Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 18

"aku tahu korang tidak berani menentang bala tentera puak agfa tu sebab jumlah mereka jauh lebih banyak dari jumlah puak massa yang ada.... bagi korang melarikan diri itu adalah satu cara untuk menyelamatkan diri dari musuh tapi sampai bila korang akan melarikan diri dari musuh? takkanlah sampai selama lamanya korang akan menjadi pelarian di planet sendiri, kan?.... so aku cadangkan supaya korang bangkit melawan puak agfa tu demi kebebasan korang...", belum pun sempat azroy menghabiskan perkataannya salah seorang dari puak massa segera memotong perkataannya, "cakap tu memanglah senang... kau tak tahu betapa peritnya hidup dalam peperangan. banyak jiwa yang terkorban hanya kerana ingin menentang puak agfa yang kejam tu. kau tengoklah kami sekarang... dulu kami adalah puak yang terbanyak di planet ferros ni tapi sekarang hanya ini saja yang masih hidup. banyak yang mati akibat peperangan yang terjadi di antara puak massa dengan puak agfa tu selama 8 bulan lamanya. apakah kau ingin melihat kami semua mati di tangan puak agfa tu lagi?", soal seorang pemuda yang berambut ceracak itu. "er... maaf... siapa nama kau?", soal azroy ingin tahu. "panggil saja aku cruz...", balas pemuda dengan nada suara yang mendatar.

"baiklah cruz... aku tahu kau takut kehilangan nyawa korang tapi mana lebih baik.... korang terus melarikan diri dari pihak musuh buat seumur hidup korang dan korang terus hidup dalam ketakutan selamanya... atau korang lawan saja mereka demi kebebasan yang mutlak?... bagi aku lebih baik korang berjuang demi kebebasan puak korang sendiri daripada korang terus di jajah oleh penjajah asing seperti itu... jikalau korang masih tidak mahu melawan puak agfa tu sudah pasti mereka akan terus memburu korang sehingga korang tidak mampu lagi melarikan diri dari pihak musuh. paling teruk lagi apabila pihak musuh terus berkuasa di planet ferros ini dan menjadikan korang sebagai hamba abdi mereka buat selama lamanya... pada masa itu barulah korang sedar yang korang perlu melakukan sesuatu demi kebebasan korang tapi itu sudah terlambat sebab mungkin ketika itu puak agfa sudah berkuasa penuh atas planet ini jadi peluang untuk korang menentang puak agfa adalah tipis, setipis daun bawang....", kata azroy dengan wajah yang serius. "jadi kau nak kami menentang puak agfa tu dengan jumlah kami yang sedikit ni?...", soal pemuda bernama cruz itu lagi. "ya...", balas azroy sepatah. "okay, let me ask you one question.... macamana kami boleh menentang puak agfa sedangkan jumlah kami sedikit?... lagi pula kami tak cukup senjata untuk melawan puak agfa.... macamana nak lawan pihak musuh jikalau senjata sedikit saja jumlahnya?...", soal cruz bertalu talu. "sebenarnya kita tidak perlukan senjata yang banyak untuk menentang puak agfa tu...", kata azroy. "apa?.... kita tidak perlu gunakan senjata yang banyak?... jadi macamana kita nak lawan musuh kalau tak gunakan senjata yang banyak?...", soal cruz kehairanan. "begini... aku ada strategi yang tersendiri bagaimana hendak melawan puak agfa tu...", kata azroy dengan pantas.

"apakah strategi kau tu?", soal cruz ingin tahu. "pertama sekali kita kena belajar seni mempertahankan diri.... kawan aku faiz akan mengajar korang cara cara untuk mempertahankan diri apabila di serang musuh. jadi korang akan menjalani latihan seni mempertahankan diri tu secara berperingkat peringkat sehinggalah korang dapat menguasainya dengan baik. selepas tu kita akan membahagikan semua puak massa yang ada dalam beberapa kumpulan. setiap kumpulan ada tugasnya yang tertentu. nanti aku akan bahagikan tugas pada setiap kumpulan. setiap ahli dalam kumpulan harus bekerjasama dalam menjalankan tugas masing masing. jangan ada perbalahan akibat percanggahan pendapat. korang mesti bersatu hati dalam menjalankan tugas masing masing. jikalau korang saling bercanggahan pendapat dan tidak saling membantu pasti segala usaha kita akan menjadi sia sia. yang penting di sini ialah kesatuan dan kerjasama... jikalau kita bersatu hati dan bekerjasama menentang puak agfa tu kita pasti akan berjaya...", kata azroy bersungguh sungguh. "aku setuju dengan pendapat kau tu...", sokong salah seorang dari puak massa yang berdiri di situ.

"aku rasa kita perlu bersatu hati untuk menentang musuh.... selama ini kita tidak pernah pun bersatu hati dalam segala hal. kita sering saja bergaduh sesama kita.... akibatnya kita kalah teruk di tangan puak agfa tu... jadi sekarang kita harus bangkit melawan puak agfa tu tapi kali ni kita harus bersatu hati dan bekerjasama. macam yang di katakan oleh saudara azroy tadi tu, kalau kita tidak bekerjasama dan tidak bersatu hati dalam menentang musuh sudah pasti segala usaha kita akan menjadi sia sia....", sambung lelaki tersebut. "ya... betul perkataan dred tu....", sokong salah seorang lelaki yang berdiri di situ. "baiklah... jikalau korang sokong perkataan lelaki bumi tu, korang ikutlah plan dia... aku tak nak... sebab aku tak mahu kehilangan nyawa aku sendiri hanya kerana menentang puak agfa yang ganas tu.....", kata cruz dengan pantas. "maaf cruz... bukan kau seorang saja yang akan bergadai nyawa dalam peperangan ini... malah aku dan kawan aku si faiz tu akan berjuang demi kebebasan puak massa dan juga manusia di bumi... jika bukan kita semua yang berjuang demi kebebasan kita siapa lagi yang akan tampil ke depan untuk bebaskan semua puak massa? apakah kau sanggup membiarkan puak kau sendiri menderita selamanya di bawah jajahan puak agfa?...", soal azroy dengan wajah yang serius. cruz terdiam. "jawap pertanyaan aku ni cruz.... apakah kau sanggup membiarkan puak kau sendiri menderita selamanya di bawah jajahan puak agfa?", soal azroy lagi. dia merenung wajah cruz dengan renungan mata yang tajam sekali.

"tidak....", balas cruz sepatah. "jikalau tidak kenapa kau enggan berkorban nyawa demi kebebasan puak kau sendiri? kenapa kau harus berpeluk tubuh sedangkan puak kau sendiri menderita di jajah oleh puak asing?... jikalau kau takut mati sekali pun ada masanya nanti nyawa kau akan melayang jua di tangan puak agfa tu.... so sebelum nyawa kau di ragut oleh puak agfa yang tak guna tu lebih baik kau berjuang habis habisan demi kebebasan kau dan puak kau sendiri....", kata azroy dengan pantas. cruz terdiam. semua orang pandang semacam ke arahnya. "okaylah... okaylah... aku akan berjuang demi puak aku sendiri.... whats ur plan?....", soal cruz. "baguslah kalau macam tu.... inilah plan aku... pertama sekali korang harus menjalani latihan seni mempertahankan diri iaitu tae kwan do. faiz akan mengajar korang secara berperingkat peringkat sehingga korang mampu menguasai seni mempertahankan diri tu dengan baik. okay... sekarang aku nak tanya berapa jumlah lelaki dewasa kat sini?... maksud aku lelaki yang berumur 18 tahun ke atas. kecuali lelaki tua yang berumur 50 tahun ke atas... sila angkat tangan...", kata azroy sambil mengangkat tangannya.

semua lelaki yang muda remaja dan bapa bapa segera mengangkat tangan masing masing. faiz di sebelahnya mula mengira jumlah lelaki yang mengangkat tangan. setelah semuanya di kira.... "ada 100 orang saja....", kata faiz setelah dia selesai mengira semua lelaki di situ. "okay.... kalau macam tu aku akan bahagikan korang dalam 5 kumpulan. dalam setiap kumpulan ada 20 orang...", kata azroy. mereka mula di bahagikan dalam 5 bahagian. "baiklah.. kumpulan 1 di tugaskan untuk menyiasat dan memantau pergerakan pihak musuh. kumpulan 2 pula di tugaskan untuk mencari tahu di mana pihak musuh menyimpan senjata mereka. jika dah tahu tempatnya ambil saja senjata yang boleh di gunakan semasa darurat. sebaiknya ambil saja bom jangka dan bom tangan banyak banyak sebab ianya amat berguna kelak. oh... jangan lupa ambilkan senjata api yang jauh lebih canggih dari senjata api yang biasa korang pakai tu dan juga gas pemedih mata. eh lupa pula.... kat planet korang ni pasti ada pedang juga, kan?.... korang ambil pedang juga ya...", perkataan azroy di potong pantas oleh cruz. "maaf.... apa itu bom jangka? apa itu bom tangan? apa itu senjata api? dan apa itu pedang?", soal cruz kehairanan. azroy terdiam seketika. maya segera membisikkan sesuatu ke telinganya. "bang, diorang tak tahu apa yang abang katakan tu sebab kat planet ni kami bukannya menyebut bom tangan dengan sebutan seperti tu tapi kami panggil bom tangan dengan panggilan boomster. ianya meletup sebaik saja ianya jatuh di atas tanah. manakala bom jangka pula kami sebut boomstoll. ianya akan meletup jika di setkan masanya pada bila bila masa saja yang abang nak ia meletup. pedang tu pula kami panggil swordfore. ianya sejenis pedang yang menggunakan cahaya berwarna biru. swordfore boleh memotong tiang kayu dan besi dengan hanya sekali libas saja... oh lupa nak add, senjata api biasanya kami panggil gunstem. ianya senjata laser yang menggunakan laser berwarna biru....", bisik maya di telinganya.

"oh... i see....", azroy menganggukkan kepalanya tanda faham. "maaf, aku salah cakap tadi.... maksud aku korang ambik saja boomster, boomstoll, gunstem dan swordfore untuk persediaan. manalah tahu kita akan memerlukannya kelak. kumpulan 3 pula di tugaskan untuk mencuri binatang dari bangsal tertutup mereka. kalau boleh curi bekalan darah binatang dari mereka secukupnya untuk persediaan makanan korang di masa darurat. kumpulan 4 di tugaskan untuk mencuri ubat ubatan dari makmal utama untuk di gunakan masa darurat. ambil sedatif dan ubat pelali banyak banyak. manalah tahu ianya berguna kelak. oh lupa lagi nak tambah, tolong ambil sedatif yang melumpuhkan tu. tak pun racun yang boleh membunuh. aku kira racun atau sedatif yang melumpuhkan itu sangat baik di gunakan dengan alat sumpitan...", kata azroy. "maaf... alat sumpitan tu apa?", soal cruz pula.

"er.... ianya sejenis alat yang di gunakan oleh manusia di bumi ketika memburu binatang. mereka menggunakan sumpitan dengan menggunakan sejenis racun supaya binatang tu terus mati. er... ada masanya nanti aku akan tunjukkan cara pada korang bagaimana nak buat alat sumpitan tu dan cara menggunakannya. oh.... satu lagi senjata yang harus kita miliki iaitu busur dan anak pemanah yang secukupnya... letakkan saja sedikit racun kat hujung anak panah tu. ia pasti akan membunuh musuh dalam sekelip mata. okay kembali pada perbincangan kita, kumpulan 5 di tugaskan untuk mencuri pakaian perang yang lengkap. sebaiknya korang ambil pakaian tentera puak agfa sebab korang akan di tugaskan menyamar seperti mereka semasa perang. korang kan boleh menyamar dan mengajuk percakapan sesiapa saja yang korang nak so korang boleh gunakan kelebihan korang tu untuk menentang puak agfa... semua ini di lakukan secara bergilir gilir. maksud aku kumpulan 1 akan menjalankan tugasnya. bila mereka sudah melakukan tugas mereka kini tiba pula giliran kumpulan 2 untuk menjalankan tugas mereka. begitulah seterusnya sehingga kita berjaya mendapatkan semua barang barang yang kita perlukan semasa darurat. selepas tu barulah kita susun strategi yang sebenar untuk menyerang mereka secara senyap senyap....", jelas azroy panjang lebar. "baiklah kami akan ikut rancangan kau tu...", kata lelaki yang berdiri di sebelah cruz. "aku harap semoga rancangan kita ini berjaya.... sama samalah kita berjuang demi kebebasan kita...", kata azroy. "ya... berjuang demi kebebasan kita!... berjuang demi kebebasan kita!... berjuang demi kebebasan kita!....", jerit semua puak massa di situ dengan penuh semangat. azroy tersenyum lebar. akhirnya dia berjaya juga menyakinkan semua yang hadir untuk bangkit melawan puak agfa...

AUTHOR NOTE: sorry sebab lambat update cerita ni. jangan bimbang mizz tetap akan sambung cerita ni biarpun sesibuk mana.... anyway, next time mizz akan cuba update cerita ni banyak banyak....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro