ASH 2
azroy memberhentikan keretanya sebaik saja dia sampai di depan rumah sewanya. dia melangkah keluar dari dalam kereta sambil membawa beg pakaiannya yang di bawa dari kampung. dia membuka kunci pintu rumahnya. kemudian dia melangkah masuk ke ruang tamu rumah sewanya. pintu rumah di tutup tanpa di kunci. beg pakaian di bawa masuk ke dalam bilik tidur yang terletak tidak jauh dari situ. kemudian dia merebahkan tubuhnya di atas katil empuknya. dia menutup matanya. tak lama kemudian dia terlena di buai mimpi. sementara itu kelihatan maya melangkah keluar dari dalam bonet kereta proton iswara tersebut. perlahan lahan dia menutup bonet kereta itu. dengan langkah kaki yang terjengket jengket dia mula mengorak langkah menuju ke pintu rumah teres itu. dia membuka pintu rumah tersebut dengan penuh berhati hati. sesekali dia melihat kiri dan kanan. tiada orang yang kelihatan di kawasan perumahan itu. mungkin semua orang masih berada ďi tempat kerja masing masing atau mereka sibuk dengan hal masing masing. dengan langkah kaki yang terjengket jengket dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. pintu di tutup dengan perlahan lahan. dia memerhatikan keadaan di dalam rumah itu. tiada sesiapa pun di situ. ianya seperti kosong tidak berpenghuni. dia lihat keadaan dalam rumah tu tidak begitu kemas. majalah dan buku komik berselerakan di atas meja dan kerusi. cushion kerusi berhamburan di sana sini. "agaknya lelaki ni tak pandai berkemas kot... whatever...", bisik hati kecilnya. ketika dia sedang berdiri di situ dia terasa dahaga pula. perlahan lahan dia melangkah menuju ke ruang dapur yang terletak tidak jauh dari situ
azroy tersedar dari tidurnya sebaik saja handphonenya berbunyi "mesage for you... message for you...", sebanyak 2 kali. perlahan lahan dia mengambil handphonenya itu. "roy... awak masih berada di kampung ke?", begitu bunyi mesej tersebut. azroy tahu mesej tersebut datang dari kawannya faiz. dia pun segera menelefon rakannya itu. setelah dia berbual bual dengan faiz dia pun mula bersiap siap hendak pergi ke rumah rakannya faiz. ketika dia sedang bersiap hendak keluar tiba tiba, "prenggg!!!...", kedengaran suatu benda pecah bergema dari arah dapur. azroy terdiam seketika. dia tidak tahu apakah benda yang pecah di ruang dapurnya itu. perlahan lahan dia melangkah keluar dari dalam bilik tidurnya. dengan langkah kaki yang berhati hati dia mula melangkah menuju ke ruang dapur. dia lihat seperti ada bayang kelibat seseorang di ruang dapur tersebut. perlahan lahan dia mengambil sebuah penyapu yang ada di situ. kelihatan seseorang sedang tunduk membuang serpihan gelas kaca yang pecah. cepat cepat azroy melangkah lalu di pukulnya belakang orang itu dengan penyapu di tangannya.
"aaaawwwwww!... tolong jangan pukul aku... sakitlah!.... aaaawwww....", kedengaran jeritan kesakitan bergema di ruang dapur tersebut. azroy berhenti memukul orang itu sebaik saja dia melihat wajahnya. "apa?.... kau lagi?!!!!... apasal kau tiba tiba berada di dalam rumah aku ni?", soal azroy cukup terkejut. "maafkan aku, azroy... aku terpaksa mengekori kau dan masuk ke dalam rumah kau ni sebab aku tak tahu ke mana aku harus pergi.... tolong maafkan aku... apa apa pun aku mohon supaya kau benarkan aku tinggal bersama kau kat sini....", kata maya. azroy diam. apabila maya melihat pemuda itu diam membisu, dia mula menangis pula. "sudahlah tu... kau jangan menangis lagi... kesat airmata kau tu...", kata azroy seraya menghulurkan sehelai tisu yang di ambilnya dari dalam kotak tisu yang ada di atas meja makan tersebut. perlahan lahan maya mengesatkan airmatanya dengan tisu di tangan. azroy duduk di atas kerusi yang ada di situ. "kau duduk kat kerusi ni...", perintah azroy. tanpa banyak soal maya pun menuruti perintahnya. "aku tak tahu apa nak cakap dengan kau ni... baru sebentar tadi aku cakap pada kau yang aku tak nak terlibat dengan masalah peribadi kau tapi kau masih juga datang mengganggu hidup aku... aku tak tahu apasal kau beria ia sangat nak tinggal dengan aku padahal aku bukannya kenal kau pun...", azroy bersuara dengan suara yang tegang sekali.
maya tunduk memandang lantai. "aku tahu kau tidak kenal aku tapi aku dapat rasakan bahawa kau seorang pemuda yang baik hati sebab itulah aku beria ia sangat nak tinggal dengan kau...", kata maya perlahan lahan. "macamana pula kau tahu bahawa aku ni seorang pemuda yang baik hati?...", soal azroy ingin tahu. "sebab aku dapat rasakannya....", balas maya perlahan lahan. "hahaha... kau ni... buat aku ketawa aje... sebenarnya aku ni bukannya pemuda sebaik yang kau sangkakan tu... but thanks for compliments....", kata azroy dalam derai tawanya. "jadi apakah kau membenarkan aku tinggal bersama dengan kau?", soal maya ingin tahu. "aku akan mempertimbangkannya malam ni... pagi esok aku akan nyatakan keputusanku pada kau samada kau akan terus tinggal bersamaku ataupun tidak... by the way, aku kena pergi ke rumah faiz selepas ni... kau kena tinggal dalam rumah ni seorang diri... aku ada hal dengan kawan aku...", kata azroy. "baiklah...", balas maya sepatah.
azroy melangkah pergi dari situ. sebaik saja dia di tinggalkan seorang diri dalam rumah itu maya pun mula mengemas keadaan dalam rumah tersebut. kemudian dia cuba memasak. setelah siap semuanya dia pun duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. tidak lama kemudian dia terlena di situ. pada waktu yang sama kelihatan azroy baru saja balik dari rumah kawannya faiz. dia lihat maya sedang tidur lena di atas kerusi sofa yang ada di ruang tamu itu. mungkin dia terlalu letih kot. azroy lihat keadaan dalam rumahnya kelihatan begitu bersih, kemas dan rapi. dia tidak menyangka bahawa maya seorang gadis yang suka berkemas. perlahan lahan dia melangkah menuju ke ruang dapur. ada makanan tersedia di bawah tudung dulang. dia membuka tudung dulang tersebut dan cuba memakan makanan yang ada di situ. rasanya langsung tidak sedap. azroy termuntah sebaik saja dia memakan makanan itu. dia tidak tahu makanan apakah yang di masak oleh gadis tersebut. rasanya semacam aje. mahu tidak mahu dia pun terpaksa memasak makanannya sendiri.
setelah masak dia pun makan. ketika dia sedang makan, kelihatan maya melangkah masuk ke ruang dapur tersebut. "kau dah balik?", soalnya dengan senyuman. "ya...", balas azroy sepatah. perlahan lahan maya duduk di hadapan pemuda itu. "marilah makan sama sama...", pelawa azroy tapi gadis itu menggeleng gelengkan kepalanya. "tak apalah... aku dah makan tadi...", balas maya dengan wajah selamba. "eh... kau tak makan makanan yang aku masak tadi?", soal maya. "oh... er... aku dah makan tadi...", balas azroy cepat cepat. "betul ke ni?", soal maya macam tidak percaya. "ya... betul... aku dah makan...", balas azroy. "tapi kenapa makanan ni macam tak luak aje...", soal maya sambil memandang makanan yang di masaknya sebentar tadi. "oh... er... aku dah siap makan dah ni... perut aku pun dah kenyang...", cepat cepat azroy bangun dari tempat duduknya. sebenarnya dia belum habis makan lagi. dia saja nak elakkan diri dari di paksa makan makanan maya yang tak sedap tu.
"apa pendapat kau tentang makanan yang aku masak tu?", soal maya. azroy terdiam seketika. hampir saja dia cakap, "makanan tu tak sedaplah...", tapi dia cakap, "kira okaylah...", selepas tu dia melangkah pergi dari situ. maya tersenyum sebaik saja pemuda tersebut mengatakan makanan yang di masaknya kira okay. jadi masakannya tak teruk sangat lah... begitu kata hati kecilnya. sebenarnya dia tidak pernah memasak sebarang makanan sebelum ini tapi demi pemuda tersebut dia cuba untuk memasak buat pertama kali dalam hidupnya. perlahan lahan mereka melangkah menuju ke ruang tamu. TV pun di pasang. mereka duduk di situ sambil menonton TV. kebetulan cerita drama di TV sedang menayangkan babak orang berciuman. terus rasa horny pula si azroy apabila dia melihat babak babak panas seperti itu. maya hanya duduk diam di atas kerusinya. "tak guna betul... macam tak ada adegan lain lagi yang diorang nak letak dalam drama diorang tu....", gerutu azroy dalam hatinya. untuk elakkan diri dari terus merasa horny semacam dia pun segera menukar channel TVnya ke channel TV yang lain pula. 2 jam kemudian azroy merasa mengantuk pula. "Er... aku nak masuk tidur... besok aku kena bangun awal untuk pergi kerja...", kata azroy perlahan lahan. "Aku pun nak masuk tidur... tapi di mana bilik tidur aku?", soal maya ingin tahu. "Kau tidur dalam bilik tidur aku di bilik sana tu... aku pula tidur kat ruang tamu ni...", kata azroy. Tanpa banyak soal maya pun melangkah masuk ke dalam bilik tidur pemuda tersebut. Malam itu mereka tidur berasingan....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro