Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 24

"okay, sebelum tentera puak agfa datang ke sini aku nak korang semua letakkan boomstoll di setiap penjuru yang terselindung. setelah tu kita keluar dari tempat ni...", kata azroy. "sebaiknya biar aku yang menjadi umpan pihak musuh supaya mereka masuk ke dalam markas bawah tanah ni...", kata faiz pula. "maksud kau?", soal azroy sambil memandang wajah rakannya itu. "maksud aku macam ni aku akan tarik perhatian mereka sehingga mereka masuk ke dalam markas bawah tanah ni sementara korang pula terus pergi ke kubu pertahanan mereka... bila mereka masuk ke dalam markas bawah tanah ni aku akan berlari keluar dengan pantasnya dari markas ni and then tekan punat control boomstoll sehingga ianya meletup secara serentak. dengan itu pihak musuh akan mati kena boom dalam markas bawah tanah ni...", terang faiz dengan penuh semangat. "hm... good idea... tapi siapa yang akan menjadi ketua dalam kumpulan 3 semasa ketiadaan kau?", soal faiz. "aku... aku akan ambil alih tugas sebagai ketua kumpulan...", kata salah seorang daripada kumpulan 3. "maaf... siapa nama kau?", soal azroy ingin tahu. "raven....", balas lelaki tersebut. "okay... raven kau dah tahu apa yang harus kau lakukan, bukan?", soal faiz ingin tahu. "tahu...", balas raven sepatah. "okay, kalau macam tu mari kita pergi ke kenderaan terbang sekarang juga...", perintah azroy. dengan pantas mereka semua beredar dari situ. azroy menghampiri rakannya faiz. "kau yakin ke yang kau takkan apa apa nanti?", soal azroy pada rakannya itu. "jangan bimbang... aku takkan apa apa....", balas faiz. "okay... take care of yourself...", ucap azroy. "yeah... I will... anyway, good luck to you roy...", ucap faiz. "yeah... you too... see you later...", dengan pantas faiz beredar dari situ.

azroy melangkah masuk ke dalam kenderaan terbang yang sedia menunggu mereka tidak jauh dari situ. semua ahli dalam setiap skuad sudah bersedia bagi menghadapi pertempuran yang sebenar. semasa mereka berada di dalam perjalanan menuju ke destinasi, sempat lagi azroy berdoa semoga mereka semua selamat dalam pertempuran. tidak lama kemudian mereka pun tiba di kawasan yang terletak yang agak terselindung dari kubu pertahanan musuh. mereka keluar dari kenderaan terbang sebaik saja azroy memberikan arahannya. mereka berlari secara terhendap hendap di sebalik reruntuhan bangunan yang ada di situ. mereka menghampiri kubu pertahanan itu secara senyap senyap. kelihatan beberapa ahli tentera puak agfa sedang berjaga di benteng pertahanan. azroy memasukkan damak ke dalam buluh kecil di tangannya. mereka yang lain pun turut berbuat demikian. ada di kalangan mereka bersiap sedia untuk menggunakan busur dan anak panah masing masing. azroy segera menyumpit salah seorang daripada pihak musuh yang berjaga di pintu gerbang itu. semua yang lain turut berbuat demikian. masing masing mula menggunakan senjata di tangan untuk membunuh pihak musuh. sebaik saja semua musuh yang berjaga di situ jatuh di tembak mati mereka pun segera menyembunyikan mayat mayat tentera tersebut di dalam pondok jaga yang terletak tidak jauh dari situ. kemudian mereka terus mengubah jasad mereka mengikut rupa wajah dan tubuh si mati. wajah dan tubuh mereka kini serupa dengan setiap ahli tentera puak agfa yang baru saja mati di panah dan di sumpit itu. kecuali azroy. dia terpaksa menyembunyikan wajahnya dengan menggunakan topeng kain agar wajahnya tidak kelihatan di pandang oleh pihak musuh. mereka kini memasuki kawasan kubu pertahanan pihak musuh...

sementara itu kelihatan faiz sedang menunggu ketibaan tentera puak agfa di luar reruntuhan bangunan yang berdebu itu dengan penuh sabar. dia sudah pun memasang boomstoll di markas bawah tanah. dia hanya tinggal menunggu pihak musuh memunculkan diri di situ. memang betul ramalan dan jangkaan pyros. tidak lama kemudian kelihatan sebuah kenderaan terbang meluncur lalu mendarat tidak jauh dari reruntuhan bangunan tersebut. dari jauh lagi faiz dapat lihat sepasukan tentera puak agfa melangkah keluar dari dalam kenderaan terbang tersebut. faiz berpura pura tidak sedar akan kehadiran mereka di situ. dia berpura pura sedang berkawal seorang diri di situ sambil memegang gunstem di tangannya. tiba tiba, "hey... jangan bergerak!... tempat ini sudah di kepung!...", kedengaran suatu suara bertempik dari arah belakang. faiz tahu sepasukan tentera agfa itu sudah bersedia hendak menyerangnya. perlahan lahan dia menoleh ke belakang. "kalau korang nak tangkap aku, korang kejarlah aku...", faiz bersuara sambil tersenyum sinis. selepas itu dia terus melarikan diri dari situ. "hey... jangan larilah... hey!....", tempik salah seorang ahli tentera puak agfa itu namun tempikannya tidak di hiraukan. faiz segera berlari masuk ke dalam reruntuhan bangunan tersebut. sepasukan tentera puak agfa terus mengejarnya dari belakang. ketua platun mereka mengarahkan agar tidak menembak faiz sebab itu ialah arahan dari maharaja zios. baginda ingin mereka menangkap faiz hidup hidup. faiz tersenyum sebaik saja dia melihat sepasukan tentera puak agfa itu mengejarnya dari belakang. nampak gayanya umpan yang dia buat kini menjadik. dia meloloskan diri ke dalam terowong bawah tanah. sepasukan tentera puak agfa masih mengejarnya dari belakang.

faiz berlari dan terus berlari. dia terus membuka pintu utama untuk masuk ke dalam markas tersebut. faiz berdiri di ruang dewan sambil menunggu pihak musuh menjejakkan kaki di situ. beberapa saat kemudian kelihatan semua tentera puak agfa melangkah masuk ke dalam dewan yang sunyi sepi itu. "hey... ke mana kau nak pergi, hah?... sekarang kau dah di kepung... kau tak dapat lari dari kami lagi... hahaha....", kata salah seorang dari tentera puak agfa itu. dia mungkin ketua platun tentera puak agfa tersebut. "oh ye ke?... aku tak dapat lari dari korang atau korang yang tak dapat lari dari sini?", soal faiz sambil tersenyum sinis. belum pun sempat ketua platun tentera puak agfa tu bersuara tiba tiba saja faiz berlari pantas meninggalkan mereka di situ. dia berlari bagaikan deru angin. dalam sekelip mata saja dia sudah meninggalkan pasukan tentera puak agfa di dalam markas bawah tanah dengan pintu markas tertutup rapat. terpinga pinga semua ahli pasukan tentera puak agfa yang ada di situ di saat mereka melihat faiz melarikan diri dalam sekelip mata. "eh... ke mana dia pergi ar?", soal ketua platun tentera puak agfa sebaik saja dia melihat manusia itu sudah tidak ada di situ. "entahlah... tadi dia ada kat situ tapi sekarang dia dah tak ada pula.. dia sudah melarikan diri lorh...", balas salah seorang dari ahli tentera itu. "eh... laju betul dia berlari.... mari kita kejar dia...", ketua platun tentera puak agfa bersuara dengan pantas. belum pun sempat mereka berlari keluar dari situ tiba tiba, "kaaabooooommmm!!!!!....", kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat bergema di dalam markas bawah tanah tersebut. semua ahli pasukan tentera agfa tidak dapat menyelamatkan diri. mereka semua mati di situ juga sebaik saja mereka terkena ledakan boomstoll yang dashyat itu.

sementara itu kelihatan faiz melangkah meninggalkan kawasan reruntuhan bangunan yang baru saja mengalami letupan yang dashyat sebentar tadi. dia tersenyum sinis. perlahan lahan dia melangkah masuk ke dalam kenderaan terbang yang terletak tidak jauh dari situ. kelihatan pemandu kenderaan terbang tersebut sedang lena di buai mimpi. mungkin dia tidak tidur semalaman. faiz meletakkan hujung gunstemnya di atas kepala makhluk asing berwarna purple itu. "woiii!!... bangun!!...", bentak faiz dengan kuat di telinga makhluk asing tersebut. makhluk asing itu terjaga dari tidurnya. terkejut betul dia sebaik saja dia melihat seorang manusia berdiri di sebelahnya sambil mengacukan sepucuk gunstem di kepalanya. "apa... apa... kau nak?", soal makhluk asing tersebut. "hidupkan enjin kenderaan terbang ni sekarang juga... hantarkan aku ke kubu pertahanan maharaja zios!...", faiz memberikan arahannya. "tapi...", belum pun sempat makhluk itu menghabiskan perkataannya faiz meletakkan muncung gunstemnya di kepala makhluk asing itu. "tak ada tapi tapi lagi... kalau kau bertapi lagi aku akan tembak kepala kau tu sehingga berkecai...", ugut faiz dengan garangnya. "ba... ba... baiklah...", mahu tidak mahu makhluk asing tersebut mula menghidupkan enjin kenderaan terbangnya. tidak lama kemudian kenderaan terbang itu meluncur laju meninggalkan tempat tersebut...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro