kau.... sampai hati kau biarkan anak kau terkapai kapai seorang diri di dunia yang fana ini...", kata wanita bertubuh hitam itu. dia menggendong anak kecil tersebut sambil merenung tajam ke arahnya. "anak aku?", soal troy X1 seperti terkejut. "ya... ini anak kau... namanya ashriel... takkanlah kau dah lupa anak kau sendiri...", kata wanita itu dengan marahnya. "aku tak ada anak....", troy X1 bersuara sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "kau ada anak lelakilah... ini anak kau...", kata wanita tersebut sambil menunjukkan bayi yang di gendongnya ke arah troy X1. bagaikan tidak percaya troy X1 menggeleng gelengkan kepalanya. "tidak!... dia bukan anak aku...", nafi troy X1. "dia anak kau... cuba kau tengok wajahnya... cuba kau tengok rantai dan loket di lehernya ni... ini ialah rantai dan loket pemberian kau....", sekali lagi wanita itu cuba menyakinkannya bahawa baby yang di gendongnya adalah anaknya. troy X1 memerhatikan rantai dan juga loket yang ada di leher baby tersebut. dalam loket tu ada gambarnya dan juga seorang wanita yang tidak di kenalinya. "tidak.... aku tidak percaya yang aku ada anak... tidakkk!!!!....", troy X1 menjerit bagaikan tidak percaya. dia terus terjaga dari tidurnya. peluh mengalir membasahi pipinya. dia menarik nafas lega sebaik saja dia sedar yang dirinya cuma bermimpi. perlahan lahan dia meraup wajahnya yang di basahi peluh. dia tidak tahu kenapa dia asyik bermimpi tentang seorang wanita yang menggendong seorang bayi. mimpi itu selalu datang mengganggunya di saat dia melelapkan matanya. dia tidak tahu apa erti mimpinya itu. "kenapa dengan kau?... kau nampak lain macam aje....", soal suatu suara. troy X1 pantas menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan mahaguru sunan sedang berdiri tidak jauh dari tempat dia berbaring.

"aku bermimpi lagi..."
"bermimpi?... mimpi apa tu?"
"mimpi tentang wanita yang menggendong seorang bayi.... dia kata bayi tu anak aku... tapi aku kata aku tak ada anak... wanita tu marah padaku dan berkata bahawa anak tu ialah anak aku... peliknya aku sering bermimpi mimpi yang serupa...."
"hm... tak usahlah kau fikirkan sangat tentang mimpi kau tu... itu cuma mainan tidur saja... sebaiknya kau tumpukan perhatian kau pada strategi serangan kita ke atas planet bumi.... aku dengar tak lama lagi kaisar zios akan melancarkan serangannya ke atas planet bumi...."
"tapi aku belum bersedia untuk itu... fikiran aku terganggu sejak 2 menjak ni...."
"apa lagi yang kau fikirkan sangat?.... sudahlah tu... kau harus mempersiapkan diri kau untuk mencapai misi yang telah di tetapkan oleh kaisar zios pada kau... dia berharap sangat pada kau. so, kau jangan sekali kali mengecewakannya....",
troy X1 terdiam selepas itu. dia membiarkan mahaguru sunan beredar dari situ. dia mengeluh sendirian. sebenarnya fikirannya masih terganggu sejak dia bermimpi pelik. dia rasakan yang dia perlu tahu apa erti semua mimpinya itu...

*** *** ***

ashriel melangkah keluar dari bilik tidurnya. tiba tiba saja bajunya di tarik orang dari belakang. dia di dorong masuk ke dalam sebuah bilik. rupa rupanya abangnya jefri yang menarik bajunya sebentar tadi. "oh ada apa lagi ni?", soal ashriel sedikit jengkel dengan perbuatan abangnya itu. "ash.... kau mesti ajar aku trick yang kau buat hari tu...", kata jefri dengan pantas. dia menutup daun pintu bilik tidurnya. "kalau aku tak nak ajar kau?", soal ashriel. "alah... tolonglah ajar...", gesa jefri. "baiklah... aku akan ajar kau dengan satu syarat...", kata ashriel dengan wajah yang serius. "apa dia?", soal jefri ingin tahu. "syaratnya kau jangan buli aku lagi... kalau kau buli aku lagi aku takkan ajar kau lagi...", kata ashriel dengan pantas. "okay... baiklah...", balas jefri. "no... not like that.... kau kena berjanji dengan aku yang kau tak akan buli aku lagi...", kata ashriel lagi. "oh... baiklah... aku janji tak akan buli kau lagi...", kata jefri. "betul ni?", soal ashriel ingin tahu. "betul....", balas jefri sepatah. "kalau macam tu baiklah mari kita mula...", belum pun sempat ashriel memulakan pengajarannya tiba tiba, "ashriel!!!!.... ashriel!!!!...", kedengaran suatu suara memanggilnya. "alamak... papa panggil aku tu... okaylah lain kali saja aku ajar kau tentang teknik tu ya....", dengan sepantas kilat dia beredar dari situ. jefri hanya menggetapkan giginya. geram betul dia pada adiknya yang satu itu.

"ada apa papa?", soal ashriel sebaik saja dia tiba di depan wajah ayahnya. "ash... dah tiba masanya untuk kau pergi berlatih dengan kami petang ni... siapkan bekalan makanan kau... kita akan bertolak tidak lama lagi...", kata faiz. "baiklah papa...", ashriel bersuara dengan pantas. tiba tiba, "papa hanya bawa ashriel seorang saja ke? aku ni macamana?", soal suatu suara. kelihatan jefri sedang berdiri di atas anak tangga sambil merenung ke arah mereka dengan renungan mata yang tidak senang. "kau tak payah ikut... kau harus temankan mama kau di rumah...", kata faiz. "papa... aku ni kan anak papa.... kenapa papa tak bawa aku ikut sekali? papa fikir aku ni seperti tiang rumah ke harus terpacak kat rumah 24 jam...", jefri bersuara meluahkan rasa tidak senangnya. "tapi takkanlah kau sanggup tinggalkan mama kau seorang seorang dalam rumah ni. zaman sekarang ni banyak penyangak tau... kalau ada apa apa berlaku pada mama kau tentu naya jadinya...", kata faiz cuba memujuk anak lelakinya itu. "yelah tu.... aku tahu papa hanya mengutamakan ash dalam segala hal.... aku pula di ketepikan dalam segala hal...", kata jefri cukup jengkel dengan papanya itu. "tak apalah... kita bawa dia kali ini...", pyros bersuara sambil memegang bahu kiri faiz. "baiklah kau boleh ikut kami... tapi ingat... jangan sekali kali kau buli adik kau tu pula...", kata faiz. "baiklah....", balas jefri dengan pantas. dia terus beredar dari situ. dia bersiap hendak keluar bersama dengan papanya, uncle pyan, uncle sham dan ashriel. dia merasa gembira.

ketika mereka di dalam perjalanan menuju ke tempat biasa mereka pergi tiba tiba ada satu berita dari dalam radio kereta yang mengejutkan mereka. "berita tergempar... sebuah kapal piring terbang telah di jumpai di sebuah lombong lama dekat jalan meriman petang kelmarin. salah seorang belia di kampung setiawan telah terjumpa kapal piring terbang ini ketika dia melalui sebuah kawasan lombong lama yang terbiar... beberapa pihak tertentu telah datang untuk memeriksa kapal yang di percayai terhempas di lombong terbiar itu. masalahnya mereka tidak dapat membuka pintu piring kapal terbang tersebut. menurut kata pihak berkuasa mereka akan menyiasat dari mana datangnya kapal piring terbang tersebut.... berita selanjutnya, seorang wanita telah kehilangan anaknya.....", pemberita di radio bersuara menyampaikan isi beritanya. manakala pyros dan kapten sharp saling berpandangan. "alamak... mereka dah tahulah di mana kapal piring terbang kita tu berada... teruklah kalau macam ni....", kata kapten sharp dengan gelisah. "memang teruk pun.... lepas ni tak ada lagi kenderaan untuk kita balik ke planet ferros...", balas pyros. "apa yang korang merepek ni? apa kaitan kapal piring terbang tu dengan korang pula?", tiba tiba ashriel bertanya pada mereka berdua. "ya... betul tu... apa kaitan kapal piring terbang tu dengan korang?", soal jefri pula. mereka terdiam sebaik saja mereka terdengar soalan dari mulut ashriel dan jefri. mereka tak tahu bagaimana caranya hendak menjawap soalan dari 2 orang pemuda tersebut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro