Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 28

tidak lama kemudian raider pun datang menemui azroy dan faiz di situ. mereka mula berbincang tentang jet pejuang dan spaceship yang proses pembinaannya terbengkalai tempohari. menurut kata raider, dia dan kawan kawannya boleh buat kerja pemasangan jet pejuang dan spaceship tersebut tapi masalahnya sekarang mereka perlukan lebih banyak pekerja untuk siapkannya. setelah berbincang secara saksama akhirnya azroy mengambil keputusan untuk membincangkan perkara ni pada semua rakyat jelata puak massa bagi mendapatkan kata putus yang muktamad. keesokan harinya azroy menyuruh orang bawahannya untuk memberitahu pada semua puak massa supaya mereka datang ke istana dengan segera bagi membincangkan perkara yang penting. tidak lama kemudian istana itu di penuhi dengan kehadiran puak massa dari kecil sehinggalah yang dewasa. semuanya datang berduyun duyun untuk mendengar apa yang raja mereka ingin sampaikan kepada mereka pagi itu. azroy sedang bersarapan pagi dengan faiz, isteri dan anak lelakinya, ashriel. "semua puak massa sudah datang, tuanku....", begitu kata lelaki suruhan yang menghampirinya. "suruh mereka berkumpul kat situ...", balas azroy dengan wajah yang selamba. setelah siap bersarapan pagi dia pun bangun dari tempat duduknya.

dia melangkah menuju ke ruang yang kini di penuhi oleh puak massa. dia berdiri di hadapan mereka semua. "perhatian semua... sebelum aku memulakan bicara aku minta maaf pada korang semua sebab aku tidak pandai berbicara dalam bahasa diraja terutamanya apabila aku membahasakan diri aku sebagai 'beta'... maklumlah aku bukannya seorang yang berasal dari keluarga diraja. jadi aku lebih selesa jikalau aku menggunakan perkataan aku dan kau bila berbicara dan satu lagi yang ingin aku bicarakan pada korang semua, tolong jangan panggil aku dengan panggilan 'maharaja' dan tak payahlah korang ber'tuanku' dengan aku sebab aku merasa kekok dengan semua tu... aku minta pada korang semua supaya korang berbicara dengan aku sama seperti korang berbicara dengan kawan kawan korang sendiri.... boleh kan?", ucap azroy tapi salah seorang daripada puak massa di situ segera mengangkat tangannya. "maaf... kami sudah biasa berbicara dengan raja kami menggunakan bahasa diraja. jadi tak baik rasanya jikalau kami berbicara dengan tuanku seperti kami berbicara dengan kawan kawan kami sendiri. nampak sangat kami tidak menghormati tuanku sebagai seorang raja...", balas makhluk yang berambut ikal itu. "ya... aku tahu korang sudah biasa menggunakan bahasa diraja bila korang berbicara dengan raja korang tapi aku lebih suka jikalau korang berbicara dengan aku sama seperti korang berbicara dengan kawannya sendiri. Dalam erti kata yang lain aku nak korang anggap aku macam kawan korang sendiri sebab itulah aku menyuruh korang berbicara tak formal dengan aku supaya senang kita berbicara... korang setuju tak dengan saranan aku ni?", soal azroy. semua mereka diam membisu. "alah!... korang cakaplah setuju... aku merasa kekoklah jikalau korang terus menerus berbahasa diraja dengan aku...", kata azroy berterus terang. tiba tiba maya tampil ke depan. "saudara saudari sekalian, tolong berikan sedikit kelonggaran pada suami aku sebab dia baru saja di tabalkan menjadi raja. jadi dia merasa kekok apabila saudara sekalian asyik berbicara dalam bahasa diraja dengannya. kita ikut saja saranannya dulu. bila dia dah dapat sesuaikan diri dan dia tidak lagi merasa kekok dengan kehidupannya sebagai seorang raja barulah kita berbahasa diraja dengannya...", kata maya bagi mewakili suaminya. "baiklah...", balas beberapa makhluk puak massa yang sedang berdiri di situ. azroy menarik nafas lega. "terima kasih maya sebab kau tolong abang tadi...", bisik azroy di telinga isterinya. "sama sama...", bisik maya sambil tersenyum lebar.

"baiklah... tujuan aku memanggil korang datang ke sini ialah aku nak korang berbincang dengan perancangan kita menghadapi serangan dari pihak musuh. menurut kata pyros maharaja zios dan bala tenteranya akan datang menyerang planet ferros ni tapi kita tidak tahu bilakah masa dia melancarkan serangan ke atas planet ini... so sebelum dia melancarkan serangannya lebih baik kita bersiap sedia untuk menghadapi serangannya...", kata azroy. "apa perancangan yang kau maksudkan tu?", soal cruz yang sedang berdiri tidak jauh dari situ. dia berdiri sambil berpeluk tubuh. "begini, maharaja zios dan bala tenteranya ada membina beberapa buah jet pejuang dan spaceship untuk pergi berperang tapi mereka tidak sempat siapkan pembinaan kapal perang tu semua sebab kita menyerang mereka secara mendadak. menurut kata raider, semua kapal perang dan spaceship tu masih berada di bawah tanah dekat dengan tempat di mana mereka berkubu tempohari. kalau tidak silap ianya terletak di kawasan perlombongan di jalan batuta....", kata azroy sambil menunjukkan peta yang di pegang oleh faiz. berpasang pasang mata kini tertumpu ke arah peta tersebut. "so... apa yang kau ingin kami lakukan?", soal dr.dred ingin tahu. "macam ni... aku nak korang semua bantu raider dan kawan kawannya dalam mempersiapkan kerja pemasangan kapal perang tu dengan secepat mungkin. yang lain tu pula aku nak korang buat kubu pertahanan yang cukup kukuh di sekeliling kawasan istana dan penempatan kita supaya bila pihak musuh datang menyerang kita kat sini, kita sudah ada kubu pertahanan kita sendiri...", kata azroy panjang lebar. "kalau tentang tu kami siap melakukannya... cuma bagaimana dengan persediaan senjata pula? semuanya mencukupi ke?", soal dazz bapa saudara maya. "tentang senjata tu mungkin ada kurang sedikit... aku....", belum sempat azroy menghabiskan perkataannya salah seorang puak massa di situ mengangkat tangannya. "er... maaf kerana menyampuk... semalam aku terjumpa sebuah kenderaan terbang yang terkandas di tepi jalan hazel. di dalam kenderaan tu terdapat begitu banyak senjata yang masih boleh di gunakan... contohnya boomstoll, boomster, swordfore dan senjata lain pun ada di situ.... aku fikir mungkin semua senjata tu ialah milik puak agfa yang tertinggal. ianya tidak sempat di bawa ke menara kawalan...", sampuk lelaki yang bernama raven itu. "okay... thats a good... sekurang kurangnya kita tidak lagi kekurangan senjata. apa apa pun aku nak kau uruskan tentang semua senjata yang tertinggal dalam kenderaan terbang tu. kalau boleh aku nak korang bawa semua bawa senjata tu ke istana ni...", kata azroy. "baiklah tuanku... eh... maaf, salah sebut pula...", balas lelaki bernama raven itu. semua yang lain ketawa apabila dia memanggil azroy dengan panggilan tuanku. azroy hanya tersenyum saja padanya.

perbincangan di antara mereka berjalan dengan lancarnya. mereka bersurai sebaik saja mereka menerima tugasan yang di berikan oleh azroy. mulai dari hari itu mereka sibuk dengan pekerjaan masing masing. ada yang sibuk buat pemasangan kapal perang dan spaceship di bawah tanah. ada yang sibuk membaiki kereta kebal dan kenderaan terbang yang rosak dan ada juga yang sibuk buat kubu pertahanan di sekeliling istana dan penempatan yang baru itu. mereka bekerjasama dalam menyiapkan semua pekerjaan. kadangkala azroy turut bekerjasama dengan rakyat puak massa bagi menyiapkan tugasan mereka. ini membuatkan mereka sangat senang dengan azroy. bagi mereka azroy seorang raja yang baik hati dan peramah. tidak seperti maharaja jedd mantan raja mereka yang terdahulu. dahlah dia terlalu sombong, kurang ajar pula tu. mungkin sebab itulah maharaja zios menyerang planet ferros kerana maharaja jedd tidak menghormatinya. apa apa pun itu cerita lama. tampuk pemerintahan kini berada di tangan azroy. maka bermulalah sejarah di mana seorang manusia menjadi raja yang memerintah makhluk asing....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro