Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 35

BAB 8

faiz meletakkan ashriel di atas kerusi yang ada di dalam spaceship tersebut. ashriel masih lagi menangis. "ash... tolonglah jangan menangis... pak cik nak bawa kau balik ke bumi...", faiz bersuara seraya memasang enjin spaceship tersebut. nasib baik dia ada belajar cara cara untuk memasang dan memandu spaceship itu dari maya sebelum ini. kalau tidak, tak tahu lagilah apa nak buat. perlahan lahan spaceshipnya mula bergerak meninggalkan bangunan bawah tanah tersebut. dia cuba fokuskan perhatiannya pada apa yang dia lakukan ketika itu. sebenarnya dia merasa sedikit terganggu dengan tangisan ashriel yang tidak henti hentinya menangis dari tadi. dia tahu ashriel pasti dahagakan susu emaknya tapi malang sekali dalam spaceship itu tak ada susu. lagi pula emaknya tidak ada lagi di situ. "kasihan kau, ash... tentu kau dahagakan susu emak kau...tapi tenanglah... jangan menangis...", faiz bersuara separuh memujuk. dia menepuk nepuk bahagian paha kiri baby kecil itu dengan tangannya. sementara tangan sebelahnya masih sibuk mengawal pemanduan spaceshipnya. tangisan ashriel semakin reda apabila paha kirinya di tepuk perlahan oleh faiz. dia seperti hendak tertidur pula. faiz masih menepuk nepuk bahagian paha bayi tu sehingga ianya terlelap di atas kerusi itu. rupa rupanya ashriel sangat suka apabila pahanya di tepuk orang. buktinya dia berhenti menangis dan mulai terlena di atas kerusi tersebut.

faiz kembali menumpukan perhatiannya ke arah pemanduannya. untuk mengelakkan dirinya di kesan dan di kejar oleh pihak tentera udara puak agfa dia pun terpaksa menggunakan turbo blast untuk meningkatkan kelajuan spaceshipnya. bagaikan pelesit spaceship tersebut meluncur laju membelah langit planet ferros menuju ke ruang angkasa yang gelap gulita. planet ferros sudah jauh di tinggalkan di belakang. faiz memandang wajah ashriel yang sedang tidur lena di atas kerusi di sebelahnya. wajah kecil itu mengingatkannya pada azroy rakan baiknya sendiri. "azroy.... maafkan aku sebab aku tidak dapat membelamu... aku terpaksa pergi sebab aku ingin melindungi anak kau, ash... apa apa pun aku berjanji akan menjaga anak kau macam anak aku sendiri... ini janjiku pada kau....", bisik faiz seorang diri. dia menaip perkataan galaksi bima sakti - earth di dalam arah destinasi kat atas papan kekunci spaceship tersebut. kemudian dia menekan auto-drive button kat atas papan kekunci spaceship itu. secara automatik spaceship itu mula meluncur ke galaksi bima sakti. dalam waktu yang sama ashriel terjaga dari tidurnya. dia mula menangis. faiz terpaksa bangun lalu cuba mendodoinya tapi ashriel masih juga menangis walaupun faiz sudah menepuk nepuk bahagian pahanya. faiz merasa susah hati. dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

ketika dia sedang berada di situ dia ternampak sebuah bekas yang berisi darah. mungkin itu ialah darah binatang milik salah seorang ahli tentera milik tentera puak massa yang tertinggal dalam spaceship tersebut. faiz berfikir seketika. "jikalau aku bagi ash minum darah tu dia okay ke? atau dia tak akan minum darah tu?", soal faiz dalam hatinya. takkanlah dia beri ashriel minum darah binatang pula sedangkan dia masih baby lagi. tapi takkanlah dia membiarkan bayi itu kelaparan dan menangis macam tu sepanjang perjalanan ke bumi?... mahu tidak mahu dia pun terpaksa memberikan ashriel sedikit darah binatang di hujung jari nya ke dalam mulut bayi tersebut. alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat ashriel begitu suka dengan darah binatang itu. dia menghisap darah binatang di hujung jarinya bagaikan menghisap susu pula. bila faiz melihat bayi itu sukakan darah binatang dia pun memberikannya minum darah itu dari feeding botolnya. bukan main gelojohnya ashriel menghisap darah binatang itu dari feeding botolnya. dia pun terus berhenti dari menangis. faiz hanya diam merenung wajah bayi yang baru berumur 4 bulan itu. "kasihan kau ash... kecil kecil lagi kau sudah kehilangan ayah dan emak kau...", bisik faiz sayu....

*** *** ***

maharaja zios segera di rawat dalam bilik rawatan. luka di lengan dan dadanya sudah di balut dengan kain perban. "tuanku, apa yang harus kami lakukan terhadap mantan maharaja dan permaisuri puak massa tu?", soal kolonel reid pada raja yang di sanjunginya itu. "kau suruh para saintis kita datang ke sini... aku nak mereka datang menghadapku....", kata maharaja zios dengan pantas. "baiklah tuanku...", kolonel reid segera beredar dari situ. tidak lama kemudian muncullah beberapa orang ahli saintis puak agfa di situ. "tuanku memanggil kami?", soal salah seorang ahli saintis yang berdiri depan matanya. "ya... aku nak korang dengar sini baik-baik... aku nak korang menjalankan pembedahan ke atas manusia tu supaya dia menjadi manusia separa robotic. kalau boleh aku nak korang modified bahagian otak manusia tu supaya memorynya kosong dan dia tidak ingat apa apa... aku nak dia menuruti apa yang aku perintahkan... aku nak dia jadi prototype pertama manusia yang menggunakan teknologi baru berasaskan organ separa robotic. jika semuanya ini berjaya aku akan lantik dia menjadi jeneral perang manusia yang akan memimpin angkatan tenteraku di masa yang akan datang....", kata maharaja zios. "maksud tuanku, kami mesti mengubah manusia tu menjadi seperti robot?", soal salah seorang ahli saintis di situ. "bukan robot seratus peratus, doctor wyeth tapi aku nak dia menjadi seorang manusia yang mempunyai organ separuh robotic... got it?", soal maharaja zios dengan wajah yang serius. "okay, we've got it... kami janji akan buat seperti mana yang tuanku perintahkan...", balas ahli saintis bernama doctor wyeth itu. Selepas itu mereka beredar dari situ. "tuanku bagaimana pula dengan mantan permaisuri puak massa tu?", soal kolonel reid ingin tahu. "masukkan dia ke dalam bilik beraduku... aku nak jadikan dia gundikku yang baru...", kata maharaja zios sambil tersenyum lebar. "menjunjung perintah, tuanku...", kolonel reid segera beredar dari situ.

maya di masukkan ke dalam sebuah bilik yang terdapat di dalam mothership tersebut. maya yang masih dalam keadaan lumpuh itu tidak dapat berbuat apa apa. dia hanya berbaring di atas katil dalam keadaan yang tidak berdaya. tidak lama kemudian muncul pula seseorang dalam bilik tersebut. kelihatan maharaja zios melangkah menghampirinya dengan senyum jahat terukir di bibirnya. "hai sayang... dah lama ke sayang tunggu kekanda ni? oh... maaflah kekanda tengah di rawat tadi... sekarang kekanda dah okay dah... apa apa pun kekanda sudah tidak sabar lagi untuk menikmati tubuh sayang yang cantik dan gebu tu...", kata maharaja zios seraya duduk di birai katil yang lembut itu. maya merasa tidak keruan sebaik saja maharaja zios mula menyentuh tubuhnya. dalam waktu yang sama jari tangan dan jari kakinya mula bergerak gerak. maya berusaha untuk menggerakkan seluruh tubuhnya. akhirnya seluruh tubuhnya mulai bergerak. dia pun terus menyepak wajah maharaja zios dengan kaki kirinya. terus terjatuh maharaja zios di buatnya. "celaka betul kau ni... berani beraninya kau menyepak wajah aku dengan kaki kau... siaplah kau aku kerjakan...", maharaja zios bersuara dengan nada suara yang marah. maya tidak mengendahkannya. malah dia cuba untuk melarikan diri dari situ. maharaja zios pantas meraih lengan kiri wanita tersebut dan di cengkamnya lengan wanita itu dengan kuat sekali. "oh... lepaskan aku bangsat....", bentak maya sambil cuba melepaskan lengannya dari tangan sasa maharaja zios namun rayuannya tidak di endahkan. malah dia di tarik lalu tubuhnya di tolak dengan kasar ke atas katil yang empuk itu. "ke mana kau nak pergi hah?... kau harus melayaniku sebab aku ialah tuan baru kau... kau sekarang sudah jadi gundik aku...", perintah maharaja zios dengan kasar sekali.

"jangan haraplah aku akan melayan kau... puiii!....", maya bersuara lalu meludah tepat ke wajah maharaja zios. perlahan lahan maharaja zios mengelap kesan air ludahan wanita itu dari atas wajahnya dengan lengan bajunya sendiri. "sialan betul... berani betul kau meludah kat atas wajah aku ni... celaka punya betina... paaaakkkk!!!!....", serentak dengan itu sebuah tamparan melayang ke atas pipi maya. "ouwwwhhh....", maya menjerit kesakitan. "sebenarnya aku tak suka berkasar dengan perempuan tapi memandangkan kau ni begitu leceh orangnya maka aku terpaksa berkasar dengan kau...", kata maharaja zios dengan wajah yang serius. "whatever you bastard...", balas maya cukup marah. dia cuba bangun tapi dia di tindih oleh maharaja zios dengan tubuhnya yang berat itu. "hey!... lepaskan aku!... lepaskan aku!...", jerit maya tapi maharaja zios tidak peduli pada suara jeritan wanita tersebut. malah dia ingin mengucup bibir maya pula. maya dengan sengajanya menyepak di celah kelangkang lelaki itu sehingga dia menjerit kesakitan. maya dengan pantas menolak dada maharaja zios dengan sekuat hatinya. maharaja zios terjatuh lalu terbaring di sebelahnya. dia mengerang kesakitan. maya mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri dari situ. dia pantas menekan butang punat 'open' di pintu bilik tersebut. perlahan lahan pintu itu terbuka secara menggelongsor ke tepi. dengan sepantas kilat maya berlari keluar dari situ. maharaja zios segera mengejarnya dari belakang. salah seorang tentera puak agfa yang berdiri tidak jauh dari situ terpandang akan kelibat maya. dia fikir tentu maya ingin melarikan diri dari situ lalu dia pun menembak wanita tersebut dengan gunstem di tangannya. maya terjatuh lalu terbaring di atas lantai. dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ juga...

sementara itu kelihatan azroy di bawa ke dalam sebuah bilik rawatan yang ada peralatan medical yang lengkap. dia masih tidak sedarkan diri akibat pinggang kirinya yang cedera parah. para doktor dan ahli saintis bekerjasama dalam merawat manusia itu. mereka menjahit bahagian pinggang kiri azroy yang cedera akibat tusukan swordfore milik maharaja zios sebentar tadi. setelah lukanya siap di jahit, mereka pun mula menyuntik sejenis ubat pelali di dalam tubuh azroy supaya dia tidak sedar dalam jangka waktu yang lama. mereka ingin melakukan pembedahan ke atas otak manusia itu. otak azroy akan di letakkan sejenis mikrochip intelligent yang akan mengawal pemikiran azroy dan sekali gus menghilangkan semua memory lama dalam otaknya. setelah pembedahan di otak manusia itu berjaya di lakukan, mereka mula melakukan pembedahan di bahagian anggota tubuh azroy yang lain. mereka ingin menjadikan azroy seorang manusia yang berorgankan separa robotic. jika pembedahan ini berjaya dan tubuh azroy dapat menerima organ separa robotic tersebut maka azroylah manusia pertama menggunakan teknologi robotic mereka....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro