Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 43

ashriel kembali masuk ke dalam bilik kelasnya dengan fikiran yang di penuhi tanda tanya. sebenarnya apa yang terjadi ke atas dirinya sebentar tadi membuatkan dia berfikir panjang. tiba tiba saja dia rasa yang dirinya bukan seperti seorang manusia biasa. perasaannya bertambah kacau di saat dia memikirkan kemungkinan yang dia adalah anak makhluk halus. "ah... takkanlah aku ni anak makhluk halus pula....", gerutunya dalam hatinya tak keruan. "ashriel... guru pengetua panggil kau ke biliknya....", kedengaran suatu suara memanggil namanya. kelihatan sabri ketua kelas mereka bersuara padanya. mahu tidak mahu dia pun terpaksa pergi menemui guru pengetua sekolah tersebut di bilik guru. ketika dia berjalan meninggalkan bilik kelas itu berpasang pasang mata pandang semacam ke arahnya. mungkin mereka masih mengesyakinya di atas apa yang terjadi sebentar tadi tapi dia buat buat tak tahu saja. sebaik saja dia sampai saja di depan bilik guru dia pun segera mengetuk daun pintu bilik guru pengetua tersebut.

"silakan masuk....", kedengaran guru pengetua itu bersuara perlahan lahan. dia pun melangkah masuk ke dalam bilik pengetua tersebut. kelihatan guru pengetua cikgu ghani sedang duduk menunggunya di ruang pejabat yang sunyi sepi itu. "ashriel.... cikgu panggil kau ni sebab cikgu hendak bertanyakan kau tentang makhluk hitam yang di lihat lari masuk ke dalam tandas sebentar tadi... kau tak nampak ke makhluk hitam tu?", soal guru pengetua cikgu ghani. "hm... memang dah agak pun dia akan tanya soalan macam ni....", bisik hati kecil ashriel. "ashriel... kau dengar tak apa yang cikgu tanya ni?", soal cikgu ghani. "dengar...", jawap ashriel sepatah. "kalau dengar jawaplah soalan cikgu ni...", cikgu ghani bersuara dengan wajah yang serius. "sebenarnya aku tak tahu apa apa pun tentang makhluk hitam tu. setahu aku hanya aku seorang saja yang berada di dalam tandas tu tadi...", balas ashriel dengan wajah yang selamba. "oh betul ke begitu?", soal cikgu ghani macam tidak percaya pula. "ya... betul... aku cakap betullah ni...", balas ashriel cuba bersikap selamba biar pun dalam hati dia rasa tak keruan saat itu. "hm.... kalau macam tu tak apalah... kau boleh balik semula ke kelas kau tu...", kata cikgu ghani. cepat cepat ashriel melangkah keluar dari bilik pengetua tersebut....

*** *** ***

faiz sedang melayari internet di laptopnya ketika dia terdengar pintu rumahnya di ketuk orang dari luar. dia pun membuka pintu rumahnya itu. kelihatan 2 makhluk berdiri di depannya dengan tersengih macam kerang busuk. "pyros!!!!.... kapten sharp!!!!... bila korang sampai ni?", soal faiz sungguh terkejut. "kami baru saja sampai beberapa minit yang lalu... panas sungguh cuaca di planet bumi ni kan... anyway, kami datang ni untuk menjenguk ashriel anak raja azroy. rasanya sudah tiba masanya kami mengajar dia ilmu mempertahankan diri agar dia pandai melawan pihak musuh...", balas pyros dengan bersahaja. "yelah tu... apa apa pun korang masuklah ke dalam rumahku... takut ada orang ternampak korang pula... tentu naya jadinya....", cepat cepat faiz menarik tangan kedua makhluk itu supaya masuk ke dalam rumahnya. "korang menyamarlah jadi manusia.... janganlah korang berkeadaan begitu... kalau isteri aku lihat korang nanti tentu pengsan bila tengok ada 2 makhluk hitam berada dalam rumah ni....", kata faiz. "oh... okay...", cepat cepat pyros dan kapten sharp mengubah rupa wajah mereka kepada manusia biasa. "hah... macam tulah baru bagus... mari duduk... aku akan perkenalkan korang dengan isteri aku...", kata faiz dengan pantas. mereka pun duduk di atas kerusi yang ada di situ. tidak lama kemudian faiz muncul di situ dengan membawa isterinya mardiah. "sayang... ini 2 orang kawan aku... yang ini namanya pyan rosli dan satu lagi ni namanya sham imran.... mereka datang dari negara Indon... er, pyan.... sham... ini isteri aku... namanya mardiah...", faiz cuba memperkenalkan mereka satu persatu. setelah berkenalan mereka pun mula berbual panjang...

*** *** ***

ashriel melangkah keluar dari dalam bilik tingkatan 2A itu sebaik saja loceng elektrik berbunyi nyaring. dia pantas balik ke rumahnya dengan menaiki basikal mountain bikenya. tidak lama kemudian dia pun sampai di di rumahnya. dia lihat ada 2 pasang kasut pelik berada di depan rumahnya. dia tidak tahu siapa punya kasut pelik yang hampir menyerupai kasut boot itu. ketika dia sedang membuka kasut sekolahnya tiba tiba saja muncul pula abangnya jefri di situ. dia kelihatan baru saja balik dari kuliahnya. dia seperti biasa tidak menghiraukan ashriel yang sedang berdiri tidak jauh dari situ. dengan sengajanya melanggar bahu ashriel dengan kasar. hampir saja ashriel terjatuh. nasib baik dia pantas mengimbangi tubuh badannya. kalau tidak tak tahu lagilah. "mama, papa... aku dah balik....", kata jefri seraya membuka pintu rumah mereka. ashriel melangkah mengekorinya dari belakang. langkah kaki mereka terhenti bila mereka lihat ada 2 orang tetamu di ruang tamu tersebut dengan orang tua mereka. "mana satu ash ni?", bisik kapten sharp pada pyros di sebelahnya. pandangan mereka kini tertumpu ke arah 2 orang pemuda yang berdiri tidak jauh dari situ. "entahlah...", balas pyros separuh berbisik. "oh... baguslah kalau korang dah balik. mari sini... biar aku memperkenalkan korang pada kawan kawan papa...", faiz memanggil kedua orang anak lelakinya supaya datang menghampiri mereka di situ. faiz mula memperkenalkan anak mereka pada pyros dan kapten sharp yang kini menyamar menjadi manusia itu. ketika faiz memperkenalkan mereka pada ashriel pandangan mata mereka asyik saja tertumpu ke arah anak muda tersebut. ini membuatkan ashriel merasa tidak senang duduk. dia merasa macam asyik di perhatikan pula. "tak sangka ya wajah ashriel hampir serupa dengan wajah ayahnya raja azroy....", bisik kapten sharp di telinga pyros. "ya.... dia memang serupa dengan wajah ayahnya raja azroy....", bisik pyros perlahan lahan.

setelah itu mereka di jemput makan makanan tengahari bersama sama. ketika makan jefri sengaja mengambil apa saja makanan yang ashriel inginkan. setiap kali ashriel mencedok daging ayam dalam mangkuk di atas meja pasti jefri akan turut mencedok daging ayam tersebut walaupun daging ayam itu berada di dalam sudu ashriel. perbuatan jefri itu di perhatikan oleh pyros dan kapten sharp. mereka dapat rasakan yang jefri tidak baik dengan adiknya ashriel. faiz yang menyedari perkara tersebut segera menegur jefri. "jefri... cut it out... jangan masa makan pun kau buli adik kau...", marah faiz. tanpa berbicara sepatah kata, jefri pun terus bangun lalu beredar dari situ. "jefri.... kau nak ke mana tu?", soal faiz tapi soalannya tidak di jawap oleh anaknya itu. mereka yang berada di ruang makan itu terpinga pinga seketika. "maaflah... anak aku si jefri tu memang macam tu... dia bertabiat sikit orangnya.... er... jemputlah makan...", faiz bersuara sambil cuba bermanis muka. padahal dalam hati dia merasa marah sebab jefri buat hal masa mereka makan tadi. "oh... tak apa... itu perkara biasa.... remajalah katakan.... kadang kadang susah untuk kita kawal remaja zaman sekarang ni...", komen pyros aka pyan. mereka pun kembali makan bersama... "ashriel... kami tengok kau seorang anak yang baik.... erm... memandangkan kami akan tinggal di sini dalam beberapa minggu kami berfikir nak ajar ashriel seni mempertahankan diri... itu pun jika ashriel bersetuju...", kata pyros seraya memandang wajah pemuda yang sedang duduk di sebelah faiz saat itu. "aku setuju dengan cadangan kau tu pyan... ashriel memang perlu belajar seni mempertahankan diri tu...", sokong faiz. ashriel tersedak sebaik saja dia mendengar perkataan pyan dan papanya itu. dia terus minum air jus oren di dalam gelasnya. "apa?.... belajar seni mempertahankan diri?", soal ashriel terkejut. "ya.... ianya untuk kebaikan diri kau juga...", balas pyros perlahan lahan. "tapi aku....", belum pun sempat ashriel bersuara faiz segera menyampuk, "alah.... terima sajalah tawaran dari kawan kawan papa tu... papa nak kau mendalami ilmu mempertahankan diri tu dengan sebaik mungkin... mana tahu ianya berguna di suatu ketika nanti...", sampuk faiz. "oh baiklah....", balas ashriel mengalah. mereka tersenyum lebar sebaik saja ashriel memberi kata persetujuannya. ini bermakna mereka akan mula mengajar anak muda itu seni mempertahankan diri sesuai dengan apa yang telah mereka rencanakan sebelum ini. mereka berharap semoga ashriel mampu bertahan dalam sesi latihan mereka kelak....

AUTHOR NOTE: Sorry for the long delay... mizz demam selama 2 minggu. batuk tak henti henti... baru ni mizz rasa okay sikit. harap korang tak kisah tentang ni...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro