Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 31

"perhatian semua... pihak musuh menghampiri tempat ini... sila bersiap sedia untuk bertempur dengan pihak musuh!!!!...", kedengaran suara maya di corong suara. kapten sharp terjaga sebaik saja dia terdengar bunyi siren kecemasan itu. dia segera bersiap dengan membawa swordfore, boomster dan gunstem di tangannya. dia melangkah keluar dari rumah kontenanya. dia berjalan menuju ke kereta kebalnya. semua ahli tentera puak massa berlari keluar dari rumah masing masing. mereka membawa bersama senjata masing masing lalu berlari menuju ke benteng kubu pertahanan. mereka menanti ketibaan musuh sambil memegang erat gunstem di tangan masing masing. ada juga ahli tentera yang sudah masuk ke dalam kereta kebal yang ada di situ. azroy sudah lama menanti di atas benteng kubu pertahanan tersebut. dia memerhatikan semua bala tenteranya mengambil tempat masing masing. sementara itu kelihatan faiz tergesa gesa menekan punat siren kecemasan sebaik saja dia melihat ada dot dot kecil muncul di dalam monitor radar yang terdapat di dalam bilik kawalan tersebut. tahulah faiz bahawa ada kapal musuh menghala ke arah mereka. dia pun terus menyuruh semua tentera udara puak massa agar bersiap sedia menghadapi kemunculan pihak musuh di planet tersebut. mereka semua segera masuk ke dalam kapal perang masing masing sebaik saja mereka mendengar arahan dari faiz. semua enjin jet pejuang di hidupkan secara serentak. pintu besar yang terletak di atas bangunan bawah tanah itu terbuka secara perlahan lahan. satu demi satu kapal jet pejuang meninggalkan bangunan bawah tanah tersebut. Mereka meluncur laju menuju ke arah istana lama di pulau michigon. mereka kini sudah bersiap sedia untuk menghadapi pertempuran dengan pihak musuh. mereka cuma menunggu arahan dari raja mereka iaitu azroy....

azroy mendongakkan wajahnya. dia memandang ke arah kapal piring terbang yang besar itu. ianya di kelilingi oleh beratus ratus kapal perang kecil. memang benar apa yang di katakan oleh pyros. maharaja zios datang untuk menjajahi planet ferros dengan membawa bala tentera yang banyak. dia lihat pintu bawah kapal piring terbang itu terbuka luas. satu cahaya terpancar keluar dan dia lihat begitu banyak ahli tentera puak agfa turun melalui cahaya tersebut. semua mereka lengkap bersenjata. mereka berdiri di kejauhan sambil mengepung kubu pertahanan puak massa. mereka memandang ke arah kubu pertahanan sambil menggenggam erat senjata di tangan. azroy lihat kelihatan maharaja zios turun dari kapal piring terbang itu melalui cahaya yang terpancar itu. dia memandang ke arah istana yang tersergam megah tidak jauh dari situ. dari jauh lagi dia dapat lihat seorang manusia sedang berdiri di atas benteng kubu pertahanan puak massa. kalau tidak salah itulah manusia yang pernah menentangnya sebelum ini. "heyyy!!... manusia!!...... kenapa kau berdiri kat atas benteng kubu pertahanan puak massa tu, hah?... kau nak mati bersama dengan puak massa tu juga ke, hah?", laung maharaja zios dengan wajah yang garang sekali. "tak semestinya aku akan mati wahai maharaja zios... aku akan berjuang habis habisan demi menjaga keamanan di planet ini...", kata azroy dengan tegas. "kau fikir kau tu siapa, hah?... kau cuma seorang manusia biasa yang terpaksa menumpang di planet ini setelah di culik... kau bukannya berasal dari planet ni pun. jadi kenapa kau bersusah payah membela puak massa dan planet ini pula?...", soal maharaja zios separuh bengang. "sebab aku sudah di tabalkan menjadi seorang raja di planet ini... so secara automatik aku mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keamanan di planet ini...", jelas azroy dengan pantas. "apa?... kau sudah di tabalkan menjadi seorang raja?... raja kepada puak massa?", soal maharaja zios terkejut. "ya...", balas azroy sepatah. "hahahahaha.... this is ridiculous... takkanlah seorang manusia boleh memimpin makhluk asing seperti puak massa yang bodoh tu...", tawa maharaja zios dengan sadisnya. "jangan cakap macam tu maharaja zios... sebodoh bodoh puak massa pun mereka takkan benarkan kau memerintah planet mereka dengan begitu saja...", bentak azroy dengan lantang sekali. "apa apa ajelah... yang penting aku dapat menjajah planet ni dengan rakyatnya sekali. biar kau dan puak massa menjadi hamba abdi aku buat selama lamanya... hahahahaha...", tawa maharaja zios sambil ketawa dengan sadisnya.

"jangan mimpilah kau akan dapat memerintah di planet ferros ni... aku akan pasti kan yang kau akan mati di tanganku...", balas azroy. "whatever... Serang merekaaaa!!!!!!....", laung maharaja zios. dia berlari menuju ke arah kubu pertahanan puak massa dengan swordfore terhunus di tangannya. semua bala tenteranya yang lain pun turut berlari di belakangnya. "seranggg!!!!!....", laung azroy dengan kuat. dia berlari menuju ke arah tentera puak agfa. bala tenteranya yang lain turut berbuat demikian.beberapa ahli tentera puak agfa terjerumus jatuh ke dalam lubang perangkap yang sedia ada di situ. ramai di antara mereka terperangkap di dalam lubang yang dalam itu. azroy berlari lalu bertembung dengan maharaja zios. "prenggg!!!...", kedengaran bunyi swordfore mereka berlaga sebaik saja mereka bertembung di situ. mereka saling berbalas pandangan dengan penuh kebencian. selepas itu mereka mula bertempur di situ. maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. semua tentera puak agfa dan puak massa saling tumbuk menumbuk, tikam menikam, tembak menembak dan bunuh membunuh. begitu juga dengan ahli tentera di udara. mereka saling berbalas tembakan melalui shooter di jet pejuang masing masing. tak cukup dengan itu mereka menggunakan bom roket untuk memusnahkan kapal perang pihak musuh. faizlah orang yang bertanggungjawab mengetuai pasukan tentera udara tersebut. matanya kini tertumpu ke arah kapal piring terbang raksasa milik maharaja zios. dia fikir lebih baik dia letupkan saja kapal piring terbang itu. dia mula menetapkan sasaran bom roketnya ke arah kapal piring terbang itu. sebaik saja dia berjaya menetapkan haluan bom roketnya, dia pun terus menekan punat bom roket jet pejuangnya. sekali tekan saja bom roketnya meluncur laju menuju ke arah sasarannya tapi alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat kapal piring terbang tersebut masih kelihatan utuh dan tidak apa apa. "sudah tentu kapal piring terbang itu di lindungi dengan sistem kebalnya... lebih baik aku cari jalan lain untuk memusnahkan kapal piring terbang induk tu....", bisik hati kecil faiz.

ketika dia sedang berfikir tiba tiba saja dia lihat ada sebuah jet pejuang mengejarnya dari belakang. mahu tidak mahu faiz terpaksa menerbangkan jet pejuangnya ke udara. keadaan bertambah mencemaskan bila jet pejuang pihak musuh mula menembak ke arah jet pejuangnya. dia terpaksa terbang dengan lebih laju lagi. "oh... shit!!.... dia nak tembak aku pula... aku kena serang balik ni...", faiz bersuara seorang diri. dia lihat ada gunung ganang yang tinggi tidak jauh dari situ. dia terus menjunam ke celah gunung ganang yang curam itu. jet pejuang pihak musuh masih lagi mengejarnya dari belakang. faiz segera menerbangkan kapal jet pejuangnya di celah celah gunung ganang yang curam dan sempit itu. dia dengan sengajanya menerbangkan jet pejuangnya di celah batu batuan gunung yang sempit itu dengan kelajuan yang maksimum. jet pejuang pihak musuh terpaksa terbang menyelit di celah batu batuan gunung tersebut. "hm... dia terlepas halangan pertama... baiklah, biar aku akan bawa kau masuk celah celah batu batuan yang lebih sempit lagi....", kata faiz seorang diri. dia memandu jet pejuangnya menuju ke arah batu batuan gunung yang lebih sempit lagi. dia segera menyelitkan kapal jet pejuangnya di celah batu batuan tersebut. dia berjaya menyelitkan jet pejuangnya tapi malang sekali bagi jet pejuang musuh. bahagian hujung sayap kirinya bergesel dengan batu batuan yang terjal. ini menyebabkan hujung sayap kirinya hangus terbakar akibat bergeselan dengan batu batuan di situ. faiz tersenyum sendirian apabila dia melihat hujung sayap kiri jet pejuang pihak musuh di jilat api. walaupun begitu jet pejuang tersebut masih mengejarnya dari belakang sambil menembak ke arahnya. "oh... kau masih nak lawan dengan aku, eh?... baiklah... tunggu pembalasan dari aku...", ucap faiz separuh geram. dia segera menerbangkan jet pejuangnya dengan laju menuju ke udara. jet pejuangnya mula terbang menghala ke arah langit yang tinggi. sebaik saja dia melihat kapal jet pejuang musuh berada di belakangnya dia pun segera memusingkan jet pejuangnya dari depan ke belakang. dengan sekali pusing saja dia kini berada di belakang jet pejuang musuh. "sekarang tiba giliran aku pula yang balas dendam.... terimalah pembalasan dariku wahai makhluk asing yang tak guna...", bisik faiz dengan geramnya. dengan sepantas kilat dia mula menembak bahagian belakang kapal jet pejuang tersebut bertalu talu sehingga ianya meletup di udara, "kaaboooommmm!!!!....", faiz tersenyum lebar sebaik saja dia berjaya menembak kapal jet pejuang musuh sehingga musnah dalam sekelip mata. dia kembali semula menuju ke kapal piring terbang yang besar itu. dia ingin memusnahkan kapal piring terbang makhluk asing tersebut...

AUTHOR NOTE: benci betul mizz... dari semalam mizz cuba update cerita ni masih juga belum berjaya di publish kan. asyik asyik lekat dalam draft aje. penat penat je tekan publish button tapi sekali tengok masih dalam draft. cilanat betul....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro