ASH 38
faiz mengetuk daun pintu bilik tidur anak lelakinya secara perlahan lahan. "jef.... buka pintu ni sayang...", kedengaran faiz bersuara seraya mengetuk daun pintu bilik tidur anaknya. "papa tahu kau sakit hati sebab papa dan mama ambik anak angkat yang baru tapi janganlah kerana perkara ini kau tidak mahu lagi mendengar perkataan papa... apa apa pun tolonglah bukakan pintu ni dulu...", pujuk faiz perlahan lahan. tidak lama kemudian pintu bilik tidur itu di buka orang. kelihatan jefri membuka pintu bilik tidurnya untuk papanya. faiz pun melangkah masuk ke dalam bilik tidur tersebut. jefri duduk di atas birai katilnya. perlahan lahan faiz duduk di sebelahnya. dia lihat anaknya masih marah. wajahnya sudah cukup menggambarkan perasaan marah yang di dalam dadanya.
"kenapa anak papa marah marah ni?"
"aku marah sebab papa dan mama ambik baby tu sebagai anak angkat yang baru... macamlah mama dan papa tak ada anak langsung..."
"jef... janganlah cakap macam tu... papa ambik baby tu sebagai anak angkat sebab papa kasihankan baby tu... buat pengetahuan kau baby tu papa jumpa dekat perdu pokok beringin sana tu. dia di tinggalkan keseorangan dalam keadaannya yang menangis kedinginan dan kelaparan... timbul pula rasa kasihan papa pada baby tu... kalau papa tidak bawa dia balik ke sini mungkin dia akan mati kedinginan atau mati kelaparan. tak pun dia akan mati di makan binatang... apabila papa memikirkan segala kemungkinan tu papa tidak sampai hati membiarkan dia terbaring di atas perdu pokok tu. jadi papa ambik dia dan terus bawa dia balik ke rumah ini..."
"tapi papa, takkanlah papa sanggup ambik baby yang di buang orang macam tu...."
"papa tahu kau tak sukakan baby ashriel tu tapi kasihanilah dia... berilah dia peluang untuk menikmati hidup ini seperti orang lain... apa apa pun papa nak kau terima baby tu sebagai adik kau yang baru...."
"no way... aku tak akan terima dia sebagai adik aku..."
"kenapa pula?"
"sebab aku tak sukakan dia..."
"suka atau tidak suka dia akan tetap menjadi adik kau... kau kena ingat tu..."
belum pun sempat jefri bersuara, "abang... jef... makanan tengahari sudah siap di hidangkan... mari kita makan sama sama...", kedengaran mardiah bersuara di ambang pintu bilik tidur tersebut. dia masih menggendong baby kecil itu. "oh... baiklah... mari kita pergi makan jef...", ajak faiz pada anak lelakinya itu. perlahan lahan jefri bangun lalu mengekori papa dan mamanya dari belakang.
sampai saja mereka sampai di ruang makan, mereka pun duduk di atas kerusi sambil menghadap makanan yang terhidang di atas meja. mereka mula makan sambil berbual bual dengan riangnya. hanya jefri seorang saja tidak bersuara ketika itu. dia memandang penuh kebencian pada bayi yang di gendong oleh mamanya saat itu. dia lihat ibu bapanya sibuk melayan karenah baby kecil yang asyik menangis itu sehinggakan dia merasa bahawa dirinya tidak wujud di depan mata orang tuanya saat itu. dia bangun lalu berlari meninggalkan ruang makan tersebut tanpa menghabiskan makanannya. "jef... jef....", faiz cuba memanggil anak lelakinya namun panggilannya tidak di endahkan. anak kecil itu terus berlari masuk ke dalam bilik tidurnya di tingkat atas. faiz dan isterinya hanya terpinga pinga di situ...
*** *** ***
"dia sudah sedarlah doktor wyeth....", kedengaran suatu suara bergema memecahkan kesunyian di bilik rawatan tersebut. doktor wyeth, maharaja zios dan juga kolonel reid pantas melangkah menuju ke arah azroy aka troy X1 yang baru saja di bedah otaknya sejam yang lalu. pandangan matanya kelihatan lemah dan tidak bermaya. mungkin dia masih 'blur' lagi saat itu. maklumlah dia baru saja menjalani pembedahan di otak untuk kali kedua. "kau sudah sedar?", soal doktor wyeth sebaik saja dia melihat manusia tersebut mula memandang ke arah mereka bertiga. "ya...", balasnya sepatah. "siapa nama kau?", soal doktor wyeth ingin tahu. "troy X1...", balasnya. "kau ialah sejenis....", belum pun sempat doktor wyeth menghabiskan perkataannya, "... robot model X1... first prototype artificial intelligent robotic technology....", potong troy X1. doktor wyeth tersenyum lebar. begitu juga dengan maharaja zios dan kolonel reid. "tugas kau ialah....", sekali lagi perkataan doktor wyeth di potong pantas oleh manusia tersebut. ".... menuruti perintah maharaja zios dan berkhidmat untuknya selama baginda memerlukan khidmatku...", potong troy X1 dengan pantas. selepas itu mereka bertiga melangkah meninggalkan ruangan itu.
"wah... nampak gayanya pembedahan kali ini berjaya sepenuhnya... syabas doktor wyeth sebab kau sudah berjaya mengawal pemikirannya sehinggakan dia mula menganggap yang dirinya ialah sejenis robot...", kata maharaja zios dengan gembiranya. "ya.... itu pun atas kebijaksanaan para saintis kita yang lain... apa apa pun aku gembira sebab semuanya berjalan dengan lancar...", balas doktor wyeth. "urm... bilakah dia akan di benarkan keluar dari bilik rawatan ni?... aku sudah tidak sabar lagi hendak melihat dia berkhidmat dalam bidang ketenteraan...", kata maharaja zios. "er.... buat masa ni dia tidak di benarkan keluar sebab aku hendak memantau kesihatannya selama beberapa bulan ni... manalah tahu ada kesan kesan penolakan akibat benda yang terpasang di otak dan tubuhnya... sudah tentu naya jadinya...", kata doktor wyeth dengan wajah yang serius. "okay... aku akan bagi dia masa untuk dia sesuaikan dirinya dengan semua besi yang terpasang dalam tubuhnya tu... aku harap selepas ni dia tidak lagi menimbulkan sebarang masalah...", kata maharaja zios. "harap harap macam itulah hendaknya....", balas doktor wyeth perlahan lahan.
*** *** ***
awal pagi lagi faiz dan isterinya sudah bangun. begitu juga dengan jefri. mereka menghantar jefri ke sekolahnya. kemudian mereka pergi ke JPN yang terdekat untuk mendaftarkan baby ashriel supaya dia mendapat surat beranaknya sendiri. faiz terpaksa berbohong pada pihak JPN yang anak itu di lahirkan di rumah sendiri ketika mereka bertanya tentang butiran kelahiran anak kecil tersebut. pada mulanya isteri dia merasa hairan juga sebab suaminya berbohong tapi bila faiz menyuruh dia berdiam diri dia pun terpaksa berdiam diri di tempat duduknya. setelah selesai mengisi borang pendaftaran yang di berikan mereka pun melangkah keluar dari pejabat JPN tersebut.
"kenapa abang berbohong semasa mendaftarkan baby ni?... abang cakap baby ni di lahirkan di rumah pula... kenapa tak cakap saja baby ni di jumpai di bawah pohon beringin?", soal mardiah sebaik saja mereka berada di luar pejabat JPN itu. "abang saja tak nak diorang tahu semua tu sebab kalau diorang tahu sudah tentu banyak masalah yang akan timbul...", kata faiz dengan wajah yang serius. "maksud abang?", soal mardiah. "maksud abang ialah mungkin mereka akan menyuruh kita buat laporan di balai polis sebab bayi ni di buang orang di bawah sebatang pokok beringin... tak pasal pasal pula ianya akan jadi kes polis... tentu banyak masalah akan timbul selepas itu...", terang faiz panjang lebar. "oh.... begitu....", mardiah mula mengangguk kepalanya tanda faham. perlahan lahan mereka melangkah masuk ke dalam kereta. faiz memasang enjin keretanya lalu dia mula memandu keretanya keluar dari kawasan pejabat JPN itu....
AUTHOR NOTE: this is going to be a slow update.... hope you all be patient with my story ya.... itu pun bagi orang yang betul betul nak baca cerita ni lah kan.... bagi yang tak nak baca tu sebab ianya lambat di update tu ya sudah anda boleh baca cerita orang lain....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro