ASH 20
BAB 5
"okay... aku nak korang berpecah untuk elakkan sebarang kecurigaan... suruh semua ahli kumpulan pasangkan camcorder kecil di cermin mata mereka... aku nak setiap ahli kumpulan memasuki setiap penjuru dalam kubu pertahanan pihak musuh. tolong tekan mode record pada camcorder kecil korang supaya korang dapat rakamkan keadaan dalam kubu pertahanan musuh. ianya sangat berguna kelak...", perintah azroy. "baiklah...", bisik maya dari dalam earpiece di telinganya. maya berbuat sepertimana yang di arahkan oleh suaminya. mereka mula berpecah. masing masing melangkah dengan pantas menuju ke arah bangunan yang tinggi itu. tidak jauh dari situ kelihatan beberapa ahli tentera sedang sibuk buat tugas masing masing. mereka di umpamakan seperti segerombolan semut yang bekerjasama dalam melakukan tugas masing masing. perlahan lahan maya mendongakkan kepalanya ke atas. kelihatan sebuah kapal gergasi masih terapung apung di atas bangunan menara kawalan kota daigon.
mereka membuat kubu pertahanan di sekeliling menara kawalan tersebut bagi mengelakkan puak mereka dari di serang oleh puak massa. mulut azroy dan faiz terlopong sebaik mereka melihat kapal gergasi itu dari dalam skrin komputer riba yang terletak di atas meja. "apa pula tu?.... ianya macam piring terbang pula....", kata azroy perlahan lahan. "yalah.... besar sangat piring terbang tu kan...", komen faiz dengan mulut yang terlopong. "maya, itu kapal apa? besarnya kapal tu...", soal azroy pada isterinya melalui earpiece di telinganya. "oh... itu kapal induk puak agfa... mereka datang dari planet zargos dengan menaiki kapal induk tu... kenapa korang tanya soalan macam tu pula? korang belum pernah tengok kapal sebesar itu ke?", soal maya. "ya... belum pernah.... apa apa pun aku nak kau dan ahli kumpulan kau memantau keadaan dalam menara kawalan tu... kalau boleh korang pergi memantau keadaan di dalam kapal induk puak agfa tu....", balas azroy dengan jujur. "baiklah...", tanpa membuang masa lagi maya melakukan apa yang di suruh oleh azroy. dia melangkah masuk ke dalam menara kawalan itu dengan di temani oleh salah seorang daripada ahli kumpulannya. tugasnya ialah melindungi maya. dia di kira sebagai bodyguard maya yang baru. kalau di ikutkan hati memang maya tak nak di ekori oleh seorang bodyguard tapi memandangkan itu perintah suaminya maka dia pun akur dengan kehendak suaminya.
setiap ahli kumpulan masuk ke dalam menara kawalan tersebut dengan berhati hati. keadaan di dalam bangunan tersebut agak sibuk. beberapa ahli tentera di situ kelihatan tergesa gesa masuk ke dalam sebuah bilik yang terletak tidak jauh dari situ. maya segera mengekori mereka dari belakang. salah seorang ahli tentera di situ pantas membuka pintu bilik tersebut. bilik itu penuh dengan pelbagai senjata dalam saiz dan rupa yang berbeza. ada juga boomster, boomstoll dan juga swordfore di situ. semua ahli tentera yang sedang berdiri di situ mula sibuk mengambil senjata masing masing dari dalam bilik tersebut. "oh... rupa rupanya itu ialah bilik simpanan senjata mereka... abang boleh melihat semuanya tu, kan?", soal maya separuh berbisik. "ya... boleh.... er... maya, cuba kau rakam dan zoomkan wajah si anggota tentera yang memegang kunci pintu bilik tu. ianya sangat penting dalam misi mencuri senjata kelak...", perintah azroy. "oh... baiklah...", tanpa banyak soal maya terus melakukan apa yang di suruh oleh suaminya. setelah selesai dia dan bodyguardnya beredar dari situ. mereka melangkah menuju ke tingkat dua. di tingkat dua begitu ramai pihak tentera puak agfa sedang sibuk dengan pekerjaan masing masing. Ketika mereka sedang melangkah meninggalkan tempat itu mereka lihat ada dua orang lelaki sedang berbual bual dalam sebuah bilik yang pintunya terbuka luas. kelihatan begitu banyak pakaian tentera dalam plastik di atas rak dalam bilik tersebut. rupa rupanya itu bilik simpanan pakaian tentera mereka. sayup sayup kedengaran perbualan di antara dua orang ahli tentera yang sedang duduk dalam bilik tersebut...
"wei... aku dengar maharaja zios merancang hendak menawan planet bumilah.... betul ke tu?"
"ya... memang betul..."
"weh... belum tentu kita akan dapat menawan planet bumi tu..."
"kenapa pula kau cakap macam tu?"
"sebab manusia di planet bumi jauh lebih bijak dari puak massa tau... mereka lebih berani dari puak massa..."
"macamana kau tahu manusia di planet bumi tu jauh lebih bijak dari puak massa?..."
"sebab aku pernah menjejakkan kaki di planet bumi setahun yang lalu. aku tengok mereka tidak hidup secara berpuak puak macam kita. mereka hidup bersatu padu walaupun mereka berbilang bangsa dan berlainan agama namun mereka tetap hidup dengan aman dan damai... bukan macam kita kat planet zargus tu. semua gilakan kuasa. nak jajah planet lainlah apalah... padahal keadaan di dalam planet sendiri kucar kacir...."
"tau tak apa... kalau bukan kita ni di bawah pemerintahan maharaja zios tu, tak kuasa aku nak pergi berperang menjajah planet orang lain.... lebih baik aku duduk dalam rumah aku... makan tidur makan tidur aman sikit hidup aku..."
"itulah... aku pun malas betullah nak pergi berperang ni... kalau ikutkan hati aku lebih baik kita duduk dalam rumah kita daripada menjajah planet orang lain..."
"apa boleh buat... dah pemimpin kita tu suka berperang so terpaksalah kita yang rakyat jelata ni ikut berperang padahal peperangan langsung tak memberi apa apa makna..."
"hm... itulah susah nak cakap..."
tiba tiba muncul seorang ahli tentera di situ.
"wei... korang asyik berbual saja... kenapa korang tak buat kerja korang?... pergi periksa kereta kebal bawah sana tu..."
"baiklah tuan komander...", cepat cepat mereka bangun lalu beredar dari situ. maya lihat komander tersebut pandang semacam ke arah mereka berdua. maya segera beredar dari situ. begitu juga dengan bodyguardnya. "hey... korang berdua nak pergi ke mana tu?", tegur suatu suara. langkah kaki mereka terhenti di situ juga. "oh... er... kami nak pergi ke unit kawalan...", balas bodyguard maya berbohong. komander itu datang menghampiri mereka berdua. "kenapa perut kawan kau tu besar sangat?... apa yang di sembunyikannya tu?", soal komander itu kehairanan. dia pandang semacam ke arah maya. "oh... er... itu...", belum pun sempat bodyguard maya menghabiskan perkataannya maya terus saja mengacukan gunstem di tangannya ke arah komander itu dan dia terus menembaknya. terus jatuh kaku lelaki itu di buatnya. "no need for explanation... cepat!... tolong aku tarik komander ni masuk dalam bilik sana tu sebelum ada tentera lain lalu kat sini...", perintah maya. dengan sepantas kilat maya dan bodyguardnya mula megheret tubuh kaku lelaki komander tersebut masuk ke dalam sebuah bilik yang ada di situ. mereka menyembunyikan tubuh komander yang mati itu dalam bilik tersebut. kemudian mereka beredar dari situ. "lain kali jangan layan sangat soalan pihak musuh. jikalau nak selamat gunakan senjata bukannya mulut...", kata maya pada boydguardnya. lelaki itu hanya diam di sebelahnya. mereka mengorak langkah menuju ke arah pintu lif yang terletak tidak jauh dari situ. mereka melangkah masuk ke dalam pintu lif tersebut.
azroy dan faiz yang sedari tadi diam memerhatikan mereka dari dalam skrin laptop menarik nafas lega. "tak sangka pula isteri kau tu jauh lebih bijak dan berani dari bodyguardnya tu, kan...", bisik faiz di sebelah rakannya. azroy hanya tersenyum lebar pada rakannya. "very good maya... sekarang abang nak maya naik ke kapal induk mereka... abang nak tengok apa yang ada dalam kapal induk tu....", perintah azroy. "baiklah... kami akan pergi ke sana sekarang juga....", maya bersuara perlahan lahan. mereka tiba di tingkat teratas. pintu menuju ke atas bumbung bangunan terus di buka. kelihatan 2 orang tentera sedang berjaga jaga di depan pintu masuk ke dalam kapal induk yang besar itu. maya dan bodyguardnya segera mengorak langkah menuju ke kapal induk. "korang nak pergi ke mana?", soal salah seorang tentera di situ. tanpa menjawap soalan mereka maya terus menembak 2 orang tentera itu dengan gunstem di tangan. "cepat... sembunyikan 2 orang tentera yang mati ni di dalam bilik stor sana tu...", perintah maya. bodyguardnya akur. mereka sama sama mengheret mayat 2 orang tentera yang mati tu ke dalam bilik stor yang terletak atas bumbung bangunan menara kawalan tersebut. selepas itu mereka melangkah masuk ke dalam kapal induk dengan penuh berhati hati....
AUTHOR NOTE: sorry jika jalan cerita ni agak merepek sikit dan tidak mengikut situasi peperangan yang sebenarnya. ini cerita peperangan yang mizz reka sendiri so jalan ceritanya pun agak merepek sedikit. harap korang tak kisah kalau mizz karang cerita yang penuh dengan scene yang merepek... huhu...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro