Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 17

perlahan lahan faiz mengekori mereka dari belakang. mereka melangkah menuju ke dewan utama. kelihatan datuk dafran sedang duduk di situ dengan para tua yang lainnya. "er... ada apa tuk?", soal maya sebaik saja dia dan suaminya tiba di hadapan wajah datuknya, dafran. "maya, atuk fikir lebih baik kita lari dari sini... atuk dapat rasakan yang puak agfa dah tahu markas rahsia kita ni...", kata datuk dafran. "apa?... kita kena lari lagi datuk?...", soal maya dalam nada suara yang terkejut. "ya...", balas datuk dafran. "tapi ke mana kita nak larikan diri, atuk?", soal maya ingin tahu. "aku fikir....", belum pun sempat datuk dafran menghabiskan perkataannya, "maaf sebab aku menyampuk... sebaiknya kita jangan lari... kita lawan mereka saja....", potong azroy secara mendadak. "apa?... kau nak lawan dengan puak agfa?", soal datuk dafran sungguh terkejut. "ya...", balas azroy sepatah. "okay, macamana kita nak menentang mereka sedangkan kita tidak ada tentera yang banyak lagi?...", bidas datuk dafran. "aku mempunyai plan aku sendiri...", balas azroy dengan wajah selamba. "plan yang bagaimana?", soal datuk dafran ingin tahu. "sebaiknya kumpulkan semua puak massa di dalam dewan ini kecuali orang tua dan anak yang berumur 15 tahun ke bawah... aku cuma ingin melihat berapa jumlah pihak lelaki yang masih ada... selepas itu aku akan bentangkan plan aku pada semua yang ada di dewan ini...", kata azroy dengan pantas.

"baiklah.... sekejap lagi aku akan menyuruh mereka berkumpul di dewan ini....", balas datuk dafran. "apa rancangan abang tu?", soal maya ingin tahu. "adalah... tapi aku nak tanya kau satu soalan...", azroy bersuara sambil memandang wajah isterinya. "apa dia?", soal maya pula. "er... apakah kelebihan puak massa dan apakah kelemahan mereka?", soal azroy ingin tahu. maya memandang wajah suaminya. "kenapa abang tanya soalan macam tu pula?", soal maya. "jawap sajalah soalan abang tu...", azroy pantas bersuara. "okay, kelebihan kaum massa ialah kami boleh mengubah bentuk tubuh badan kami mengikut bentuk yang kami inginkan....", balas maya. "oh... maksud kau tubuh kau boleh berubah bentuk dalam sekelip mata begitu?", soal azroy ingin tahu. "ya.... kami boleh berubah bentuk menjadi sesiapa saja yang kami suka... contohnya jika maya nak jadi seperti abang maya boleh mengubah bentuk tubuh maya macam abang....", kata maya dengan wajah serius. "okay, cuba tunjukkannya pada abang...", kata azroy. "baiklah...", serentak dengan itu maya mengubah tubuhnya sama seperti suaminya. wajahnya, rambutnya, kulit tubuhnya dan bentuk tubuhnya serupa dengan azroy. cuma perutnya saja yang masih membuncit. "maaflah... maya tak boleh ubah perut maya ni sama seperti abang sebab maya kan tengah mengandung so beginilah jadinya...", kata maya seraya tersenyum kambing. "hahaha....", faiz ketawa sebaik saja dia melihat 'transformasi' maya dalam rupa bentuk rakannya azroy. memang lucu rasanya apabila dia melihat maya berubah bentuk menjadi seorang lelaki yang hamil seperti itu.

azroy pandang semacam ke arah faiz. "sorry...", faiz segera bersuara. dia tahu azroy marah sebab dia ketawakan isterinya. dia terpaksa berdiam diri. "good maya... er... tolong ubah bentuk maya ke bentuk yang asal....", perintah azroy. dengan sepantas kilat maya kembali mengubah bentuk tubuhnya ke bentuk yang asal. memang puak massa mempunyai kelebihan sama seperti watak mystique (raven) dalam cerita x-men tu. cuma bezanya mereka ni ialah makhluk asing. bukannya seperti mystique yang separuh manusia tu. "okay, korang ada kelebihan lain lagi tak?", soal azroy ingin tahu. "urm.... kami boleh mengajuk suara percakapan sesiapa saja yang kami mahu...", balas maya lagi. "okay, sekarang cuba maya mengajuk suara si faiz tu...", perintah azroy. tanpa banyak soal maya pun mula mengajuk suara faiz. dia bersuara seperti suara faiz yang garau dan serak itu. "eh... suara maya sebijik macam suara akulah...", kata faiz terkejut. "ya... itulah kelebihan kami puak massa... kami boleh mengubah diri kami dalam bentuk tubuh yang kami inginkan dan kami boleh mengajuk suara seseorang dengan baik...", balas maya kembali mengubah suaranya ke suara yang asal. "okay, cuba maya bagitahu abang apa kelemahan puak massa pula....", perintah azroy. "baiklah... kelemahan kami ialah kami tidak berani berhadapan dengan musuh dan kami tidak pandai membela diri apabila di serang oleh musuh...", kata maya berterus terang. "oh i see... kenapa korang tidak gunakan kelebihan korang tu untuk menyerang puak agfa?", soal azroy ingin tahu. "maksud abang?", soal maya ingin tahu. "maksud aku, korang kan boleh mengubah diri korang dalam bentuk tubuh yang korang inginkan... so korang boleh gunakan cara tu untuk menyerang musuh... korang tak perlu gunakan senjata untuk serang musuh... korang cuma gunakan otak korang untuk memperdayakan puak agfa...", balas azroy dengan wajah yang serius. "oh... tapi kami tak pernah pun terfikir macam tu sebelum ni...", balas maya. "sebab itulah korang tak pernah menang dalam peperangan ni... korang tidak pernah gunakan strategi lain untuk menangani masalah ni...", kata azroy dengan pantas. "apa apa pun kita kena bekalkan sikit ilmu mempertahankan diri pada diorang ni roy....", sampuk faiz pula. "maksud kau?", azroy memandang wajah rakannya. begitu juga dengan maya.

"begini... apa kata kalau kita ajar mereka ilmu mempertahankan diri... contohnya tae kwan do. pasti mereka akan menjadi lebih pandai dalam soal mempertahankan diri apatah lagi bila mereka di serang oleh pihak musuh kelak...", cadang faiz pula. "hmm... cadangan yang baik... tapi siapa yang nak ajar diorang ilmu tae kwan do tu ar?...", soal azroy pula. "akulah...", balas faiz sepatah. "eh... kau pandai tae kwan do meh?", soal azroy macam tidak percaya pula. "yalah... aku pernah join kelab tae kwan do semasa aku belajar kat universiti dulu.... aku ada blackbelt dalam tae kwan do tau....", balas faiz dengan wajah yang serius. "oh... baiklah... kita akan usulkan cadangan kau tu apabila kita berkumpul dan berbincang dengan semua puak massa kelak...", kata azroy. tidak lama kemudian, "er... semua dah berkumpul di dewan tu...", kedengaran suara datuk dafran bergema di belakang mereka. mereka pun segera menoleh ke arah datangnya suara itu. Kelihatan beberapa lelaki dari puak massa sedang berkumpul di ruang dewan itu. rata ratanya remaja yang masih muda dan bertubuh tegap. ada juga kaum bapa yang berkumpul di situ. jumlah mereka tidaklah begitu banyak. mereka mungkin dalam lingkungan 100 lebih begitu. "mari kita mulakan perbincangan ni dengan mereka...", kata azroy lalu melangkah menghampiri semua puak massa yang berdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. maya melangkah di belakangnya dengan di ikuti oleh rakannya faiz. azroy lihat begitu ramai lelaki puak massa berdiri di depannya. mereka memandang ke arahnya dengan pandangan mata yang semacam.

"ehemmm.... maaf sebab aku menyuruh korang berkumpul di sini pada ketika ini... er... mungkin korang belum kenal siapa aku yang sebenarnya. nama aku azroy bin shariman. aku manusia yang di culik bersama isteriku, maya... yang itu pula faiz bin amir kawan baik aku. anyway mungkin korang tertanya tanya macamana aku dan maya boleh menjadi sepasang suami isteri yang sah. well... semuanya terjadi tanpa di duga... kami bertemu dalam keadaan yang tidak di jangka jangka. maya datang menemuiku untuk melarikan diri dari pihak polis di bumi sebab mereka tahu dia ialah makhluk asing. so dia cuba memohon padaku untuk tinggal bersamaku. pada mulanya aku tak nak sebab aku tak kenal dia tapi dia memaksa aku membawa dia pulang ke rumahku. aku tidak berani bawa maya ke rumah sebab aku takut nanti kena tangkap basah pula dengan maya. maklumlah kami di bumi tidak boleh tinggal bersama selagi belum menikah. so aku tinggalkan dia di bandar tapi tak sangka pula dia masuk ke dalam bonet kereta aku sehingga aku tak sedar yang dia ada dalam bonet kereta aku. dia masuk ke dalam rumahku tanpa aku sedari. sedar sedar saja dia sudah ada dalam rumahku. di pendekkan cerita sejak saat itu dia tinggal di rumahku. keluargaku dapat tahu tentang maya so mereka nikahkan kami dan kami menjadi sepasang suami isteri yang sah. setelah 2 bulan kami hidup bersama pihak polis kembali menjejaki maya. mereka hendak menangkapnya tapi kami berjaya melarikan diri dari pihak polis. aku terus bawa maya dan faiz ke kampungku tapi dalam perjalanan menuju ke kampungku tiba tiba ada suatu cahaya yang sangat terang muncul dari depan kereta aku. oleh kerana mata aku terasa silau aku terus hilang kawalan. kereta yang aku pandu terus masuk ke dalam gaung. sedar sedar saja aku berada di dalam bilik tahanan di makmal utama milik puak agfa. pada mulanya aku tak tahu di mana aku berada tapi setelah aku dan faiz berjaya melarikan diri dari situ barulah aku sedar bahawa aku dan faiz telah di culik oleh puak agfa sebab mereka nak jadikan kami bahan uji kaji mereka. nampak gayanya mereka berjaya mengubah kami kepada sesuatu yang mereka inginkan. kaki pincang faiz kini di gantikan dengan kaki besi. manakala tangan aku pula kini mempunyai organ tisu robotic yang sangat kuat. lebih mengejutkan lagi mereka turut menjalankan uji kaji ke atas janin dalam perut maya dengan memasukkan sejenis cecair growth stimulate sehingga mempercepatkan proses kehamilannya. apa apa pun aku berharap sangat baby dalam perut maya tidak mengalami sebarang kecacatan akibat cecair growth stimulate tu... by the way, maaflah sebab aku bercakap panjang lebar tentang diriku dan maya... aku cuma nak korang tahu yang aku berada di pihak korang sekarang...", kata azroy perlahan lahan.

"oh... itu tidak mengapa... kami gembira sebab kau sudi hidup bersama dengan maya. sekurang kurangnya ramalan yang di buat oleh pyros iaitu tukang peramal kami itu betul. apa apa pun terima kasih kami ucapkan pada kau sebab kau sudi berpihak pada kami tapi kami nak tanya kau satu soalan ni... apa sebenarnya tujuan kau mengajak kami berkumpul ramai ramai kat sini ni ar?", soal salah salah seorang dari puak massa di situ. "okay, tujuan aku mengajak korang berkumpul ni ialah aku nak korang berbincang tentang masa depan puak massa yang terancam ni.... datuk dafran mengusulkan agar kita semua melarikan diri dari tempat ni sebab ianya sudah tidak berapa selamat lagi tapi aku fikir lebih baik kita melawan puak agfa tu daripada kita terus menerus melarikan diri dari mereka....", kata azroy dengan pantas. "apa?.... kau nak kami melawan puak agfa tu?", soal salah seorang belia dari puak massa itu. "ya....", balas azroy sepatah. "kau ingat senang ke nak lawan puak agfa yang mempunyai bala tentera yang banyak tu?.... silap haribulan kita semua akan kecundang di tangan mereka....", kata belia tersebut. "ya... betul cakap cruz tu... tak pasal pasal pula kita semua mati di bunuh oleh bala tentera puak agfa....", balas yang lain. suasana di dalam dewan mula bising dengan suara mereka semua. "okay.... silent please....", azroy cuba bersuara tapi mereka semakin bising. maya terpaksa tampil di depan khalayak ramai. "saudara sekalian, jikalau korang nak planet ferros ni bebas dari jajahan puak agfa korang dengar dulu penjelasan dari suami aku ni... aku tahu dia mempunyai rancangan yang terbaik untuk melawan puak agfa tu....", kata maya dengan suara yang keras sekali. mereka semua terus terdiam macam patung pula. perhatian mereka kini tertumpu ke arah azroy. sekali lagi dia terpaksa tampil ke hadapan. azroy menarik nafas panjang lalu menghelakannya keluar secara perlahan lahan. otaknya ligat berfikir bagaimana dia nak buat ucapan yang terbaik supaya mereka bekerjasama bagi menentang puak agfa bersama sama....

AUTHOR NOTE: mizz rasa nak buat cerita ni panjang sikit.... mungkin ianya akan memakan masa yang lama untuk siapkan nopen ni tapi tengoklah macamana....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro