Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 34

azroy menunggu ketibaan maharaja zios di depan kubu pertahanan puak massa. kelihatan begitu ramai puak massa berdiri di atas benteng pertahanan. mereka ingin menyaksikan pertarungan itu. semua tentera puak agfa turut berdiri tidak jauh dari situ. masing masing tidak sabar lagi nak menyaksikan pertarungan itu. tidak lama kemudian kelihatan maharaja zios muncul dalam mothershipnya dengan di iringi cahaya yang sangat terang. di belakangnya kelihatan kolonel reid sedang mencengkam erat tubuh maya dari belakang. manakala dia meletakkan swordfore di bawah leher wanita tersebut. mereka melangkah menuju ke arah azroy yang sedang berdiri di situ. "baiklah... mari kita bertarung...", kata azroy. dia mula membuka langkahnya. begitu juga dengan maharaja zios. azroy mula berlari menuju ke arah maharaja zios. begitu juga dengan maharaja zios. "prenggg!!!...", kedengaran bunyi swordfore masing masing berlaga sebaik saja mereka bertembung di situ. mereka mula melibaskan swordfore di tangan masing masing menuju ke sasarannya. azroy pantas mengelak. begitu juga dengan maharaja zios. masing masing bertarung tanpa henti. setelah beberapa minit berlalu, "zusss!!!....", kedengaran azroy melibaskan swordforenya ke arah maharaja zios. "arghhhh....", maharaja zios mengerang kesakitan sebaik saja lengan kirinya terkena libasan swordfore milik azroy. lengan kirinya berdarah akibat terkena libasan swordfore azroy. darah hitam mengalir perlahan membasahi tanah. "celaka kau... sakit betul lengan aku kau buat...", gumam maharaja zios dalam kesakitan. wajahnya berkeriut menahan kesakitan yang di alaminya. azroy tersenyum sinis apabila dia melihat makhluk asing tersebut mengerang kesakitan. "padan muka kau...", azroy bersuara dengan sinis. maharaja zios menggetapkan giginya menahan kemarahan di dalam dadanya. dia segera menerkam ke arah azroy lalu dia cuba menikam manusia itu. namun azroy sempat mengelak. dia terus melibas swordforenya ke arah maharaja zios. ianya mengenai sasaran. "arrggghhhh....", sekali lagi maharaja zios mengerang kesakitan.

kali ini dadanya terkena libasan swordfore milik azroy. darah hitam mula keluar dari celah celah baju perangnya. "lebih baik kau menyerah kalah sebelum aku bunuh kau dengan swordfore aku ini...", ucap azroy dengan wajah yang serius. dia memandang wajah maharaja zios dengan pandangan mata yang penuh dengan kegeraman. "tidak... aku tidak akan menyerah kalah... aku tak akan kalah di tangan manusia seperti kau...", balas maharaja zios secara perlahan lahan. dia memandang wajah azroy dengan wajah yang berkeriut menahan kesakitan. "whatever... tapi kalau kau kehabisan darah kelak kau akan mati juga... tengok tu... darah kau begitu banyak keluar mengalir dari tubuh kau...", kata azroy dengan suara yang selamba. tanpa mempedulikan perkataan manusia itu dia terus menerkam ke arah azroy. cepat cepat azroy mengelak dari serangannya. dia ingin menikam maharaja zios dengan swordforenya tapi maharaja zios segera menyepak tangannya. swordfore di tangan azroy terjatuh di atas tanah. azroy segera mengambil swordforenya. ketika dia sedang tunduk mengambil swordfore miliknya tiba tiba saja maharaja zios menusuk belakang tengkuk azroy dengan picagari di tangannya. azroy terus terjatuh di atas tanah akibat terkena suntikan yang melumpuhkan itu. seluruh tubuhnya lumpuh secara tiba tiba. dia langsung tidak dapat bergerak lagi. dia terbaring di atas tanah seperti mayat yang kaku. hanya bebola matanya saja yang bergerak gerak memerhatikan maharaja zios. "hahahaha... baru padan muka kau... akhirnya kau tidak dapat berbuat apa apa lagi... sekarang aku akan jadi raja di planet ini.... hahahahhaa...", kata maharaja zios sambil ketawa besar. semua puak massa yang menyaksikan pertarungan itu merasa sungguh terkejut sebaik saja mereka melihat raja mereka lumpuh seluruh badan secara tiba tiba. dengan senyum jahatnya maharaja zios pantas menikam bahagian pinggang kanan azroy sehingga dia terkulai layu di atas tanah.

"azroyyy!!!!!.... oh... tiidaakkkk!!!!...", jerit maya histeria. dia segera menggigit lengan kiri kolonel reid sehingga makhluk tersebut mengerang kesakitan. "arrgggghhhh...", kolonel reid terpaksa melepaskan maya dari cengkaman tangannya. tangannya terasa sakit akibat di gigit oleh wanita itu. maya pantas berlari menuju ke arah suaminya yang terbaring di atas tanah. "abang!... abang tak apa apa kan?", soal maya sambil memegang tubuh suaminya. ketika itu azroy sudah tidak dapat bersuara lagi selain daripada memandang wajah isterinya dengan airmata yang mengalir di pipinya. darah merah mengalir keluar dari pinggang kanannya. tidak lama kemudian matanya mula tertutup rapat. "abang... abang... tolong jangan tinggalkan maya.... abang!....", maya menangis kesedihan. "sudahlah tu wahai mayaku sayang... kau akan jadi milikku buat selama lamanya....", kata maharaja zios sambil ketawa dengan sadisnya. "jangan haraplah aku akan jadi milik kau... aku akan bertarung dengan kau dan aku akan pastikan yang kau akan mati di tanganku..", ucap maya dengan suara yang marah. dia bangun lalu dia menghunuskan swordfore di tangannya ke arah maharaja zios. "as your wish...", maharaja zios kembali memegang swordforenya. namun dalam pada itu dia sempat juga memberi isyarat pada kolonel reid supaya menyerang maya dari belakang. tanpa di sedari oleh maya kelihatan kolonel reid sudah bersedia menyerangnya dari belakang dengan picagari di tangannya. sekali dia tusuk hujung jarum picagari di belakang maya, terus saja maya terjatuh di atas tanah. maya tidak dapat berbuat apa apa lagi. tubuhnya lumpuh secara mendadak. "pengawal... cepat bawa tubuh maharaja azroy dengan permaisurinya ke dalam kapal induk kita...", perintah maharaja zios pada para pengawalnya. mereka pun segera mengangkat tubuh azroy dan juga maya di dalam kayu usungan di tangan. mereka cepat cepat membawa azroy dan maya masuk ke dalam kapal induk yang terletak di atas langit itu.

"wahai... puak massa... dengar sini baik baik... raja dan permaisuri korang sudah tewas di tangan aku... so ini bermakna akulah raja korang sekarang.... jadi korang harus tunduk pada perintahku... jikalau korang tidak mahu menuruti perintahku ataupun korang cuba melarikan diri daripadaku, aku akan menyuruh tentera aku menangkap korang dan masukkan korang dalam penjara buat selama lamanya....", kata maharaja zios dengan suara yang lantang. semua puak massa yang sedang berdiri di situ diam membisu. "hidup maharaja zios!... hidup maharaja zios!... hidup maharaja zios....", laung semua puak agfa yang ada di situ. faiz, pyros dan kapten sharp merasa sungguh terkejut sebaik saja mereka melihat semuanya itu. mereka tidak menyangka yang azroy dan isterinya tewas di tangan maharaja zios. "sial betul maharaja zios tu... biar aku pergi menentang maharaja celaka tu...", kata faiz seraya memegang swordfore miliknya tapi dia di tahan oleh pyros. "jangan... itu sangat merbahaya... sebaiknya kau bawa balik ashriel ke planet bumi. mungkin di sana dia akan selamat.... bila ashriel sudah cukup dewasa kelak, aku dan kapten sharp akan datang ke planet bumi untuk mengajar dia ilmu mempertahankan diri dan sebagainya. buat masa ni lebih korang bersiap untuk pergi ke planet bumi...", kata pyros dengan wajah yang serius. "tapi...", kata kata faiz terus di potong pantas oleh pyros. "cepat!... pergi sekarang...", perintah pyros. mahu tidak mahu faiz terpaksa berlari menuju ke bilik ashriel. dia terus mengangkat ashriel yang sedang menangis di dalam buaiannya. faiz segera melarikan diri melalui terowong rahsia yang ada di bawah istana tersebut. ashriel menangis dan terus menangis. dia macam tahu saja yang ayah dan emaknya sudah tidak ada lagi di sisinya. "shhhh... tolong diam ash... tolong jangan menangis...", bisik faiz seraya menggendong anak kecil tersebut. dia berlari pantas bagaikan pelesit. tidak lama kemudian dia berada jauh dari istana puak massa. dia pantas naik ke dalam kenderaan terbang yang ada di situ. dia memandu kenderaan terbang itu menuju ke arah kawasan perlombongan yang terbiar tidak jauh dari situ. sebaik saja dia tiba di kawasan perlombongan tersebut dia pun terus memandu masuk kenderaan terbangnya menuju ke dalam bangunan bawah tanah melalui pintu besar yang masih ternganga luas itu. dia pantas melangkah keluar dari dalam kenderaan terbang tersebut dengan menggendong ashriel yang masih menangis pilu. dia memerhatikan spaceship yang ada di depan matanya saat itu. tanpa berlengah lagi dia pun terus masuk ke dalam spaceship tersebut...

AUTHOR NOTE: mizz akan cuba update cerita ni as soon as possible. itu pun jikalau mizz ada idealah kan... kalau belum ada idea tak adalah update jawapnya. apa apa pun mizz still working on it.... mizz akan sedaya upaya menghabiskan cerita ni... urm... maybe in 100 or more pages like this tapi tengoklah macamana....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro