ASH 16
mereka mula berkenalan di antara dengan yang lain. Selepas itu mereka kembali berbual panjang. semasa mereka berbual bual itulah azroy mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang puak massa dan puak agfa dari datuk maya iaitu datuk dafran. di antara 2 puak itu puak agfa lah yang lebih agresif dari puak massa. mereka di katakan lebih 'advanced' sikit dari puak massa. mereka tahu berperang dan mereka juga berkebolehan dalam bidang sains dan teknologi. mereka kini mempunyai rancangan untuk membuat manusia menjadi bala tentera separa robotic pada masa yang akan datang. puak massa pula di jadikan hamba abdi mereka sebab itulah ramai penduduk di planet ferros di tawan dan di paksa bekerja keras demi membina beberapa buah kapal angkasa perang untuk menyerang bumi. mereka memang ada niat untuk memperluaskan jajahan mereka di bumi. mereka sekarang sedang giat membina beberapa buah kapal angkasa perang berteknologi tinggi di planet itu. ramai puak massa yang mati akibat serangan bom di kota daigon. yang tinggal kini hanyalah sebilangan kecil puak massa yang tertindas. setelah puas berbual bual mereka berdua di hidangkan makanan. maya memberikan mereka daging kerbau yang siap di masak olehnya. "dari mana kau dapat daging kerbau ni?", soal faiz ingin tahu. "kami dapat kerbau ni dari bangsal tertutup puak agfa. mereka menyembunyikan begitu banyak haiwan kat situ. ketika pengawal di situ sedang tidur kami berjaya mencuri beberapa ekor haiwan dari situ untuk di jadikan sumber makanan kami. darah haiwan tu kami ambil dan kami minum. dagingnya kami tidak makan. korang sajalah yang makan daging haiwan tu.... kami dah kenyang makan darahnya tadi...", kata maya perlahan lahan. mahu tidak mahu azroy dan kawannya faiz pun terpaksa memakan daging kerbau tersebut. biarpun pada hakikatnya daging yang di masak oleh maya tidak sedap mereka terpaksa juga memakannya demi mengalas perut yang kosong.
selepas makan mereka di bawa menuju ke sebuah bilik bilik kecil yang terletak tidak jauh dari situ. mereka di suruh berehat di dalam bilik kecil tersebut. faiz segera berbaring di atas katil yang ada di situ. manakala azroy pula hanya duduk di atas kerusi. "iz, aku rasa tak sedap hatilah bila aku fikirkan rancangan puak agfa yang hendak menyerang planet bumi tu....", kata azroy setelah dia lama duduk diam di atas kerusinya. "aku pun rasa macam tu juga...", balas faiz. "aku fikir kita patut lakukan sesuatu sebelum mereka melancarkan serangan ke atas bumi....", kata azroy. "maksud kau... kau nak menentang puak agfa tu ke?", soal faiz. "ya....", balas azroy sepatah. "biar betul kau ni roy.... puak agfa tu sangat kuat dan banyak bala tenteranya tau.... silap haribulan kita akan kalah teruk di buatnya...", kata faiz pula. dia kini bangun lalu duduk di atas birai katilnya. matanya tertuju ke arah rakannya azroy. "lebih baik kita melawan balik daripada kita duduk diam dan membiarkan mereka menyerang planet bumi..... apakah kau mahu melihat planet bumi musnah dalam sekelip mata?", soal azroy dengan wajah yang serius. "aku tak nak perkara itu terjadi di muka bumi tapi macamana kita hendak melawan mereka sedangkan kita tidak mempunyai bala tentera yang banyak seperti puak agfa tu?", soal faiz. azroy terdiam sebaik saja dia mendengar soalan rakannya itu. dia mula berfikir panjang. ketika azroy sedang leka berfikir, kelihatan maya melangkah masuk ke dalam bilik kecil tersebut. dia memberi isyarat tangan pada faiz supaya dia beredar dari situ. "er.... roy, aku keluar sekejap... aku nak pergi ke tandas dulu...", perlahan lahan faiz bingkas bangun dari atas katil tersebut. "hm... baiklah...", balas azroy. faiz pun segera beredar dari situ. "bang....", maya bersuara perlahan lahan sebaik saja dia berdiri di belakang suaminya. azroy menoleh ke belakangnya. kelihatan maya sedang berdiri dengan senyuman terukir di bibirnya. perlahan lahan azroy bangun tapi tubuhnya di peluk erat oleh isterinya dari belakang.
"bang... maya rindukan abang... rindu sangat sangat sehinggakan maya selalu mimpikan abang...", ucap maya. azroy diam membisu. dia membiarkan maya memeluk dirinya. "kenapa abang diam? abang masih marahkan maya ke?... kalau abang masih marah pada maya tolong maafkan maya... maya tidak berniat hendak menipu abang.... maya ikhlas mencintai abang....", ucap maya lagi. perlahan lahan azroy meleraikan pelukan isterinya itu. "yelah tu... apa apa pun aku masih merasa terkilan sebab kau sanggup menipu aku dengan cerita yang kau reka sendiri....", kata azroy sambil berdiri membelakangi isterinya. "janganlah abang terus bersikap dingin pada maya macam ni... maya terpaksa buat begini sebab dengan cara ini sajalah maya dapat menolong puak maya sendiri... tolonglah fahami keadaan maya ni...", kata maya dalam nada suara yang tertahan tahan. dia seperti hendak menangis pula. "yelah tu... aku dah faham sekarang... kau hanya memperalatkan aku demi menyelamatkan puak kau sendiri...", kata azroy dengan nada suara yang dingin. "abang dah salah sangka... sebenarnya menurut kata peramal puak kami, anak dari hasil perkongsian hidup kita pasti akan bangkit menjadi adiwira yang akan menyelamatkan planet ferros dan juga planet bumi di masa yang akan datang... dia akan menjadi pemimpin perang yang berkaliber di suatu hari nanti...", jelas maya dengan bersungguh sungguh. "oh... jadi kau percaya sangat perkataan peramal puak kau tu?", soal azroy sambil berpusing lalu menghadap ke wajah isterinya. dia merenung wajah maya dengan renungan mata yang tajam sekali. "ya....", balas maya sepatah.
"macamana kalau ramalan tu tak betul?", soal azroy. "maya yakin bang ramalan tu betul.... tukang peramal kami tidak pernah gagal dalam ramalannya... setiap kali tukang peramal kami membuat ramalan ianya pasti akan menjadi kenyataan...", balas maya dengan sungguh sungguh. "oh... ya ke?", soal azroy sepatah. "ya....", balas maya lagi. "this is hard to believe....", azroy bersuara sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "maya tahu abang masih tidak dapat menerima kenyataan ini. anak kita akan menjadi seorang adiwira di masa akan datang...", ucap maya dengan wajah yang serius. "yelah tu... apa apa pun lain kali tolong jangan menipu aku lagi... tengok!.... sekarang aku mengalami kesukaran untuk mempercayai semuanya ini....", ucap azroy dengan wajah yang serius sekali. "baiklah... maya berjanji tak akan menipu abang lagi... abang maafkan maya, ya....", maya bersuara perlahan lahan. "baiklah... abang maafkan maya.... abang harap maya akan berpegang pada janji maya tu....", ucap azroy dengan lembut. "oh... terima kasih sebab abang maafkan maya... i love you bang....", ucap maya lalu mencium bibir suaminya. mereka berpelukan sambil berciuman. tiba tiba, "ehemm....", kedengaran seseorang berdehem di ambang pintu tidak jauh dari situ. mereka segera meleraikan pelukan. kelihatan faiz sedang berdiri sambil tersenyum kambing pada mereka berdua. "maaflah sebab aku ganggu korang tadi... er, datuk maya panggil korang berdua... dia ingin berbincang dengan korang....", kata faiz dengan nada suara yang perlahan lahan. "baiklah... kami akan pergi ke sana....", azroy bersuara sambil menarik tangan isterinya maya. faiz tersenyum lebar sebaik saja dia lihat azroy memegang erat tangan isterinya. tahulah dia bahawa azroy dan isterinya sudah berbaik semula.......
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro